LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Ar-Radha`ah ( Penyusuan )



Teringat kenangan masa belajar Pendidikan Al-Quran & Sunnah (PQS) dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) masa f5 dulu. Bila ustazah ajar, dengar tak dengar je.
sekali orang tanya saya, "surah apa yang ada menyebut tentang penyusuan "
gulppp.... ( dah lupa lah..aiseh. baru menyesal tak dengar penerangan ustazah dulu )
jadi saya buka semula buku...



وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُوْدِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَنْ تَسْتَرْضِعُوْا أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُمْ مَا آتَيْتُمْ بِالْمَعْرُوْفِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ


“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban bagi ayah untuk memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf . Tidaklah satu jiwa dibebani kecuali sekadar kemampuannya. Janganlah seorang ibu mengalami kemudlaratan karena anaknya [1] , demikian pula seorang ayah [2]. Dan pewaris anak itu pun memiliki kewajiban yang sama.[3] Apabila keduanya (ayah dan ibu) ingin menyapih si anak sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan dengan musyawarah , maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kalian ingin anak-anak kalian disusukan oleh orang (wanita) lain maka tidak ada dosa bagi kalian apabila kalian memberikan pembayaran dengan cara yang ma’ruf. Bertakwalah kalian kepada Allah, ketahuilah bahwasanya Allah Maha Melihat terhadap apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 233)

[1] Kemudharatan yang diderita sang ibu bisa dengan mencegahnya untuk menyusui anaknya atau si ibu tidak diberikan haknya berupa nafkah dan pakaian atau upah menyusui. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, 3/110, Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 104)
[2] Dengan si ibu menolak untuk menyusui anaknya karena ingin memudharatkan sang ayah atau ia menuntut tambahan dari apa yang wajib diberikan kepadanya. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, 3/110)
[3] Bila ayah si anak telah meninggal sementara anak itu tidak memiliki harta, maka ahli waris anaklah yang menanggung kewajiban seperti kewajiban sang ayah dengan memberi nafkah dan pakaian kepada ibu yang menyusui. (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.104)[4] Bila si anak disusui oleh wanita selain ibunya


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu dan hanya kepada-Allah kembalimu.” (Luqman: 14)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan….” (Al-Ahqaf: 15)


Apa yang dimaksudkan dengan "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan" ?

Dalam tempoh 2 tahun usia anak, susu ibu merupakan makanan terpenting dan utama buat anak-anak. dan kalau merujuk kepada Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, makanan tambahan perlu diberikan mulai umur 6 bulan. ini menunjukkan bahwa susu ibu masih lagi sebagai prioriti utama walaupun makanan tambahan sudah diberikan kepada bayi.         
Setelah usia dua tahun, air susu ibu bukan lagi sumber makanan bagi si anak namun ia telah berpindah  kepada makanan yang lain. Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah berkata: “Apabila seorang anak yang menyusu telah sempurna usianya dua tahun maka bererti telah sempurna penyusuannya. Setelah itu jadilah air susu kedudukannya seperti makanan yang lainnya sehingga penyusuan setelah dua tahun tidak teranggap dalam masalah kemahraman.”[4] (Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 104)

Penyusuan anak adalah fitrah yang telah Allah jadikan buat ibu dan anak tersebut.  kerana Allah lebih mengetahui apa yang tebaik buat si anak dan si ibu. 
Allah telah menunjukkan kita jalan lain sekiranya si ibu tidak mampu menyusukan anak mereka sendiri iaitu dengan ibu susuan. betapa Allah ingin menekankan bahawa susu ibu adalah makanan keperluan dan terpenting buat si bayi. alternatifnya memang ada dan tercatat dalam Kalam Mulia, Alquranul Karim. Terpulang pada kita untuk merenung dan memikirkan ayat tersebut dengan mata hati yang bersih dan jernih... wallahualam

Moby Wrap

sekarang ni saya dah TER-kena demam mobi wrap. ini angkara tengok membe pakai mobi wrap, terus berkenan..nak beli yang original punyer, fikir 2,3 kali. 
hmm...jadi saya dengan dengan mengguna pakai idea inovasi kawan saya ni ( K.erma & Sakinah H..Terima kasih byk2 my dear!  ). di samping itu saya juga cuba cari sumbernya di internet. alhamdulillah saya dapat apa saya nak!! jadi dengan gumbiranya saya nak berkongsi moby wrap saya he3 




masih comot ikatan saya sebab orang baru berjinak2 dgn moby wrap. satu lg, kain ini agak panjang untuk saya yang pinggang kerengga nih ( hah?!! kerengga ke pinggang serangga ha3 )

saya pergi ke kedai kain Jepun ( jauh tuu cari kain untuk moby wrap nih ha3 ).
pastu pilih material yang jenis stretchable ( ada 2 jenis kat situ. lycra @ knit jersey ). disebabkan jersey tu agak panas dan harga pum RM3/meter, saya pun x yakin nak ambil kain tu. jadi saya pilih dari jenis lycra. agak mahal sikit tapi masih berbaloi =)
saya ambil 5 meter untuk kain bidang 60 inci.
part yang leceh adalah nak memotong kain tadi kepada 3 bahagian/3 keping..duhaiii..5 meter..ruang tamu rumah pun tak sampai 5 meter hu3
nasib baik tak sempat berpeluh nak memotong. kalau berpeluh, tentu nak kenakan caj peluh pulak ha3


ni kain yang saya beli ( dark purple & dark brown )
jadi dapat 6 keping untuk kedua2 warna. 
tak sangka ramai pula yang sudi berkongsi kain ini dgn saya..
terima kasih kerana membeli ye =)

nanti kita bercerita lagi tentang pemakaian moby wrap ye.... =)

Tak perlu air masak untuk mereka!!



memang sudah menjadi adat kebiasaan orang-orang kita untuk meminum air masak selepas beraktiviti ( termasuk makan, bersukan, bersyarah dsbnya )
hal ini juga terbawa-bawa kepada bayi kecil dimana ibubapa atau ahli keluarga atau pengasuh memberikan air masak kepada mereka.
sebenarnya si kecil yang berumur 6bulan ke bawah ini tidak memerlukan nestum, bubur hatta air masak pun untuk tekak dan perut mereka. yang diperlukan hanyalah susu ibu.
ini kerana pemberian air masak mengundang bahaya kepada mereka.


KESAN AIR MASAK KEPADA BAYI ??
1. bayi akan rasa cepat kenyang kerana air masak telah memenuhkan ruang perutnya dan ini akan menyebabkan bayi mula enggan menyusu. akibatnya, tumbesaran bayi terganggu dimana badannya tidak cukup nutrien untuk perkembangan tubuh yang sihat.
2. air masak akan menyebabkan tubuh badan bayi kurang menyerap nutrien yang diperlukan oleh tubuhnya. ini kerana sifat air sebagai agen penyingkir. jadi ia akan membawa kepada ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh bayi ( Air masak membuatkan bayi banyak membuang air kecil )


kehadiran air dalam susu formula adalah 80%. maka penggunaan susu formula berbahaya pada umur bayi bawah 6 bulan.


KETAHUILAH KEAJAIBAN SUSU IBU
komposisi susu ibu berubah-ubah : 
pada hari panas ( tengahari ), susu ibu lebih cair kerana ia diperlukan anak untuk menghilangkan dahaga.
pada malam hari, susu ibu lebih pekat berbanding hari panas untuk mengenyangkan bayi.
subahanallah..cantik sungguh ciptaan Allah..sebaik-baik ciptaan, sesempurna kejadian...
Jadi susu ibu adalah makanan dan minuman terbaik dan terlengkap untuk bayi bawah 6 bulan.


sumber rujukan : Jabatan Kesihatan WPKL, homemade baby food recipes