LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label BF journey. Show all posts
Showing posts with label BF journey. Show all posts

Di akhbar Harian Metro : Glamor beri anak susu ibu

Sewaktu saya berada di wad, berderu mesej masuk telefon bimbit saya memaklumkan bahawa telah keluar artikel penyusuan di akhbar yang turut memuatkan gambar dan kenyataan saya.
Sungguh saya berada di dalam wad, tidak tahu apa2 berita, melainkan adanya insan2 yang sentiasa mendoakan dan tidak melupakan saya untuk memberitahu saya..
terima kasih kalian di atas kasih dan ingatan kalian yang suci itu... salam peluk cium buat kalian...

Temuramah ini telah berlangsung pada Karnival Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat WPKL & Putrajaya di Perpustakaan Negara pada 14 Julai 2012.



uploaded by Mimi Zafran
tqvm mimi...

cerita lanjut boleh di dapatkan disini...

Terima kasih tak terhingga buat wartawan, Cik Puan Rosmaliana Aida Mohd Adnan yang sungguh lembut dan penuh kesantunannya dan sahabat jurugambar beliau. maaf kerana tidak sempat untuk menerumah sahabat jurugambar anda ...


Pilot yang fully BF

setelah sekian lama saya menunggu gambar daripada pilot kita yang sorang ni, baru ini saya dapat melihat gambar2nya. teruja saya dibuatnya sebab saya memang suka dengan perjalanan BF beliau sebagai seorang juruterbang wanita TUDM. itulah dia Kapten Siti Suraida... Dalam karier askar ni tidak ramai yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Lagi2 yang bekerja di luar, macam kapten kita seorang ni. terbang ke sana-sini membawa kapal terbang. 



slot dari Kapten... kisah yang superb!!

Saya penah menjemput beliau dalam sesi perkongsian kisah beliau semasa Program Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Wanita Bekerjaya peringkat DBKL..  Sungguh cerita beliau sangat mengujakan. Kalau dahulu beliau menggunakan Spectra 3. Kenangan terkejar-kejar apabila 'flight' dah landing, mesti menjadi memori terindah. Berlari2 ke bilik air airport untuk mencari suis bagi memerah susu dengan masa yang terhad.. Keadaan terpaksa, tiada pilihan lain.

Akhirnya, disebabkan keperluan mendesak untuk mendapatkan 'mobile pump', maka medela freestyle berjaya di 'grab' =). Ia lebih selesa dengan kapten, kan..=)
Mengheret bekas polistrin putih itu sudah menjadi lumrah bagi beliau demi Myra. Itulah tanggungjawab si ibu, lagi2 apabila berjauhan dengan si anak. Terus cekalkan hati walaupun di luar sana banyak pilihan lain untuk makanan si kecil. Tapi beliau teruskan azam yang tinggi dengan niatnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi oleh kaum adam yang tidak biasa dengan budaya 'breastfeeding'. Adakala perkataan mereka meluluhkan hati namun diteruskan perjuangani ini. Semoga dengan ketidakbiasaan itu menjadi kebiasaan buat mereka. kerana adanya seorang wanita bernama Kapten Siti Suraida Mazlan.. 



tinggi di atas awan...


Saya pernah menulis entri berkenaan beliau di sini.


tanggungjawab si ibu apabila meninggalkan Myra di Kuala Lumpur sementara dirinya melaksanakan tugas demi negara... Orang kuat dan tabah sahaja mampu lakukan begini...

UPDATE : Cara kapten melaksanakan misi mengepam susu

Jika kapten terlibat dengan penerbangan : 
Mengepam ketika sudah mendarat dan berlari2 mencari 'port' samada di surau atau tandas. Semasa membawa kapal terbang tak boleh mengepam, sebab perlu fokus yang tinggi untuk membawa kapal terbang.

Sekiranya tiada sebarang penerbangan :
 masa kerja kapten adalah 8pagi hingga 5 petang. Sesi mengepam pula dilakukan pada jam 10 pagi, ketika solat zohor dan ketika solat asar. 

Apabila kapten out-station :
Mengepam macam biasa tapi di tambah lagi sesi mengepam di malam hari kerana tiada anak di sisi. dan ebm akan di tumpangkan di mana2 peti ais kemudian apabila hendak bawa pulang, akan menggunakan cooler box / bekas polistrin



permata hati kesayangan kapten... Myra, hampir 1 tahun.. fully bf

Salam sayang buat kaptenku...

Perjalanan Penyusuan buat Khawlah Sakinah

Saya terjebak dengan dunia penyusuan susu ibu sejak Khawlah Sakinah lahir, iaitu pada 13 November 2010. Sejak dari itu, saya tidak menoleh kebelakang lagi. Saya perteguhkan keazaman saya. Ketika itu, saya fikir perjalanan penyusuan susu ibu itu MACAM SENANG. sebab orang2 dulu boleh je buat tanpa pergi ke kelas, tanpa ada Kaunselor Laktasi dan sebagainya. lepastu saya tengok orang selalu kongsi cerita best2 tentang BF ni. saya tengok best sangatttt.
Tapi apabila saya mengharungi perjalanan ini, nampaknya ia satu perjalanan yang penuh cerita pahit-masam-manis nya. Itulah sebabnya, penyusuan susu ibu ini digelar sebagai satu 'ART' atau kata melayunya, SENI. Ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah. Ada masa semangat menggunung tinggi, ada masa emosi terganggu...


Saya lalui pelbagai rintangan sepanjang penyusuan Sakinah. Diantaranya....


1. Sakinah telah diberikan susu formula oleh pihak hospital seawal satu hari dilahirkan.


2. Sakinah suka tidur, jadi dia kurang menyusu direct. Lagipun dia telah mengalami 'nipple confuse' akibat pendedahan kepada puting botol di awal kelahirannya.


3. Penyusutan bekalan susu yang saya perah daripada 2oz kepada 1-2 sudu sahaja akibat daripada pemberian 'Gripe water' 3x sehari. Ini adalah saranan daripada jururawat apabila Sakinah selalu kembung perut.


4. Saya didatangi haid sejurus selepas darah nifas saya kering. Darah nifas saya kering harini, esok petang saya sudah didatangi haid. dan haid  setia mendatangi setiap bulan, tak pernah miss. Jadi setiap kali datang period, saya akan melalui fasa gangguan hormon selama 2-3 minggu dan menyebabkan susu saya akan menyusut selama tempoh tersebut. Dari 20oz/hari ( sesi mengepam 4x di pejabat ) kepada 10-15oz/hari. Bayangkan saya melalui fenomena ini setiap bulan.


5. Stok susu yang berada dalam deep freezer mencair akibat daripada kecuaian diri sendiri yang tidak menutup pintu freezer dengan rapat.


6. Mengalami masalah gangguan eletrik akibat daripada kecuaian diri sendiri juga yang terlupa nak membayar bil letrik. Jadi terpaksa memunggah susu dan masukkan ke dalam polistrin


7. Mengharungi kerjaya sebagai Inspektor Kesihatan yang banyak kerja di luar pejabat, terlibat dengan pelbagai operasi penguatkuasaan, bekerja sampai malam, bekerja di hujung minggu, memberi ceramah kepada orang awam. Kemudian kerjaya yang di monopoli 80% lelaki.


8. Mengandung ketika Sakinah berumur 1tahun 1bulan sehingga memerlukan ibu susuan dan Sakinah berjaya mempunyai 3 orang ibu susuan.


saya cerita ini semua supaya ibu2 lain terus bersemangat waja dan membara untuk menyusukan anak walaupun bermacam2 liku2 yang perlu dilalui. Sebab ramai ibu2 yang mengadu masalah itu ini kepada saya sehingga mereka hilang semangat.. 


Ibu....Sekali kita sudah melangkah ke hadapan, jangan sesekali berundur dari medan perjuangan!! Teruskan berjuang, teruskan mencari kekuatan... sesungguhnya bukanlah bererti sebuah perjuangan itu tanpa keperitan dan kesusahan. Hadapi dengan tenang dan sabar..... 


Sebuah memoir...


 
 

deep freezer yang dipenuhi dengan stok yang dikumpul semasa cuti berpantang selama 2 bulan.


deep freezer yang dibeli..waktu ini menggunakan duit simpanan KWSP. ( full use of the money he3 )


pam pertama yang saya gunakan adalah Spectra 3..TERBAIKKK!! sesuai untuk ibu2 bekerjaya sebab ia boleh buat double pumping, jadi menjimatkan masa. harga pun ekonomi...


berpindah kepada medela fs selepas melalui kekangan2 dan keperluan kepada mobile pump apabila bergelar Inspektor Kesihatan ini. kali ini menggadaikan barang emas demi untuk Sakinah.


memerah susu di meja sahaja dengan keadaan ruang pejabat yang terbuka. no partition, no cubicles =)

    

saya pakai shawl sahaja. Satff saya ni suka bertanya pasal BF walaupun masih bujang. 
( waktu ni guna medela fs )


tudung besar juga boleh cover upacara megepam =)
( waktu ni guna spectra 3 )


Ketika teruja nak membeli avent manual akibat daripada teracun daripada testimoni kawan. sungguh2 Avent  Manual ini sangat best dan sangat berguna untuk saya yang banyak kerja di luar.


perbezaan di antara penggunaan spectra 3 dan avent manual. 
Hasil dari avent manual lebih masyukk kerana avent manual ada cushion massager berbanding spectra 3.


di kala susu masih meriah. sesi pertama sahaja sudah dapat sebanyak ini.


di kala susu merudum apabila cik P menjelma




mengepam semasa ada taklimat di dewan.


mengepam semasa sesi latihan bersama ahli kumpulan untuk Konvensyen KIK Peringkat DBKL.

 
 

bermarmet (kiri ) / mengepam (kanan) semasa dalam mesyuarat wabak denggi yang berjam2 lamanya.


menambahkan ilmu BF dengan menghadiri Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 20jam.
guna duit KWSP juga untuk menyertai kursus yang berharga RM300 ini.


untuk kawan2, TERUSKAN PERJUANGAN..walau siapapun kita, kita tetap seorang ibu...
Gud luck n all da best..muahhh...









Pengeposan Susu Ibu

Excited nak tulis entri ni. sebab sebelum ni apabila saya diajukan soalan macamana nak terbangkan susu dari Sarawak ke KL, saya tak jumpa jawapan. puas saya tanya sana-sini.
Kali ini, nasib saya pula melaluinya, dengan cubaan pertama. ekperimen pertama.
Susu untuk Sakinah yang diterbangkan dari Labuan. untuk makluman, susu ini dihantar oleh ibu susuan Sakinah yang juga kakak ipar saya.
Soalan cepuk emas : kenapa Sakinah perlu ibu susuan ?
Jawapan cepuk diri sendiri : sebab ibunya sudah kekontangan stok susu
Kakak ipar menggunakan perkhidmatan Pos Laju. 
( nota tepi : pos malaysia tidak menginsurankan barangan makanan. jadi apa2 hal kena tanggung sendiri ).
Berat muatan yang dihantar adalah 11 kg. kosnya pula dari Labuan ke KL RM128.00. Saya tidak merasakan ia satu pembaziran wang ringgit saya sebab susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak saya. Kalau orang berkata, adalah lebih baik RM128 tu beli susu formula,lagi senang.. tak payah bersusah payah nak bungkus itu ini, kemudian ke pejabat pos. tapi untuk saya, its a journey. saya akan cuba sedaya upaya saya memberikan yang terbaik selagi hayat dikandung badan.


Sambung cerita...
Ada 40 pek susu yang dihantar dengan pelbagai jenis amaunnya... ia sangat2 bermakna untuk saya dan paling penting sekali Sakinah.



Pihak Pos Laju akan memasukkan konsaimen ni dalam plastik. sebab declare pada slip pos laju tu 'Frozen Food'. Jadi mereka akan ambil langkah berjaga2 begini.

kakak ipar membalut polistrin dengan suratkhabar  yang sangat banyak. kemudian di seal penutupnya 


ni keadaan dalam polistrin. di bahagian atas diletakkan tuala bagi memerangkap suhu di dalam bekas.


subhanallah. ais masih berketul2 walaupun sudah 30 jam berada dalam polistrin ni.
ramuan ais : air + garam = ais garam


keadaan susu masih beku. cair 10%


yg ni susu dah cair. terdapat 10 pek susu yg cair sepenuhnya dan cair 50%. kebanyakannya yang mengalami pencairan ni disebabkan ia berada di tepi kotak, dan ais pula tidak banyak di bahagian tepi kotak. selepas ni kena ambil tindakan dengan meletakkan ais di tepi polistrin.

saya hanya mampu menggunaka sebanyak 3 pek sahaja susu cair dan selebihnya yg cair itu saya tandakan dan bekukan semula. saya akan gunapakai dalam tempoh seminggu ini. walaupun nutriennya sudah berkurangan tapi ia masih boleh digunakan.


ais yang masih berketul2. dicadangkan untuk menggunakan ais bagi melakukan pengeposan susu, lebih baik buat ais sendiri. ais tiub yang dijual di kedai, mudah cair.
kalau boleh, guna ais kering. lebih tahan. tapi di Labuan susah nak cari ais kering.

susu ini di bungkus2 pada jam 12.00 tengahari, 18/4/2012 kemudian terus dihantar ke pejabat pos. 
kemudian susu tiba di tangan kami jam 6.15 petang, 19/4/2012. lebih kurang 30 jam susu2 ini berada dalam polistrin.

nota : kurier TA-Q-Bin mempunyai perkhidmatan penghantaran frozen food.  tetapi liputannya tidak meluas di Malaysia. hanya kawasan tertentu sahaja.


Menyelamatkan EBM dikala tiada letrik

malam tadi adalah malam utk saya..
dimana bekalan letrik telah dipotong akibat drpd kecuaian diri sendiri terlupa nak bayar bil.
berbekalkan cahaya handphone, saya memunggah semua ebm dr freezer..
ohh susu ini adalah nyawa saya dan sakinah. 
NYAWA!!
saya punggah semua ebm yg masih beku ke dalam bekas polistrin.
kemudian saya bawa pergi ke rumah mertua yang tak jauh dari rumah saya.
saya punggah sebahagian ebm ke dlm freezer mak wpun dlm tu ada ikan. memang padat tpt beku tu. i`ve no choice..
sebahagian lagi saya kekalkan di dalam bekas polistrin td.
saya ke 7-eleven beli  ice pack sebanyak 3 pack.
1st step, saya taburkan ais di bahagian based polistrin tu.kemudian taburkan garam.
2nd step saya susun ebm satu barisan
3rd step. tabur lagi ais di atas ebm sehingga x nampak ebm tu lag. taburkan juga garam.
siap!
saya selesai mengerjakan ebm ni lebih kurang jam 11.00 mlm.
pagi ini, sebelum pergi kerja, saya jenguk dulu ebm. alhamdulillah masih beku.ais masih berketul2..
semoga Allah menyelamatkan ebm ini utk anak yang belum mengerti apa2, hanya mengharapkan susu ibunya..
dikala ini penghasilan susu saya sepanjang saya bekerja ( 8pagi -  5 petang) hanya 4oz.
bayangkan betapa sedikit tertekan saya menghadapinya.
tapi saya cuba untuk  TETAP  TERSENYUM =))
harapnya saya kuat menghadapi ini...

IDEA PENYIMPANAN SUSU IBU

ini cara saya nak untuk simpan stok EBM..



masa awal2 guna bekas dadih & botol..
kemudian tukar method.
alasan : 1. ruang DF yang terhad.
2. nak jimat belanja beli botol banyak2



tukar kepada penggunaan plastik ni
sejak supplier dah migrate ke oversea, dah susah nak dapat barang.


kali ini guna plastik YHAB 
beli kat onebabyworld
dah seal, seang nak baringkan EBM ni..



nilah sealer yang saya guna untuk seal plastik YHAB.
saya gemar men'flat'kan EBM saya.sebab boleh susun tegak2 mcm buku. nampak kemas sikit.
saya beli kat kedai Serbaneka Mr.DIY, Salak Selatan. 
harga RM 23 ( siap bg harga lg..ngeh3 )

Slot Safiyya Ibu Muda

dikala kesedihan ni tiba2 teringat nak tulis pasal shooting kami dengan krew Safiyya TV9.
x sangka pulak bila dah dpt sakinah ni, muka kami tertempel lg dlm tv..
bak kata kawan2 " korang ni..dari sebelum kawen sampai dah ada anak, masuk TV je "
citt, padahal baru 2 kali jah!!
sebelum kawen masuk Cari Menantu Musim Kedua. tp kami ni peserta yang terSINGKIR..harap maklumlah kalau siapa yg x perasan muka kami ni masa atas pentas final tu ha3 sebab awal2 dh tersingkir
tapi sempat di interview ye.. sebab kitorang datang awal youuu...slot kitorg di uji oleh pengadil, ustzh Nik Salida dan juri lain pun kuar tv. *kembang semangkuk jap* ha3
nanti i try carik balik video tu kalau ada. ha3


sambung citer Safiyya..
derang datang rumah 8 april 2011.
dah lah rumah x berupa tongkang ( punyerlah teruk dr tongkang ha3 )
krew yang datang 2 orang. wartawan, Seri, dan jurugambar..( sori bang, lupa nama dh )
dekat sejam lebih kitorang melayan pertanyaan wartawan tu. siap bersiar2 kt taman lagi.
semua tu sebab nk isi slot ibu muda sempena hari ibu..
thanks Sakinah,Mama Izzah atas suggestion kpd TV9 tu.
x sangka ii ha3




ni lah krew dari Safiyya

tapi kesedihan melanda bilamana, di tonton.com.my x disiarkan slot kami. tu yg plg dikesali.amat dikesali.. dah cuba mintak pd Seri, tp dia dh hbs praktikal kt sana. try mintak copy kt wartawan yang mula2 contact saya. sms x berbalas. masa mula2 nk minta shoot, rajin pula bls. hurmm...

tp apepun yang saya puas hati..
dapat sampaikan ilmu dan semangat BREASTFEEDING pd ibu2 yang lain walaupun SANGAT SEBENTAR. 
kepada ibu2 yang beremosi melihat slot ibu muda, nk buat macamana. rezeki saya utk slot ibu muda kedua tu sekejap je ( siapa yg tengok,akan taw maksud nye ). 
anyway tqs a lot pd kwn2 yang sudi mengadap depan Safiyya masa tu. 
( walaupun sblm tu x pernah pun tgk Safiyya ha3 apetah lagi saya yang rumah x de TV, Siaran Safiyya pun x taw cerita apa pd  masa tu.ingatkan cerita bersiri ha3 ) 



nota : mode sedih dan bertukar kpd happy sikit.

coretan dikala kesedihan melanda...

sakinah,
mama tulis kali ini sebab nak bercerita dgn sakinah..
kalau hari ini sakinah x faham, semoga 18 tahun akan datang, sakinah akan faham..
cerita kepayahan dunia penyusuan ini.
hari ini Ramadhan ke-2 nak, untuk Tahun 2011. tahun lepas sakinah rasa berpuasa sama2 dgn mama dalam perut kan...sebab sakinah dalam  perutlah, puasa mama penuh. alhamdulillah..
tahun ni, mama berpuasa sambil menyusukan Sakinah nak.
memang ini dugaan Ramadhan..




1st session mama pam, dapat 3oz pada pukul 8pagi tadi.
2nd session mama pam lagi..hasilnya 2oz nak...selepas 3jam 45 minit tidak mengepam.
mama cuba menjarakkan masa mengepam, mana taw rezeki sakinah kali ini memberangsangkan
tapi........................................................


T_T, T_T, T_T

mama makan vitamin, mama minum ESP, minum air masak, minum susu, x tinggal bersahur.
apekan dayaku, Ya Rabb...
mungkin doa mama belum cukup tulus dan sepenuh hati..


" Ya Allah, ku mohon padamu. sesungguhnya tiada tempat aku bergantung melainkan padaMu. kerana susu ini anugerahMu, bukan kuasa aku yang lemah tak upaya ini. Kau anugerahkanlah susu padaku demi untuk anakku, Khawlah Sakinah.Allahumma taqabbal minna dua` ana"

Apa dlm beg saya ?

cuba teka...
'Apa dlm beg saya' tajuk cerita entry kali ni..
mari saya bongkarkan rahsianye...echehh


ada medela fs, ada cooler bag jingle jungle, ada cooler bag medela..


ni ha gunanye cooler bag JJ ni. utk simpan parts of bpump yg dh guna. xyh g basuh setiap kali guna.simpan dlm 'fridge' ni pon ok.
credit tu K.Intan Dot atas sumbangan idea inovasi =)

yg ni utk simpan EBM...

dah x menjadi rahsia lagi tentang beg hitam yang saya kendong ke sana-sini.

Energizing Soy Protein


bungkusanku tiba dari MIRI...jauh dia terbang...


nila kekasih baharuku..sedapnye rasa dia..minum ngn air dutch lady coklat sejuk+ ESP = sedap hingga menjilat jari kaki hua3

nanti kita update hasilnye yeay..x sabar den....

Panggilan buat Izzah...



Assalamualaikum. Am looking for Muslim mummies out there to donate EBM for my daughter (9m) as my stock is running out and milk production continues to decrease (only 2oz per session). Currently topping up stock with FM (wish I didn't have to) during office hour. Location: Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat, Gombak. Thanks in advance


saya ternampak kawan saya post ni di Human Milk 4 Human Babies yang dia memerlukan EBM..terus hati ni terpanggil. 
sebelum ni, saya memang dh ada anak susuan yang mana anak buah saya ( Naurah Auni ). tp slps anak buah dh 6bln, saya dh x supply ebm sbb Auni dh mula minum FM. 




naurah auni ( kiri ), khawlah sakinah (depan )

kemudian saya berniat nk kumpul EBm byk2 sbb merancang utk mengandung anak kedua dlm thn ni. ( wah semangat gitu nk beranak lagi ha3..mcm x takut je nk bersalin..aduiiii ) actually saya bercita-cita utk melalui saat2 TANDEM NURSING sendiri. nk rasa kemanisan dan kepayahannya.
tapi saya x lupa niat saya utk menyusukan Sakinah sampai 2 tahun dn ke atas.
jadi saya telah mendapatkan khidmat nasihat dr LC( kaunselor penyusuan), juga pegawai perubatan.
sangat seronok bila derang menggalakkan..( terus berkobar nk mengandung ha3)
tp saya tlh dinasihatkan utk memberhentikan penyusuan ketika kandungan mula 7/8bulan bg menyediakan diri utk kandungan kedua.  tp ia bergantung pd keadaan dan kesihatan si ibu juga..lain ibu, lain caranya..jd better korang g dptkan consultation dgn btl2 yg pkr.
jadi tu yg berazam nk kumpul EBM spy dpt supply susu ibu spjg mamanye bercuti DF dan mengepam 2-3bulan tu.


berbalik kpd cerita kawan td...
bila ternampak post tu, hati saya terusik. Izzah (nama anaknya) sebaya ngn sakinah cuma dia lahir awal beberapa hari dgn sakinah.
saya terus offer nk bg Izzah EBM. nama ibunya Sakinah juga( hidupku mmg dikelilingi dgn Sakinah..semoga Sakinah selalu dlm hidupku )
saya berkata pd diri, insyallah dgn memberi Allah akan gantikan dgn lbh baik. Moga Allah anugerahkan susu yang lbh meriah utk kami..
jadi saya terus pasang strategi demi anak2 ku..
mulai hari ini saya berazam ( lebih2 lagi Ramadhan nk dtg ni )


 jd lah nih AZAM RAMADHAN :
1. minum air masak 3liter/hari ( saya ni spesis pemalas minum air )
2. disiplin dlm mkn vitamin
3. teruskan menjadi pengepam tegar ( so far alhamdulillah yang ni saya x pernah lupa. saya saya pengepam tegar ha3 ) 
4. Jauhi stress 



BF mommies...

Saya nak kongsi sahabat2 yang berjaya dlm perjuangan bf yang amat mencabar ini...
saya mengerti kejerihan mereka kerana saya bersama mereka meniti perjuangan ini..
bil telefon dan kredit telefon x payah la nk kira. asyik cal,asyik sms...di tengah malam pun ada..
mengadu itu ini...


" susu sikit.."
" bila pam susu x keluar "
"anak x nak minum botol"
"anak asyik merengek bila bf"
"org sekeliling suruh bg fm sebab susu kurang"
"orang kutuk sebab mengepam"
"orang mengata nak menunjuk ebm"
"orang tengok semacam je bila pam kat tempat keje..mcm jijik sangat EBM "


dan macam2 lagi...


my dear...ohw my dear...saya sayang kalian..kerana perjuangan kalian tiada kenal putus asa.
walaupun ada terlintas nak berenti bf..tapi alhamdulillah ia sekadar lintasan.  yang kenyataan, kalian menyusukan anak sendiri sehingga kini.


utk entry kali ini..Aqil memang nak titipkan jutaan syabas dan tahniah atas usaha korang. Aqil memang berbangga dgn korang!!


buat K.Intan Safinar,Azliyana Yahya,Zakiyah Samsuri...
kalian memang ibu yang sungguh mithali kerana sanggup berkorban segalanya untuk memberikan yang terbaik buat anak2.
walaupun sebenarnya, korang mampu nk beli FM tapi hakikat yang korang sedari..
susu ibu shj lah yang terbaik utnuk membentuk darah daging, tulang-belulangnya..kerana anak2 kita ini lah akan menjadi generasi yang soleh dan solehah.
teruskan usaha murni, doa tiada henti, azam yang terus tinggi,berkorban sepenuh hati...andalah IBU MITHALI buat si permata hati..


Saya sedar ramai lagi ibu2 yang diluar sana yang cekal dalam mengharungi perjuang breastfeeding ini..
untuk anda jua... doa kerahmatan lil 'alaminn...



k.intan yg disebelah kanan. sorang lagi 2 adik iparnya, kalau x silap..
k.intan ni isteri kapten hoki malaysia..carik la saper kapten pasukan hoki malaysia..ensem beb. ( selingan ye k.intan..jgn marah!! ha3)


ni lah stok k.intan. k.intan yg mula2 dulu give up utk bf kerana susu yg sedikit..tp sekarang, ini hasilnya berkat ketabahan dan kesabaran...
sekarang tengah gigih mencari deep freezer ..chayok2 k.intan!!


yaya sekeluarga...
stress dan sedih di tengah mlm mengenangkan susu yg kurang.
Qilah suka dengar Yaya bila dah ceria.


Nana sdg bf hadif.. hadif yg suka duduk dlm pelukan mamanye..


nilah keadaan dimana ebm hanya 0.5oz.memang amat mengundah-gelanakan na2..tp nsb baik na2 punya smgt bf yg tinggi..teruskan usaha..chayok na2..3 months to go....=)



...di saat entry ini di tulis, sebak bercampur gembira..T_T..

nota kaki :
EBM - express breastmilk
FM - formula milk
DF- deep freezer
bf - breastfeed

Pumping Schedule..


ini hasil semasa berpuasa..x meriah mana pun..asal 4 sesi


saya adalah pengepam tegar..
dengar tu TEGAR..dahhhsyatt bunyi nye..ha3
seronok mengepam lepas tu dok belek2 hasil.

saya dibayar gaji oleh Datuk Bandar di atas position Penolong Pegawai Kesihatan persekitaran @ lebih gah nama..INSPEKTOR KESIHATAN...

keje IK ni memang keje penguatkuasaan. banyak deal ngn public sampai public pun benci!!! ha3 sebab asyik kompaun orang ngehehe..

tapi sejak bertukar bahagian sekarang, lebih aman. dulu public lari dari kitorang..sekarang, public carik kitorang..almaklumlah bahagian promosi kesihatan..bagi ceramah kt orang..mcm BAGUSSS!!  ha3
rumusannya, keje kitorang memang banyak di luar berbanding dalam opis.
tapi schedule mengepam mesti mantain jaga dan pelihara haha

JaDuaL MenGePamkU...

SESI 1 : 9.00 pagi
SESI 2 : 12.00 pagi
SESI 3 : 2.00 petang
SESI 4 : 4.00 petang


inilah jadual yang saya dok jaga dan pelihara setiap hari...he3
tegar tak??? =D
saya akan mengepam dimana shj...klik sini ..gelagat saya yang pelbagai..ha3
dan satu lg, untuk jadi ibu yang mengepam (bukan mengepau ye)..kena disiplin, komitmen, tak malu! ( pamlah dengan menjaga ketatasusilaan..tak bermaksud sebab menjaga malu, tak mengepam di opis@skip pam )




Gudluck for all beloved bf mummies