LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

BF mommies...

Saya nak kongsi sahabat2 yang berjaya dlm perjuangan bf yang amat mencabar ini...
saya mengerti kejerihan mereka kerana saya bersama mereka meniti perjuangan ini..
bil telefon dan kredit telefon x payah la nk kira. asyik cal,asyik sms...di tengah malam pun ada..
mengadu itu ini...


" susu sikit.."
" bila pam susu x keluar "
"anak x nak minum botol"
"anak asyik merengek bila bf"
"org sekeliling suruh bg fm sebab susu kurang"
"orang kutuk sebab mengepam"
"orang mengata nak menunjuk ebm"
"orang tengok semacam je bila pam kat tempat keje..mcm jijik sangat EBM "


dan macam2 lagi...


my dear...ohw my dear...saya sayang kalian..kerana perjuangan kalian tiada kenal putus asa.
walaupun ada terlintas nak berenti bf..tapi alhamdulillah ia sekadar lintasan.  yang kenyataan, kalian menyusukan anak sendiri sehingga kini.


utk entry kali ini..Aqil memang nak titipkan jutaan syabas dan tahniah atas usaha korang. Aqil memang berbangga dgn korang!!


buat K.Intan Safinar,Azliyana Yahya,Zakiyah Samsuri...
kalian memang ibu yang sungguh mithali kerana sanggup berkorban segalanya untuk memberikan yang terbaik buat anak2.
walaupun sebenarnya, korang mampu nk beli FM tapi hakikat yang korang sedari..
susu ibu shj lah yang terbaik utnuk membentuk darah daging, tulang-belulangnya..kerana anak2 kita ini lah akan menjadi generasi yang soleh dan solehah.
teruskan usaha murni, doa tiada henti, azam yang terus tinggi,berkorban sepenuh hati...andalah IBU MITHALI buat si permata hati..


Saya sedar ramai lagi ibu2 yang diluar sana yang cekal dalam mengharungi perjuang breastfeeding ini..
untuk anda jua... doa kerahmatan lil 'alaminn...



k.intan yg disebelah kanan. sorang lagi 2 adik iparnya, kalau x silap..
k.intan ni isteri kapten hoki malaysia..carik la saper kapten pasukan hoki malaysia..ensem beb. ( selingan ye k.intan..jgn marah!! ha3)


ni lah stok k.intan. k.intan yg mula2 dulu give up utk bf kerana susu yg sedikit..tp sekarang, ini hasilnya berkat ketabahan dan kesabaran...
sekarang tengah gigih mencari deep freezer ..chayok2 k.intan!!


yaya sekeluarga...
stress dan sedih di tengah mlm mengenangkan susu yg kurang.
Qilah suka dengar Yaya bila dah ceria.


Nana sdg bf hadif.. hadif yg suka duduk dlm pelukan mamanye..


nilah keadaan dimana ebm hanya 0.5oz.memang amat mengundah-gelanakan na2..tp nsb baik na2 punya smgt bf yg tinggi..teruskan usaha..chayok na2..3 months to go....=)



...di saat entry ini di tulis, sebak bercampur gembira..T_T..

nota kaki :
EBM - express breastmilk
FM - formula milk
DF- deep freezer
bf - breastfeed

No comments:

Post a Comment