LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk
Showing posts with label Anak Susuan. Show all posts
Showing posts with label Anak Susuan. Show all posts

Ibu Susuan ke-3 : Mama Fiza

Salam alaik..
saya buat hebahan di FB dan di HM4HB sejak 2 minggu lepas untuk mencari ibu susuan buat Sakinah. Sangat terkejutlah saya apabila, ramai yang offer nak menjadi ibu susuan Sakinah.murahnye rezeki Khawlah Sakinah.
Bukan setakat dalam KL, luar KL pun ada... rupanya, trend ibu susuan ni bukan zaman Nabi2 dahulu sahaja. ia masih ada di zaman era moden ini cumanya ia tidak sebegitu popular dan tidak mendapat publisiti yang meluas.
Bila saya cakap pada kawan2 yang Sakinah ada ramai ibu susuan, ramai yang terkejut. " eh, masih ada lagi ke ibu susuan zaman ni ? " ayat biasa yang muncul he3..kalau anda2 di luar sana nak tahu, memang masih wujud ibu susuan itu tapi ia bukan satu fenomena lah..( guna ayat fenomena pulak. macam fenomena Ust.Don pula he3 ). Lagi satu orang malas nak guna khidmat ibu susuan sebab kurangnya info berkaitan dengannya. Alasan yang selalu saya terima.." nanti anak kita susah nak kahwin "...hmmm adekah hanya satu laki dan satu perempuan shj di dalam dunia ini  sehingga anak kita tak mampu mendapat pasangannya ?


Kepada sahabat2 yang sudi menjadi ibu susuan kepada Sakinah, saya amat2 menghargainya. Usaha kalian sungguh murni dan saya sungguh menghargainya. 
Kepada  Dayang Syed Hassan, K.Syazwani Ncorel, Meow Yusoff... terima kasih byk atas kesudian awak semua untuk menjadi ibu susuan Sakinah. semoga Allah jua akan membalas hasrat murni kalian..love u all =) Insyallah kalau ada rezeki, nanti Sakinah atau adiknya menjadi anak susuan kalian pula..=)


Akhirnya, Sakinah mendapat ibu susuan yang bernama Mama Fiza.. kakak kepada sahabat baik saya sendiri. alhamdulillah dipermudahkan jua...
Saya datang ke rumah Mama Fiza dengan berbekalkan sebuah polistrin kecil. sebab itu adalah polistrin yang selalu digunakan untuk mengangkut stok susu dari ibu susuan Sakinah.
Namun begitu, sungguhlah saya terkejut apabila kotak polistrin yang saya bawa tu tak memadai..Subhanallah..banyaknye susu yang telah di sumbangkan oleh Mama Fiza. Jauh di lubuk hati saya, saya amat tersentuh. Suami saya juga terharu dengan sumbangan besar yang telah dilakukan oleh seorang wanita bernama Nur Hafiza Shafie.. tak berbaloi dengan sumbangan kami yang ciput sungguh. ( nota : Ibu susuan layak menerima upah. Sekiranya dia menolak untuk dibayar, sekadar sumbangan kita di atas perjuangannya menyediakan bekalan susu. Walaupun sebenarnya tak terbayar dan tak ternilai dengan wang ringgit usaha, masa dan tenaga mereka ). semoga susu ni mencukupi sehingga Sakinah dapat adik he3


Berulang-alik suami naik tangga flat untuk mengangkut bekas polistrin ni. inilah baru dikatakan sokongan suami ha3 terima kasih banyak ye Abu Khawlah.. Memanglah sangat teruja menyusun susu dalam freezer. teringat zaman2 kegemilangan dulu, menyusun susu. sekejap2 jenguk freezer sebab puas hati pula tengok pemandangan stok susu tu he3 ( ni untuk memotivasikan diri untuk terus berusaha dalam perjuangan penyusuan susu ibu ). 
Mujurlah saya mempunyai 2 freezer. jadi tidaklah pening kepala dibuatnya, mana nak letak susu yang melimpah2 itu he3 Dengan bantuan pembantu setia, Sakinah kami memenuhkan freezer dalam tempoh hampir 30 minit. Mujur Sakinah yang tengah demam ni pun excited nak memunggah susu dari Mama Fizanya =)



aktiviti punggah-memunggah dari freezer Mama Fiza.
kotak polistrin kecik tu, saya punya. yang besar tu, pinjam bekas polistrin tuan rumah. x patut sungguh. datang rumah orang, menyapu susu dengan bekas polistrin orang sekali ha3
kepada Shue, pinjam ye bekas polistrin anda. he3


susunan pertama dibuat dalam upright freezer. penuh dan sempit freezer dibuatnya he3 pemandangan yang menginspirasikan diri ku...


selebihnya disimpan dalam chest freezer pulaa. stok susu mula mengganas di dalam freezer. babai ayam, daging, sotong, nugget..ha3



Keluarga baru Khawlah Sakinah......


Mama Fiza,Papa Cipudin, Abg Aiman...


adik Fateh...

NOTA : Saya akan mendokumentasikan semua maklumat berkaitan ibu susuan Khawlah Sakinah supaya ia dapat menjadi rujukan. Sedang mengusahakan Family Tree Chart untuk Sakinah.












Sumbangan EBM buat sakinah

alhamdulillah wa syukrulillah saya rafakkan pdNya..kerana disaat bekalan susu buat sakinah sudah kehabisan, masih ada insan yang sudi menyumbang bekalannya utk anak saya. terima kasih kepada kakak ipar saya yang berada di Labuan, Siti Aisah Mohd Ibrahim..juga x lupa utk abang saya yg kunun2 macho , Mohd Norhafiz yang sanggup mengendong barang ini naik ke atas flight dari Labuan ke Kuala Lumpur ( lain kali, bawak box yang lebih besar ye ha3 )



nota cinta dari Labuan di atas cooler box buat Khawlah Sakinah...



inilah bekalan susu yang diterbangkan khas dari Labuan..ia amat berharga buat saya dan Sakinah.


kenangan satu masa dahulu dikala susu masih banyak..
bekalan susu untuk anak susuan saya, Naurah Auni..

kenapa saya memerlukan sumbangan EBM ( express breastmilk )

saya telah mengalami masalah gangguan hormon yang agak kritikal. saya didatangi haid sejurus selepas nifas saya kering. darah nifas saya kering malam ini, esok petang saya terus didatangi period. mula2 cuak juga.bimbang takut2 yang keluar itu darah beku. tapi selepas jumpa gynae, doktor mengesahkan itu darah period. jadi utk kaedah perancangan keluarga menerusi kaedah penyusuan bayi secara eksklusif tidak berkesan buat saya, sebab sudah didatangi period! doktor siap pesan lagi " hati2 ye..jgn sampai ter'accident' sudah.." he3
sepanjang menyusukan Sakinah, saya tak pernah miss period. dan yang memburukkan keadaan bilamana 2 minggu sebelum saya didatangi period, fenomena kemerosotan produksi susu akan berlaku selama tempoh 2 minggu sebelum period dan sepanjang period ( period biasanya seminggu )..bayangkan, saya harus melalui situasi ini selama 3 minggu utk setiap bulan. 
kebiasaannya, saya mengepam di opis dengan kekerapan 4 sesi mengepam ( 9pg-12 tgh-2 ptg- 4ptg ) dan hasilnya 4-5oz/sesi. jadi saya akan bawa balik lebih kurang 16-20 oz..meriah gitu..=)
tapi apabila fenomena period ni datang, saya tetap teruskan sesi mengepam 4 kali. setiap sesi, saya berjaya mengumpul 1-1.5 oz..jadi saya hanya mampu membawa balik SATU BOTOL (4-5oz ) sahaja! inilah keadaannya dalam tempoh 3minggu setiap bulan. hanya ada satu minggu sahaja untuk saya mengumpul stok, tapi itu pun saya tak mampu menghasilkan susu yang sangat banyak. 
saya dah amalkan power pumping, makan macam2 supplement & milk booster, kerap mengosongkan breast..namun bila cik P datang, fenomena ini akan tetap berlaku. jadi saya pasrah dan kuatkan shj hati ini..walaupun adakalanya menitik air mata..tapi saya yakin, rezeki utk Sakinah ttp ada... saya terus mendapatkan khidmat nasihat pakar laktasi, Pegawai Zat Makanan di Jabatan Kesihatan Negeri..alhamdulillah semuanya memberikan saya sinar baru setiap kali saya berhadapan dgn situasi ini.

untuk memberikan FM pada Sakinah ???
ohhh tidaklah buat masa ini. keazaman saya masih ingin menyusukan Sakinah sehingga 2 tahun. kalaupun Sakinah x dapat susu ibunya sendiri, biar ibu lain yang menyusukan dia.. Suami saya juga amat prihatin tentang ibu susuan ini. dia amat menggalakkan saya mencari ibu susuan sekiranya saya x mampu menyusukan Sakinah. sebab kami semahu2nya ingin memberikan yang terbaik untuk Sakinah. lagipun kami tiada masalah dengan ibu & anak susuan..moga2 berkembang keluarga kami nanti =)

nota kaki : untuk menerima atau menderma susu ibu, ibubapa/suami isteri perlu mendapatkan salinan surat beranak anak, ayah dan ibu utk simpanan sbb mereka dah menjadi sebahagian dari keluarga kita dan haram berkahwin. juga perlu jalinkan hubungan yang baik di antara 2 keluarga.

Panggilan buat Izzah...



Assalamualaikum. Am looking for Muslim mummies out there to donate EBM for my daughter (9m) as my stock is running out and milk production continues to decrease (only 2oz per session). Currently topping up stock with FM (wish I didn't have to) during office hour. Location: Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat, Gombak. Thanks in advance


saya ternampak kawan saya post ni di Human Milk 4 Human Babies yang dia memerlukan EBM..terus hati ni terpanggil. 
sebelum ni, saya memang dh ada anak susuan yang mana anak buah saya ( Naurah Auni ). tp slps anak buah dh 6bln, saya dh x supply ebm sbb Auni dh mula minum FM. 




naurah auni ( kiri ), khawlah sakinah (depan )

kemudian saya berniat nk kumpul EBm byk2 sbb merancang utk mengandung anak kedua dlm thn ni. ( wah semangat gitu nk beranak lagi ha3..mcm x takut je nk bersalin..aduiiii ) actually saya bercita-cita utk melalui saat2 TANDEM NURSING sendiri. nk rasa kemanisan dan kepayahannya.
tapi saya x lupa niat saya utk menyusukan Sakinah sampai 2 tahun dn ke atas.
jadi saya telah mendapatkan khidmat nasihat dr LC( kaunselor penyusuan), juga pegawai perubatan.
sangat seronok bila derang menggalakkan..( terus berkobar nk mengandung ha3)
tp saya tlh dinasihatkan utk memberhentikan penyusuan ketika kandungan mula 7/8bulan bg menyediakan diri utk kandungan kedua.  tp ia bergantung pd keadaan dan kesihatan si ibu juga..lain ibu, lain caranya..jd better korang g dptkan consultation dgn btl2 yg pkr.
jadi tu yg berazam nk kumpul EBM spy dpt supply susu ibu spjg mamanye bercuti DF dan mengepam 2-3bulan tu.


berbalik kpd cerita kawan td...
bila ternampak post tu, hati saya terusik. Izzah (nama anaknya) sebaya ngn sakinah cuma dia lahir awal beberapa hari dgn sakinah.
saya terus offer nk bg Izzah EBM. nama ibunya Sakinah juga( hidupku mmg dikelilingi dgn Sakinah..semoga Sakinah selalu dlm hidupku )
saya berkata pd diri, insyallah dgn memberi Allah akan gantikan dgn lbh baik. Moga Allah anugerahkan susu yang lbh meriah utk kami..
jadi saya terus pasang strategi demi anak2 ku..
mulai hari ini saya berazam ( lebih2 lagi Ramadhan nk dtg ni )


 jd lah nih AZAM RAMADHAN :
1. minum air masak 3liter/hari ( saya ni spesis pemalas minum air )
2. disiplin dlm mkn vitamin
3. teruskan menjadi pengepam tegar ( so far alhamdulillah yang ni saya x pernah lupa. saya saya pengepam tegar ha3 ) 
4. Jauhi stress