LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label bf momma. Show all posts
Showing posts with label bf momma. Show all posts

Kisahnya seorang Pramugari yang hebat

Saya tidak pernah bertemu empat mata bersamanya. Semuanya berlaku di alam maya. Internet yang menghubungkan kami. Walaupun kami hanya teman maya, tapi saya yakin dengan pengiktirafan saya bahawa beliau ibu yang hebat. Saya akan menitis airmata apabila membaca catatan ceritanya.


Beliau adalah Aini wardiah, pramugari MAS. Ibu kepada Ariff Ziyad yang sekarang sudah menjangkau 1 tahun.
Perjalanan penyusuan susu ibu untuk wanita ini sungguh mencabar dengan kerjaya seorang pramugari. Namun ia biasa lakukan demi Ziyad tersayang...





tengoklah si bijak, Ziyad ni..mesti dia nak ikut juga ibunya...
kadang2 berat hati nak tinggalkan anak di rumah pengasuh, padahal opis dekat shj. tapi ibu muda ini, meninggalkan anaknya beribu batu untuk tempoh yang berhari2 dan kadang2 mencecah minggu.. hu3 sedihnya saya...


Perjalanan BF ibu ini sungguh mencabar. Anda bayangkan tugas pramugari yang selalu terpaksa meninggalkan keluarga beribu batu. Ya Allah.

Aini dan suaminya mempunyai rumah di KL. Tetapi Ziyad ni dihantar ke Penang, rumah ibubapa Aini. Ziyad dijaga sepenuhnya oleh keluarga Aini.. Jadi kurang sedikitlah kegalauan di hati bila ahli keluarga yang menjaga anak ni kan...

Anda bayangkan..
Apabila selesai tugas sebagai pramugari, Aini akan mendapat cuti. Kemudian, dia akan segera pulang ke Penang bagi melepaskan rindu didadanya untuk Ziyad tercinta. Cuti pula tak tentu. ada rezeki, dapatlah 5 hari. Bayangkanlah, si anak ini..walaupun jarang bertemu, bermain, berpeluk, mencium ibunya, dia tetap kenal siapa ibunya. kerana susu ibu itu penghubungnya. Ziyad akan berlari untuk terkam ibunya.. tak berlari, merangkak..

Habis tempoh 5 hari, si ibu akan berlepas pulang ke KL. Suami Aini pesan, jangan dibawa Ziyad tu ke airport. takut nanti dia menangis. Bukan setakat anak, ibu pun menangis. Tapi atuknya memujuk si ibu dan ayah supaya bawa jugaklah si Ziyad ni. Nanti dia lama tak jumpa ibu dan ayahnya. Jadi, sepanjang dalam perjalanan ke airport, Ziyad ni melekap je dalam dakapan ibu dan Aini menyusukan anaknya walaupun suami menghalang ( sebab Ziyad ni, kalau dah minum susu, dia dapat tenaga baru. nanti terus dia berjaga he3..cutenye ). Tapi kalau saya di tempat Aini juga, saya akan lakukan perkara yang sama. Lama pulak nanti dia nak dapat direct feeding tu sebab ibu dah tiada disisi. Mungkin Ziyad dapat merasakan bahawa dia bakal ditinggalkan lagi..
Jadi bila dah sampai airport, cepat2 Aini dan suami bergegas pergi. sebab taknak nanti menangis depan anak dan taknak tengok anak menangis di depannya. yang si Ziyad pula terpinga2 sebab tiba2 mak ayah dia pergi. T_T

Bayangkanlah adakalanya tidak bertemu dengan Ziyad 2minggu. Aduhh tak terbayangnya saya...

Apabila berjauhan dengan si anak, si ibu tetap gigih melaksanakan tugasnya. walaupun ia amat mencabar buatnya. Jadi si ibu terpaksa memerah sepanjang hari sebab tiada anak disisi untuk direct feeding. Hendak memerah/mengepam di atas flight, sungguh mencabar. Sebab airlines ni memang tidak menyokong BF. jadi, nak excuse untuk mengepam, tidaklah semudah yang disangka. Semua crew perlu bersiap siaga selalu kerana semua penumpang diletakkan dibawah tangungjawab mereka ( Kalau terjadi kebakaran, orang sakit jantung, orang pengsan, orang nak bersalin di dalam kapal terbang, semua tanggungjawab derang. nampak tugas pramugari ni macam glamer. tapi hakikanya..... ) Apabila penumpang sudah berehat, sudah tidur atau lena, waktu nilah masa yang digunakan si ibu untuk memerah/mengepam susu. Si ibu pula tiada tempat lain untuk melaksanakan tugasnya melainkan di dalam tandas. No Choice..adakala bila keadaan terdesak, terpaksa melakukannya di tempat begini walaupun jauh di lubuk hati nak mendapatkan tempat yang lebih bersih dan selesa. Kita tawakallah shj. 

Si ibu pernah hendak memerah/mengepam di kala kapal terbang melalui Lautan Hindi. Masa tengah bersiap untuk membuat projek tu, kapal terbang bergegar. Sebab cuaca yang buruk dan angin Lautan Hindi yang kuat. Panik si ibu dibuatnya. Tengah nak buat projek, dah mcm nak gempa bumi. Kemudian Kapten dah arahkan semua crew balik semula ke tempat masing2. Tak jadilah misinya tadi.
Penerbangan ini tidak menentu. Kadang2 membuatkan mereka jadi zombie. nak menghadap jet lag lagi. pagi di Malaysia, petang sudah di Maldives. Kemudian terbang semula ke Malaysia. 

Sehingga satu tahap, apabila si ibu sampai di rumah/penginapan, tersenguk2 mengepam. sambil tertidur. Walaupun mata dah terlampau berat, badan dan super penat, namun si ibu tak pernah lupa hak si anak di Penang sana. Kemudian, tidur pun bukanlah boleh lama2. sebab kalau tak mengepam susu 3 atau 4 jam sekali, mau keras breast dibuatnya akibat penuh. Again..dengan kemamaian, mengepam lah lagi.

Ada masa, si ibu ini..breakfast di KL, lunch di Kota Kinabalu, dinner di Kuching.  Ke sana-sini badan melayang hu3 
Kemudian menjalankan tugas sebagai crew di kala musim cuti sekolah, ohh sangatlah penuh seat dalam flight. lagi banyak passenger, lagi banyak tangunggjawab yang perlu dipikul. hingga ke satu situasi, si ibu tak sempat nak makan apetah lagi untuk mengepam. kerana terlampau sibuk berjam2. engorge dibuatnya.. pada waktu itu, dia terasa, sukarnya pramugari utk berjaya dlm BF. tapi dia masih belum berputus asa. 

Saya bertanya pada si ibu, kenapa memilih untuk BF anak sedangkan tugas begitu mencabar ?
Jawapannya, cuba bayangkan, anak saya hanya mempunyai masa yang amat terhad bersama ibunya . dia sentiasa bersama penjaga dia. Apekah kalau saya tidak menyusukan dia, dia akan kenal siapa saya ? Susu saya sahaja nilah yang menghubungkan diantara saya dan anak walaupun saya tidak bersamanya..
Anda tahu apa yang berlaku pada saya di depan skrin ini ???
Menitik air mata saya... Anda begitu mulia, duhai ibu.

   

keadaan terpaksa apabila cooler bag sudah penuh dengan stok. gunakan apa yang ada supaya susu ini dapat bertahan sementara waktu.  kreatifnya si ibu...


stok buat Ziyad tersayang...

  

yang ni stok susu yang diperah semasa bertugas. Dibungkus2 untuk dibawa balik ke Penang. 


kaedah si ibu nak mengekalkan suhu susu beku. gunakan ice pack kecik.

  

kejayaan si ibu melaksanakan misinya untuk Ziyad sayang


Kisah Perjalanan Hidup Saya (ibu Adam Darwisy)

Salam...
Saya  mulakan dari mula perkenalan dengan arwah suami ya...


berkenalan dengan arwah waktu kat universiti, bertembung kat Masjid Shah Alam, arwah di luar pagar waktu terawih dan saya seperti kenal terus menegur " kenapa tak masuk ? " jawapan arwah " maaf ya, saya bukan Islam tapi hati saya sangat sejuk dan tenang dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran..
Semakin rapat hanya kerana beliau ingin mendalami Islam dan memeluk Islam pada 20 Januari 2006 dengan nama Abdul ra`uf Calgary Abdullah ( bangsa iban beragama islam  )
Kami berkahwin pada 20.08.2008, mendapat tentangan hebat dari keluarga arwah kerana mereka menyalahkan saya, arwah memeluk Islam dan perkahwinan kami menyebabkan ibu arwah terus membuang arwah sebagai anak.
Saya hamil setahun kemudian tapi miscarriage pada 15 minggu dan hamil anak kedua ( Adam Darwisy ) pada tahun 2010.
Adam dilahirkan pada 03.12.2010 pada minggu 34 dengan berat 1.58kg. Adam warded NICU untuk 29  hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan sepanjang di hospital keluarga mertua langsung tidak menjenguk kami atau mengambil tahu tentang kami seolah2 kami tidak wujud.
Arwah suami amat menggalakkan bf walaupun saya memang tak mahu.. tapi suami berkeras kerana bagi dia kasih sayang ibu tergambar dalam setiap titisan air susu ibu ( seperti ibu arwah yang menyusukan beliau sampai umur 3 tahun ).
Hidup kami sangat bahagia sampai 1 hari Allah telah mengambil arwah kembali disebabkan kemalangan pada 7 Jun 2010. Sampai hari ini saya masih tak percaya arwah telah pergi meninggalkan saya dan Adam...
Saya terus berhenti kerja notis 24jam bawa Adam ke kampung saya di Taiping, Perak. Saya akui saya sangat lemah, tanggungjawab saya pada Adam saya abaikan, saya jadi tak terurus lepas arwah pergi. Namun satu2nya perkara yang tetap saya buat ialah MENYUSUKAN adam. saya ingat pesan arwah " abi nak anak abi cantik, pandai dan beriman kerana minum susu ibu..."
Rupanya psanan arwah itu banyak manfaatnya pada saya. Memang saya akui lepas arwah meninggal, saya banyak berkurung & menangis. tapi setiap kali menyusukan Adam, macam ada kekuatan yang disalurkan dari Adam pada saya..terasa dekat hai menusuk dan saya rasa kuat untuk terus tabah dan hadapi hidup ini.. even parents saya pun terkejut dengan perubahan saya bila saya cakap saya nak kerja semula.
Saya sendiri tak tahu nak menyusun kata atau nak mengungkap bahasa yang indah2 tapi itulah keajaiban kurniaan Allah melalui air susu ibu..
Saya harap cerita saya dapat memberi galakan dan semangat pada ibu2 yang lain kerana hikmah & anugerah Allah berikan ini bukan sekadar mengenyangkan..membesarkan malahan lebih dari ape yang dapat kita jangkaukan.. Subhanallah..


-Intan Nornie Sheika bt Sudin-








ibu bf seorang askar dan jururawat

"moo..moo "itulah bahan persendaan sesetengah pihak apabila melihat seorang wanita yang baru menyelesaikan tugas rutinnya mengepam. 
komen kurang ajar ini kita ambil sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan breastfeeding ini.  lagi2 buat ibu yang pekerjaannya 'berat'- contohnya karier berkaitan pesawat atau ship`s boiler room.
untuk tentera2 wanita, ada satu buku yang boleh dicadangkan kepada anda sebagai sumber inspirasi untuk sukses dlm penyusuan susu ibu ini. Roche-Paull, bekas mekanik pesawat tentera laut yang kini sudah menjadi kaunselor laktasi telah menulis buku "Breastfeeding in Combat Boots : A Survival Guide to Successful Breastfeeding While Serving in Militiary "
Roche-Paull merupakan ibu kepada 3 orang anak yang bekerja di bidang yang dikelilingi oleh rakan sejawat yang tidak memahami tentang keperluannya untuk mengambil masa selama 20 minit, 3 kali sehari untuk mengepam. dia merupakan wanita pertama yang bekerja di atas kapal perang pada tahun 1990. anak pertama beliau lahir pada tahun 1996.
Beliau kembali bertugas di Oceana Naval Air Station selepas bersalin dan mendapat tuduhan daripada kakitangan wanita bahawa beliau mencuri tulang di masa kerja.
kata mereka "susu formula pun ok untuk baby. kami pun susukan anak2 kami dengan susu formula. ok je "
Roche berjaya menyusukan anaknya selama setahun dan kemudian meninggalkan Navy setelah itu sebagai respons kepada komen bosnya kepadanya.


Tonia Devine, tentera yang bertugas bersama Strike Fighter Squadron 106 di Oceana. dia di tugaskan mengendalikan bom dan masa bekerja sangat panjang. namun begitu, dia tidak malu untuk memohon kelepasan beberapa waktu untuk mengepam. rakan sejawatnya yang lelaki selalu menyindirnya. namun jawapan darinya untuk mereka "membiarkan payudara penuh dengan susu dan tidak mengepamnya ibarat mengambil Viagra tetapi tidak ada peluang untuk menyelesaikan tugas itu " ia menyakitkan, dan cara yang terbaik untuk ibu itu adalah menyusukan anak atau mengepam.
Kadang2 apabila beliau hendak pergi mengepam, kawan2 sejawat akan menyuruhnya menghabiskan kerja dahulu. untuk berkata TIDAK kepada mereka seakan-akan kita tidak mahu membantu mereka. ia amat menyukarkan beliau sendiri dan adakalanya menimbulkan rasa bersalah padanya.
kemudian dia mengingatkan dirinya tentang kata2 wanita beruniform lain "bagaimana keadaan perokok yang sentiasa ingin memenuhi keperluan diri mereka untuk merokok tanpa memikirkan tentang tugasan rakan yang lain?"mereka sedikit pun tak mempedulikan kerja2 yang belum selesai..asalkan mereka dapat merokok!
Pada bulan Julai, dia mengalami sedikit kesukaran apabila terpaksa ke California untuk mlaksanakan misi di sana selama 3 minggu. jadi dia membekalkan susu buat anak perempuannya sepanjang ketiadaannya dan beliau akan mengepam susu dan membawa balik stok susu tersebut. dan anak perempuannya berjaya di susukan sepenuhnya dengan susu ibu selama 8 bulan.
Amber Wilson, seorang jururawat di Portsmouth Naval Medical Centre. kadar kelahiran bayi di sana adalah 350 bayi/bulan. jadi ia akan membuatkan Wilson berasa bersalah untuk mengambil masa yang lama untuk berehat. jadi ia membuat multitasking. sambil makan-mengepam!
memetik kata2 Rochell-Paull : "Moms need to know they can do this. I want them to know it is possible.


sumber : http://hamptonroads.com/2010/10/military-moms-theres-extra-duty-breastfeeding

BF mommies : pilot ATM wanita

teruja lg nak kongsi kisah seorang pilot ATM wanita..
kepada Siti Suraida Mazlan, blog entry ni saya tuliskan khas untuk anda kerana saya amat mengkagumi perjuangan anda...


alkisahnye..
sebenarnya, kami tak pernah kenal, x pernah bersua muka, apetah lg berbual bicara berdepan mata mahupun bertepuk tampar  he3
tapi dunia maya ini tetap menghubungkan kita kan...kan..
dan dunia BF nilah yang menyatupadukan silaturrahim kita.
selama ni berhubung kerana milk storage bag je he3


tapi, tiba-tiba dpt pula panggilan telefon dr beliau. orangnye nampak brutal dlm uniform, tp bile dengar suara, auuww lembutnyerr.. tak sangkaaaa...ngeh3
mendengarkan kesedihannya mengenangkan EBM dlm freezer yang 300++ pack sudah cair ( kemungkinan ada mslh bekalan elektrik sepanjang bercuti raya ), baby refused botol ( padahal sebelum ni, ok je..ni lg 2 minggu nk masuk keje, kemudian hub stesen Kuching-Subang. adakala perlu berjauhan dgn si anak ), susu dh mula berkurang.... tipulah kalau saya katakan saya hanya kasihan shj, kerana saya pernah melaluinya..saya turut berempati dgn anda...T_T


jangan sedih2 mama Myra..
ujian Tuhan memang sentiasa menduga.. tapi kentalkan jiwa ( sekental jiwa tentera ), hadapi dengan ketabahan, kekuatan dan kesabaran..kita bangkit!!! ( nyanyi sikit lagu patriotik..he3 )
inilah wanita pertama dlm hidup saya yang saya pernah jumpa. TENTERA-WANITA-IBU-FULLY BF!!


tak dapat  nak gambarkan betapa kagum, jakun, hormat, tabik ( ape lg words yg sesuai ni ?? ) saya dengan SITI SURAIDA... kalau boleh nak jumpa, nak dengar kisah perjuangannya, nak ambil semangat tenteranye.. mesti berkajang2 kertas kan... =)
dugaan menjadi tentera wanita yang berjaya menyusukan anak, memang getir tp tak bermakna kita tak boleh buatkan ??? orang sekeliling yang tidak menyokong penyusuan susu ibu. yelah, mereka belum terbuka mata lg tentang dunia BF ini. jadi dgn semangat Siti Suraida, semoga ia menjadi titik tolak sumber inspirasi buat tentera wanita lain mahupun tentera lelaki untuk mengerti dunia BF kita ini. jangan kesalkan dengan kehadiran kita dikalangan mereka, kerana Allah telah memilih kita untuk mendidik mereka...
Tentera - anda gagah menjaga negara, semoga gagah juga menjaga keluarga !! saya sayangi anda.... muahhhhh.....



bersama kapten siti suraida di Program Seni Penyusuan Susu Ibu DBKL. 
salah seorang daripada 'presentor' yang dijemput khas..

BF mommies...

Saya nak kongsi sahabat2 yang berjaya dlm perjuangan bf yang amat mencabar ini...
saya mengerti kejerihan mereka kerana saya bersama mereka meniti perjuangan ini..
bil telefon dan kredit telefon x payah la nk kira. asyik cal,asyik sms...di tengah malam pun ada..
mengadu itu ini...


" susu sikit.."
" bila pam susu x keluar "
"anak x nak minum botol"
"anak asyik merengek bila bf"
"org sekeliling suruh bg fm sebab susu kurang"
"orang kutuk sebab mengepam"
"orang mengata nak menunjuk ebm"
"orang tengok semacam je bila pam kat tempat keje..mcm jijik sangat EBM "


dan macam2 lagi...


my dear...ohw my dear...saya sayang kalian..kerana perjuangan kalian tiada kenal putus asa.
walaupun ada terlintas nak berenti bf..tapi alhamdulillah ia sekadar lintasan.  yang kenyataan, kalian menyusukan anak sendiri sehingga kini.


utk entry kali ini..Aqil memang nak titipkan jutaan syabas dan tahniah atas usaha korang. Aqil memang berbangga dgn korang!!


buat K.Intan Safinar,Azliyana Yahya,Zakiyah Samsuri...
kalian memang ibu yang sungguh mithali kerana sanggup berkorban segalanya untuk memberikan yang terbaik buat anak2.
walaupun sebenarnya, korang mampu nk beli FM tapi hakikat yang korang sedari..
susu ibu shj lah yang terbaik utnuk membentuk darah daging, tulang-belulangnya..kerana anak2 kita ini lah akan menjadi generasi yang soleh dan solehah.
teruskan usaha murni, doa tiada henti, azam yang terus tinggi,berkorban sepenuh hati...andalah IBU MITHALI buat si permata hati..


Saya sedar ramai lagi ibu2 yang diluar sana yang cekal dalam mengharungi perjuang breastfeeding ini..
untuk anda jua... doa kerahmatan lil 'alaminn...



k.intan yg disebelah kanan. sorang lagi 2 adik iparnya, kalau x silap..
k.intan ni isteri kapten hoki malaysia..carik la saper kapten pasukan hoki malaysia..ensem beb. ( selingan ye k.intan..jgn marah!! ha3)


ni lah stok k.intan. k.intan yg mula2 dulu give up utk bf kerana susu yg sedikit..tp sekarang, ini hasilnya berkat ketabahan dan kesabaran...
sekarang tengah gigih mencari deep freezer ..chayok2 k.intan!!


yaya sekeluarga...
stress dan sedih di tengah mlm mengenangkan susu yg kurang.
Qilah suka dengar Yaya bila dah ceria.


Nana sdg bf hadif.. hadif yg suka duduk dlm pelukan mamanye..


nilah keadaan dimana ebm hanya 0.5oz.memang amat mengundah-gelanakan na2..tp nsb baik na2 punya smgt bf yg tinggi..teruskan usaha..chayok na2..3 months to go....=)



...di saat entry ini di tulis, sebak bercampur gembira..T_T..

nota kaki :
EBM - express breastmilk
FM - formula milk
DF- deep freezer
bf - breastfeed