LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Kisah Perjalanan Hidup Saya (ibu Adam Darwisy)

Salam...
Saya  mulakan dari mula perkenalan dengan arwah suami ya...


berkenalan dengan arwah waktu kat universiti, bertembung kat Masjid Shah Alam, arwah di luar pagar waktu terawih dan saya seperti kenal terus menegur " kenapa tak masuk ? " jawapan arwah " maaf ya, saya bukan Islam tapi hati saya sangat sejuk dan tenang dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran..
Semakin rapat hanya kerana beliau ingin mendalami Islam dan memeluk Islam pada 20 Januari 2006 dengan nama Abdul ra`uf Calgary Abdullah ( bangsa iban beragama islam  )
Kami berkahwin pada 20.08.2008, mendapat tentangan hebat dari keluarga arwah kerana mereka menyalahkan saya, arwah memeluk Islam dan perkahwinan kami menyebabkan ibu arwah terus membuang arwah sebagai anak.
Saya hamil setahun kemudian tapi miscarriage pada 15 minggu dan hamil anak kedua ( Adam Darwisy ) pada tahun 2010.
Adam dilahirkan pada 03.12.2010 pada minggu 34 dengan berat 1.58kg. Adam warded NICU untuk 29  hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan sepanjang di hospital keluarga mertua langsung tidak menjenguk kami atau mengambil tahu tentang kami seolah2 kami tidak wujud.
Arwah suami amat menggalakkan bf walaupun saya memang tak mahu.. tapi suami berkeras kerana bagi dia kasih sayang ibu tergambar dalam setiap titisan air susu ibu ( seperti ibu arwah yang menyusukan beliau sampai umur 3 tahun ).
Hidup kami sangat bahagia sampai 1 hari Allah telah mengambil arwah kembali disebabkan kemalangan pada 7 Jun 2010. Sampai hari ini saya masih tak percaya arwah telah pergi meninggalkan saya dan Adam...
Saya terus berhenti kerja notis 24jam bawa Adam ke kampung saya di Taiping, Perak. Saya akui saya sangat lemah, tanggungjawab saya pada Adam saya abaikan, saya jadi tak terurus lepas arwah pergi. Namun satu2nya perkara yang tetap saya buat ialah MENYUSUKAN adam. saya ingat pesan arwah " abi nak anak abi cantik, pandai dan beriman kerana minum susu ibu..."
Rupanya psanan arwah itu banyak manfaatnya pada saya. Memang saya akui lepas arwah meninggal, saya banyak berkurung & menangis. tapi setiap kali menyusukan Adam, macam ada kekuatan yang disalurkan dari Adam pada saya..terasa dekat hai menusuk dan saya rasa kuat untuk terus tabah dan hadapi hidup ini.. even parents saya pun terkejut dengan perubahan saya bila saya cakap saya nak kerja semula.
Saya sendiri tak tahu nak menyusun kata atau nak mengungkap bahasa yang indah2 tapi itulah keajaiban kurniaan Allah melalui air susu ibu..
Saya harap cerita saya dapat memberi galakan dan semangat pada ibu2 yang lain kerana hikmah & anugerah Allah berikan ini bukan sekadar mengenyangkan..membesarkan malahan lebih dari ape yang dapat kita jangkaukan.. Subhanallah..


-Intan Nornie Sheika bt Sudin-








2 comments:

  1. subhanaAllah..segalanya kuasa Allah s.w.t.semoga akak terus tabah n adam darwisy membesar dgn sihat.aminnn

    ReplyDelete
  2. Sayang Adam...Sayang Intan.
    Your sis forever

    ReplyDelete