LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

TRAVEL : Cloth Diaper & Solid Food

Kali ini pengembaraan Ibnu Ahmad ( mcm pengembaraan Ibnu Batutah daa..) dan sekelurga adalah ke utara tanah air. Adik ipar MK dah nak tutup album solonya..krn nk buka album rumahtangga plak ha3 mcmlah si Ejam tu artis,nak bukak-tutup album. .setakat polis tu, bukak-tutup buku saman adalah kui3

Berbalik kpd cerita asal…

Yang menarik pengembaraan kali ini adalah, pengembaraan di saat KS ber `solid food` dan ber `cloth diaper`.. MK telah mencabar diri sendiri untuk mengembara dgn CD dan SF.

Jadi persediaannya…
3..
2…
1..
Tadaa…


Pakej CD 
atas ; bekalan CD untuk 5 hari
tengah : biodegradable nappy liner-sangat membantu untuk menyenangkan kerja2 membuang bobo sakinah yang dah separa pepejal 
bawah kanan : cloth wipes - untuk kerja2 mencuci hasil-mahsul yang dikeluarkan oleh KS
bawah tengah : bekalan air-untuk digunakan bagi kerja2 mencuci..( idea : adalah lg senang kalau ada spray. boleh terus spray je bila anak bobo @ pupu
bawah kiri : wetbag
* BOBO - bowel open ( berak )
* PUPU - pass urine ( kencing )


atas kiri : MUNCHKIN food grinder - untuk mengisar makanan KS semasa pengembaraan..amatlah best!!
atas kanan : bekalan OAT & PASTA untuk KS
tengah kiri : stok kurma, serbuk ikan bilis, tablet vit-C
bawah kiri : lunch meal KS utk hari ini
bawah tengah : Magic cup Avent- untuk KS minum air masak/jus buah ( actually nk train KS untuk minum guna cup )
bawah kanan : bekalan ubat KS

next pos, MK akan kongsi cara CD & SF di uruskan sepanjang perjalanan.

** ketika post ini di tulis, pengembaraan kami dengan unta Myvi Ibnu Ahmad dah sampai di Ipoh. Jam menunjukkan 1:41 ptg. KS sedang diulit mimpi di sebelah..

1 comment: