LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Ibu Susuan ke-3 : Mama Fiza

Salam alaik..
saya buat hebahan di FB dan di HM4HB sejak 2 minggu lepas untuk mencari ibu susuan buat Sakinah. Sangat terkejutlah saya apabila, ramai yang offer nak menjadi ibu susuan Sakinah.murahnye rezeki Khawlah Sakinah.
Bukan setakat dalam KL, luar KL pun ada... rupanya, trend ibu susuan ni bukan zaman Nabi2 dahulu sahaja. ia masih ada di zaman era moden ini cumanya ia tidak sebegitu popular dan tidak mendapat publisiti yang meluas.
Bila saya cakap pada kawan2 yang Sakinah ada ramai ibu susuan, ramai yang terkejut. " eh, masih ada lagi ke ibu susuan zaman ni ? " ayat biasa yang muncul he3..kalau anda2 di luar sana nak tahu, memang masih wujud ibu susuan itu tapi ia bukan satu fenomena lah..( guna ayat fenomena pulak. macam fenomena Ust.Don pula he3 ). Lagi satu orang malas nak guna khidmat ibu susuan sebab kurangnya info berkaitan dengannya. Alasan yang selalu saya terima.." nanti anak kita susah nak kahwin "...hmmm adekah hanya satu laki dan satu perempuan shj di dalam dunia ini  sehingga anak kita tak mampu mendapat pasangannya ?


Kepada sahabat2 yang sudi menjadi ibu susuan kepada Sakinah, saya amat2 menghargainya. Usaha kalian sungguh murni dan saya sungguh menghargainya. 
Kepada  Dayang Syed Hassan, K.Syazwani Ncorel, Meow Yusoff... terima kasih byk atas kesudian awak semua untuk menjadi ibu susuan Sakinah. semoga Allah jua akan membalas hasrat murni kalian..love u all =) Insyallah kalau ada rezeki, nanti Sakinah atau adiknya menjadi anak susuan kalian pula..=)


Akhirnya, Sakinah mendapat ibu susuan yang bernama Mama Fiza.. kakak kepada sahabat baik saya sendiri. alhamdulillah dipermudahkan jua...
Saya datang ke rumah Mama Fiza dengan berbekalkan sebuah polistrin kecil. sebab itu adalah polistrin yang selalu digunakan untuk mengangkut stok susu dari ibu susuan Sakinah.
Namun begitu, sungguhlah saya terkejut apabila kotak polistrin yang saya bawa tu tak memadai..Subhanallah..banyaknye susu yang telah di sumbangkan oleh Mama Fiza. Jauh di lubuk hati saya, saya amat tersentuh. Suami saya juga terharu dengan sumbangan besar yang telah dilakukan oleh seorang wanita bernama Nur Hafiza Shafie.. tak berbaloi dengan sumbangan kami yang ciput sungguh. ( nota : Ibu susuan layak menerima upah. Sekiranya dia menolak untuk dibayar, sekadar sumbangan kita di atas perjuangannya menyediakan bekalan susu. Walaupun sebenarnya tak terbayar dan tak ternilai dengan wang ringgit usaha, masa dan tenaga mereka ). semoga susu ni mencukupi sehingga Sakinah dapat adik he3


Berulang-alik suami naik tangga flat untuk mengangkut bekas polistrin ni. inilah baru dikatakan sokongan suami ha3 terima kasih banyak ye Abu Khawlah.. Memanglah sangat teruja menyusun susu dalam freezer. teringat zaman2 kegemilangan dulu, menyusun susu. sekejap2 jenguk freezer sebab puas hati pula tengok pemandangan stok susu tu he3 ( ni untuk memotivasikan diri untuk terus berusaha dalam perjuangan penyusuan susu ibu ). 
Mujurlah saya mempunyai 2 freezer. jadi tidaklah pening kepala dibuatnya, mana nak letak susu yang melimpah2 itu he3 Dengan bantuan pembantu setia, Sakinah kami memenuhkan freezer dalam tempoh hampir 30 minit. Mujur Sakinah yang tengah demam ni pun excited nak memunggah susu dari Mama Fizanya =)



aktiviti punggah-memunggah dari freezer Mama Fiza.
kotak polistrin kecik tu, saya punya. yang besar tu, pinjam bekas polistrin tuan rumah. x patut sungguh. datang rumah orang, menyapu susu dengan bekas polistrin orang sekali ha3
kepada Shue, pinjam ye bekas polistrin anda. he3


susunan pertama dibuat dalam upright freezer. penuh dan sempit freezer dibuatnya he3 pemandangan yang menginspirasikan diri ku...


selebihnya disimpan dalam chest freezer pulaa. stok susu mula mengganas di dalam freezer. babai ayam, daging, sotong, nugget..ha3



Keluarga baru Khawlah Sakinah......


Mama Fiza,Papa Cipudin, Abg Aiman...


adik Fateh...

NOTA : Saya akan mendokumentasikan semua maklumat berkaitan ibu susuan Khawlah Sakinah supaya ia dapat menjadi rujukan. Sedang mengusahakan Family Tree Chart untuk Sakinah.












Saya suka bercakap...

Tiba2 ada post begini pula ye.. Masa saya sekolah2 dulu, saya tak pernah terfikir yang saya akan berada di depan orang ramai dan memberi ceramah. Tak pernah terlintas pun. Setakat jadi Mak Karut tu adalah..
Tapi bila saya dah mula di tugaskan ke Unit Promosi Kesihatan ( aka Unit Pendidikan Kesihatan ), secara tak langsung tanpa saya sengajakan..saya rupanya telah pun bercakap berpuluh kali di depan audiens. Saya pun macam tak percaya hu3 rupanya untuk bercakap di depan orang ramai ni, kita memang sangat perlu tahu selok-belok ilmu yang kita nak sampaikan. Bila kita kurang arif, tu yang jadi kita jiwa kacau tu..dok uu-aa--uu--aa kat depan audiens.  Bab gabra tu normallah bila kita berada di depan. Tapi bila dah dapat mikrofon, macam nak bawak balik je mikrofon tu. tak cukup2 masa.ha3 Sekarang dalam perancangan saya, nak pergi kursus Pengucapan Awam ( Public Speaking ) untuk mengasah lagi skill sebagai seorang presentor..


Tapi ceramah yang paling saya suka adalah ceramah untuk murid sekolah. SUMPAH saya suka. sebab mereka adalah audiens yang PALING JUJUR. Kalau mereka suka dengan penyampaian kita, mereka memang pandang kita x pejam2 mata dan tersenyum2 ( tapi tak tahulah pula kalau mereka berangan nak wajah cantik macam saya, tu yang membuatkan mereka tersenyum2 ha3 APEKAH KENYATAAN INI ????? ). Kalau mereka bosan dengan ceramah kita, mereka akan berborak, atau buat muka macam tak makan 3 hari atau tido. Kemudian anak2 ini tidak mempunyai 'judgement' terhadap diri kita. Macam ceramah untuk orang dewasa ni, mereka sudah mempunyai 'pre-judgement' mereka sendiri apabila melihat kita. tu yang tak syoknye..hu3


Diantara ceramah yang saya bagi untuk murid2 sekolah, Denggi, Kebersihan diri, Pemakanan Sihat dan yang paling saya suka adalah mengajar pendidikan seks untuk mereka, iaitu tajuk Perubahan Awal Remaja yang selalunya dibuat untuk murid2 darjah 6. Saya amat suka mengajar pendidikan seks ini kepada anak2 supaya mereka tahu menyayangi diri dan maruah mereka. Jadi saya amat tidak menyokong pada mereka2 yang menentang pendidikan seks di sekolah. Ini adalah keperluan dan pengetahuan yang perlu diberikan kepada anak2 kita. kalau bukan kita yang memberikan info ini, mereka akan mencari info mereka sendiri atau mereka akan bereksperimen sendiri. Jadi info2 yang mereka dapati tanpa panduan ini, amat berbahaya untuk mereka. 
Soalan cepu emas yang selalu saya dapat ialah, macamana perempuan boleh mengandung..he3 Kalau dulu2 bila kita tanya pada mak ayah kita, tentu jawapannya " Ko budak kecik. jangan nak tanya yang bukan2 ". sudahnya si anak tadi ke sekolah, tanya pula kawan2. hmm


Ceramah lain yang paling saya SUKA adalah CERAMAH BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU. ohh saya memang cintakan bidang ini. Itulah sebabnya saya amat menghargai ibu2 yang menghubungi saya bertanya itu ini tentang susu ibu. Hasrat saya adalah untuk melihat wanita2 di era ini mula membuka mata dan mengorak langkah bersama untuk meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu. Saya tidak pernah terbeban dengan anda semua, duhai ibu2... jadi jangan segan silu untuk bertanya apa2 berkaitan 'breastfeeding'. saya akan membantu semampu yang mungkin.. boleh hubungi saya di 0176943757... nak jemput ke rumah untuk bagi consultation pun boleh. cuma saya ada mslh kekangan 'transport' =)



@ moms basic : membentangkan berkenaan solid food sambil menyusukan Sakinah


jemputan ceramah oleh NGO`s


@ Encorel Digital : jemputan ceramah dari syarikat swasta


Ceramah untuk murid2 sekolah

NOTA : saya sekarang sedang sibuk melakukan kerja2 audit dalaman. Jadi dah hampir 2 minggu lebih tak bagi ceramah.rindu pulok.tu yang tulis entri ini he3


Tabung Menabung Dari Kecil

Saya jarang membelikan Sakinah barangan permainan. sebab Sakinah pun belum tahu untuk meminta barang mainan yang ada dijual dikedai. tapi saya rasa, selepas ini kami tetap akan menempuh fasa ini dimana anak akan mula meminta barang mainan di kedai.
Melihatkan adik ipar saya yang selalu merungut kerana terpaksa melayan kerenah anak yang mahukan itu ini, duit pun banyak keluar, maka saya pun bimbangkan perkara itu. 
Maka saya dan suami mengambil inisiatif begini..
Saya dan suami akan memberikan RM1 setiap hari kepada Sakinah sebagai ' duit belanja' untuk dimasukkan ke dalam tabung. Walaupun pd masa sekarang dia belum tahu untuk menggunakan duit itu, tapi kami tetap ingin melatihnya.
Jadi, selepas ini, apabila Sakinah sudah tahu untuk meminta itu dan ini, kami akan suruh Sakinah gunakan 'duit belanja' nya yang dikumpul selama ini. Mudah2an ia akan berhasil untuk membentuk nilai menyimpan duit bagi mendapatkan sesuatu dan berusaha sendiri untuk memenuhi keinginan sendiri. insyallah, mudah2an.


Tabung untuk Sakinah.


belajar memasukkan duit syiling dengan sendiri


sangat teruja Sakinah dengan bunyi 'kling' yang berbunyi setiap kali duit itu jatuh


Semoga Sakinah akan menjadi manusia berguna dunia dan akhirat..