LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Jadual yang padat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah amat lama tidak menulis di blog. Saya cuma berkesempatan membuat 'update' di facebook sahaja kerana keterbatasan waktu. Itupun kadang-kadang tidak sempat membuka internet 1-2 hari. uhhhh...
Bekerja dari rumah tentunya memerlukan komitmen masa, tenaga yang sangat banyak. Apetah lagi saya punyai 'pembantu cilik' yang memerlukan perhatian penuh.

Masa 24 jam yang dahulunya terasa panjang, kini teramat singkat buat saya. Segala-galanya perlu dilakukan. Kerja rumah, mendidik anak-anak, menjana pendapatan, melayan suami, memasak dan sebagainya. Betapa berharga masa ini. Saya selalu ingat apabila anak-anak tidur, saya juga dapat berehat bersama-sama mereka. Namun apabila saya ingin tidur, kepala saya tidak berhenti berfikir tentang tugasan yang perlu dilakukan. Akhirnya, saya tidak tidur ! Masa anak-anak tidur, adalah masa saya untuk bekerja. 

Dahulu saya hanya makan gaji. Kalau saya rajin ataupun malas, gaji tetap masuk setiap hujung bulan. Ada masa untuk melepak, tidur, 'window shopping' dan sebagainya.
Tetapi kini, semuanya berubah..
Kalau saya malas, saya tidak akan dapat duit! Bila tiada duit, saya tidak boleh berbelanja. Jadi, harus menjadi rajin.

Amat jarang saya ke KL untuk meronda-ronda, bersiar-siar, cuci mata di kompleks membeli-belah. Kerana kesuntukan masa. Saya ke KL pun apabila ada urusan penting sahaja. selebihnya, berada dirumah.. Saya lebih selesa dan bahagia bersama anak-anak dirumah, bekerja bersama mereka yang merupakan ' VERY GOOD HELPER'.

Saya suka karier saya sebagai Work-At-Home Moms. ..
Jalan saya baru bermula dan mudah-mudahan dipermudahkan dan saya tabah mengharungi ranjaunya.
kerana SURIRUMAH adalah pilihan saya!


Aktiviti Homeschool : Cara mengendalikan kain kotor dan mengenali detergen



Aktivit Homeschool : Mengetahui cara-cara melipat baju dan menyusunnya


Imam muda Faqih yang sungguh montel..




Aktiviti Homeschool : Membuat pizza bersama rakan se-homeschool


Ceria bersama-sama


Salam kasih dan sayang * peluk*


Kelas Pastri : Tart Dream



Peserta : khas untuk kaum Hawa yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam selok-belok dunia pastri disamping menjana ekonomi famili. HappyMindz`s Baking Class yang dinaungi oleh saya sendiri, Puan Nor Aqilah Nor Kamaruddin yang mempunyai pengalaman di bidang kebersihan dan keselamatan makanan dengan kemahiran membuat tart yang gebu serta struktur rasa yang sungguh unik disamping keistimewaan proses baking yang barakah, insyallah.
Pelajar akan didedahkan dengan tips-tips membuat tart dengan pantas yang mana sangat berguna buat wanita-wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab dan kekangan masa.

Yuran kelas : RM250 ** promosi untuk sesi Januari sahaja
Sesi kelas hanya untuk sehari sahaja
Jenis kelas : Hands-on sepenuhnya sehingga pelajar mahir
Janis masakan : Tartlet ( cheese tart, fruit tart, egg tart )
Tarikh kelas : 12 Jan/ 19 Jan/ 26 Jan ( Sila booking hari yang anda mahukan )
Waktu : 11.00 pagi sehingga selesai
Setiap sesi kelas terhad untuk 4 orang sahaja
Makanan tengahari disediakan untuk semua pelajar
BONUS **
Pelajar akan ditawarkan kelas perniagaan internet untuk tujuan mempromosi jualan pastri mereka dengan separuh harga.
Layari www.happymindz.com untuk maklumat lanjut tentang fasaliti ruang masakan kami.
Bagi yang berminat untuk menyertai, sila emel ke mama.khawlah@gmail.com
Terima kasih ^_^

Kedai bakeri di Seksyen 9 Bangi

Di seksyen 9 ada 3 buah kedai bakeri.
Kedai Yummie, kedai Makcik dan Kedai Bake With Yen. Disebabkan semuanya jiran saya, memang saya akan membuat pantauan harga ^_^
Tentunya semua kedai mempunyai perbezaan harga.

Disini saya akan senaraikan undian saya

No. 1 kedai Yummie
No. 2 kedai Bae With Yen
No. 3 kedai Makcik

Saya adalah pelanggan untuk kesemua kedai. Tapi kedai yang hari-hari saya akan pergi membeli-belah adalah di Yummie. 


ehsan dari mr google


Kemudian saya akan membeli di Bake With Yen apabila suami berkelapangan sahaja kerana saya memerlukan bantuannya untuk membeli bahan mentah pada kadar yang banyak. contohnya beli gula kastor 3 kg. Sebab Bake with Yen punya pembungkusan adalah dalam amaun yang berkilo-kilo banyaknya. harga sudah tentu lebih murah.


ehsan dari mr google

Dan saya akan ke Kedai Makcik apabila terdesak. contohnya apabila hari hujan atau perlu cepat. Tetapi istimewanya kedai Makcik ini, ada beberapa bekas yang saya perlukan tiada di Yummie tetapi ada di Makcik.

Nota kecil : berhadapan kedai Makcik ini ada gerai Laksa dan Cendol yang sedap!! Jangan lupa singgah ye ^_^


ehsan dari azalmuffins.blogspot


Nota kaki : untung saya berpindah ke Bangi ^_^