sakinah sudah 1 tahun 1bulan. dia suka bercakap mcm ayah dan mamanya. mulut dia mesti nak bercakap..tapi minta maaf banyak2 sakinah sebab kami tak faham. saya pening nak faham. sudahlah bahasa nye baa..baa.., o-nok,cha cha ya.. ape tu??? xtak faham..
dan hari ini saya tanpa sengaja telah terjumpa sesuatu yang amat menarik!!
sumber : http://www.babysignlanguage.com
BABY SIGN LANGUAGE (BSL)
Kelebihan menggunakan BSL di dalam keluarga adalah :
1. Mengurangkan kekecewaan, rasa memberontak dan tangisan si anak
( anak akan rasa hampa apabila keluarganya tidak memahami apa yang dia perkatakan )
'Mengurangkan kekecewaan, rasa memberontak dan tangisan si anak'
ketika umur anak mencecah 9-10 bulan, bayi sudah mula tahu apa yang di ingininya. cuma masalah mereka adalah untuk memberitahu apa yang dia mahukan. akhirnya, apabila ibubapa tidak dapat memahami, dia akan menangis. kadang2 si anak memberitahu ibu yang dia ber*k, tapi si ibu tak faham2, lantas memberikan si anak susu. akhirnya, si ibu baru menyedari ber*k anak setelah hampir 1 jam.
Jadi, dengan BSL ini, bayi terus dapat berkomunikasi dengan ibubapanya dengan mudah. lapar, susu, kencing, berak, sakit, panas,sejuk semua boleh di beritahu dengan jelas kepada ibubapa. si anak pun tidak menangis dan membuat ragam!
2. Memberi ruang yang sangat luas kepada bayi untuk berkongsi dunia mereka
Hanya kerana bayi tidak dapat bercakap, bukan bermakna dia tidak boleh berkongsi apa yang dia dapat di sekelilingnya. pada waktu itu, anda akan lihat mereka bercerita dengan begitu terujanya.
Apabila mereka melihat semut yang lincah bergerak, mereka akan bercerita dengan ibubapa atau pengasuh tentang semut yang dilihatnya.
sumber : http://www.babysignlanguage.com
3. Mengeratkan ikatan diantara ibubapa-anak
apabila wujud komunikasi yang berkesan, maka interaksi di antara ibubapa-anak akan menjadi lebih aktif dan harmoni. kedua2 pihak akan seronok apabila masing2 saling faham-memahami. cuba anda bayangkan apabila anda berinteraksi dengan orang yang tak faham faham dengan apa yang hendak anda sampaikan, siapa yang stress ??
Mereka juga mudah untuk memberitahu ibubapa atau pengasuh mereka bahawa mereka sedang gembira, sedih, takut, risau..
BSL benar2 mengwujudkan suansana yang bahagia, harmoni..
4. Meningkatkan keyakinan dan kebolehan diri anak
anak akan berasa yakin dan bangga dengan diri mereka apabila mereka dapat memahamkan kaum keluarganya tentang apa yang dia sampaikan.
5. Menjadikan pembelajaran untuk bercakap lebih mudah
BSL menjadikan pembelajaran untuk bercakap akan lebih mudah.
bayi yang belajar merangkak lebih yakin potensi dirinya berbanding bayi yang terus berjalan ( tanpa melalui fasa merangkak ). begitu juga bayi yang belajar dengan menggunakan BSL lebih yakin untuk belajar bercakap.
Melalui penyelidikan yang dibuat oleh Drs.Linda Acredolo dan Susan Goodwyn, mereka mendapati :
Bayi yang menggunakan BSL, ketika umurnya 2 tahun, dia mempunyai lebih koleksi perkataan berbanding kawan2nya yang sebaya yang tidak menggunakan BSL.
ketika umur kanak2 yang menggunakan BSL ini mencecah 4 tahun, dia sudah mempunyai kemahiran berbahasa yang lebih baik berbanding kawan2 sebayanya yang tidak menggunakan BSL
6. Merangsang perkembangan intelektual anak
Kanak2 yang menggunakan BSL akan aktif berfikir untuk berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. jadi otak mereka sentiasa kreatif untuk berinteraksi dengan orang sekeliling