LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Aktiviti di hari Sabtu

goshh..sabtu lepas ada turn saya bekerja di Majlis Gerak Tumpuan yg dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.. terpaksa bekerja...



sakinah mengikut juga untuk menghantar mamanye bekerja.. 



gambar di booth kami..saya sedang mengepam di dalam shawl itu... ngeh3
bersama Matron Manjit dan nurse Basrah



tenaga kerja Jabatan Kesihatan
dari kiri : Pn.Siti Muharramah ( boss kami yg cun lg best!!), MA Azlan, Matron Manjit dan Sapiah


inilah nyamuk2 aedes kitorang.besar2 beb he3


dari  Tmn Wilayah Selayang kemudian ke HUKM bagi memberikan misi bantuan laktasi. yang best, nurse kat sana sporting melayan pertanyaan dan permintaan saya .
Tahniah kepada Ain sekeluarga. actually pertemuan kami hanya baru 2-3kali shj di Klinik Kesihatan. tp disebabkan spiritnya untuk menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu, saya membantu yg termampu.
saya mengambil masa kira-kira 2 jam lebih bersama ain dan suami, ibu dan ibu mertua ain serta keluarga iparnya utk memberi penerangan laktasi. sebab mereka nilah nanti yang akan menjadi sumber kekuatan dikala jatuh bangunnya seorang ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. ye..sokongan keluarga terdekat amat2 diperlukan..saya rasa akrabnye dgn keluarga ain sebab mereka amat mengalu2kan kehadiran saya dgn dakapan mesra. 


kemudian misi diteruskan bersama2 en.hubby berdua2an melepak dan makan. tapikan bila org keliling tengok kitorang mcm semacam je. adekah krn muka dan gelagat kitorang yg mcm budak2 sekolah berchenta? adekah ? ha3 



YATI ayam percik @ Taman Tasik Permaisuri..( baru buka ni)
masa sekolah kt Kelantan, mmg nilah yang selalu saya kejar..




diantara menu2 nyer


nilah air kitorang.
bandung dan root beer float
dh hbs setengah sebab menunggu nasi hampir setengah jam
restoran baru buka, mmg msh terkial2 beginilah..tp YATI ayam percik ni mmg best.


betapa lamanye menunggu, en.asben sempat lg berkarya.
nota kaki : dia pernah buat permintaan mengarut kt kawan dia spy karya dia diletakkan di Balai Senilukis
pecah perut saya gelak sbb saya taw lukisannye mcmana ha3
En.Suzaidi, siapakah anda untuk diletakkan lukisan di sana? hello!!! ha3
* inilah suami saya yg sengal ha3*


ni nasi kerabu saya. bila dh gaul nasi, baru teringat x amik gambar.tu yg bersepah pinggan ni
harga RM 9.50 ( x masuk tax lg ye )


ni bahagian en.asben. nasi goreng aye percik
dh lapar sgt la ni. nk ambik gambar pn x sempat.
RM 9.50 

nasib kami ke sini..nasi sampai lewat, nasinye keras sikit. asben saya ajar, jgn marah derang. tegur je secara berhemah. kalau derang hantar lambat pun, jangan desak supaya derang buat cepat. nanti x sedap jdnye... so saya tegur lah adik tu " adik, nasi ni msh keras lagi. saya tetap akan makan sebab saya tengah lapar ni " xpasti lerr nice atau tidak ayat ini ha3

balik ke rumah, sakinah dah x sabar..kilang susunya sudah tiba ha3
kemudian sakinah mempamerkan kehebatannye memasak.. di dapurnya..bukan dapur wan ngn atok dia ye =)


nak order ape?


tunggu sekejap.saya sedang memasak ni.



sedang memotong bahan2..

inilah aktiviti saya di hari sabtu 1 oktober 2011.


Tips ibu bekerjaya berjaya dalam penyusuan susu ibu

Bak kata Robyn Roche-Paull " nurse your kid like you`re at war!! "
memetik kata2nya... mari kita hadapinya. tulisan ini dipetik dr buku beliau.


tidak semua ibu yang dapat bersembunyi dan menutup pintu untuk mengepam, namun mereka mampu lakukannya demi anak yang tersayang. seorang wanita yang ditugaskan berperang di Afghanistan akan menghantar stok susu buat anaknya. kalau dia mampu lakukan, mesti semua orang juga mampu lakukan!




Tips untuk ibu2 untuk berjaya dalam breastfeeding tanpa mengira jenis pekerjaan
1. setkan positive mind-set : penuhi masa cuti bersalin anda dengan menyusukan bayi dengan susu ibu. tidak kira siang atau malam. ini adalah salah satu langkah untuk anda berjaya menyusukan anak semasa bekerja. orang lain boleh buat, kita juga boleh!
2. Jangan bertangguh : susun kerja dengan efisien dengan mengambil kira masa mengepam. habiskan kerja secepat mungkin untuk memudahkan sesi mengepam.
3. Dapatkan maklumat : kumpul semua maklumat mengenai sebarang kebenaran/larangan bagi pekerja wanita mengepam. yang penting, kita tahu hak kita. dalam tempoh 8jam bekerja, sepatutnya ada 2 kali sesi (20min/sesi) untuk pekerja wanita yang meyusukan anak, mengepam- sekiranya hak anda diketepikan, majukan aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita
4.  Kumpul Stok : sepanjang tempoh cuti bersalin, kumpul stok sebanyak mungkin. tidak kira wanita yang bercuti selama 2 bulan mahupun 3bulan!
5. Pam di tengah malam : apabila anda bekerja shif atau anak tiada bersama anda, pamlah di tengah malam.  termasuklah anak yang tidak bangun menyusu di tengah malam!
6. Dapatkan sokongan : sokongan suami, ahli keluarga dan rakan2 amat penting. carilah orang2 yang sentiasa menyokong usaha anda untuk terus menyusukan anak.
7. Kuatkan diri : apabila anda selalu mengepam di masa bekerja, orang akan sentiasa berkata bhw anda curi tulang. jadi, abaikan suara2 sumbang mereka. tentunya kita lebih mengetahui usaha kita ini sangat bernilai dan mulia! kita adalah pahlawan sebenar.
8. Kerja mengepam leceh : memang itulah hakikat sbnr bg ibu2 yang mengepam. perlu mengusung pam,cooler bag dan sbgnya. perlu ambil masa untuk mengepam. tp  ibu2 yang cekal begini adalah ibu2 yang hebat. kerana mereka lebih mengerti kepentingan dan kemuliaan tugas ini.
9. Yakinkan diri yang anda MAMPU LAKUKAN! dan kerja ini memang sangat berharga : kepulangan anda dari tempat kerja amat dinanti2kan oleh permata hati anda. dakapan mereka dan penantian mereka kepada anda membuatkan anda berasa amat bahagia..







cara mengukur saiz baju dalam

saya telah ditugaskan menyampaikan ceramah berkenaan "Perkembangan Awal Remaja' pd budak sekolah rendah minggu depan. jadi saya pun perlulah merajinkan diri mencari bahan2 untuk ceramah tu. topik ni adalah diantara isi2 yang perlu saya sentuh...hu3 topik ni memang baru untuk saya dan ia telah mengajarkan saya..walaupun dah berpuluh tahun menggunakannya ha3 sebab dulu mak yang uruskan ngeh3
bila tanya kat budak sekolah pun, derang tak taw sebab ada pengurus peribadi ( aka mak/ibu/mami/umi/mama ) yang akan belikan..he3 same goes to me lah, adik2..tp yg malunyer, akak ni dah tua dan dh jd mak org dh pun..*muka sdg menahan malu*


Peralatannyer...
1. tali tape
2. kertas (kalau rumah xde kertas, tp ada whiteboard, korang tulis kt whiteboard je ha3)
3. pensil/pen/marker
4. kalkulator/sempoa/batang lidi ( ni nak buat kerja math he3)


ini adalah cara2 nyer...



1. ukur lilit bahagian tulang rusuk. dapatkan ukurannya.( tambah 4" kalau ukuran no.genap, tambah 5" kalau ukuran no.ganjil. range ukuran saiz adalah 30-36 pd kebiasaannye )
2. ukur lilit bahagian payudara anda. dapatkan ukurannya
3. tolakkan ukuran kedua dgn ukuran pertama. hasil perbezaan ini yang menentukan jenis cup. ( cuba check kt jadual kt bwh ni jenis cup korang )



selamat beramal...hik3