LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Sambal daging dendeng batang pinang



Dek kerana ramai yang bertanyakan ttg resepi bisnes daging dendeng batang pinang Little Kitchen, maka saya keluarkan jualan resepinya.

sambal daging dendeng yg memang menjadi buruan.

kombinasi rasa masam-manis-pedas, memang memikat!
Lagi2 makan dengan nasi panas, memang terangkat!

Dapatkan hari ini dengan harga promosi raya : RM70
Harga Asal RM100

bagi yang berminat, boleh sms ke 0176943757

Tingkatkan imunisasi anak anda



nutriferon & chewable vit.c

2 benda penting dlm rumah kami utk anak2.

kalau demam, selsema, batuk, kami bagi satu sachet nutriferon & 2 biji vit.c, insyallah cepat beransur pulih sbb fungsi kedua2nya utk boost immune system.

lagi2 nak raya nanti, jumpa ramai orang, sgt di sarankan agar sediakan stok ini dlm beg anda:-)

dapatkannya hari ini!
hubungi 0176943757 ( SMS sahaja )

Sayangi jantung anda..



:: SET SIHAT HARI LEBARAN :: 

Set sihat Hari Lebaran udah siap!

Aidilfitri nanti mesti macam2 yang akan di makan. Apakata siap siaga dengan set sihat lebaran ini bagi membantu kesihatan sepanjang lebaran di tahap optimum

Jom dapatkan hari ini !!!
Pakej MAMPU MILIK ini sesuai untuk mereka yang menghargai kesihatan dan sayangi jantung kita!

Lecitin - bantu untuk bakar lemak
Alfalfa - bantu angkut keluar lemak
Garlic - Buang angin [ kurangkan senak perut bila kenyang] dan bantu cairkan darah.
Herb Lax - bantu bersihkan usus.

PM kami untuk dapatkannya hari ini!
Harga RM206/set

Kilat-Kilat Emas Basic H



kak long,kak ngah...
dah cuci emas bagi kilat dah ke?

nak jimat duit, meh beli Basic H.
boleh bagi kilat emas mak, adik, kakak, jiran,sedara mara.

boleh bagi kilat buntut kuali.
boleh bagi kilat dapur, oven.
mop sana sini tanpa bilas.

meh dapatkan sebotol. 
satu botol utk 48gelen air..

haa..jimat benor kann..

dan paling penting, mesra alam, organik, tidak toksik.

hubungi saya sekarang, 0176943757 ( SMS sahaja )

Meal Shake yang sangat best!



Pengalaman saya sendiri

1. Sakinah dan Faqih selera makan bertambah. 1 peket roti jumbo gardenia untuk sehari, di tambah dengan sesi makan nasi lagi.  Sebelum ni bab makan tu payah sikit untuk 2 beradik ni.

2. Masalah pembuangan air besar juga lawas, hari-hari membuang, sekali pagi, sekali petang termasuk saya yg mengalami masalah pencernaan sejak kecil. Pernah masuk Wad Paed kerana tidak membuang air besar selama 3 minggu.

Jadi mealshake ni memang menjadi hidangan wajib kami sekeluarga pagi dan petang.
Rasanya seperti aiskrim vanilla.

Jadi pada mana2 ibu yang mempunyai anak yang sukar nak makan, sukar membuang air besar, di cadangkan untuk mencuba. Mana tahu ada perubahan yang positif

Untuk mendapatkannya, boleh SMS saya 0176943757

MINUMAN KEGEMARAN ANAK-ANAK

ni minuman kegemaran anak2 kesayangan hamba.

si adik tolong ambik vico,mealshake,esp dan perfomance drink dari rak, yg si kakak tlg membancuh.

satu jug untuk sekali minum  2 beradik.
pagi sekali, petang sekali.

mealshake ni rasa vanilla, mmg la sdp mcm aiskrim.
perfomance drink ni rasa citrus.
esp rasa soya.
vico rasa coklat.

susah anak2 nak minum benda pelik2 tp alhamdulillah serasi pula dgn shaklee ni.

#Shaklee ID 867652


Photo: ni minuman kegemaran anak2 kesayangan hamba.

si adik tolong ambik vico,mealshake,esp dan perfomance drink dari rak, yg si kakak tlg membancuh.

satu jug untuk sekali minum  2 beradik.
pagi sekali, petang sekali.

mealshake ni rasa vanilla, mmg la sdp mcm aiskrim.
perfomance drink ni rasa citrus.
esp rasa soya.
vico rasa coklat.

susah anak2 nak minum benda pelik2 tp alhamdulillah serasi pula dgn shaklee ni.


Untuk membantu anak berpuasa

Seronok dengar impian mak ayah tentang Ramadhan kali ini.

Ada yang baru nak latih anak berpuasa kali ini.
Ada yang teruja nak pujuk anak berpuasa penuh kali ini.

Cuma kadang-kadang anak ini mengalami sedikit kesukaran untuk bangun pagi, untuk bersahur.
Dibimbangi jika tidak bersahur nanti kecundang si anak di tengahari yang rembang, di tambah dengan cuaca panas terik sekarang.

Untuk itu, apa kata mak ayah cuba bantu anak untuk mendepani hari2 puasa anak..
Resepi mudah, sihat dan insyallah mampu memberikan tenaga buat anak.

1 gelas susu/air coklat + 2 sudu Shaklee Mealshake + 2 sudu Shaklee Perfomance Drink + 2-3 biji kurma

Insyallah, jika anak anda terlewat bangun ataupun sukar untuk menjamah makanan ketika bersahur, memadailah di isi perut dengan hidangan di atas..

Harga Ahli : Mealshake RM91 + Perfomance Drink RM66 = RM157 
Harga bukan Ahli : Mealshake RM113.75 + Perfomance Drink RM 82.50 = RM196.25

NOTA : untuk keahlian seumur hidup, hanya perlu membayar RM75 dan anda akan memperolehi harga ahli.

Untuk tempahan, hubungi 0176943757 ( Aqilah Zaidee )

EBOOK Resepi Masakan Komersial

Salam sejahtera semua.. 

Pernahkah kalian mendengar perkataan 'ebook'?
Ia adalah buku maya dlm format PDF, ia boleh di muat turun ke komputer anda.

Untuk pertama kali di Malaysia ini, Ebook Resepi Masakan Komersial berjaya di lancarkan oleh pihak LittleKitchen
Resepi Masakan Komersial ini bermaksud ia adalah resepi bisnes, yang di jamin boleh di jual makanan itu, sedap dan lazat

Tujuan ebook ini dikeluarkan adalah bagi memenuhi permintaan pelajar2 LittleKitchen yang berada jauh utk belajar memasak di samping menjana pendapatan dari dapur rumah. 
Juga pd surirumah mahupun para isteri yg ada kekangan untuk dtg ke kelas dek kerana bermacam2 halangan.

Jadi sekarang tidak mustahil lagi untuk anda belajar memasak RESEPI KOMERSIAL hanya di depan komputer.

Setakat ini lebih 10 buah ebook telah dilancarkan dan pembelinya telah melebihi 100 orang
DAN yang paling penting..
70% dari pembeli ebook berjaya menjana pendapatan ratusan ringgit seminggu dan mencecah ribuan ringgit sebulan dengan menjual produk makanan yg mereka telah pelajari dari ebook LK.

bagi yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, boleh sms <NAMA><NAMA MODUL EBOOK><NAMA FB> ke 0176943757

Kenapa ebook ini harganya mahal,tidak seperti harga buku resepi di pasaran?
.. kerana resepi ini adalah resepi yangg dijamin sedap, boleh di buat niaga. Pembeli juga akan di ajar cara2 membuat costing untuk berbisnes.
Resepi di dalam ebook ini adalah resepi yang kami dpt hasil pembelajaran dari usahawan2 makanan tersebut yg telah berjaya, chef2. Ia bukanlah resepi yang kami copy-paste dari interneT.

Kadar Harga bagi sebuah ebook : RM100-RM200

MONEY BACK GUARANTEE..












hubungi kami sekarang.
DAPUR ANDA ADALAH LUBUK REZEKI

EBOOK NASI LEMAK KOMERSIAL & SET LAUK PAUK


Resepi yang telah sampai ke bumi Madinah, Yaman, Australia dan Jepun..
Resepi yang boleh buat duit dengan teknik-teknik dan tips yang terbukti berkesan.

Kuasa Ibu Sambal yang boleh menjadi pes hidangan anda!
sangat sesuai untuk dijadikan pes nasi goreng, mee goreng dan sebagainya juga masakan ayam kicap, ayam sambal dan banyak lagi..
Hanya anda membuat stok ibu sambal di dalam peti sejuk, kemudian lebur sahaja di dalam kuali apabila hendak  memasak.
Mudah bukan, urusan masak memasak anda dengan pes yang halalan toyyiban dengan tanpa bahan pengawet=)

APA KATA MEREKA TENTANG RESEPI IBU SAMBAL






cik Nawwar : My first ever ibu sambal for nasi lemak. MasyaAllah suami rasa first time terus ckp alhamdulillah sedap. Thank you sifu @aqilahzaidee tabarakallah!

cik ummi sarah : sambal ala2 nenek kita dulu.. 

cik ziera : ibu sambal sedap! 

cik Shue : seronoklah dapat buat ibu sambal best tu!. fridge kita sentiasa restock sambal tu..zauj suka sangattt.

-----------------------------------------------

EBOOK : NASI LEMAK KOMERSIAL DAN SET LAUK-PAUK

KETAHUI BAGAIMANA TEKNIK SEBENAR MENYEDIAKAN NASI LEMAK KUKUS YANG TAHAN LAMA DAN TEKSTURNYA TIDAK BENYEK.

KETAHUI RAHSIA IBU SAMBAL KLASIK YANG DAPAT BERTAHAN LAMA SEHINGGA BERBULAN-BULAN LAMANYA. SERTA IBU SAMBAL YANG SANGAT BERGUNA DALAM PEMBUATAN LAUK-PAUK MAHUPUN DALAM PEMBUATAN NASI GORENG, MEE GORENG, KUE TIAW GORENG DAN SEBAGAINYA. ANDA BOLEH MENJADI USAHAWAN IBU SAMBAL JUA KERANA KEBANYAKAN WANITA SEKARANG SIBUK DAN MENCARI-CARI PRODUK YANG BOLEH MEMBANTU MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK MEREKA.

MEMBONGKAR RAHSIA PEMBUATAN AYAM GORENG BEREMPAH YANG LAZAT DAN KAYA DENGAN SERAT-SERAT REMPAHNYA.

PELAJARI KAEDAH MEMBUAT RENDANG EKSPRESS DAN SESUAI UNTUK BERNIAGA.

HARGA EBOOK ADALAH RM150 ( KOS SAYA MENGGALI RAHSIA DENGAN TAUKE NASI LEMAK YANG TELAH BERNIAGA NASI LEMAK SELAMA 20 TAHUN LEBIH INI ADALAH RM250 )

DAN HARGA INI AKAN TERUS MENINGKAT SEHINGGA MENJADI HARGA NORMAL EBOOK INI RM180

**10% DARI SETIAP BELIAN EBOOK AKAN TERUS DI SALURKAN KE TABUNG AQSA SYARIF DAN TABUNG2 KEBAJIKAN

MENGAPA HARGA EBOOK INI MAHAL?

KERANA RESEPI YANG DIBERIKAN ADALAH RESEPI KOMERSIAL DAN GERENTI JADI.

UNTUK BERJAYA DALAM BISNES, ANDA PERLU MEMPUNYAI SUKATAN RESEPI YANG STANDARD AGAR MASAKAN ANDA SENTIASA DI HATI PEMBELI

ANDA AKAN DI AJAR LANGKAH DEMI LANGKAH BERGAMBAR DI DALAM EBOOK INI.

RESEPI YANG BAKAL ANDA PELAJARI :
1.         NASI LEMAK KUKUS
2.         NASI LEMAK TANAK
3.         IBU SAMBAL
4.         SAMBAL AYAM
5.         SAMBAL KERANG
6.         SAMBAL UDANG
7.         RENDANG EKSPRESS
8.         AYAM GORENG BEREMPAH

RESEPI KLASIK DAN GERENTI JADI INI AKAN MEMBUATKAN NASI LEMAK ANDA SENTIASA MENJADI PILIHAN



MARI REBUT PELUANG MENJADI PEMBELI EBOOK TERAWAL DENGAN RESEPI GERENTI JADI!

Peluang untuk di rebut!

UNTUK MEMBELI EBOOK INI, TUAN/PUAN BOLEH MELAKUKAN PEMBAYARAN KE
ACC MBB 512268502733 ( NOR AQILAH NOR KAMARUDDIN)
EMAIL : mama.khawlah@gmail.com

TERIMA KASIH

SALAM SAYANG,
AQILAH ZAIDEE
CEO LittleKitchen

Saat menghilang dari berblog..

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama yang amat tidak mengemaskini status terkini..

Saya sudah berhenti kerja, menjadi work at home moms (WAHM), menjaga anak2 di rumah, berbisnes..
Bahagianya rasa walau banyak KERJA ! ^_^


Teguran dari seorang sahabat

Minggu lepas saya telah menghadiri Program Penyusuan yang dianjurkan oleh pihak MIZAN di Alamanda Putrajaya, hari Ahad jam 10 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Walau sunyi di blog, namun semangat perjuangan penyusuan tetap utuh ^_^
Bertemu sahabat-sahabat lama, Cik Zilal Saari, Cik Dayang, Dr.Harlina Siraj, Cik Irma Hasmie, Cik Wardina, Cik Sharifah Aleeya dan sahabat-sahabat yang baru dikenali..

Sebelum beredar, saya sempat berbual mesra sebentar dengan Cik Dayang.
Ditegurnya blog saya yang sudah lama bersawang, tidak dikemaskini huhu
Terharu juga sebab rupanya masih ada yang menjenguk-jenguk blog usang ini, seperti tiada bertuan...
Alangkah bertuahnya jika saya dapat mengemaskini blog setiap hari...
Hanya status di mukabuku sahaja yang aktif. Itupun kadang-kadang tidak berjenguk sehari dua. Kadang tu jenguk pun sepintas lalu, melihat-lihat intipati penting, dek kerana hambatan tugas yang padat.

Kalau boleh nak mohon Allah tambah lagi 24jam sehari menjadi 36 jam sehari huhu.. tapi tak mungkin kan.
jadi pada yang rindu-rinduan pada tuan tanah blog ini ( perasan yang melampau ), saya kongsikan aktiviti-aktiviti saya selama menyepi dari blog ini...


barisan model memperagakan baju muslimah mesra penyusuan susu ibu


Di antara ahli panel forum..
Cik Wardina ketika ini menjadi bidan terjun kerana Cik Irma Hasmie yang merupakan salah seorang panel belum tiba.
Masing-masing membicarakan pengalaman penyusuan ( breastfeeding).
Pengalaman Cik Sh.Aleeya menyusukan anak kembarnya sangat mengujakan.
Begitu juga pengalaman CIk Wardina yang telah menyusukan 3 orang anak-anaknya.


Baru tiba ahli panel yang di tunggu, Cik Irma Hasmie dan suami. Turut dibawa adalah si comel Farhan =)


Dia sungguh manis dan jelita apabila berhijab

saya akan cuba mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin..
salam Ramadhan kareem =)


BAHAGIA DAN TENANG...

Alhamdulillah rezeki saya dapat berbicara bersama Prof.Dr Muhaya pagi ini. alhamdulillah ya Allah atas rezeki ulung ini^_^

" Saya seorang kakitangan kerajaan dan membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah serta menjaga 2 orang anak. tetapi keluarga menghalang. Suami saya seorang yang sangat menyokong keputusan saya. saya amat berasa bahagia dan tenang sekali menjadi surirumah. cuma saya ingin mohon pandangan prof bagaimana ingin mendepani situasi saya ini "

Prof Muhaya " tahniah pada puan kerana membuat pilihan yang terbaik untuk keluarga. Subhanallah, puan merasa cukup bahagia dan tenang sekali dengan apa yang puan lakukan. tidak semua orang mendapat kebahagian dan ketenangan di dalam hidupnya. alhamdulillah kerana puan merasainya. orang yang bahagia dan berjaya adalah dia buat apa yg mereka suka. orang yang bahagia adalah orang yang akan berjaya. dan orang bebas adalah orang yang bebas dari penghargaan dan cercaan orang. orang2 inilah yang akan berjaya. jika ada yang mengkritik apa yang puan lakukan, senyumlah pada mereka. dan katakanlah, tolong doakan buat saya ya "

hati berbunga2, rasa tenang dan bahagia yang amat mendalam...
* kalau boleh dirakam kata2 prof ini, saya rakam dah. bagi orang lain dengar 

Kelas Tartlet

Alhamdulillah segala puji bagi Allah diatas kurniaan rezekiNya..
Selesai sudah kelas tartlet bagi sesi April.
Tahniah buat pelajar-pelajar saya yang tak menang tangan melayani tempahan sekarang.
Semoga kalian akan terus sukses di bidang bisnes ini.



kak mazlina dari Batu Caves bersama hasil sentuhannya
wanita yang sungguh berbudi luhur, gigih semangatnya^_^



cik adilah dan kak norhawati.
wanita2 yang peramah dan tinggi nilai2 keluhurannya^_^


kak asma dari Pahang.
sahabat seperjuangan yang sungguh saya kagumi ilmunya ^_^

* kepada yang berminat untuk sertai kelas baking, boleh sms saya atau mesej saya di facebook =)


Kelas Pastri Cheese Tart Gebu

Assalamualaikum wbt buat semua sahabat2 pembaca yang dikasihi..
Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya..
Mohon maaf di atas ketidak upayaan diri ini untuk mengemaskini laman blog ini kerana kekangan waktu..
T_T Masa yang berlalu terlalu pantas...

Untuk hebahan kepada yang berminat untuk menjadi USAHAWAN TART GEBU...


Sesi pertama : 21 April 2013
Sesi kedua : 25 April 2013

Kelas akan berlangsung di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dengan suasana yang kondusif .

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Ramai yang menjual cheese tart, tapi kurang ramai yang menjual cheese tart GEBU! ^_^
Setelah anda sertai kelas ini, insyallah anda mampu menjana pendapatan minimum RM300/minggu!

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya menerusi
 emel : mama.khawlah@gmail.com
FB : Aqilah Zaidee


Jadual yang padat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah amat lama tidak menulis di blog. Saya cuma berkesempatan membuat 'update' di facebook sahaja kerana keterbatasan waktu. Itupun kadang-kadang tidak sempat membuka internet 1-2 hari. uhhhh...
Bekerja dari rumah tentunya memerlukan komitmen masa, tenaga yang sangat banyak. Apetah lagi saya punyai 'pembantu cilik' yang memerlukan perhatian penuh.

Masa 24 jam yang dahulunya terasa panjang, kini teramat singkat buat saya. Segala-galanya perlu dilakukan. Kerja rumah, mendidik anak-anak, menjana pendapatan, melayan suami, memasak dan sebagainya. Betapa berharga masa ini. Saya selalu ingat apabila anak-anak tidur, saya juga dapat berehat bersama-sama mereka. Namun apabila saya ingin tidur, kepala saya tidak berhenti berfikir tentang tugasan yang perlu dilakukan. Akhirnya, saya tidak tidur ! Masa anak-anak tidur, adalah masa saya untuk bekerja. 

Dahulu saya hanya makan gaji. Kalau saya rajin ataupun malas, gaji tetap masuk setiap hujung bulan. Ada masa untuk melepak, tidur, 'window shopping' dan sebagainya.
Tetapi kini, semuanya berubah..
Kalau saya malas, saya tidak akan dapat duit! Bila tiada duit, saya tidak boleh berbelanja. Jadi, harus menjadi rajin.

Amat jarang saya ke KL untuk meronda-ronda, bersiar-siar, cuci mata di kompleks membeli-belah. Kerana kesuntukan masa. Saya ke KL pun apabila ada urusan penting sahaja. selebihnya, berada dirumah.. Saya lebih selesa dan bahagia bersama anak-anak dirumah, bekerja bersama mereka yang merupakan ' VERY GOOD HELPER'.

Saya suka karier saya sebagai Work-At-Home Moms. ..
Jalan saya baru bermula dan mudah-mudahan dipermudahkan dan saya tabah mengharungi ranjaunya.
kerana SURIRUMAH adalah pilihan saya!


Aktiviti Homeschool : Cara mengendalikan kain kotor dan mengenali detergen



Aktivit Homeschool : Mengetahui cara-cara melipat baju dan menyusunnya


Imam muda Faqih yang sungguh montel..




Aktiviti Homeschool : Membuat pizza bersama rakan se-homeschool


Ceria bersama-sama


Salam kasih dan sayang * peluk*


Kelas Pastri : Tart Dream



Peserta : khas untuk kaum Hawa yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam selok-belok dunia pastri disamping menjana ekonomi famili. HappyMindz`s Baking Class yang dinaungi oleh saya sendiri, Puan Nor Aqilah Nor Kamaruddin yang mempunyai pengalaman di bidang kebersihan dan keselamatan makanan dengan kemahiran membuat tart yang gebu serta struktur rasa yang sungguh unik disamping keistimewaan proses baking yang barakah, insyallah.
Pelajar akan didedahkan dengan tips-tips membuat tart dengan pantas yang mana sangat berguna buat wanita-wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab dan kekangan masa.

Yuran kelas : RM250 ** promosi untuk sesi Januari sahaja
Sesi kelas hanya untuk sehari sahaja
Jenis kelas : Hands-on sepenuhnya sehingga pelajar mahir
Janis masakan : Tartlet ( cheese tart, fruit tart, egg tart )
Tarikh kelas : 12 Jan/ 19 Jan/ 26 Jan ( Sila booking hari yang anda mahukan )
Waktu : 11.00 pagi sehingga selesai
Setiap sesi kelas terhad untuk 4 orang sahaja
Makanan tengahari disediakan untuk semua pelajar
BONUS **
Pelajar akan ditawarkan kelas perniagaan internet untuk tujuan mempromosi jualan pastri mereka dengan separuh harga.
Layari www.happymindz.com untuk maklumat lanjut tentang fasaliti ruang masakan kami.
Bagi yang berminat untuk menyertai, sila emel ke mama.khawlah@gmail.com
Terima kasih ^_^

Kedai bakeri di Seksyen 9 Bangi

Di seksyen 9 ada 3 buah kedai bakeri.
Kedai Yummie, kedai Makcik dan Kedai Bake With Yen. Disebabkan semuanya jiran saya, memang saya akan membuat pantauan harga ^_^
Tentunya semua kedai mempunyai perbezaan harga.

Disini saya akan senaraikan undian saya

No. 1 kedai Yummie
No. 2 kedai Bae With Yen
No. 3 kedai Makcik

Saya adalah pelanggan untuk kesemua kedai. Tapi kedai yang hari-hari saya akan pergi membeli-belah adalah di Yummie. 


ehsan dari mr google


Kemudian saya akan membeli di Bake With Yen apabila suami berkelapangan sahaja kerana saya memerlukan bantuannya untuk membeli bahan mentah pada kadar yang banyak. contohnya beli gula kastor 3 kg. Sebab Bake with Yen punya pembungkusan adalah dalam amaun yang berkilo-kilo banyaknya. harga sudah tentu lebih murah.


ehsan dari mr google

Dan saya akan ke Kedai Makcik apabila terdesak. contohnya apabila hari hujan atau perlu cepat. Tetapi istimewanya kedai Makcik ini, ada beberapa bekas yang saya perlukan tiada di Yummie tetapi ada di Makcik.

Nota kecil : berhadapan kedai Makcik ini ada gerai Laksa dan Cendol yang sedap!! Jangan lupa singgah ye ^_^


ehsan dari azalmuffins.blogspot


Nota kaki : untung saya berpindah ke Bangi ^_^

Cuti Tanpa Gaji

Bermula pada 14-12-2012, maka bermulalah episod saya sebagai kakitangan kerajaan yang bercuti tanpa gaji. Insyallah selama setahun.
Cuti Tanpa Gaji ( CTG ) yang saya ambil adalah cuti untuk menjaga anak.
Kepada kakitangan yang belum tahu keberadaan cuti ini, bolehlah merujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 yang telah dikeluarkan semasa pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi.. Terima kasih Datuk Seri diatas keluhuran budimu mengerti tanggungjawab ibu-ibu di Malaysia ^_^

" Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan Kemudahan Cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari ( 5 tahun ). " sekiranya sesiapa yang berjaya memohon cuti melebihi 2 tahun, mohon kongsi ye. Nak tahu apa tipsnya untuk mendapat cuti sebegitu panjang dari Ketua Jabatan ^_^
info tambahan lagi...

syarat-syarat CTG Menjaga Anak ini adalah 
1. kemudahan cuti yang tiada bergaji
2. Tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah tidak melebihi 1825 hari ( 5 tahun )
3. Kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil secara keseluruhan 1825 hari atau sebahagian daripadanya.
4. Jika pegawai telah mengambil Cuti Menjaga Anak 1825 hari sekaligus, maka ia tidak layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
5. Sekiranya pegawai hanya mengambil sebahagian daripada kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi satu kelahiran, maka dia layak untuk mendapat kemudahan ini pada kelahiran seterusnya.
6. Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. Sekiranya pegawai terbabit ingin melanjutkan lagi Cuti Menjaga Anak, perlulah membuat permohonan baru kepada Ketua Jabatan sebelum Cuti Menjaga Anak yang sediaada berakhir, dengan syarat Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan tidak terputus dengan Cuti Menjaga Anak yang sedang dipohon.
7. Tempoh Cuti Menjaga Anak akan bermula selepas tamatnya Cuti Bersalin

dan info lebih lanjut, dijemput melayari http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil15/pp1507.pdf .

borang permohonan kemudahan cuti ini boleh didapatkan dari jabatan personel masing-masing. Jangan lupa sertakan bersama borang tersebut surat permohonan CTG itu bersama alasan-alasan yang kukuh. Alasan saya adalah untuk menyusukan anak !



kami anggota beruniform!
( kenangan bersama Kapten Siti Suraida )

Yeay!!!
Masa saya menggantung uniform. Masa untuk bersama anak-anak. 
Walaupun tiada gaji yang tetap sebanyak dulu, tapi saya sungguh bersyukur kerana anak-anak di depan mata. Dan saya sungguh menghargai perjuangan kehidupan kini. 
Walau tiada gaji dari kerajaan, masih ada rezeki buat saya dan keluarga ^_^
Untuk anda yang diluar sana yang optimis dengan rezeki Allah, mari kita menggali lubuk rezeki yang lain. 

Mencairkan coklat masakan dengan periuk nasi

Saya baru berpindah rumah namun tidak semua barang sudah di bawa ke rumah baru..
Kebanyakannya barang-barang besar belum di angkut termasuklah dapur memasak.
Tetapi bilamana hasrat hati nak buat kek juga untuk Lil Sakinah sempena harijadinya, ku mengkreatifkan diri mencari jalan penyelesaian untuk mencairkan coklat masakan.
Saya juga tiada microwave.
Taraaa....

'double boil' di dalam periuk nasi

tapi perlu diingatkan, untuk memudahkan pencairan coklat ini, potong/hiris coklat masakan ini nipis-nipis..

Selamat mencuba bagi yang tiada dapur dan microwave ^_^

Saya cintakan kerjaya surirumah

Tak terkata rasanya dapat menjadi surirumah sepenuh masa.. Rasa sayang sungguh dengan cuti bersalin kali ini kerana baru menikmati erti sebenar seorang SURI RUMAHTANGGA...
sehingga tidak sempat untuk melayari internet. tidak seperti semasa bekerja dahulu. punya banyak masa lapang.
Apabila sudah memegang status SURIRUMAH, sesungguhnya terasa masa 24 jam itu TER-lalu pantas berlalu. tiada masa untuk bersenang-lenang kerana banyak yang perlu dikerjakan.
Basuh baju..
Jemur baju...
Lipat baju...
Sapu sampah yang berkali-kali akibat kelincahan si kecil bereksperimentasi dengan pelbagai barang )...
Memasak..
Cuci pinggan...
Mandikan anak-anak...
Menyusukan anak-anak...
Bermain dan belajar bersama anak...
Memerah susu..
Melayan si raja...
wahhh... untung rumah ini tiada TV. mudah fokus untuk melaksanakan tugas seorang SURIRUMAH.
Hari pertama, hari kedua, hari ketiga... kantoi!!
Membebel-bebel, terjerit-jerit, stress... jadi pahala pun dah terbang. 
Alhamdulillah..bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa..hari keempat dan seterusnya..lebih tabah..
dan hari ini pengakuan saya...SAYA CINTAKAN KERJAYA SURIRUMAH!!
Saya tenang anak-anak bersama saya...
Saya bahagia suami dan anak menikmati air tangan saya...
Saya gembira anak-anak lebih banyak masa bermesra bersama saya...
Saya bangga suami ceria apabila pulang kerja...
ohhh...tak terkata keseronokannya...



Santapan daging dendeng dan sup sayur buat suami


membuat 80++ biji cheese tart dan telah selesai dihabiskan oleh 3 beranak ini dalam masa 3 hari sahaja.


santapan buat suami yang baru pulang dari kerja dalam keadaan hujan nan lebat


ini kreativiti Sakinah.. *terhibur*


Sakinah sayangkan adiknya sesungguh hatinya..


mengisi masa lapang 2 beranak - cupcakes dengan tema rumput-rampai =)


ringkas tapi puasss...


pengubat keletihan seorang surirumah... kek coklat buatan sendiri


dia sedih kerana rindukan ayahnya yang sedang bekerja..
kalau mama yang pergi bekerja, bagaimana pula kesyahduannya ?? T_T


2 ahli syurga dalam kelenaan... 


aktiviti 2 beranak di masa lapang.. buttercake