Prinsip BLW adalah memberi peluang kepada bayi untuk makan mengikut keperluannya sendiri. maksudnya, kita offer makanan pada jarinya, kemudian anak ini akan makan dengan cara KUNYAH-TELAN dan makan mengikut kemahuan dia tanpa dipaksa.
secara tak langsung ia mengajar anak2 kita untuk membuat pilihannya sendiri mengikut seleranya dan bilakah masanya dia kenyang.
tapi BLW' ni di praktiskan apabila anak sudah mula pandai memegang dan selalunya umur 6 bulan.
utk pengetahuan, BLW ni tlh dibuat kajian oleh Gill Rapley,UNICEFS
teori yang dia perkenalkan ttg BLW ni " supaya bayi dapat bereksrementasi dan mengexplore mknn dengan sendirinya"
untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di page ni.
BLW utk sakinah...
@ Radix Fried Chicken, Kangar - Sakinah dan tomato nyer..comot sudah anak mama...
@ Belanga Restaurant, MidValley - sakinah dengan saladnye..
@ zaidee`s house - sakinah dengan carrotnyer..
walaupun Sakinah belum tumbuh gigi, tapi dengan menyusukan sakinah, mama dah taw betapa kerasnye gusi dia..aucchh bila dia menggigit!!
tapi adalah baik, kalau BLW dilaksanakan apabila kita ada disisinya. senang nak pantau. setakat ala2 tercekik tu, perkara biasa. actually bukan tercekik pun, cuma 'gagging' ( ada sign mcm nk tercekik kemudian dia keluarkan semula mknnnye ). kalau ada, tu menunjukkan gag reflex dia berfungsi. so no worries sangat =)
sure semua ibu2 teruja apabila anaknya nak masuk 6 bulan..excited terlebih nak bagi anak makanan.fikir resepi itu ini..mcm lah saya he3
apabila baby dah genap 6 bulan,
penuh senyuman si ibu nampak semua giginya ( termasuk gigi palsu & `cheese` di gigi hik3 )
sudu, mangkuk warna-warni dah dikeluarkan dari bungkusannya.
di cuci2 dengan air sabun dan air suam, buang segala chemical yang ada..
bib juga x lupa. lagi canggih ada baby seat.
seronok kannnn.. *_*
ok untuk yang permulaan ini, mari saya bercerita berdasarkan soalan lazim yang selalu di ajukan.
BERAPA KALI BABY KITA PERLU MAKAN?
Perkembanagn setiap baby adalah berbeza. ada yang mula dgn solid food awal, ada yang lewat bergantung pada
1. pertumbuhan gigi,
2. suhu dan kelembapan persekitaran-musim sejuk baby suka makan,
3. keaktifan anak kita-dia perlukan tenaga utk bergerak lebih aktif,
4. kesihatan anak-mcm kita jugalah..kalau sakit, hilang selera makan
5. `growth spurt`- perkembangan yg terlalu mendadak
banyakkan faktornye. jadi, xperlulah bandingkan anak kita dengan anak orang lain.
asal kita dapat beri kan apa yang SESUAI dengan anak kita, sudah. sekiranya kita membandingkan anak kita dengan anak orang lain, kita tend to PAKSA anak kita makan.
MASA MAKAN ADALAH MASA YANG SANGAT INDAH. jangan lah mak bapak ni mencemari keindahan masa ini.
CLUE baby dah kenyang
1. baby dah taknak membuka mulut
2. baby mula membaling sudu/mangkuk
3. dah mula tersandar di kerusi
untuk setahun yang pertama ini, susu merupakan sumber makanan pertama bagi anak2 kita. jadi, sebelum bagi makan, bagi anak kita minum susu setengah daripada amaun yang biasa dia minum. setengah lagi, selepas makan.
ada buku kata 6-7bulan : 1-2kali makan
> 8bulan : 3kali sehari
Bergantung kepada permintaan sang anak.
pengalaman memberi Sakinah solid food. dia memang suka MAKAN. pukul 10 pagi @ 12 tengahari dia makan.petang lagi sekali dia nak makan.lagi2 tengok orang makan. jadi nak tak nak, kena bagi dia apa yang ada dlm pinggan kita ( selalunya salad/buah2an )
taufu diperbuat dari soya.
ada setengah baby yang alergik dengan sumber soya. jadi 4 DAYS RULES tu sangat pengting untuk mengenalpasti ke alah-an anak kita.
CADANGAN RESEPI
PUREE TAUFU
1. blend taufu dengan avocado/cottage cheese/buah2an
ni resepi taufu+mango
SUP TOMATO & TAUFU
1 sudu kecil olive oil
1/2 bawang besar ( hiris)
1/2 cwn air soya
2/3 cwn taufu (cube/hiris)
1 bj tomato ( hiris)
1/2 sudu kecil daun basil (cincang)
1. goreng bawang dengan olive oil.
2. bila dah naik bau, masukkan tomato & daun basil. masak utk beberapa minit.
3. masukkan air soya dan gaulkan.
4. tutup api dan gaulkan dengan taufu.
5. blend dan biarkan sejuk.
PASTA SOS TAUFU
1/2 bawang (hiris)
1 sudu kecil olive oil
1/2 bj capsicums ( sumber vit A-dr beta carotine, vit B, vit C dan mengandungi folat )
3/4 cwn taufu
3/4 cwn tomato puree
1/2 sudu kecil basil
1/2 sudu kecil oregano
1/2 pkt pasta
1. tumis bawang dengan olive oil.
2. bila dah naik bau. masukkan capsicum dan mask dalam 3 minit.
3. ramaskan taufu dan masukkan dalam kuali tadi. masak 5 minit sambil di kacau.
4. kalau ada air, biarkan ia kering sikit. kemudian baru masukkan tomato puree dan basil.
5. masak pasta
6. akhirnya, masukkan sos dan parsley.
7. boleh dihidangkan ( untuk yang dah ada gigi dan boleh mengunyah )@ blend selepas selesai masak ( untuk yang xde gigi)
TAUFU SMOOTHIES
1 bj mangga
1 bj pisang
1/3 bekas taufu lembut
1. buang kulit buah pisang & mangga
2. masukkan pisang,mangga & taufu dalam blender dan..BLEND!!!
3. siap di hidang.hias dengan ceri ( kalau nak ceria gituuu he3 )
sumber : homemade baby food recipes