LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Teguran dari seorang sahabat

Minggu lepas saya telah menghadiri Program Penyusuan yang dianjurkan oleh pihak MIZAN di Alamanda Putrajaya, hari Ahad jam 10 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Walau sunyi di blog, namun semangat perjuangan penyusuan tetap utuh ^_^
Bertemu sahabat-sahabat lama, Cik Zilal Saari, Cik Dayang, Dr.Harlina Siraj, Cik Irma Hasmie, Cik Wardina, Cik Sharifah Aleeya dan sahabat-sahabat yang baru dikenali..

Sebelum beredar, saya sempat berbual mesra sebentar dengan Cik Dayang.
Ditegurnya blog saya yang sudah lama bersawang, tidak dikemaskini huhu
Terharu juga sebab rupanya masih ada yang menjenguk-jenguk blog usang ini, seperti tiada bertuan...
Alangkah bertuahnya jika saya dapat mengemaskini blog setiap hari...
Hanya status di mukabuku sahaja yang aktif. Itupun kadang-kadang tidak berjenguk sehari dua. Kadang tu jenguk pun sepintas lalu, melihat-lihat intipati penting, dek kerana hambatan tugas yang padat.

Kalau boleh nak mohon Allah tambah lagi 24jam sehari menjadi 36 jam sehari huhu.. tapi tak mungkin kan.
jadi pada yang rindu-rinduan pada tuan tanah blog ini ( perasan yang melampau ), saya kongsikan aktiviti-aktiviti saya selama menyepi dari blog ini...


barisan model memperagakan baju muslimah mesra penyusuan susu ibu


Di antara ahli panel forum..
Cik Wardina ketika ini menjadi bidan terjun kerana Cik Irma Hasmie yang merupakan salah seorang panel belum tiba.
Masing-masing membicarakan pengalaman penyusuan ( breastfeeding).
Pengalaman Cik Sh.Aleeya menyusukan anak kembarnya sangat mengujakan.
Begitu juga pengalaman CIk Wardina yang telah menyusukan 3 orang anak-anaknya.


Baru tiba ahli panel yang di tunggu, Cik Irma Hasmie dan suami. Turut dibawa adalah si comel Farhan =)


Dia sungguh manis dan jelita apabila berhijab

saya akan cuba mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin..
salam Ramadhan kareem =)


Cuti Tanpa Gaji

Bermula pada 14-12-2012, maka bermulalah episod saya sebagai kakitangan kerajaan yang bercuti tanpa gaji. Insyallah selama setahun.
Cuti Tanpa Gaji ( CTG ) yang saya ambil adalah cuti untuk menjaga anak.
Kepada kakitangan yang belum tahu keberadaan cuti ini, bolehlah merujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 yang telah dikeluarkan semasa pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.. Terima kasih Datuk Seri diatas keluhuran budimu mengerti tanggungjawab ibu-ibu di Malaysia ^_^

" Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan Kemudahan Cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari ( 5 tahun ). " sekiranya sesiapa yang berjaya memohon cuti melebihi 2 tahun, mohon kongsi ye. Nak tahu apa tipsnya untuk mendapat cuti sebegitu panjang dari Ketua Jabatan ^_^
info tambahan lagi...

syarat-syarat CTG Menjaga Anak ini adalah 
1. kemudahan cuti yang tiada bergaji
2. Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
3. Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
4. Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
5. Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
6. Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
7. Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin

dan info lebih lanjut, dijemput melayari http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .

borang permohonan kemudahan cuti ini boleh didapatkan dari jabatan personel masing-masing. Jangan lupa sertakan bersama borang tersebut surat permohonan CTG itu bersama alasan-alasan yang kukuh. Alasan saya adalah untuk menyusukan anak !



kami anggota beruniform!
( kenangan bersama Kapten Siti Suraida )

Yeay!!!
Masa saya menggantung uniform. Masa untuk bersama anak-anak. 
Walaupun tiada gaji yang tetap sebanyak dulu, tapi saya sungguh bersyukur kerana anak-anak di depan mata. Dan saya sungguh menghargai perjuangan kehidupan kini. 
Walau tiada gaji dari kerajaan, masih ada rezeki buat saya dan keluarga ^_^
Untuk anda yang diluar sana yang optimis dengan rezeki Allah, mari kita menggali lubuk rezeki yang lain. 

Nursing Strike

Salam Ramadhan kareem...
Alhamdulillah bertemu kita dengan Ramadhan ke-7.. Segala puji ke atasNya..
Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya kongsikan bersama ibu2 di luar sana tentang fenomena 'Nursing Strike' ( mohon maaf kerana saya tidak menjumpai terjemahan bahasa melayu yang sesuai untuk istilah ini )


Nursing Strike adalah situasi dimana anak menolak untuk menyusu di payudara ibu. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa anak itu sudah tidak mahu menyusu dengan ibu lagi ( wean-off ). Apabila nursing Strike berlaku, ia memberitahu kepada si ibu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada si anak. Jadi, ibu perlu mencari punca tersebut. Marilah kita menjadi penyiasat.. =)


fenomena Nursing Strike ini berlaku ketika usia bayi 3-8 bulan, namun begitu ia boleh terjadi juga pada masa-masa lain kerana ia melibatkan pelbagai faktor penyumbang. Dan kalau anda nak tahu, ia boleh memakan beberapa hari sehingga ke beberapa minggu.. sungguh dugaan buat ibu dan juga anak....
Jadi pada masa berlaku situasi ini, tugas si ibu adalah memerah/mengepam susu dengan kerap supaya dapat mengekalkan bekalan produksi susu walaupun anak tidak mahu menghisap terus pada payudara ibu.




Apakah punca-punca berlakunya Nursing Strike ???


1. Ibu mengalami mastitis 
    Pada ketika itu susu mula berkurang dan tahap kandungan sodium (garam) tinggi. Susu menjadi masin.


2. Pertumbuhan gigi bayi
    bayi tidak selesa dengan gusinya.


3. Bayi sakit 
    Bayi mengalami selsema, jadi  apabila menyusu terus di payudara ibu menjadikan sesi penyusuan itu lebih lama dan menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk bernafas. Jadi bayi akan lebih suka minum dari botol kerana tempoh penyusuan yang mudah dan singkat.
Bayi mengalami jangkitan kulat dalam mulutnya menyebabkan bayi tidak selesa untuk menghisap dan menelan.
Jangkitan telinga bayi boleh menyebabkan bayi tidak selesa apabila telinga yang sakit itu dikenakan tekanan. Ini adalah melibatkan posisi semasa penyusuan yang mana bahagian telinga yang sakit dihimpit.


4. Reaksi stress oleh bayi kepada persekitarannya
    Bayi juga mengalami stress. Mungkin persekitaran yang bising, panas dan sangat sejuk.


5. Tempoh pengasingan di antara ibu dan bayi yang lama
    Menyebabkan bayi mula kurang merespons kepada hisapan di payudara ibu ( Hisapan di payudara ibu memerlukan bayi bekerja keras berbanding hisapan di botol )


6. Masalah pengurangan bekalan susu ibu
    mungkin berpunca daripada penggunaan puting tiruan yang berlebihan, ibu menghidapi penyakit atau kurang rangsangan pada payudara.


7. Perubahan rasa pada susu ibu
    Ia melibatkan pemakanan ibu. Kajian menunjukkan bahawa ibu yang minum banyak kafein akan menjejaskan rasa susu. Sesetengah vitamin dan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan kepada rasa susu ibu.


8. Trauma
   Kebiasaan bayi yang mula tumbuh gigi dan akan menggigit puting ibu manakala reaksi si ibu pula akan menjerit. perkara ini menyebabkan bayi terkejut dan trauma.


Teknik pemberian susu kepada anak semasa Nursing Strike


1. Cawan : pemberian menerusi cawan dapat mengurangkan risiko anak cenderung meminum susu menerusi  puting botol



2. Picagari : teknik ini perlu berhati-hati supaya ibu dapat mengendalikan pemberian susu menerusi picagari dengan baik.



3. Supplement Nursing System (SNS) : teknik ini selalunya digunakan untuk bayi yang sudah mula tidak menyusu badan tetapi si ibu ingin mengembalikan anaknya menyusu dengannya semula ( relaktasi )



4. Botol : kurang digalakkan kerana terdapat bayi yang sangat cerewet dengan perbezaan puting ibu dan puting botol yang mana menjadikan bayi akan lebih suka meminum susu menerusi botol sahaja.


5. Hazel-baker system 


Bagaimana mendepani situasi ini ??


1. Susukan bayi anda ketika mereka dalam keadaan mengantuk.


2. Rujuk bayi anda kepada doktor supaya bayi yang berpenyakit dapat dirawat.


3. Cuba menyusukan bayi dengan pelbagai posisi dan anda akan menemukan satu posisi yang selesa pada bayi anda 



4. Lakukan pergerakan semasa menyusukan bayi anda samada berjalan atau menghayunkan badan




5. Dapatkan persekitaran yang tenang supaya bayi selesa dan fokus untuk menyusu


6. Lakukan skin-to-skin contact dengan bayi anda sekerap mungkin. 


7. Wear your baby! - kendong bayi anda sekerap mungkin supaya bayi anda berada dekat dengan dada anda.


Apabila berlaku Nursing Strike ini, yang diperlukan adalah PERHATIAN SEPENUHNYA daripada si ibu buat anaknya. Buat sementara waktu, fokuskan diri anda untuk anak ini supaya keadaan dapat kembali pulis seperti sediakala, insyallah...
Mohon kepada semua ibu-ibu tidak mudah berputus asa apabila mengalami situasi ini dan mengambil konklusi bahawa anaknya sudah tidak mahu menyusu badan lagi...


Teruskan perjuangan.


Salam Sayang,
Ummu Sakinah

Mengembalikan anak kepada payudara ibu

Salam Ramadhan buat semua...


Saya telah diberikan keizinan olehNya untuk mengendalikan 2 masalah klien saya, iaitu bayi menolak untuk menyusu di puting ibu.
Kedua2 kes tersebut adalah melibatkan 'Nursing Strike' dimana bayi menolak menyusu  terus pada payudara ibu secara tiba-tiba.
" Nursing Strike' ini biasa terjadi kepada bayi dengan pelbagai faktor  yang menjadi penyebabnya. Nanti saya akan kongsikan info berkenaan dengan 'Nursing Strike' ini supaya ibu-ibu di luar sana tidak tertekan apabila mendepani situasi ini..
Ok...

Kaedah 'skin-to-skin contact' sangat membantu bagi mengembalikan bayi pada payudara ibu. 
Caranya mudah sahaja...

sumber : google

1. Dapatkan ruang yang provasi untuk kalian berdua. Pilih tempat yang tenang, tanpa gangguan.

2. Pilih masa ketika bayi dalam keadaan mamai, ketika bayi sudah kenyang, ketika bayi baru sahaja bangun dari tidur ( gunakan tanda-tanda awal bayi yang kelaparan-tindakan seperti mencari2 ). Hal ini bertujuan supaya anda dan bayi tidak tertekan melakukan hal ini. Semoga bayi berada dalam keadaan seperti bermain2 dengan ibunya.

2. Si ibu perlu membuka bahagian dada sehingga ke perut tanpa pakaian. Si bayi perlu dibiarkan tanpa pakaian, hanya pampers. Biarkan kulit bayi menyentuh kulit ibu secara terus tanpa halangan.

Sepanjang sesi ini berlangsung, ibu jangan sesekali memaksa bayi supaya menghisap puting ibu. Berikan masa kepada anak anda untuk bermain-main dengan anda. Jadikan sesi ini salah satu sesi yang menggembirakan =)

Kaedah ini juga membantu dalam meningkatkan produksi susu ibu kembali. Sekiranya ibu-ibu mengalami kemerosotan produksi susu, cubalah lakukan teknik ini selain 'Power Pumping'

Mencubalah segala jalan bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Jangan sesekali ibu2 mengalah dengan apa jua rintangan sepanjang melalui perjalanan penyusuan susu ibu..=)

Berapakah amaun susu yang anak perlukan ??

" Umur anak saya sekarang 1 bulan. jadi berapa oz yang dia perlukan ye ?"
" Susu saya merudum sejak anak dah berumur 1 tahun ni. macamana ni??? tertekan dibuatnya.."
" Apa yang perlu saya buat..anak saya yang dah 11 bulan ni kurang menyusu ?"


Di antara puluhan soalan yang diajukan pada saya. Dan saya selalu memujuk ibu-ibu bahawa susu yang ibu hasilkan selalunya sesuai dengan keperluan bayi. Namun begitu, kata-kata begini tidak cukup meyakinkan ibu-ibu. Jadi saya memulakan pencarian demi pencarian berkenaan perkara ini. dan saya telah menemui satu artikel yang berkait rapat dengan isu ini.


Apa yang ibu-ibu perlu lakukan untuk pertama-tamanya... PEMERHATIAN ( OBSERVATION )


Tengok berapa kali sesi penyusuan anak untuk satu hari. 


Kemudian bahagikan 25 - 30 oz kepada bilangan sesi penyusuan anak kita. 


Contoh : Sesi penyusuan anak 6 kali. Maka, mari kita mengira...


25oz / 7 = 3.57 oz ( lebih kurang 3.5 oz setiap penyusuan )


1   -  6  bulan : 25 - 30 oz / hari
7   - 12 bulan : 19 - 25 oz / hari
11 - 16 bulan : 19 oz / hari
12 - 24 bulan : 14 - 19 oz / hari
24 - 36 bulan : 10 - 12oz / hari



sumber : kellymom.com


Memang penyusuan susu ibu berbeza dengan penyusuan susu formula. kerana susu ibu akan berubah-ubah nutriennya selari dengan keperluan tumbesaran anak yang menyusu.
Isu ini menjadi sedikit kontroversi kerana kita sering menyamakan pengambilan susu formula dengan susu ibu.
Kalau susu formula, amaunnya akan bertambah mengikut susu bayi. Berlainan dengan susu ibu yang mana sesuai dengan usia bayi. Jadi perlu diterangkan dengan lebih jelas kepada pengasuh dan penjaga anak-anak kita supaya mereka memahami perbezaan di antara susu formula dan susu ibu. 


NOTA : Bayi yang dibawah umur 1 bulan atau sudah stabil pengambilan 'solid food' nya ( 6 bulan ke atas ), kadar amaun yang akan diambil oleh bayi adalah kecil.


TIPS SEKIRANYA BAYI MEMINUM MELEBIHI KEERLUANNYA


1. Gunakan botol yang mempunyai 'slow flow' . Satu lagi, elakkan pernggunaan puting yang berbeza-beza mengikut umur seperti di pasaran ( makin besar usia bayi tersebut, makin bertambah lubang pada puting tersebut )..Rasionalnya adalah, puting ibu tidak pernah berubah-ubah, jadi kenapa kita perlu mengubah pula puting botol.


2. Tenangkan bayi setiap kali selepas mereka meminum susu samada menarik perhatiannya dengan membawa bayi berjalan-jalan, menghayun bayi secara perlahan-lahan.


3. Bayi amat menyukai dengan aktiviti menghisap. Jadi memang normal selepas bayi minum dari botol, mereka akan terus ingin menghisap puting botol berkenaan. Jadi, tidak mengapa jika dibiarkan mereka menghisap jarinya sendiri.

memujuk bayi meminum dari payudara yang bukan pilihannya...

Seperti yang dijanjikan, saya ingin berkongsi pula bagaimana ingin memujuk si kecil yang bijak pandai...


1. Mulakan penyusuan pada payudara yang menjadi kegemarannya. Kemudian apabila telah berlaku LDR, pindahkan bayi ke payudara sebelah lagi TANPA MEMBUAT PERUBAHAN KEPADA POSISINYA.
misalnya, anda menggunakan posisi 'cradle hold', apabila membawa bayi ke payudara sebelah lagi, automatik pegangan menjadi 'football hold'


dari ' cradle hold' 


bertukar menjadi 'football hold'

2. Aplikasikan semua posisi penyusuan.. ia sungguh menyeronokkan..tak percaya, cubalah.... =)


lying down yang paling saya suka.. dapatlah tidur sekali he3


Saddle hold : saya sukakan posisi ini =)

3.  Tawarkan payudara ketika bayi anda dalam keadaan mamai. Pada waktu ini selalunya, bayi akan lebih pasrah untuk menghisap di payudara kerana sudah kemamaian.

4. Menyusukan dalam bilik yang gelap dan sunyi.. keadaan ini juga membantu ibu untuk berehat bersama bayi.. 

5. Tawarkan payudara yang bukan menjadi kegemaran anak anda sambil berjalan, bernyanyi, menghayun, membuai si kecil. 

6. Tingkatkan kesabaran dan istiqamah anda... Jangan lupa untuk memuji bayi anda setiap kali selepas mereka menyusu dengan baik. Komunikasi ini sangat berkesan untuk ibu dan anak..

7. Bagi ibu-ibu yang merasakan LDR terlalu cepat atau perlahan, saya akan kongsikan tips-tips berkenaan ini di topik akan datang....

SEMOGA SEMUA IBU-IBU AKAN TERUS TABAH DALAM PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU.
SEMUA MASALAH ADA JALAN KELUARNYA..
TENANG-TENANG SELALU DAN SELAMAT BERAMAL... =)

Lopsided : Perbezaan payudara kiri dan kanan



Semua penciptaan Allah mempunyai keunikannya sendiri dengan pelbagai variasi. Itulah sebabnya, alam ini indah akibat kepelbagaian yang Allah ciptakan. Tak payah pergi jauh-jauh..cuba tengok pada jari tangan dan kaki yang sepuluh ini, ada panjang, ada pendek... Subhanallah...


Begitu juga penciptaan payudara kita. Payudara kanan dan kiri ada sedikit perbezaan. Dan penghasilan susu pada kedua-dua payudara juga berbeza. Selalunya payudara kiri lebih banyak produksinya berbanding payudara kanan. Ada juga wanita yang mempunyai perbezaan ketara pada saiz payudara. Apepun jua saiznya, insyallah payudara tersebut dapat berfungsi untuk pengeluaran susu.


Faktor yang menyebabkan kepelbagaian penghasilan/pengeluaran susu 


1. Perbezaan anatomi payudara : saiz payudara atau jenis puting yang berbeza kiri dan kanan.. Terdapat liang duktus yang lebih aktif berbanding yang sebelah satu lagi. itu yang menyebabkan bayi adakalanya mempunyai  payudara yang menjadi kegemarannya kerana saiz atau aliran susu pada payudara tersebut.


2. Bayi hanya berminat pada satu payudara sahaja : jadi, banyak rangsangan yang akan diterima oleh payudara yang dihisap oleh bayi kerana hisapan bayi sangat efisien dalam penghasilan susu.


3. Ibu lebih selesa pada payudara tertentu sahaja : Ada ibu yang merasakan susu pada payudara tersebut lebih banyak ataupun ibu lebih selesa anak menyusu pada payudara itu sahaja, jadi ibu akan memilih untuk menyusukan anak pada payudara itu.


4. Kesakitan atau pembedahan di payudara : menyebabkan gangguan kepada penghasilan susu.


PERHATIAN :


Sekiranya bayi baru lahir memilih untuk menyusu pada satu payudara sahaja, dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan doktor ke atas bayi. kerana ada kes yang bayi mengalami kecederaan di tulang bahu dan menyebabkan bayi menolak untuk menyusu pada payudara yang akan menyebabkan tulang bahunya terhimpit.


Sekiranya bayi tiba-tiba menolak untuk menyusu pada mana-mana payudara ( sebelum ni tiada masalah menyusu pada kedua-dua payudara), kemungkinan bayi mngalami jangkitan pada telinga ( bayi jadi kurang selesa apabila bahagian telinga yang sakit itu di tekan ), bayi mengalami kecederaan atau tempat suntikan imunisasi bayi atau jangkitan pada payudara ibu ( membuatkan susu ibu lebih masin )


Sekiranya anda masih kurang berpuas hati, adalah lebih baik merujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan ke atas payudara anda dan bayi.




Akan bersambung ke topik untuk memujuk bayi meminum dari payudara yang bukan pilihannya...




Medela Freestyle meragam

Sudah lama saya tidak menggunakan Medela Freestyle ( selepas ini disebut Medela FS ) selepas saya mengandung 1 bulan lebih. Jadi Medela FS saya tersimpan elok2 dalam beg. apakan dayaku...
Saya cuma khuatir bilamana ia tidak digunakan lama sebab saya pengguna pam yang dikategorikan sebagai 'heavy duty'. Jadi saya sungguh takut pam tu akan menerima kejutan. Tiba2 tidak digunakan...


Jadi saya amat beruntung mempunyai pengguna2 sementara yang dapat memanfaatkan si jantung hati saya itu... Terima kasih kepada kakak ipar saya, K.Aisah yang menggunakannya apabila dia pulang mengikuti kelas di Semenanjung dan sahabat seperjuangan saya, Cik Zilal yang teruja memakai pam sepanjang berkursus di Terengganu itu walaupun baterinya agak menghampakan hu3 bateri Medela FS nampaknya perlu ditukar baru... sudah tidak dapat berfungsi sepenuhnya. hanya mengharapkan sambungan ke soket elektrik sahaja. saya benar2 mohon maaf di atas kekurangan itu....
Semalam, pam Medela FS kembali semula ke tangan saya untuk bertukar pengguna pula. Kakak ipar saya memerlukannya untuk 2-3 minggu depan. semoga cik buah hatiku dapat berbakti kepada orang lain ye....



Cik Zilal memulangkannya bersama kad nama yang sungguh membanggakan saya...* awak wanita hebat*
Terima kasih tak terhingga jua pada Cik Zilal yang telah berhati mulia memasukkan 'sesuatu' yang amat membuat saya terkejut dan terharu di dalam beg Medela FS tu.
semoga Allah memurahkan rezeki Cik Zilal dan keluarga...


Zilal Saari
Lactation Counselor
PhD student ( Fiqh Science & Technology ) UTM
emel : zilalsaari@gmail.com
facebook : Zilal Saari
Area of study : Breastfeeding, Induced Lactation for Adopted Babies ( in Fiqh Perspective )
Services : Breastfeeding Counselling & Advice, Mother to mother support
* kepada ibu2 yang menyusukan anak angkat, mohon jasa baik kalian kiranya dapat berkongsi kisah perjalanan penyusuan kalian pada Cik Zilal...Semoga Allah membalas usaha mulia kalian...ameen*

* NOTA : terima kasih tak terhingga juga buat suami saya, Abu Khawlah yang selalu menyokong saya dalam berbakti pada insan2 lain. Semoga Allah meluaskan rahmat dan barkahnya ke atasmu.... *cinta*



Kursus Kaunselor Laktasi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas keizinanNya memberikan saya peluang untuk menuntut ilmu ini walaupun mendepani pelbagai rintangan untuk menghadirinya.. Allahuakbar.. Sungguh hebat perancanganNya..


Pemergian saya diiringi dengan sokongan padu dari suami tersayang, kekasih hati dunia dan akhirat, Abu Khawlah.. juga diiringi dengan sokongan dari Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr.Zainol Arifin. walaupun saya tidak berjaya mendapat tajaan dari pihak Datuk Bandar, tetapi saya sungguh bersyukur kerana dimurahkan rezeki olehNya dengan sumbangan2 ikhlas dari sahabat saya yang tidak akan saya lupakan hingga hari kiamat...Norshuhada Shafie, Rossiana Syaman, Ziela Juziela, Nekmah Basri, Dash Aris dan 3 orang lagi penderma yang tidak dapat dikenalpasti ( Saya akan terus menjejaki insan2 yang berhati mulia ini )... Berdirinya saya sebagai Kaunselor Laktasi ini adalah kerana adanya kalian di belakang saya yang menyokong penuh perjuangan ini... Jadi buat anda yang sungguh mulia, saya adalah Kaunselor Laktasi Peribadi anda selamanya...



ini kumpulan 1.. Sesi praktikal di HSNZ.


Kursus yang berlangsung selama 6hari 5 malam di Sumai Hotel Kuala Terengganu ini sungguh2 bermakna buat saya dan sahabat yang lain. Walaupun terpaksa meninggalkan dua orang si jantung hati ( abu Khawlah dan Sakinah ), saya kuatkan semangat demi kalian... dalam ayat yang lain " bila lagi nak merasa bujang kembali..Lain kali nak pergi kursus jauh2 lagi " ha3


Saya bersama Zilal Saari mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan perasaan yang bercampur baur.. 
Sesuatu yang tidak disangka adalah pertemuan saya dengan Mama Fiza di Kuala Terengganu. Perancangan Allah yang sungguh indah ! Allah menemukan saya sekali lagi dengan insan yang sungguh mulia dengan kadar waktu yang lebih lama... terasa tidak cukup masa itu.


Alhamdulillah banyak benar ilmu penyusuan yang kami dapat di campur dengan praktikal kaunseling di Hospital Sultanah Nur Zahirah..bertemu dengan ibu2 yang baru melahirkan bayi adalah saat2 yang tidak mungkin dilupakan.. 



Kelompok ibu2 yang sukarela menghadiri kursus ini dengan matlamat untuk membantu ibu2 lain berjaya dalam penyusuan susu ibu.


Kelas dari 8 pagi sehingga 11 malam memang meletihkan tetapi ia sungguh seronok!! 
Kemudian diikuti dengan kelas tidak formal bersama Mama Fiza setiap hari, setiap kali ada masa terluang. Mama Fiza wanita hebat.  perkongsiannya mengenai tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu sungguh membakar jiwa saya untuk terus memberikan yang terbaik pada mereka yang sunguh2 mendambakan kasih dan sayang saya...
Juga tidak dilupa kisah2 perjuangan anak seorang pejuang, Zilal Saari... Kalian berdua mengajar saya erti sebuah perjuangan di dalam kehidupan...


Dah selesai kursus, kami berempat ( Mama Fiza, Zilal, K.Zah, penulis ) menyelesaikan misi membeli-belah di Pasar Payang. kemudian misi yang tak mungkin di lupakan sampai bila2 adalah misi mencari hadiah buat teman sebantal yang telah kami tinggalkan jauh nun disana... Berjalan kaki diiringi dengan cuaca panas nan terik dengan jarak yang jauh sungguhpun begitu semangat terus membara untuk menyempurnakan misi buatmu,kanda ( ha3 menyampah sikit kenyataan ini ) yang sungguh mulia yang mengambil peranan kami sebagai ibu sepanjang ketiadaan kami, menjaga anak2, menguruskan rumahtangga..... 
Buat sahabat2 seperjuangan yang berjuang di hari itu, jangan lupakan kisah ini ye. =) 
* senyum sampai telinga kerana misi berjaya*



demi mencapai satu misi... sanggup meredah terik matahari..membelah lautan api..mendaki gunung nan tinggi *cewah..lebih sudaa*


Inilah geng ibu2 yang 'weng'..daku merindui saat2 bersama kalian...
Penulis bersama LC Mama Fiza & LC Zilal



Perlukah perjalanan BF itu di tayangkan pada umum ?

Salam kasih dan sayang buat semua...
Perjalanan penyusuan saya tidaklah lama, baru setahun jagung. Saya masih lagi menggali ilmu berkenaannya. Semakin saya gali, saya menemukan pelbagai ilmu yang baru. Benarlah apa yang dinyatakan Allah bahawa sekalipun 7 lautan digunakan untuk menulis ilmu Allah, takkan terhabis ilmu itu.


Saya tertarik menulis berkenaan entri ini kerana terdapat beberapa kelompok yang tidak gemar gambar2 berkenaan penyusuan susu ibu ini di tayangkan kepada umum. Ada sebahagian berpendapat ia adalah aurat dengan menayangkan susu ibu. Tidak selayaknya dikongsi kepada umum.


Saya memohon maaf di atas pendapat peribadi saya ini.
Pada saya ia tidak menjadi suatu kesalahan dan setahu saya dengan ilmu yang cetek ini, tiada nas dalam Al-Quran yang menyatakan berkaitan pengharaman menayangkan susu ibu bahkan ia menjadi satu medan dakwah untuk kita memperluaskan lagi ilmu yang sangat2 di agung2kan Allah di dalam Al-Quran. Apa yang penting, niat kita adalah untuk mendidik masyarakat supaya melaksanakan perintah Allah ( iaitu menyusukan anak ) dengan sebaiknya. Berbeza ya tuan2 dan puan..apabila kita hanya bercerita tentang ilmu penyusuan tetapi praktikalnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Impaknya kurang berkesan sekiranya kita hanya mengambil gambar2 mat salleh berbanding kita menggunakan gambar2 realiti di negara kita sendiri. 


Dari segi budaya, agama, pegangan tentulah berbeza kita dengan mat salleh. Nanti orang tertanya pula, bagaimana orang bertudung nak menyusukan anak. Asyik tengok mat salleh je menyusukan anak. 
Pakaian yang bagaimana dapat membantu menyusukan anak lebih2 lagi di tempat awam. kemudian bagaimana persiapan pula apabila nak pergi bekerja dengan misi untuk 'fully bf' pada anak dan lain2 lagi dengan keadaan suasana kerja di Malaysia ini.
seperti kita belajar anatomi payudara atau sistem reproduktif kita. adakah ia satu perkara tidak patut untuk menunjukkan gambarajah atau model payudara atau sistem reproduktif ? adakah ia menyalahi kesantunan orang islam? tidak sama sekali..sebab itu semua adalah ilmu.



Mungkin saya berada di Unit Promosi Kesihatan ini, saya lebih terbuka untuk berkongsi hal-hal begini, yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai suatu yang privasi. Saya terbuka untuk berkongsi kisah tentang penyusuan dengan kaum lelaki, apetah lagi kaum hawa. Sebab tonggak kejayaan seorang wanita itu didalam penyusuan itu bergantung kepada sokongan si suami. Jadi, saya merasakan inilah peranan saya untuk mentarbiyah generasi masa kini mahupun generasi ibu ayah dan nenek atok kita.


Apa yang saya dapati dari perkongsian ini, ramai ibubapa yang mendapat kesedaran berkenaan penyusuan susu ibu dan cara pengurusannya. Teori sahaja tidak sama dengan praktikal. 
Sebab itu saya teruskan perkongsian perjalanan penyusuan samada diri saya sendiri mahupun wanita2 Malaysia yang lain supaya ilmu penyusuan itu terus tersebar ke serata Malaysia. Lebih2 lagi kita di Malaysia ini majoritinya adalah orang Islam supaya melaksanakan apa yang di perintah oleh Al-Quran.



Dan tidak kurang juga yang meremehkan isu menyusukan anak di tempat awam. Mereka berpendapat dengan menyusukan anak di tempat awam akan menghilangkan garis2 malu yang ada pada seorang wanita. 
Yang penting, kita tahu menjaga aurat kita. Tidak menjadi larangan mahupun menyalahi undang2 bagi ibu2 menyusukan anak di tempat awam. 
Tidak semua tempat awam menyediakan tempat khas untuk menyusukan anak. dan tidak semua bernasib baik untuk mendapat tempat di tempat tersebut. adakala ia penuh sesak. Jadi, adakah dengan membiarkan bayi menangis kelaparan itu cukup menunjukkan bahawa kita wanita yang kaya dengan sifat malu, tidak menyusukan anak di tempat awam ? saya teringat satu kata " A hungry man is an angry man". Bayangkan anda di tempat si kecil itu, yang belum pandai berdikari untuk mencari makanan sendiri dan bergantung penuh pada ibunya. 


Tepuk dada, tanyalah hati anda...


Apapun saya mengalu2kan pandangan yang berbeza...=)













Pilot yang fully BF

setelah sekian lama saya menunggu gambar daripada pilot kita yang sorang ni, baru ini saya dapat melihat gambar2nya. teruja saya dibuatnya sebab saya memang suka dengan perjalanan BF beliau sebagai seorang juruterbang wanita TUDM. itulah dia Kapten Siti Suraida... Dalam karier askar ni tidak ramai yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Lagi2 yang bekerja di luar, macam kapten kita seorang ni. terbang ke sana-sini membawa kapal terbang. 



slot dari Kapten... kisah yang superb!!

Saya penah menjemput beliau dalam sesi perkongsian kisah beliau semasa Program Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Wanita Bekerjaya peringkat DBKL..  Sungguh cerita beliau sangat mengujakan. Kalau dahulu beliau menggunakan Spectra 3. Kenangan terkejar-kejar apabila 'flight' dah landing, mesti menjadi memori terindah. Berlari2 ke bilik air airport untuk mencari suis bagi memerah susu dengan masa yang terhad.. Keadaan terpaksa, tiada pilihan lain.

Akhirnya, disebabkan keperluan mendesak untuk mendapatkan 'mobile pump', maka medela freestyle berjaya di 'grab' =). Ia lebih selesa dengan kapten, kan..=)
Mengheret bekas polistrin putih itu sudah menjadi lumrah bagi beliau demi Myra. Itulah tanggungjawab si ibu, lagi2 apabila berjauhan dengan si anak. Terus cekalkan hati walaupun di luar sana banyak pilihan lain untuk makanan si kecil. Tapi beliau teruskan azam yang tinggi dengan niatnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi oleh kaum adam yang tidak biasa dengan budaya 'breastfeeding'. Adakala perkataan mereka meluluhkan hati namun diteruskan perjuangani ini. Semoga dengan ketidakbiasaan itu menjadi kebiasaan buat mereka. kerana adanya seorang wanita bernama Kapten Siti Suraida Mazlan.. 



tinggi di atas awan...


Saya pernah menulis entri berkenaan beliau di sini.


tanggungjawab si ibu apabila meninggalkan Myra di Kuala Lumpur sementara dirinya melaksanakan tugas demi negara... Orang kuat dan tabah sahaja mampu lakukan begini...

UPDATE : Cara kapten melaksanakan misi mengepam susu

Jika kapten terlibat dengan penerbangan : 
Mengepam ketika sudah mendarat dan berlari2 mencari 'port' samada di surau atau tandas. Semasa membawa kapal terbang tak boleh mengepam, sebab perlu fokus yang tinggi untuk membawa kapal terbang.

Sekiranya tiada sebarang penerbangan :
 masa kerja kapten adalah 8pagi hingga 5 petang. Sesi mengepam pula dilakukan pada jam 10 pagi, ketika solat zohor dan ketika solat asar. 

Apabila kapten out-station :
Mengepam macam biasa tapi di tambah lagi sesi mengepam di malam hari kerana tiada anak di sisi. dan ebm akan di tumpangkan di mana2 peti ais kemudian apabila hendak bawa pulang, akan menggunakan cooler box / bekas polistrin



permata hati kesayangan kapten... Myra, hampir 1 tahun.. fully bf

Salam sayang buat kaptenku...

Penyusuan alternatif melalui botol

Tidak semua bayi berjaya menyusu melalu cawan. kebanyakkanya menyusu melalui botol. Lagipun,  tidak semua pengasuh yang rela dan rajin menggunakan cawan semasa hendak memberikan susu pada bayi. kerana ia satu pekerjaan yang agak leceh. 
Jadi alternatif kepada cawan, sudah tentulah botol. Pengasuh pun selesa apabila ibu2 menyediakan botol susu untuk bayi yang dihantar kepada mereka.
Cuma ada sebahagian kes yang bayi menolak untuk meminum dari botol. Jadi sukalah untuk saya kongsi sedikit panduan untuk ibu2 yang baru mendapat cahaya mata. Kita yang dewasa mempunyai citarasa sendiri, bayi yang sekecil itu pun mempunyai citarasa mereka juga =) ...
Penting kita mengetahui botol dan puting yang disukai oleh bayi kita. Jadi jangan sebab kita suka barangan Avent, kita pun paksa bayi kita menerima botol Avent! Mungkin kita suka jenama Tommie Tippie, tapi anak kita suka jenama Pigeon.. citarasa orangkan berbeza2..Mari kita raikan perbezaan =)

Tips untuk memilih botol untuk bayi

1. Beli satu sahaja botol untuk  satu2 jenama sehinggalah anda menjumpai botol yang menjadi minat si kecil! Selepas itu barulah beli botol yang anak anda suka, banyak2!

2. Kekalkan penggunaan puting 'newborn'
Kerana puting ibu tidak pernah berubah2 lubangnya sejak bayi lahir sampai bila2. Jadi tidak perlulah apabila bayi berumur 3 bulan, kita pun tukar puting yang khas untuk bayi 3 bulan. Usah terpedaya dengan pelbagai produk puting di pasaran..

Puting 'newborn' atau 'slow-flow' selalunya sesuai untuk bayi yang menyusu susu ibu. Penggunaan 'fast-flow nipple' boleh menyebabkan bayi menolak untuk menyusu direct di breast ibu atau 'overfeeding' sepanjang hari. Seelok2nya, ibu2 cuba dahulu menghisap puting botol tersebut untuk mengetahui aliran susu yang keluar. Tapi janganlah menghisap susu ibu. Anda letaklah air masak dalam botol tu. Tak sanggup daku nak minum susu sendiri. tapi siapa yang sanggup, silakan he3

Apabila anak sudah di introduce dengan botol, ibu juga jangan melupakan bahawa anda harus mengepam/memerah supaya produksi susu kekal seimbang dengan susu yang bayi anda minum. Adalah dinasihatkan supaya mengelakkan memberi amaun yang banyak melebihi amaun yang anda perolehi apabila mengepam/memerah. 


Untuk memulakan pemberian botol, adalah lebih baik ketika bayi berumur 3-6 minggu. Pemberian puting botol pada peringkat awal dapat mengganggu kebolehupayaan bayi untuk menyusu pada payudara ibu.
Seboleh2nya, si ibu tidak berada berdekatan dengan anak semasa pemberian susu menerusi botol tersebut. Kerana bayi2 yang sungguh bijak ini agak susah menerima puting botol apabila ada bau ibunya di sisi. Lebih baik pemberian susu menerusi botol ini dilakukan oleh bapa atau ahli keluarga yang lailn.


TIPS UNTUK BAYI YANG MENOLAK BOTOL


mari cuba 'trick' ini... he3


1. cuba posisi yang berlainan semasa hendak menyusukan anak dengan botol. Pastikan posisi semasa menyusukan anak secara 'direct' berbeza dengan posisi semasa hendak menyusukan anak dengan menggunakan botol. Tegakkan sedikit badan bayi dengan menyandarkan bayi pada badan orang yang hendak memberikannya susu botol tersebut.


2. Periksa suhu susu yang hendak diberikan kepada bayi. mungkin susu itu terlampau sejuk atau terlampau panas bagi bayi tersebut. Bayi ni kadang2 mempunyai suhu susu yang dia minati


3. Cubalah pelbagai puting botol. Ada bayi yang tidak suka dengan puting keras, kebanyakannya lebih suka dengan puting lembut (playtex nipple )... tapi jangan lupa, pastikan puting tersebut adalah 'low flow'


TEKNIK PENYUSUAN ALTERNATIF


Sebenarnya tiada undang2 mengatakan bayi wajib meminum susu dari botol, selain dari payudara ibu. Cuma majoriti memilih botol sebagai alternatif lain kepada pemberian susu. Jadi, marilah kita berseronok dengan mencuba kaedah2 lain...theee


1. Dari hari pertama bayi dilahirkan, sebenarnya bayi sudah mampu minum menerusi cawan. Kebanyakan hospital menggunakan cawan untuk memberikan susu kepada bayi di awal kelahiran ( sekiranya wujud masalah2 tertentu ) supaya tidak mengganggu proses 'breastfeeding'.


2. Bayi boleh minum menerusi sudu. titiskan sedikit demi sedikit ke dalam mulut mereka.


3. Penggunaan picagari. keluarkan sedikit susu melalu picagari tersebut ke tepi mulut bayi dan biarkan bayi menjilatnya.


4. Penggunaan 'sippy cup' untuk bayi yang besar. Keluarkan sedikit susu pada hujung muncung yang hendak di hisap oleh bayi kemudian biarkan mereka menghisapnya dengan sendiri.


Sekiranya masih belum berjaya.... Jangan GIVE UP! Teruskan mencabar diri sendiri mencari pelbagai solusi.. 


1. Dapatkan pembantu yang boleh membawa anak anda kepada anda setiap kali tiba masa menyusu ( Kawan saya pernah lakukan yang ini )


2. Untuk bayi yang besar ( 6bulan ke atas ), memadai mereka meminum susu sebanyak 2 kali sahaja sepanjang masa anda bekerja. selebihnya, sediakan makanan yang mencukupi untuk mereka.


3. Ibu menggunakan setiap masa rehat yang anda untuk menyusukan anak. ( kalau  kakitangan kerajaan selalunya mempunyai masa rehat jam 10 pagi, 1.00 tengahari )
4. Sekiranya sesuai untuk melakukan kerja dari rumah, itu adalah lebih senang =)


Teruskan usaha ye ibu2..ragam anak2 ni macam2. Tapi bilamana kita memberikan pengorbanan yang besar dalam memenuhi hak mereka, insyallah mereka akan menjaga hak kita semasa kita tua nanti. 

Perjalanan Penyusuan buat Khawlah Sakinah

Saya terjebak dengan dunia penyusuan susu ibu sejak Khawlah Sakinah lahir, iaitu pada 13 November 2010. Sejak dari itu, saya tidak menoleh kebelakang lagi. Saya perteguhkan keazaman saya. Ketika itu, saya fikir perjalanan penyusuan susu ibu itu MACAM SENANG. sebab orang2 dulu boleh je buat tanpa pergi ke kelas, tanpa ada Kaunselor Laktasi dan sebagainya. lepastu saya tengok orang selalu kongsi cerita best2 tentang BF ni. saya tengok best sangatttt.
Tapi apabila saya mengharungi perjalanan ini, nampaknya ia satu perjalanan yang penuh cerita pahit-masam-manis nya. Itulah sebabnya, penyusuan susu ibu ini digelar sebagai satu 'ART' atau kata melayunya, SENI. Ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah. Ada masa semangat menggunung tinggi, ada masa emosi terganggu...


Saya lalui pelbagai rintangan sepanjang penyusuan Sakinah. Diantaranya....


1. Sakinah telah diberikan susu formula oleh pihak hospital seawal satu hari dilahirkan.


2. Sakinah suka tidur, jadi dia kurang menyusu direct. Lagipun dia telah mengalami 'nipple confuse' akibat pendedahan kepada puting botol di awal kelahirannya.


3. Penyusutan bekalan susu yang saya perah daripada 2oz kepada 1-2 sudu sahaja akibat daripada pemberian 'Gripe water' 3x sehari. Ini adalah saranan daripada jururawat apabila Sakinah selalu kembung perut.


4. Saya didatangi haid sejurus selepas darah nifas saya kering. Darah nifas saya kering harini, esok petang saya sudah didatangi haid. dan haid  setia mendatangi setiap bulan, tak pernah miss. Jadi setiap kali datang period, saya akan melalui fasa gangguan hormon selama 2-3 minggu dan menyebabkan susu saya akan menyusut selama tempoh tersebut. Dari 20oz/hari ( sesi mengepam 4x di pejabat ) kepada 10-15oz/hari. Bayangkan saya melalui fenomena ini setiap bulan.


5. Stok susu yang berada dalam deep freezer mencair akibat daripada kecuaian diri sendiri yang tidak menutup pintu freezer dengan rapat.


6. Mengalami masalah gangguan eletrik akibat daripada kecuaian diri sendiri juga yang terlupa nak membayar bil letrik. Jadi terpaksa memunggah susu dan masukkan ke dalam polistrin


7. Mengharungi kerjaya sebagai Inspektor Kesihatan yang banyak kerja di luar pejabat, terlibat dengan pelbagai operasi penguatkuasaan, bekerja sampai malam, bekerja di hujung minggu, memberi ceramah kepada orang awam. Kemudian kerjaya yang di monopoli 80% lelaki.


8. Mengandung ketika Sakinah berumur 1tahun 1bulan sehingga memerlukan ibu susuan dan Sakinah berjaya mempunyai 3 orang ibu susuan.


saya cerita ini semua supaya ibu2 lain terus bersemangat waja dan membara untuk menyusukan anak walaupun bermacam2 liku2 yang perlu dilalui. Sebab ramai ibu2 yang mengadu masalah itu ini kepada saya sehingga mereka hilang semangat.. 


Ibu....Sekali kita sudah melangkah ke hadapan, jangan sesekali berundur dari medan perjuangan!! Teruskan berjuang, teruskan mencari kekuatan... sesungguhnya bukanlah bererti sebuah perjuangan itu tanpa keperitan dan kesusahan. Hadapi dengan tenang dan sabar..... 


Sebuah memoir...


 
 

deep freezer yang dipenuhi dengan stok yang dikumpul semasa cuti berpantang selama 2 bulan.


deep freezer yang dibeli..waktu ini menggunakan duit simpanan KWSP. ( full use of the money he3 )


pam pertama yang saya gunakan adalah Spectra 3..TERBAIKKK!! sesuai untuk ibu2 bekerjaya sebab ia boleh buat double pumping, jadi menjimatkan masa. harga pun ekonomi...


berpindah kepada medela fs selepas melalui kekangan2 dan keperluan kepada mobile pump apabila bergelar Inspektor Kesihatan ini. kali ini menggadaikan barang emas demi untuk Sakinah.


memerah susu di meja sahaja dengan keadaan ruang pejabat yang terbuka. no partition, no cubicles =)

    

saya pakai shawl sahaja. Satff saya ni suka bertanya pasal BF walaupun masih bujang. 
( waktu ni guna medela fs )


tudung besar juga boleh cover upacara megepam =)
( waktu ni guna spectra 3 )


Ketika teruja nak membeli avent manual akibat daripada teracun daripada testimoni kawan. sungguh2 Avent  Manual ini sangat best dan sangat berguna untuk saya yang banyak kerja di luar.


perbezaan di antara penggunaan spectra 3 dan avent manual. 
Hasil dari avent manual lebih masyukk kerana avent manual ada cushion massager berbanding spectra 3.


di kala susu masih meriah. sesi pertama sahaja sudah dapat sebanyak ini.


di kala susu merudum apabila cik P menjelma




mengepam semasa ada taklimat di dewan.


mengepam semasa sesi latihan bersama ahli kumpulan untuk Konvensyen KIK Peringkat DBKL.

 
 

bermarmet (kiri ) / mengepam (kanan) semasa dalam mesyuarat wabak denggi yang berjam2 lamanya.


menambahkan ilmu BF dengan menghadiri Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 20jam.
guna duit KWSP juga untuk menyertai kursus yang berharga RM300 ini.


untuk kawan2, TERUSKAN PERJUANGAN..walau siapapun kita, kita tetap seorang ibu...
Gud luck n all da best..muahhh...