LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Lopsided : Perbezaan payudara kiri dan kanan



Semua penciptaan Allah mempunyai keunikannya sendiri dengan pelbagai variasi. Itulah sebabnya, alam ini indah akibat kepelbagaian yang Allah ciptakan. Tak payah pergi jauh-jauh..cuba tengok pada jari tangan dan kaki yang sepuluh ini, ada panjang, ada pendek... Subhanallah...


Begitu juga penciptaan payudara kita. Payudara kanan dan kiri ada sedikit perbezaan. Dan penghasilan susu pada kedua-dua payudara juga berbeza. Selalunya payudara kiri lebih banyak produksinya berbanding payudara kanan. Ada juga wanita yang mempunyai perbezaan ketara pada saiz payudara. Apepun jua saiznya, insyallah payudara tersebut dapat berfungsi untuk pengeluaran susu.


Faktor yang menyebabkan kepelbagaian penghasilan/pengeluaran susu 


1. Perbezaan anatomi payudara : saiz payudara atau jenis puting yang berbeza kiri dan kanan.. Terdapat liang duktus yang lebih aktif berbanding yang sebelah satu lagi. itu yang menyebabkan bayi adakalanya mempunyai  payudara yang menjadi kegemarannya kerana saiz atau aliran susu pada payudara tersebut.


2. Bayi hanya berminat pada satu payudara sahaja : jadi, banyak rangsangan yang akan diterima oleh payudara yang dihisap oleh bayi kerana hisapan bayi sangat efisien dalam penghasilan susu.


3. Ibu lebih selesa pada payudara tertentu sahaja : Ada ibu yang merasakan susu pada payudara tersebut lebih banyak ataupun ibu lebih selesa anak menyusu pada payudara itu sahaja, jadi ibu akan memilih untuk menyusukan anak pada payudara itu.


4. Kesakitan atau pembedahan di payudara : menyebabkan gangguan kepada penghasilan susu.


PERHATIAN :


Sekiranya bayi baru lahir memilih untuk menyusu pada satu payudara sahaja, dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan doktor ke atas bayi. kerana ada kes yang bayi mengalami kecederaan di tulang bahu dan menyebabkan bayi menolak untuk menyusu pada payudara yang akan menyebabkan tulang bahunya terhimpit.


Sekiranya bayi tiba-tiba menolak untuk menyusu pada mana-mana payudara ( sebelum ni tiada masalah menyusu pada kedua-dua payudara), kemungkinan bayi mngalami jangkitan pada telinga ( bayi jadi kurang selesa apabila bahagian telinga yang sakit itu di tekan ), bayi mengalami kecederaan atau tempat suntikan imunisasi bayi atau jangkitan pada payudara ibu ( membuatkan susu ibu lebih masin )


Sekiranya anda masih kurang berpuas hati, adalah lebih baik merujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan ke atas payudara anda dan bayi.




Akan bersambung ke topik untuk memujuk bayi meminum dari payudara yang bukan pilihannya...




2 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..info yang bermanfaat.Jemput singgah ke blog huda,boleh berkongsi pengalaman dan tips menarik tentang penyusuan.Terima kasih

    ReplyDelete