LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

BF Journey : Anywhere, anytime..

Perjalanan BF satu detik yang amat besttt!! I LIKE!!!
jadi, setiap pengalaman yang dilalui dlm BF, saya akan merekodkan untuk dijadikan kenang2kenangan di hari tua ha3 ( mcm moto KWSP je ..Simpanan di hari tua.. ) 
BF lah dimana sahaja mengikut keperluan anak kita.tapi aurat perlu dijaga.. Jangan malu, jangan segan..  =)
Diantara kenangan yang best..
Tadaaa....





Sambil berjalan2...



Sambil makan...




di event sarakids...






ketika sesi  pembentangan solid food di Mom`s Basic, Sg.Buloh ...


ketika dalam ring sling... ( baru perasan..gemoksnya tym ni..kembang semangkuk pipi )



Bf dlm MRT..pedulikan kesesakan manusia yg ada...



bf kat Orchard road..sebabkan Singapura ni bersih, redah je duduk kt sini ha3


SOLID FOOD : ekspress preparation

2 hari cuti hujung minggu amat bermakna. hujung minggu ni lah nak balik kampung, nak sediakan makanan untuk keluarga dan anak, nak kemaskan rumah dan tangga yang dah x nampak mana tangga dan rumahnya ha3
baru anak sorang... kelam-kabut macam anak dah berderet haisshh...
menjadi ibu berkerjaya yang berjaya, perlu K.R.E.A.T.I.F ( MK tengah bertatih2 nak jadi kreatif, cita-cita memang nak jadi IBU BERKERJAYA YANG BERJAYA. ni cita2 baru ha3 )

disebabkan air basuh tangan ibu ni teramat penting ( lebih penting macam air penawar =) ),jadi MK menggagahkan diri untuk menyediakan makanan untuk keluarga..walaupun masakan MK x SODAP!! ha3

inilah keje2 MK di hujung minggu...


sangaikan ikan bilis ( masak tanpa minyak )


Ikan bilis di kisar halus ( boleh digunakan untuk di tabur pada bubur nasi KS )


simpan dalam bekas kedap udara dan label!!


kisar beras untuk memudahkan kerja2 membuburkan nasi KS setiap hari =)


Makanan KS yang di blend untuk buat stok


kemudian masukkan dalam ice tray untuk dibekukan.


selepas beku, pindahkan dalam bekas yang tertutup dan label!! 


Pam oh Pam...

Sejak bergelar breastfeeding momma ni, hobi baru adalah mengepam =) I LIKE ! macam orang dah kena candu. ketagih pun ada. itu yang setiap 2jam mesti nak buat projek mega ( mega la sangat..kadang2 ciput je hasilnye..he3 )
Dulu masa awal2 lepas memberanakkan sakinah, agak kemaruk jugak beli pam. sampai orang kata " Ko ni ape keje beli pam je.." . ha3
1st pam.. S3 ( S3 di hatiku..)


Dari kiri : pam s3 ( eletrik ), handy pump spectra ( manual..macam pistol design nya )


Spectra 3 yang terchenta
Bunyi nye sopan jerr..Hasil pun masyuk je..lagi2 double pumping..menjimatkan masa.


 3rd pump : Avent manual..
disebabkan terpengaruh dengan testi membe, sambar lah satu avent manual ni. 1st trial je dapat 4 oz..masyukkk..siapa x terlompat di buatnya..ha3 terus jatuh cinta.walaupun manual.
special design : ada  cushion massager. fungsi dia mcm mengurut cik B kita. 2 yg meriah je susu keluar.
yang pam ni memang sangat berguna masa attend meeting @ dalam van jabatan @ semasa kesesakan jalanraya. pam je!! =)


3rd : medela freestyle..kali ni taubat dah nak beli pam..taubat nasuha dah. ha3 cukuplah medela fs yang beribu-riban ni . ini lah yang paling sesuai untuk MK nak ke sana sini menjadi mengepam yang tegar ^-^
Memang best!  best yang pertama sbb medela fs ni mobile pam. so boleh ke sana-sini sambil mengepam. pernah  pam masa membeli-belah di Jaya Jusco..pakai shawl,pastu pamlah. seronoknya temann.
best yang kedua sebab dia ada 'let down reflax'..LDR ni adalah rangsangan untuk mengeluarkan susu. bila LDR ni akan terasa penuh je breast, kemudian susu pun akan keluar.
sucking nye memang  macam baby. bila tengah pam, susu dah x keluar, tekan je button LDR. nanti keluar balik susu. so amazingggg...=)


medela fs special diterbangkan direct from US. riuh sekampung, parcel dari US sampai ha3 
ingatkan posmen US berambut perang,bermata biru yang datang hantar depan pintu. rupanya mamat melayu. ha3

Alhamdulillah juga sebab semua pam yang sebelum ini jadi khazanah berharga MK telah pun beralih tangan. already sold to the new owner..semoga mereka akan berkhidmat dengan amat cemerlang kpd tuan2 mereka yang baru sebagaimana mereka berkhidmat dgn cemerlang sekali dgn MK. I LOVE U ALL, My Dear !! Kamu amat berharga dan bermakna dlm hidupku. MUahhhhhhh...

BF Journey : working time...

Kembali bertugas selepas 60 hari bercuti... uwaaa...rindunya saat mengulit anak,mengulit mimpi indah sewaktu pantang..
dah kena mula beraksi sbg Inspektor Kesihatan sekarang. 8.00 pagi - 5.00 petang..
kadang2 overtime sampai 9.oo malam..

Seronok juga bekerja beb! keje mengepam jelah..setiap 2jam. tegar betul spesis nih ha3
Kalau dulu ( masa di opis lama, surau sblh meja je ), kejap2 lari dalam surau. opismate pun dah sedia maklum.
Tapi sekarang, di opis baru ( surau jauh)..pam di meja je lah. wah seronoknya. I LIKE!! ha3 sambil mengepam, dapat buat keje yang bos bagi.
Kalau ada tugasan keluar, MK kendong jelah beg yang gedabak tuh. sampai ada yang tegur
" rajinnya bawak kamera ke hulu-hilir"
" sejak bila ko jadi cameraman nih"
ha3 cooler bag MK besar mcm beg kamera...
MK akan pam dimana sahaja, hatta dalam kenderaan rasmi jabatan, di tempat ceramah ( tugas MK bagi ceramah kpd masyarakat ), semasa mesyuarat jabatan berlangsung pon boleh jad!. Memang pastikan pam mengikut jadual. Pernah sekali dua ter'miss'..yelah, 2 jam tu sekejap je. pandang  kiri pukul 8.00 pagi..sekali toleh kanan dah masuk pukul 10.00 pagi ha3 lebih kurang lah perumpamaannye.betapa nak di ceritakan cepatnya masa berlalu ha3
Tempat baru pula ni, Seksyen Mobilasi Masyarakat & Promosi Kesihatan ( perghh... mcm mantoppp je bunyi ha3 ). warga SMMPK mmg sokong bf sepenuhnya. again..I LIKE!!!


EBM dalam botol akan digunakan untuk esok hari manakala yang dalam plastik akan disimpan didalam freezer untuk dijadikan stok bulanan 


Mengepam di surau Jaya Jusco Maluri.. berusaha menolak cabinet tu untuk cari plug point ..=)


Ketika Mesyuarat Jabatan sedang berlangsung, pam guna Avent manual. doktor yang duduk sebelah pun x perasan MK tengah buat projek mega ha3


Mengepam di meja paling bestt!!! I LIKE !!


Gaya pengepam amatur ha3 tepi tu, bilik bos besar je..


Ni lah beg kamera yang dikatakan itu.. gedabaksss kan..=)


Saat ini, dah tiada beg besar, mesin besar..fs dah menggantikan tempat S3


mengepam di dalam  van jabatan...duduk di seat belakang sekali supaya jemaah van x terganggu ha3


tengah pam semasa jaga booth di Program Gerak Tempur bersama Menteri Wilayah


Mengepam di meja- wpun bunyi fs bising..'ada aku kesah' ha3



Prinsip yang wajib di pegang : MORE DEMAND, MORE SUPPLY !!

Usaha tangga kejayaan. 
Bak kata Dato` Dr. Fadzilah Kamsah.." untuk berjaya, lebih mudah daripada gagal" ( i copy ye dato` he3 )

BF journey : Pantang session

waktu pantang !!! i LIKE !!
merehatkan badan, membelek anak pagi,petang,siang,malam, mkn pun terhidang dgn lazatnya..
masa pantang aritu mmg meriah. sekali berpantang dgn adik ipar.
masing2 sibuk menyusukan anak. sibuk juga buat stok tym tu..kan k.noni....???! he3
sorang guna s3, sorang guna medela mini elektrik ( abah panggil mesin rumput sbb bunyinya kuat mcm mesin rumput ha3 )
waktu tu, fridge mak memang penuh dgn susu. mak nak letak daging,ayam pun xde tempat..
tym susu tgh meriah, mcm tu lah..
pada masa tu, tgh mlm pun bangun untuk mengepam. 2x bangun di tengah malam. hasil di waktu malam mmg masyukkk..sbb hormon ketika itu sangat relaks. spls mengepam, bf kan KS.
ada kerr susu kalau macam tu? lepas pam baru susukan anak pulak.. he3
no worries...
susu tetap ada wpun kita dah pam. susu yg anak minum ketika itu adalah hindmilk. tinggi nutriennya. yg peringkat awal, foremilk..yg ini lbh kpd untuk menghilangkan dahaga.
cuti berpantang MK 60 hari je...
but, i`m really enjoy it..
dan untuk ibu yang 1st tym bf ni, mmg sangat mengujakan dpt kumpul stok susu 100++ bekas sebelum kembali bekerja..
alhamdulillah murah rezeki KS...
sehinggakan MK terPAKSA membeli deep freezer. owhh duit...duit...RM780 melayang juga..tapi nak yang terbaik, kena lah berkorban..




 df ni xdelah besar sangat..kapasitinya 110l sahaja...

1st baby : Khawlah Sakinah


kenangan terindah.. 13/11/2010..lahirnya ke dunia menghiburkan jiwa yang gundah gulana..meleraikan lelah yang tidak terkata..uhh 12.30tgh - 9.42 malam panjang masanya..dlm dewan bersalin saya bertapa..
masa mengandung perot besar x sangkaa, yg keluar 2.89kg sahaja..tak kesah! asal selamat semuanya...=)
 tapi...
xde pengalaman skin to skin contact dgn baby,
xde pengalaman menyusukan anak sebaik shj dia keluar,
xde pengalaman rooming-in dgn anak,


betapanye ketika itu cetek ilmu..sayangnya!!
selepas sakinah diambil oleh nurse untuk prosedur seterusnya, nurse hantar semula pada kitorang dengan keadaan yg comel berbungkus kain merah=) sgt mengujakan...dapatlah sekejap menyusukan anak. tapi kelam-kabut..anak 1st.x lama tempoh tu.jam 11mlm mcm tu,sakinah dah ditolak semula masuk nurseri..
Esok pagi, jam 9..baru sakinah dihantar semula..pd waktu tu, sakinah dah muak susu sikit...so surprising!! sakinah dah di beri minum FM..hu3 ape nak buat??? mengamuk ? campak katil ke bawah ? pecahkan kaunter jururawat? isshhh..ganazzz tuh..jgn marah mcm tu..takut weyhh ha3
salah saya jugak sbb xde ilmu dan tidak bersedia untuk menghadapi saat kelahiran anak. x maklumkan kat doktor yang saya ni nak breastfeed, nk rooming-in dgn baby. dok bersangka, hospital tu kunun2 mcm hospital rakan bayi..padan lah jugak muka kamooo ha3
selepas tu,sakinah mmg xjauh dr mamanye..dok dgn mamanya dlm wad sepanjang hari sehingga jam 11 malam. selepas tu kena tolak semula masuk nurseri. esoknya,pagi2 dah minta sakinah kat nurse. kali ni takde pulak muak susu. harapnya, nurse tak bagilah FM lagi.
nurse kat sana memang kesian..( ada juga perasaan insani nih =) ) diorang x ramai, terkejar sana-sini. mula2 ada lah diorang ajar bf, tapi lembabnye pick up.gelabah semacam je bila anak bf ha3 tu kdg2 panggil nurse, tp nurse sibuk plak...
nasib baik, rombongan opismate asben dtg melawat..orang2 kesihatan semuanya..Sister,Jururawat masyarakat,inspektor kesihatan..derang yg byk membantu bf di hospital tu. akhirnya....BERJAYA!!!
I LOVE IT !!! he3
alhamdulillah kuning sakinah pun x tinggi dan tak kena tahan di hospital. sebab BF every 2-3j. kalau x direct feed, bg botol.sebab sakinah suka tido. jadi, memang kena paksa! sorry ,my dear..

LAYAR CERITA : Baitulmusleem Az-Zaidee

Watak-watak utama yang akan menjayakan Layar Cerita : Baitulmusleem Az-Zaidee...

  
ABU KHAWLAH ~ AK
...di sebabkan mamat ni selalu perasan macho, jadi kita letak la pic dia yg kunun2 macho...macho ke???? =D








MAMA KHAWLAH ~ MK
...ni lah heroin kpd AK.. pic x hengat punya muda..tahun 2007 tu..zaman anak dara..sorok sikit gigi ye..=D












KHAWLAH SAKINAH ~ KS
nilah produk kami...KS yg sentiasa teruja dgn kamera.. =D













ini cerita kami....!! BETUL-BETUL ( versi upin ipin )..

1st entry

hari ini baru mula nak mem`blog`kan diri setelah sekian lama menyimpan hajat. bukan apa, tak rajin nak register gmail,lepas tu tak nak kena `set up` kan blog pula..
haisshh..tak menang tangan..orang kiri kanan dah menjerit!!! " buka la bog..kongsi la cerita..."
tambah2 lagi baru sang suami membelikan note book.baru lah boleh berpoya2 dengan blog..
isshh sedang menulis blog ni, sakinah sibuk dok meraba sini-sana.mengulit rambut mama dia lah. si kecik ohh si kecik... orang suruh tido,dia tak mau pulak tido. jakun gamaknye tengokk note book...
azam kali ini, nak update blog lah. boleh jadi kenangan untuk anak2 nanti di masa depan...inilah diari mamanyer...welcome to da` club mama sakinah....!!! ( wish untuk diri sendiri ha3 )