pada tahun 2012 ini, saya telahpun berazam pada diri saya dan keluarga saya untuk menyediakan juadah buat mereka setiap hari. mudah2an tercapai azam ini.
untuk pengetahuan saudara-saudari,tuan puan, saya ni adalah spesis yang malas memasak. asal saya masak je, orang akan condemn mcm2 hu3 ( ia menyakitkan hati ). tapi suami saya sangat baik!! dia x condemn apa yang isteri dia masak. dan dia tak paksa isteri dia untuk memasak. kalau nak masak pun, kena tanya dia terlebih dahulu. takut nanti makanan tu jadi bahan membazir.
saya memasang cita-cita untuk menyediakan hidangan untuk keluarga saya selepas saya bertemu dengan sumber inspirasi saya. seorang wanita yang hebat..i love u, kak Syazni Aziddin. dia benar2 membuka hati saya untuk menjadi seorang chef ( walaupun saya tak pandai memasak ) ha3
saya sambut 2012 hanya di rumah dengan persiapan2 fizikal dan mental untuk menjadi 'master chef'. apa yang saya buat...
1. tulis azam besar2 atas kad manila dan tampal di dinding
2. buat jadual masakan untuk sebulan
3. membersihkan dapur saya, membuang segala bahan2 yang dah rosak, cuci peti ais, cuci dapur.
4. membeli bahan2 untuk menjayakan misi 'master chef'
berbekalkan 2 buah buku resepi. satu dari Chef Kamarul : Masakan ekspress, satu lagi dari Mama Fiza : Hidangan Si Cilik ( ha3 inipun boleh jadi bahan rujukan saya untuk maju ke hadapan =P)
petua yang sangat mudah untuk membangkitkan selera orang adalah : PRESENTASI ( PERSEMBAHAN MAKANAN )
untuk yang ini, saya telah membeli pinggan mangkuk yang baru tapi bukan membeli sampai membazir. membeli sekadar untuk keperluan kami 3 beranak.
inilah apa yang telah saya hidangkan pada sambutan Tahun Baru 2012 kami..=)
hidangan pertama : wholemeal bread + mayo egg, chicken slice, tomato,cheese cheddar,mustard & chili sauce
hot chocolate
" owh sedapnye. kalah breakfast set di mc'd " kata asben saya..
pencuci mulut di tengahari : aiskrim+oreo+lady finger+choc rice
sarapan : makaroni goreng, potato bun, hot chocolate
dinner threat : homemade chicken chop with lemonade
" sedap gilerr!! dah tak payah makan chicken chop kat luar dah " testimoni dari suami.
makan petang : homemade wantan with rose+lychee tea
" alamak, makan wantan masa perut kenyang. sedap! teh ni superb sedap. boleh tak kalau bancuhkan teh ni untuk dibawa ke opis " kata asben
hidangan tengahari : nasi minyak, tomato dan ayam cendawan masak lada hitam
" yang ni sedap! ada nasik lagi tak ?? " bila asben dah mula melantak
semoga semangat saya akan terus melonjak2 =)
betul orang kata..bila orang yang memasak ni, dia kurang makan sebab dah kenyang amik bau masakan. saya sudah merasainya.
gudluck to all wives and mothers!!