LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Seni Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya




montaj yang telah saya sediakan khas untuk program ini dengan sumber2 gambar dari ibu2..
i love u all..
psst.lagu ni pun saya baru dengar pertama kali semasa nak buat montaj ni ( haddad alwi feat. adik farhan ). tapi bila dengar sekali, terus jatuh cinta dan tak sangka ia benar2 menyentuh hati orang yang menontonnya. mungkin kita yang merasai getir perjuangan ini, jadi kita lebih terasa..


Alhamdulillah sudah selesai program berkaitan laktasi yang julung2 kali diadakan oleh pihak Jabatan Kesihatan. kesan daripada program pertama, nampaknya kita menerima permintaan yang diluar jangka dan bos pun telah memberi 'greenlight' supaya program ini diteruskan untuk tahun hadapan..

yeah!!



dari kiri : Ketua Unit Promosi Kesihatan, Pengarah Jbtn Kesihatan ( Dr.Sallehuddin ), Timb.Pengarah ( Dr.Zaidi )


Dr.Sallehudin yang disayangi ( beliau telahpun bersara pada 1 Disember 2011.kiranya, inilah program terakhir yang beliau rasmikan sebelum bersara daripada perkhidmtana.rindu dan sayang dengan Tuan Pengarah yang sangat baik hati.. tiada galang ganti dah ni hu3 )

    

diantara peserta..golongan kaum lelaki yang minoriti tapi yang saya salute ( wa caya sama lu lah bro! )


presenter pertama, Pn.Siti Mariam dari Pusat Laktasi Kebangsaan
Tajuk ceramah : Kepentingan susu ibu dan Panduan untuk wanita bekerjaya


presenter kedua, Pn.Nuha Khalid dari Moms Basic
Tajuk ceramah : Pemilihan 'breastpump'
pn.nuha ni ada kedai di Sg.Buloh. dan dia juga merupakan Malaysian Breasfeeding Peer Coucelor, MBfPC. 


presenter keempat : En.Suzaidi, Jabatan Kesihatan WPKL
tajuk : Peranan suami dalam menjayakan laktasi
saya terpaksa memilih penceramah ni..no hidden agenda ye ha3 sebab saya dah cuba contact suami org lain, tp suaminya amat sibuk..jadi calon yang saya rasakan sesuai buat masa ini adalah teman pahit-manis-payau-masin saya .. 

presenter kelima : Kapten Siti Suraida, TUDM
tajuk : Kisah tentera wanita yang berjaya dalam laktasi

apabila saya bawakan kapten Siti ni, baru orang bersemangat waja nak menyusukan anak. sebab kepayahan kapt.siti yang menguruskan susu ibu dari Kuching ke Kuala Lumpur benar2 membuka mata mereka betapa siapa pun kita, apepun kerjaya kita, kita mampu menyusukan anak kita! ia benar2 menjadi inspirasi buat wanita lain. 
sebenarnya, saya tak pernah bersemuka pun dengan kapten.  berhubung menerusi internet dan telefon je. susu ibu nilah menghubungkan kami =) bila jumpa depan mata, ayat yang terdetik kat hati " cantiknye kapten...." he3 ini mata sorang perempuan yang melihat. mata lelaki yang melihat, mcm staff saya sorang tu..asyik dok kata kat asben saya kapten ni cantik. dia dok ulang ayat sama sepanjang kapten ni punya sesi. nak putus telinga mendengarnya, kata asben sayalah..tak taw lah dia cakap betul ke tipu ha3 ( nasib baik kapten dah kawen ye...).apepun saya respek yang amat pada semangat kapten siti!!
cerita tentang kapten ada saya sentuh disini..
saya doakan suami ibu2, bakal ibu2 akan disuntik semangat mereka untuk berjaya dalam laktasi..
nota kaki :Di Intan Beach Resort, Kuala Terengganu- jam sudah 2.00pagi, sambil makan roti krim vanila high 5, mata masih segar...

Pad Kain/Cloth Pad

sebelum ni saya gelakkan nenek saya bila dia bercerita berkenaan pad yang dipakai orang dahulu kala...pad kain batik namanye..dulu mereka tak mampu nak beli pad macam kita hari ini.maka, inovasi yang mereka cipta adalah menggunakan kain batik, kemudian dilipat2 sehingga menjadi kecil lebih kurang mcm pad orang sekarang. tapi teballah sedikit... orang sekarang, ada kuasa membeli, kemudian nak cepat, kalau boleh yang susah2 tu nak dielakkan dan adakala kurang prihatin dengan persekitaran yang kalau kita dapat dengan suara bumi ni, tentu mereka memekik " tolonglah!! selamatkan bumi ini...kami dah tak mampu nak menampung buangan2 kalian"
jadi suka saya nak kongsi inovasi nenek moyang kita tu, dah ada di zaman sekarang. cuma sekarang nak buka minda dan cetuskan keprihatinan manusia sekarang untuk menjaga bumi ini. kerana kitakan Khalifah..jadi tanggungjawab kita nak menjaga bumi kita...=)


dulu saya kenal pad kain ni selepas habis pantang jadi terasa amat RUGI!!  sebabnya pendarahan ketika pantang kan sangat banyak dan kita dinasihatkan menukar selalu pad agar tidak berlaku jangkitan kuman pada kawasan kemaluan dan kawasan jahitan. bayangkanlah jumlah pad yang digunakan sehari...dahlah minum air masak berbotol2, lepastu memang nak ke tandas jelah jawabnye..sudahnye, setiap kali ke tandas, akan tukar pad. sebab darah yang terdedah ke udara akan merebakkan pembiakan bakteria dengan cepat. saya pula nak bagi tempat jahitan tu  cepat sembuh, jadi memang dok tukar pad jelah...x silap saya, saya habiskan 3 paket lebih ( 1 paket ada 2o keping ). bila kenangkan duit, ohhh ruginyerrr...
walaupun terpaksa melabur sikit untuk beli pad kain+pantyliner kain ni dalam kuantiti yang sesuai ( lebih kurang RM 300 ), saya x kesah. yang penting jimat duit saya di masa akan datang dan selamatkan bumi! saya dah sediakan tabung pad+pantyliner. so setiap RM15 yang saya peruntukkan setiap bulan, saya masukkan dalam tabung. jadi, korang akan rasakan penjimatannye =)
harga pad+pantyliner pakai buang yang saya beli setiap bulan RM15.setahun dah RM 180.. 3 tahun dah RM540.. buang duit ke longkang!


 ni yang saya borong dari mama patch=)


jom saya kongsi kan info ini supaya anda pun tak rugi macam saya 


Cottony Panty Liner Set-

pad kain, tentunya dibuat dari kain. zaman sekarang dah mcm2 corak ( geram tengok!! ). pad kain ini dicipta untuk menyokong persekitaran kita dengan lebih baik untuk generasi masa akan datang.
pad kain ni macam2 saiz ada..alaa, macam pad pakai buang jugak. ada regular, overnight dan mcm2 lagi. 
untuk hari2 berat, pad kain ni boleh tampung darah 3-5jam ( tapi lain orang, lain keluaran darahnye =))..adalah lebih baik kerap ditukar untuk elakkan kebocoran.
yang sangat kagum, pad kain tidak mengeluarkan bau macam pad pakai buang. sebab pad pakai buang mempunyai bahan kimia2 yang mana reaksi darah dengan bahan kimia ini, menyemarakkan lagi bau darah anda. pad kain ni mempunyai rongga udara yang mana membenarkan aliran udara yang sempurna berlaku.


pad kain yang dibuat masa kini, dilengkapi dengan lapisan plastik yang 'breathable' di bahagian bawah untuk mencegah kebocoran. ( tapi kalau dah berjam2 tak bertukar, plastik pun tak mampu nak tanggung..bocorlah juga gamaknye ye puan =))
kemudian pad kain sekarang tidaklah setebal pad kain batik nenek2 kita dulu. pad kain sekarang lebih nipis dari pad pakai buang sebab pad pakai buang padat dengan bahan kimia dan gel. dan pad kain ni lagi selesa di kulit manusia.
untuk pencucian pula, senang nak dibasuh darah yang ada pada kain..( tapi basuhlah cepat2 darah tu ). pad pakai buang tu dibuat dari plastik yang menghalang aliran udara yang sempurna dan membentuk ruang haba yang dapat membiakkan lagi bakteria. jadi sangat mudah nak kena ruam dan gatal2.

macamana nak basuh pad kain ?
gunakan sahaja air, letak sabun mandi atau shampoo atau garam terlebih dahulu kemudian sental darah tu.
rendam dalam baldi yang dicampur dengan garam/cuka/baking soda ( rumah korang mesti ada salah satu benda ni kan...)
cuci guna tangan atau boleh masuk dalam mesin. 
settle !! =)
kalau ke pejabat, saya akan bawa bath gel, wetbag/plastic bag.
cuci2 di opis, kemudian bawak balik sambung rendam di rumah pula he3

ni rupa wetbag..comel!!

pad kain pula ada butang yang dapat kita lipat kecik2 mcm dompet.
tak susah sebenarnye..mahu atau tak mahu je..

mesej dari saya : SAYANGILAH BUMI KITA.!!
( thanks to chin nee dari mama patch yang banyak ajar saya )

Senarai Hospital Rakan Bayi ( Baby-Friendly Hospital )

Perlis
1.    Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
Kedah 
2.    Hospital Sultanah Bahiyah
3.    Hospital Sultan Abdul Halim
4.    Hospital Kulim
5.    Hospital Langkawi
6.    Hospital Baling
7.    Hospital Sik
8.    Hospital Yan
9.    Hospital Jitra
10.    Hospital Kuala Nerang
Pulau Pinang
11.    Hospital Pulau Pinang
12.    Hospital Seberang Jaya
13.    Hospital Bukit Mertajam
14.    Hospital Kepala Batas
15.    Hospital Sungai Bakap
16.    Hospital Balik Pulau
Perak
17.    Hospital Raja Permaisuri Bainun
18.    Hospital Taiping
19.    Hospital Teluk Intan
20.    Hospital Seri Manjung
21.    Hospital Slim River
22.    Hospital Batu Gajah
23.    Hospital Kuala Kangsar
24.    Hospital Tapah
25.    Hospital Parit Buntar
26.    Hospital Kampar
27.    Hospital Sungai Siput
28.    Hospital Selama
29.    Hospital Gerik
30.    Hospital Changkat Melintang
Selangor31.    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32.    Hospital Kajang
33.    Hospital Banting
34.    Hospital Kuala Kubu Baru
35.    Hospital Tanjung Karang
36.    Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
37.    Hospital Selayang
38.    Hospital Serdang
39.    Hospital Ampang
Kuala Lumpur
40.    Hospital Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan 
41.    Hospital Putrajaya
42.    Hospital Labuan
Negeri Sembilan
43.    Hospital Tuanku Jaafar
44.    Hospital Tuanku Ampuan Najihah
45.    Hospital Tampin
46.    Hospital Port Dickson
47.    Hospital Jelebu
Melaka
48.    Hospital Melaka
49.    Hospital Alor Gajah
Johor
50.    Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
51.    Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
52.    Hospital Batu Pahat
53.    Hospital Kluang
54.    Hospital Segamat
55.    Hospital Kota Tinggi
56.    Hospital Pontian
57.    Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai   (HSTSTI)
58.    Hospital Tangkak
59.    Hospital Mersing
Pahang
60.    Hospital Tengku Ampuan Afzan
61.    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
62.    Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland
63.    Hospital Kuala Lipis
64.    Hospital Bentong
65.    Hospital Raub
66.    Hospital Jerantut
67.    Hospital Jengka
68.    Hospital Muadzam Shah
69.    Hospital PekanTerengganu 
70.    Hospital Sultanah Nur Zahirah***
71.    Hospital Kemaman**
72.    Hospital Dungun
73.    Hospital Besut
74.    Hospital Hulu Terengganu
75.    Hospital Setiu
Kelantan
76.    Hospital Raja Perempuan Zainab II
77.    Hospital Kuala Krai**
78.    Hospital Pasir Mas
79.    Hospital Tanah Merah
80.    Hospital Tumpat
81.    Hospital Tengku Anis, Pasir Putih
82.    Hospital Machang
83.    Hospital Gua Musang
84.    Hospital Jeli
Sarawak
85.    Hospital Umum Sarawak
86.    Hospital Sibu**
87.    Hospital Miri**
88.    Hospital Bintulu**
89.    Hospital Kapit**
90.    Hospital Sarikei**
91.    Hospital Sri Aman
92.    Hospital Saratok
93.    Hospital Kanowit
94.    Hospital Limbang
95.    Hospital Serian
96.    Hospital Daro
97.    Hospital Betong
98.    Hospital Bau
99.    Hospital Mukah
100.    Hospital Simunjan
101.    Hospital Marudi
102.  Hospital Lundu
103.  Hospital Lawas
Sabah
104.    Hospital  Likas*
105.    Hospital Duchess of Kent**
106.    Hospital Tawau**
107.    Hospital Keningau**
108.    Hospital Lahad Datu**
109.    Hospital Beaufort
110.    Hospital Kudat
111.    Hospital Kota Belud
112.    Hospital Sipitang
113.    Hospital Tenom
114.    Hospital Ranau
115.    Hospital Papar
116.    Hospital Kinabatangan
117.    Hospital Kota Marudu
118.    Hospital Semporna
119.    Hospital Beluran
120.    Hospital Tambunan
121.    Hospital Kunak
122.    Hospital Pitas
123.    Hospital Kuala Penyu
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
124.    Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
125.    Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
126.    Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
127.    Pusat Perubatan Universiti Malaya
HOSPITAL SWASTA
128.    Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
129.    KPJ Damansara Specialist  Hospital, KL
130.    KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
131.    KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
132.    KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
133.    Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang
134. Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur

nota kaki : copy from blog susu sihat