LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label works. Show all posts
Showing posts with label works. Show all posts

Jadual yang padat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah amat lama tidak menulis di blog. Saya cuma berkesempatan membuat 'update' di facebook sahaja kerana keterbatasan waktu. Itupun kadang-kadang tidak sempat membuka internet 1-2 hari. uhhhh...
Bekerja dari rumah tentunya memerlukan komitmen masa, tenaga yang sangat banyak. Apetah lagi saya punyai 'pembantu cilik' yang memerlukan perhatian penuh.

Masa 24 jam yang dahulunya terasa panjang, kini teramat singkat buat saya. Segala-galanya perlu dilakukan. Kerja rumah, mendidik anak-anak, menjana pendapatan, melayan suami, memasak dan sebagainya. Betapa berharga masa ini. Saya selalu ingat apabila anak-anak tidur, saya juga dapat berehat bersama-sama mereka. Namun apabila saya ingin tidur, kepala saya tidak berhenti berfikir tentang tugasan yang perlu dilakukan. Akhirnya, saya tidak tidur ! Masa anak-anak tidur, adalah masa saya untuk bekerja. 

Dahulu saya hanya makan gaji. Kalau saya rajin ataupun malas, gaji tetap masuk setiap hujung bulan. Ada masa untuk melepak, tidur, 'window shopping' dan sebagainya.
Tetapi kini, semuanya berubah..
Kalau saya malas, saya tidak akan dapat duit! Bila tiada duit, saya tidak boleh berbelanja. Jadi, harus menjadi rajin.

Amat jarang saya ke KL untuk meronda-ronda, bersiar-siar, cuci mata di kompleks membeli-belah. Kerana kesuntukan masa. Saya ke KL pun apabila ada urusan penting sahaja. selebihnya, berada dirumah.. Saya lebih selesa dan bahagia bersama anak-anak dirumah, bekerja bersama mereka yang merupakan ' VERY GOOD HELPER'.

Saya suka karier saya sebagai Work-At-Home Moms. ..
Jalan saya baru bermula dan mudah-mudahan dipermudahkan dan saya tabah mengharungi ranjaunya.
kerana SURIRUMAH adalah pilihan saya!


Aktiviti Homeschool : Cara mengendalikan kain kotor dan mengenali detergen



Aktivit Homeschool : Mengetahui cara-cara melipat baju dan menyusunnya


Imam muda Faqih yang sungguh montel..




Aktiviti Homeschool : Membuat pizza bersama rakan se-homeschool


Ceria bersama-sama


Salam kasih dan sayang * peluk*


Cuti Tanpa Gaji

Bermula pada 14-12-2012, maka bermulalah episod saya sebagai kakitangan kerajaan yang bercuti tanpa gaji. Insyallah selama setahun.
Cuti Tanpa Gaji ( CTG ) yang saya ambil adalah cuti untuk menjaga anak.
Kepada kakitangan yang belum tahu keberadaan cuti ini, bolehlah merujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 yang telah dikeluarkan semasa pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.. Terima kasih Datuk Seri diatas keluhuran budimu mengerti tanggungjawab ibu-ibu di Malaysia ^_^

" Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan Kemudahan Cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari ( 5 tahun ). " sekiranya sesiapa yang berjaya memohon cuti melebihi 2 tahun, mohon kongsi ye. Nak tahu apa tipsnya untuk mendapat cuti sebegitu panjang dari Ketua Jabatan ^_^
info tambahan lagi...

syarat-syarat CTG Menjaga Anak ini adalah 
1. kemudahan cuti yang tiada bergaji
2. Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
3. Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
4. Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
5. Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
6. Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
7. Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin

dan info lebih lanjut, dijemput melayari http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .

borang permohonan kemudahan cuti ini boleh didapatkan dari jabatan personel masing-masing. Jangan lupa sertakan bersama borang tersebut surat permohonan CTG itu bersama alasan-alasan yang kukuh. Alasan saya adalah untuk menyusukan anak !



kami anggota beruniform!
( kenangan bersama Kapten Siti Suraida )

Yeay!!!
Masa saya menggantung uniform. Masa untuk bersama anak-anak. 
Walaupun tiada gaji yang tetap sebanyak dulu, tapi saya sungguh bersyukur kerana anak-anak di depan mata. Dan saya sungguh menghargai perjuangan kehidupan kini. 
Walau tiada gaji dari kerajaan, masih ada rezeki buat saya dan keluarga ^_^
Untuk anda yang diluar sana yang optimis dengan rezeki Allah, mari kita menggali lubuk rezeki yang lain. 

Suka-duka 3rd trimester

Walaupun sudah selesai bersalin, tetap juga ingin dikongsikan suka-dukaku semasa melayari trimester ketiga kandungan..




keluar masuk hospital dengan kontraksi yang main2...
CTG agak membosankan...

MASA BERSUKARIA DI KLCC


dia yang bergaya di depan kamera



masa untuk menikmati aiskrim




2 bekas aiskrim menelan belanja RM37.00
terima kasih banyak adik bongsu, abid...








gelagat dia memilih kasut..
menjadi tumpuan pengunjung dan pekerja kedai..


menghabiskan detik2 terakhir sebelum melapor diri ke hospital, makan aiskrim lagi di Tutti Frutti pula
terima kasih banyak en.suami yang sangat murah hati..=)


Sesi petangnya pula, makan donut Big Apple... PUAS!!


sempat lagi ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif peringkat Wilayah di Putrajaya di saat sudah melebihi 3 hari dari tarikh jangkaan bersalin.


Sudah tentu puas hati ! walaupun dalam kesaratan, menang juara jua...
tumpang gembira dengan semua ahli kumpulan


Aiskrim lagi... Pengarah jabatan belanja aiskrim untuk semua ahli kumpulan di KLCC.
Perasaan puas hati berganda2... sebab dapat makan aiskrim LOL


sudah tiba masa melapor diri ke hospital.
detik2 melayani kontraksi. posisi ini sangat selesa bagi menghadapi fasa kontraksi yang pertama.


CTG lagi.. kontraksi mula kerap dirasa.
tapi mampu tersenyum untuk kamera LOL

* tiada dalam gambar : masih menyusukan khawlah sakinah lagi pada ketika ini.. 

Saya suka bercakap...

Tiba2 ada post begini pula ye.. Masa saya sekolah2 dulu, saya tak pernah terfikir yang saya akan berada di depan orang ramai dan memberi ceramah. Tak pernah terlintas pun. Setakat jadi Mak Karut tu adalah..
Tapi bila saya dah mula di tugaskan ke Unit Promosi Kesihatan ( aka Unit Pendidikan Kesihatan ), secara tak langsung tanpa saya sengajakan..saya rupanya telah pun bercakap berpuluh kali di depan audiens. Saya pun macam tak percaya hu3 rupanya untuk bercakap di depan orang ramai ni, kita memang sangat perlu tahu selok-belok ilmu yang kita nak sampaikan. Bila kita kurang arif, tu yang jadi kita jiwa kacau tu..dok uu-aa--uu--aa kat depan audiens.  Bab gabra tu normallah bila kita berada di depan. Tapi bila dah dapat mikrofon, macam nak bawak balik je mikrofon tu. tak cukup2 masa.ha3 Sekarang dalam perancangan saya, nak pergi kursus Pengucapan Awam ( Public Speaking ) untuk mengasah lagi skill sebagai seorang presentor..


Tapi ceramah yang paling saya suka adalah ceramah untuk murid sekolah. SUMPAH saya suka. sebab mereka adalah audiens yang PALING JUJUR. Kalau mereka suka dengan penyampaian kita, mereka memang pandang kita x pejam2 mata dan tersenyum2 ( tapi tak tahulah pula kalau mereka berangan nak wajah cantik macam saya, tu yang membuatkan mereka tersenyum2 ha3 APEKAH KENYATAAN INI ????? ). Kalau mereka bosan dengan ceramah kita, mereka akan berborak, atau buat muka macam tak makan 3 hari atau tido. Kemudian anak2 ini tidak mempunyai 'judgement' terhadap diri kita. Macam ceramah untuk orang dewasa ni, mereka sudah mempunyai 'pre-judgement' mereka sendiri apabila melihat kita. tu yang tak syoknye..hu3


Diantara ceramah yang saya bagi untuk murid2 sekolah, Denggi, Kebersihan diri, Pemakanan Sihat dan yang paling saya suka adalah mengajar pendidikan seks untuk mereka, iaitu tajuk Perubahan Awal Remaja yang selalunya dibuat untuk murid2 darjah 6. Saya amat suka mengajar pendidikan seks ini kepada anak2 supaya mereka tahu menyayangi diri dan maruah mereka. Jadi saya amat tidak menyokong pada mereka2 yang menentang pendidikan seks di sekolah. Ini adalah keperluan dan pengetahuan yang perlu diberikan kepada anak2 kita. kalau bukan kita yang memberikan info ini, mereka akan mencari info mereka sendiri atau mereka akan bereksperimen sendiri. Jadi info2 yang mereka dapati tanpa panduan ini, amat berbahaya untuk mereka. 
Soalan cepu emas yang selalu saya dapat ialah, macamana perempuan boleh mengandung..he3 Kalau dulu2 bila kita tanya pada mak ayah kita, tentu jawapannya " Ko budak kecik. jangan nak tanya yang bukan2 ". sudahnya si anak tadi ke sekolah, tanya pula kawan2. hmm


Ceramah lain yang paling saya SUKA adalah CERAMAH BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU. ohh saya memang cintakan bidang ini. Itulah sebabnya saya amat menghargai ibu2 yang menghubungi saya bertanya itu ini tentang susu ibu. Hasrat saya adalah untuk melihat wanita2 di era ini mula membuka mata dan mengorak langkah bersama untuk meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu. Saya tidak pernah terbeban dengan anda semua, duhai ibu2... jadi jangan segan silu untuk bertanya apa2 berkaitan 'breastfeeding'. saya akan membantu semampu yang mungkin.. boleh hubungi saya di 0176943757... nak jemput ke rumah untuk bagi consultation pun boleh. cuma saya ada mslh kekangan 'transport' =)



@ moms basic : membentangkan berkenaan solid food sambil menyusukan Sakinah


jemputan ceramah oleh NGO`s


@ Encorel Digital : jemputan ceramah dari syarikat swasta


Ceramah untuk murid2 sekolah

NOTA : saya sekarang sedang sibuk melakukan kerja2 audit dalaman. Jadi dah hampir 2 minggu lebih tak bagi ceramah.rindu pulok.tu yang tulis entri ini he3


Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya




montaj yang telah saya sediakan khas untuk program ini dengan sumber2 gambar dari ibu2..
i love u all..
psst.lagu ni pun saya baru dengar pertama kali semasa nak buat montaj ni ( haddad alwi feat. adik farhan ). tapi bila dengar sekali, terus jatuh cinta dan tak sangka ia benar2 menyentuh hati orang yang menontonnya. mungkin kita yang merasai getir perjuangan ini, jadi kita lebih terasa..


Alhamdulillah sudah selesai program berkaitan laktasi yang julung2 kali diadakan oleh pihak Jabatan Kesihatan. kesan daripada program pertama, nampaknya kita menerima permintaan yang diluar jangka dan bos pun telah memberi 'greenlight' supaya program ini diteruskan untuk tahun hadapan..

yeah!!



dari kiri : Ketua Unit Promosi Kesihatan, Pengarah Jbtn Kesihatan ( Dr.Sallehuddin ), Timb.Pengarah ( Dr.Zaidi )


Dr.Sallehudin yang disayangi ( beliau telahpun bersara pada 1 Disember 2011.kiranya, inilah program terakhir yang beliau rasmikan sebelum bersara daripada perkhidmtana.rindu dan sayang dengan Tuan Pengarah yang sangat baik hati.. tiada galang ganti dah ni hu3 )

    

diantara peserta..golongan kaum lelaki yang minoriti tapi yang saya salute ( wa caya sama lu lah bro! )


presenter pertama, Pn.Siti Mariam dari Pusat Laktasi Kebangsaan
Tajuk ceramah : Kepentingan susu ibu dan Panduan untuk wanita bekerjaya


presenter kedua, Pn.Nuha Khalid dari Moms Basic
Tajuk ceramah : Pemilihan 'breastpump'
pn.nuha ni ada kedai di Sg.Buloh. dan dia juga merupakan Malaysian Breasfeeding Peer Coucelor, MBfPC. 


presenter keempat : En.Suzaidi, Jabatan Kesihatan WPKL
tajuk : Peranan suami dalam menjayakan laktasi
saya terpaksa memilih penceramah ni..no hidden agenda ye ha3 sebab saya dah cuba contact suami org lain, tp suaminya amat sibuk..jadi calon yang saya rasakan sesuai buat masa ini adalah teman pahit-manis-payau-masin saya .. 

presenter kelima : Kapten Siti Suraida, TUDM
tajuk : Kisah tentera wanita yang berjaya dalam laktasi

apabila saya bawakan kapten Siti ni, baru orang bersemangat waja nak menyusukan anak. sebab kepayahan kapt.siti yang menguruskan susu ibu dari Kuching ke Kuala Lumpur benar2 membuka mata mereka betapa siapa pun kita, apepun kerjaya kita, kita mampu menyusukan anak kita! ia benar2 menjadi inspirasi buat wanita lain. 
sebenarnya, saya tak pernah bersemuka pun dengan kapten.  berhubung menerusi internet dan telefon je. susu ibu nilah menghubungkan kami =) bila jumpa depan mata, ayat yang terdetik kat hati " cantiknye kapten...." he3 ini mata sorang perempuan yang melihat. mata lelaki yang melihat, mcm staff saya sorang tu..asyik dok kata kat asben saya kapten ni cantik. dia dok ulang ayat sama sepanjang kapten ni punya sesi. nak putus telinga mendengarnya, kata asben sayalah..tak taw lah dia cakap betul ke tipu ha3 ( nasib baik kapten dah kawen ye...).apepun saya respek yang amat pada semangat kapten siti!!
cerita tentang kapten ada saya sentuh disini..
saya doakan suami ibu2, bakal ibu2 akan disuntik semangat mereka untuk berjaya dalam laktasi..
nota kaki :Di Intan Beach Resort, Kuala Terengganu- jam sudah 2.00pagi, sambil makan roti krim vanila high 5, mata masih segar...

Konvensyen KIK DBKL : Anugerah Datuk Bandar

saya ni tidaklah handal sangat dalam Kumpulan Inovasi & Kreatif. tahun nilah saya baru dapat pendedahan mengenainya. Allah je tahu betapa sibuk, sesak nafasnye kami. macam2 nak kena buat. kena turun 'construction site' untuk buat projek ini. memang sungguh mencabar. tapi budak baru mcm saya ni, apelah sangat sumbangannya berbanding' taiko'2 dlm kumpulan saya. 'taiko'2 yang memang dah berpuluh tahun berkecimpung dengan KIK ( yang dulunya dikenali sebagai KMK-Kumpulan Meningkat Mutu Kerja ). bila menang, saya tumpang sorak juga he3
Kumpulan dari Jabatan Kesihatan ni memang orang dah bosan..sebab asyik2 derang je nak menang!  mana orang x marah ha3 ramai yang sempat pesan pada kami pada hari Konvensyen hari tu " baik korang xyah masuk Konvensyen tahun depan. kalau tidak, kami boikot KIK " ha3 dan 'taiko'2 saya ( yang ada 3 orang tu ) memang dah kata, tahun depan kita rehatlah dari masuk Konvensyen..dalam hati berbunga riang gak..boleh lepak2 ha3
untuk beberapa bulan ni, kami sedang merehatkan diri sementara menunggu surat panggilan ke Konvensyen KIK Peringkat Wilayah pada tahun hadapan. teruja ada, takut ada, malas ada, macam2 ada..hu3
apepun, untuk Kumpulan Sihat XIV..TAHNIAH!!




ahli2 kumpulan bergambar dengan Dr.Ahmad Zaidi (Timb.Pengarah Bahagian Kawalan Mutu Makanan & Penyakit Berjangkit ) & Dr.Hayati ( Timb.Pengarah Pengurusan Pentadbiran & Perubatan ) serta Pn.Fauziah dari JPSM

Sepanjang ketiadaan entri di blog

salam semua...
mohon maaf kerana telah tanpa sengaja membiarkan blog bersawang.untuk beberapa minggu ini, jadual saya agak padat. saya perlu fokus kepada Konvensyen Kreatif & Inovatif DBKL dan Program 'Seni Penyusuan Susu Ibu bagi ibu Bekerjaya'. kadang2 ada kelapangan dan idea untuk menulis,tapi saya pulak tak seronok bila takde gambar nak letak (gambar belum di upload ke laptop )..
apepun saya bersyukur dan teramat bersyukur kerana kepenatan saya berbayar sungguh!
Konvensyen KIK peringkat DBKL : kumpulan kami telah menjuarai tempat pertama (Anugerah Datuk Bandar) pada pertandingan kali ini. dan akan bertanding ke peringkat Wilayah.dok berangan pertandingan peringkat Wilayah nanti diadakan di Labuan ke..boleh lah berjalan2 sambil kena memasang strategi menguruskan EBM apabila berjauhan dengan anak nanti ha3
Program 'Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya': penyertaan amat2 di luar jangkaan dan mencecah 200 penyertaan. namun hanya 150 sahaja yang dapat dipilih memandangkan tempat di Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur yang amat terhad. walaupun yang merayu2 nak juga masuk,sanggup duduk atas lantai..saya x sampai hati hu3  yelah, yang datang program ini ibu2 mengandung, ibu2 yang menyusukan anak. x selesalah kalau nak bagi duduk atas lantai.
tapi agak mendukacitakan juga apabila lebih kurang 20 orang yang xdatang dan ini menyebabkan banyak kerusi kosong. antara sebab x dapat hadir, bos tak lepaskan, ada kerja lain yang lebih penting, kes2 kecemasan. saya agak terkilan sebab kerusi2 kosong tu boleh di isi dengan peserta2 yang sedang menunggu untuk dipilih. kemudian yang lebih mengecewakan saya apabila pihak katerer (yang dipilih oleh pihak pentadbiran) menyediakan makanan tidak mencukupi. sungguh kasihan pada para ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak. saya amat2 kesal dan yang pasti, saya akan mengambil tindakan terhadap katerer tersebut supaya perkara ini tidak berulang lagi di masa depan. ( walaupun katerer nak sogok saya dengan RM100, saya xheran dgn duit2 suapan nih. sebab dah lali bertugas di bidang penguatkuasaan, orang tabur duit kopi..sampai tokey2 besar marah dgn kami penguatkuasa2 perempuan ni..katanye, susah mau kawtim sama pelempuan.ini penguatkuasa,sinang laki2 woo..huh! ).. alhamdulillah saya menerima respons yang amat positif dari peserta. sungguh terharu apabila beramai2 peserta serbu saya dan penceramah lain apabila program tamat untuk bertanya tentang penyusuan susu ibu. saya doakan anda semua berjaya melalui perjalanan penyusuan susu ibu, minima 6 bulan lah.lagi lama penyusuan, tentulah lebih baik! =)
saya akan update semua cerita ini dengan gambarnye sekali secepat mungkin...

ayat cinta saya utk ibu2 yg mengharungi dan bakal mengharungi perjuangan penyusuan susu ibu ini... 
ANDA ADALAH SERIKANDI, 
ANDA ADALAH IBU YANG TINGGI DARJATNYA DI SISI ILAHI, 
SEMOGA KITA BERKUMPUL BERSAMA2 DI JANNAH FIRDAUSI...


Kumpulan Inovasi & Kreastif (KIK)

seminggu ni jadual saya sungguh padat. memandangkan Konvensyen KIK peringkat DBKL akan berlangsung  15-17/11/2011 ni. tak sempat nak menulis entri walaupun idea mencurah2... kami sedang pulun bersungguh2 sebab kami memang nak BERJAYA!! he3
harapan Jabatan sungguh tinggi, jadi memang kena berjuang habis2an..nak melawan 18 kumpulan yang bertanding.semua kumpulan adalah dari jabatan2 di DBKL.



keje kami memanjat tapak binaan


gigih mereka menghafal skrip..
apekah projek anda disebalik shawl itu ?...mengepam..he3



yeah!! *muka2 orang nak menang* =P
go..go..Kumpulan Sihat XIV..

nota kaki : ni tengah mabuk KIK.selepas tamat konvensyen ni, kita mabuk balik dengan penyusuan susu ibu he3


Program 'Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Wanita Bekerjaya'

Alhamdulillah...kertas kerja saya sudah pun diluluskan untukmelaksanakan program ini. walaupun Ketua Unit saya pada mulanya kurang menyokong.. tapi Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL,Dr.Sallehuddin amat menyokong penuh!! terima kasih doc.
saya tidak mempunyai hidden agenda utk program ini. saya cuma ingin membantu ibu2 khususnya kakitangan DBKL untuk menjayakan penyusuan susu ibu walaupun mereka bekerja. kerana matlamat saya, biar semua ibu yang bekerjaya ini berjaya dalam karier, juga dalam rumahtangga!
tak sabar untuk menunggu 24 november ini walaupun terselit perasaan gemuruh. kerana ini adalah program pertama yang saya buat untuk unit saya dan merupakan program yang pertama untuk DBKL! 



di antara modul yang telah disusun. 

alhamdulillah setakat ini penyertaan memberangsangkan dan yang amat saya kagum adalah semangat dari staff lelaki yang sanggup nak sertai. nampaknya, lelaki sekarang sudah mula membuka mata tentang penyusuan susu ibu. mudah2an mereka akan menjadi penyokong yang terbaik untuk isteri2 mereka.
alhamdulillah.syukur kepadaMu Ya Allah.

Aktiviti di hari Sabtu

goshh..sabtu lepas ada turn saya bekerja di Majlis Gerak Tumpuan yg dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.. terpaksa bekerja...



sakinah mengikut juga untuk menghantar mamanye bekerja.. 



gambar di booth kami..saya sedang mengepam di dalam shawl itu... ngeh3
bersama Matron Manjit dan nurse Basrah



tenaga kerja Jabatan Kesihatan
dari kiri : Pn.Siti Muharramah ( boss kami yg cun lg best!!), MA Azlan, Matron Manjit dan Sapiah


inilah nyamuk2 aedes kitorang.besar2 beb he3


dari  Tmn Wilayah Selayang kemudian ke HUKM bagi memberikan misi bantuan laktasi. yang best, nurse kat sana sporting melayan pertanyaan dan permintaan saya .
Tahniah kepada Ain sekeluarga. actually pertemuan kami hanya baru 2-3kali shj di Klinik Kesihatan. tp disebabkan spiritnya untuk menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu, saya membantu yg termampu.
saya mengambil masa kira-kira 2 jam lebih bersama ain dan suami, ibu dan ibu mertua ain serta keluarga iparnya utk memberi penerangan laktasi. sebab mereka nilah nanti yang akan menjadi sumber kekuatan dikala jatuh bangunnya seorang ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. ye..sokongan keluarga terdekat amat2 diperlukan..saya rasa akrabnye dgn keluarga ain sebab mereka amat mengalu2kan kehadiran saya dgn dakapan mesra. 


kemudian misi diteruskan bersama2 en.hubby berdua2an melepak dan makan. tapikan bila org keliling tengok kitorang mcm semacam je. adekah krn muka dan gelagat kitorang yg mcm budak2 sekolah berchenta? adekah ? ha3 



YATI ayam percik @ Taman Tasik Permaisuri..( baru buka ni)
masa sekolah kt Kelantan, mmg nilah yang selalu saya kejar..




diantara menu2 nyer


nilah air kitorang.
bandung dan root beer float
dh hbs setengah sebab menunggu nasi hampir setengah jam
restoran baru buka, mmg msh terkial2 beginilah..tp YATI ayam percik ni mmg best.


betapa lamanye menunggu, en.asben sempat lg berkarya.
nota kaki : dia pernah buat permintaan mengarut kt kawan dia spy karya dia diletakkan di Balai Senilukis
pecah perut saya gelak sbb saya taw lukisannye mcmana ha3
En.Suzaidi, siapakah anda untuk diletakkan lukisan di sana? hello!!! ha3
* inilah suami saya yg sengal ha3*


ni nasi kerabu saya. bila dh gaul nasi, baru teringat x amik gambar.tu yg bersepah pinggan ni
harga RM 9.50 ( x masuk tax lg ye )


ni bahagian en.asben. nasi goreng aye percik
dh lapar sgt la ni. nk ambik gambar pn x sempat.
RM 9.50 

nasib kami ke sini..nasi sampai lewat, nasinye keras sikit. asben saya ajar, jgn marah derang. tegur je secara berhemah. kalau derang hantar lambat pun, jangan desak supaya derang buat cepat. nanti x sedap jdnye... so saya tegur lah adik tu " adik, nasi ni msh keras lagi. saya tetap akan makan sebab saya tengah lapar ni " xpasti lerr nice atau tidak ayat ini ha3

balik ke rumah, sakinah dah x sabar..kilang susunya sudah tiba ha3
kemudian sakinah mempamerkan kehebatannye memasak.. di dapurnya..bukan dapur wan ngn atok dia ye =)


nak order ape?


tunggu sekejap.saya sedang memasak ni.



sedang memotong bahan2..

inilah aktiviti saya di hari sabtu 1 oktober 2011.