LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Ber-USRAH-lah...


saya dah berjinak2 dengan usrah ni sejak dari kecil. bukan saya join usrah dari kecil, tapi tengok ayah berusrah.bila pakcik2 datang rumah, lepastu kita budak2 ni memang suka menyibuk2..ha3 lepastu tengok pakcik2 tu baca Al-Quran.pastu ada orang bercakap2, bagi tazkirah, cerita2 sahabat..pakcik2 ni tak marah pun kitorang yang menyibuk kat situ. lame dahh kenangan itu..rindu suasana tu, duhai ayahku...=`(
kitorang ni pelajar Sek Ren.Islam Al-Amin KL. x silap saya, masa dulu2 semua ibubapa yang hantar anak ke situ kena ada usrah ( x silap saya lah... ) sebab mak ayah saya ni orang biasa je..orang awam biasa.bukan lepasan Al-Azhar mahupun lepasan kursus Syariah ke hape...
lepastu apabila saya sekolah menegah di Maahad Muhammadi Perempuan, usrah ni tak wajib. bila orang ajak saya ikut usrah, saya kata dalam hati " bajet baguss dowh!!", " budak skema beb, ikut usrah"..sebab waktu tu darah muda, walaupun berada dalam ruang lingkup sekolah agama, suasana tarbiyah, tp hati keras semacam.. saya memang semakkk bebenor dengan usrah2 ni. kerana saya ni berada dalam pemikiran remaja yang sungguh tipikal.

kemudian, tingkatan 3 saya berpindah ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin.. ( sekolah yang paling saya cintai..kerana sentuhan didikannya amat memukau dari guru2 yang tabah dan sangat dekat di hati kami ). kat sekolah ni, usrah merupakan salah satu subjek dalam pembelajaran kami. tempohnye x lama. x silap 2 jam..bila dah jadi subjek, dengan terpaksa-rela saya ikut jelah...mentornye ustazah kami yang best ( cikgu2 sini byk grade overseas, UK,US,Al-Azhar )..mentee nye, kami yang seusia tapi bercampur dari pelbagai kelas. Allah Maha Kaya. kerana hati yang keras ni, lembut jugak.. saya pikir usrah ini mengaji dan mengaji dan mengaji..lepastu ceramah agama yang sangat bosan! tapi apabila saya mengikutinye, ia adalah amat berbeza dengan apa yang saya fikir. slot pertama memang dimulai dengan tilawah ( baca Al-Quran ). baca gilir2, contohnya sorang setengah muka. yang lain semak bacaan, yang salah tu kawan2 akan betulkan. mula2 saya memang segan, sebab baca Al-Quran pun merangkak2 ( kes x baca Al-Quran hari2 lah ni ), tajwid pun terabur tapi lama2 dah tak segan sebab banyak dapat ilmu baru, dan dapat melancarkan bacaan Al-Quran. untuk yang uzur plak, akan membaca tafsir untuk bacaan tadi.. takdelah macam org yang membuta tuli baca Al-Quran, tapi tak tahu apa isinya..( teringat kisah seorang muallaf, yang merupakan sahabat ayah saya. dia sebaya ayah saya..hampir 60an. dia baca Al-Quran memang merangkak2...dia sendiri akui. tapi masya allah, selama dia bergelar islam berpuluh2 tahun ni, dia hanya membaca tafsir sahaja. kulit ke kulit bacaannya. jadi, kelebihan dia, dia tahu apa isi Al-Quran! yang amat menyentuh hati saya, katanye..Al-Quran selalu berdialog dengannya.. masya allah )

kemudian mentor akan ulas tentang ayat itu berdasarkan kepada rujukan kepada kitab ( cth Fi Zilalil Quran ). surah yang palingggg saya suka, Surah Yusuf.sebab bila baca, mcm baca novel ( walaupun novel x mampu menandinginya. sebab novel hasil manusia, Al-Quran hasil dari Pencipta).
selepas tilawah, sesi isu semasa. semua mula cungkil isu2 yang terjadi sekarang samada di dalam dan luar negara sebagai iktibar..jadi untuk spesis remaja mcm kami yang tak suka untuk baca suratkhabar mahupun tengok berita, memang ini adalah suatu task sebelum usrah. esok usrah, malam ni baru sibuk2 tengok berita * haruuu*

kemudian sesi bercerita tentang tokoh ( pilih mana2 tokoh sahabat2 wanita ). cerita ni akan diberikan oleh salah seorang dari ahli usrah. masing2 ada 'turn' ( masa nilah sibuk pinjam di perpustakaan 'buku tokoh2 wanita di zaman Nabi'. sampaikan kadang2 buku tu xde di rak, sebab semua orang nak pinjam buat rujukan..terutama di hari2 nak ada usrah).. semua akan kena bagi cerita, tak terkecuali. tak minggu ni, minggu depan. tak minggu depan, bulan depan..so tak payah nak lari2. buat penat je ha3 jadi masa nilah, akan kedengaran macam2 nama yang tak pernah kita dengar..Syaima, Khawlah, Juwairiyah, Ru`lah, Arwa dan mcm2 lagi..masa dengar nama2 tu mcm jakun yang amat.wah, tak sangka ada nama2 mcm ni..yang biasa dengar Aisyah,Fatimah,Khadijah..

habis sesi tu, sesi mentor pulak memberi tazkirah. selalunya, topik yang disentuh amat dekat dengan mentee nye. contoh pasal keikhlasan dalam belajar, menepati waktu solat dll. kebanyakan topik yang disentuh tu membuatkan kami ni tertunduk. zappp!! menusuk di kalbu.tiba jadi segan miaw miaw..sebab perangai x semenggah. sebab orang yang memberikan tazkirah itu dari hati yang bersih, maka impaknya memang menujah ke jiwa.
last sekali, sesi musykilah atau 'problemo'..masa nilah macam2 kemusykilan atau luahan perasaan berlaku. nak tanya itu ini, dan curahkan masalah tak suka dengan kawan lah, x suka dengan mak ayah lah, dan sangat banyak isunya..terasa mentor seperti seorang ibu sedang memberikan nasihat pd anak2nya.. 

seusai itu, akan ada bacaan doa dan tamat. selesai bacaan doa, kita pun bersalaman, memohon kemaafan. masing2 dengan jiwa yang segar bugar dengan aura positif.. jadi untuk 3-4 hari yang pertama tu, membuak2 jiwa nak membuat kebaikan..nak kejar pahala, orang kata. jiwa tengah fresh..tapi masuk hari ke 5 dan ke-6, sifat malas tu datang balik..biasalah...keje syaitan mmg x pernah putus asa...solat pun mula lambat2 sikit. suka bercakap yang bukan2 atau leka atau yang tiada faedah, baca Al-Quran pun malas... kemudian, hari ke-7, usrah kembali...makanye, jiwa yang segar bugar itu kembali..begitulah kitarannya..itulah pentingnya usrah berkala setiap minggu, supaya ada yang sentiasa mengingatkan kita yang alpa dan leka.. sebab dunia ini sentiasa menggelapkan kita dengan sisi2 keseronokannya...
saya sebenarnya nak bercerita tentang usrah, konsep usrah tu..tapi dah panjang perkongsian saya kali ini..saya akan sambungkan lagi ni entri yang lain...

AYAT CINTA saya kali ini : MARI HIDUPKAN HATI DENGAN BERUSRAH!!


saya suka dengan usaha Wardina Safiyyah mempromosikan usrah.... kerana beliau adalah public figure, jadi menjadi ikutan semua pihak...semoga Allah memberkati usaha beliau...

elakkan mendapat keracunanan makanan

saya bertugas sebagai inspektor kesihatan. di antara tugas saya buat pemeriksaan ke kedai2 makan, kilang membuat makanan, kantin sekolah..
jadi keluar masuk dapur, stor, lorong belakang kedai, tengok kabinet penyimpanan makanan memang sinonim semasa kami buat pemeriksaan. bila saya check stor atau kabinet, bau yang biasa saya hirup ada 2 bau...bau lipas, atau bau air kencing tikus... bila gunakan UV light, memang ada kesan urin tikus pada lantai, pada barang2 yang disimpan dalam stor..stor memanglah syurga untuk cik Ti bermain2 dengan riang hatinya...
tapi ada premis makanan yang pasang rat-proofing, jadi insyallah cik Ti x berminat nak datang.tapi apepun, berwaspadalah...


jadi panduan buat semua apabila membeli makanan berkaling/tin ( susu tin atau tomato puree atau apa shj ), paket perencah makanan..basuh dulu permukaan tin atau paket makanan dengan air sabun. jadikan amalan ye untuk mengelakkan dari terkena keracunan makanan atau penyakit virus kencing tikus ( leptospirosis)






sumber : google image

Cloth wipes

siapa pernah dengar cloth wipes? tak pernah??
ok..baby wipes pernah dengar tak? pernah!
benda yang sama cuma material berbeza...




saya suka nak kongsi benda2 yang alami, yang menjimatkan poket, yang mesra alam, menyihatkan..supaya kita sebagai Khalifah ni benar2 berperanan dalam menjaga alam ini...kalau bukan kita bergelar manusia ni, siapalah lagi..nak harapkan si kancil yang kunun2 geliga itu, atau si singa raja rimba?? tentulah tidak sebab Allah hanya memberi akal fikiran buat kita bernama manusia...


cloth wipes yang pertama saya beli adalah dari mama patch..he3 (promote mama patch lagik hua3 )
harganye RM11 untuk 5 helai..bila saya congak2, cloth wipes ni kena guna banyak, jadi tak cukup 5 helai.saya dengan idea inovasi ( inovasi ke hape ntah he3) saya bawa contoh kain wipes tu ke Nagoya dan cari yang sebijik..haa..rupanye kain tu, sama ngn kain bedung..harga kain bedung yang kartun2,comel2 hanya rm4.90/meter. jadi saya beli 2 meter..jadi harganya adalah RM9.80..


kemudian saya pergi hantar ke tukang jahit untuk jahit tepi...untuk buat cloth wipes ni memerlukan dua lapisan,supaya kita dapat menggunakan kedua2 bahagian dengan baik. jadi, bahagian depan,saya gunakan yang corak2, yang belakang saya gunakan warna plain.
upah jahit RM24, x silapnya...dan saya dapat 24 helai....wah....berlambak gitu cloth wipes nye ( tapi sekarang saya tak pasti mana pergi banyak2 tu..kat rak tengok makin susut je bilangannye hu3 )



diantara koleksi mama patch..

manfaat cloth wipes..
1. jimat duit
saya selalu turun ke pureen warehouse sales.dan saya akan borong disposable wipes pureen banyak2. RM8 (200 helai wipes )..jadi saya akan borong 5 pack. 1 pack ada 100 helai, 5 pek berharga RM40.saya habis menggunakan qipes pureen ni dalam masa 4 bulan sahaja...bayangkanlah kalau saya kekalkan penggunaan disposable wipes ni selama sakinah menggunakan diapers..jenuh weii.jadi saya hanya limitkan penggunaan disposable wipes hanya untuk travel sahaja. sepatutnya saya boleh je gunakan sepanjang masa ( yang ini jgn tiru saya )
2. selesa & selamat di kulit bayi
disposable wipes memang dan sebati dengan kandungan bahan kimia. siap ada yang bau2an lagi. bahan kimia ini akan mertindakbalas dengan kulit bayi. sekiranya kulit bayi anda sensitif, ia akan menimbulkan kemerah2an pada kulit bayi.lebih2 lagi untuk kulit bayi yang baru lahir, yang sangat lembut.
cloth wipes ni tiada sebarang bahan kimia dan amat sesuai untuk kulit bayi. kita tidak memberi risiko kepada kulit anak kita.
3. memudahkan kerja2 pencucian najis
kalau menggunakan disposable wipes untuk membersihkan najis bayi, kita memerlukan sekurang2nya 3-5 helai.sebab materialnye yang nipis. kalau cloth wipes ni,1- 2 helai sudah mencukupi. 
mula2, gunakan bahagian belakang kain untuk lap semua najis bayi. kemudian, lipatkan.dan bahagian corak2 tu lap kulit bayi tadi sehingga bersih. boleh gunakan lagi sehelai untuk bilas sebersih2 nya..
nak basuh pulak, sembur je air kat najis tadi sampai tertanggal.kemudian cuci dengan air paip dan rendam dalam air sabun..
4. jangka hayat yang panjang
boleh digunakan sehingga anak2 yang berikutnya..kan dah jimat belanja =)
5. mengurangkan sisa pepejal di tapak pelupusan
ohh cukuplah kita menambahkan sisa pepejal kerana tapak pelupusan yang dibuka selalu tak dapat menampung hasil-mahsul yang kita keluarkan. kita ni bila orang cadangkan bukak insinerator untuk memproses sampah2 kita yang terlampau banyak ni, banyak pula bantahan..silap haribulan, tanah tepi kampung kita pun jadi tempat tapak pelupusan sampah..dah takde tempat punca pasal..