LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Hospital Rakan Bayi : Goverment @ Private hospital?

saya, ibu2 yang lain juga mungkin pernah berhadapan situasi yang sama. rancang nak deliver baby di private sebab suasana dan layanan yang dikatakan baik, sesuai dengan citarasa kita. anggapan kita hospital kerajaan ini amat mengerikan..wah, berani statement ini. marah org Kementerian Kesihatan Malaysia =)
tapi apabila saya lalui pengalaman yang x best ( ceritanya disini ) dengan hospital private semasa bersalin dulu, saya jadi insaf pulak nak bersalin hospital swasta. tapi bak kata asben, " teruskan aje bersalin kat al-Islam tu, walaupun bukan Hospital Rakan Bayi. nanti kita bersiap sedialah dengan cara kita untuk bantu hospital tu utk mencapai ke arah Baby-friendly hospital. sekurang2nya derang ada experience bila nk mohon menjadi baby-friendly hospital nanti. doktor sana bagus2 ".. bila saya dengar ayat mulut manis asben ini, saya pun rasa teruja nak bersalin lagi di Al-Islam ha3. Dr.noridah ngn Dr.ros sgt best!! dan satu lagi saya mmg berasa amat selesa dgn suasana islamik di sini. alhamdulillah saya skrg juga sdg bergerak sbg mother-to-mother support utk ibu2 di Al-Islam. dr.noridah amat menggalakkan usaha saya ini..dan apabila ada ibu2 yang cal/sms saya menyatakan mereka bersalin di Al-Islam, jadi saya tahu Dr.noridah memang amanah dalam menyebarkan no.tel saya ( kan saya cakap..doktor kt sini mmg baik..)
***********************************************

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU DI MALAYSIA :
" Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan "

Hospital Rakan Bayi ini membantu dan menggalakkan wanita untuk menjayakan penyusuan susu ibu  dengan berpandukan kepada " 10 langkah  untuk Penyusuan Ibu yang Berjaya " yang di gariskan oleh WHO/UNICEF (1989). 
10 langkah tersebut menyatakan...
" Setiap fasaliti yang menyediakan perkhidmatan ibu mengandung & penjagaan bayi baru lahir hendaklah :
1. Mengadakan POLISI bertulis berkenaan penyusuan dan dimaklumkan kepada semua kakitangan hospital.
2. Memberi latihan dengan kemahiran2 yang berkaitan kepada semua kakitangan kesihatan dalam melaksanakan polisi ini.
3. Maklumkan kepada semua ibu mengandung tentang manfaat dan cara pengurusan penyusuan susu ibu.
4. Membantu ibu2 memulakan penyusuan susu ibu dalam masa 1jam sejurus selepas bersalin
5. Menunjukkan kepada ibu2 bagaimana teknik penyusuan, macamana nak uruskan penyusuan bilamana anak tiada bersama ibu.
6. Menetukan bayu baru lahir tidak mendapat sebarang minuman/makanan lain selain susu ibu KECUALI atas sebab2 perubatan.
7. Mengamalkan 'rooming-in'  ( bayi dan ibu perlu diletakkan bersama, 24 jam sehari )
8. Galakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menetukan bayi tidak diberi sebarang puting tiruan @ puting kosong
10. Membantu penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dan rujukkan ibu2 pada kumpulan ini setelah keluar hospital.


Majoriti hospital swasta tidak melaksankan langkah2 ini sebab mereka belum lagi mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.
Kebanyakan hospital swasta mengasingkan bayi dari ibunya. dan memang sukar untuk si ibu mengenalpasti keperluan si anak. kalau nurse yang baik sikit, dia akan bawa baby yang dah menangis pada ibu ( padahal nangis tu adalah last sign baby yang mana selalunya sudah menyukarkan baby nak menyusu dengan baik ), kalau nurse yang dahsyat, dia bagi sahaja susu formula!
sumber : google image
kemudian kalau hospital swasta memang amat payah nak dapatkan prosedur 'skin to skin contact'.. selagi tak mintak, jangan harap nak dapat! kalau mintak, kena isi borang utk tanggung risiko sendiri dulu. ( jenuh weyh prosedurnye ). mungkin sebab mereka2 ini belum dihantar latihan lagi, jadi belum dapat pendedahan. ada kes bila mohon skin to skin contact, baby di mandikan terlebih dahulu kemudian dibalut siap2 dengan bedung kemudian baru bg pada ibu. ( mana skin to skin contact nyer??? ) seelok2nye baby yang fresh keluar dr perut ibu tu, dengan berlendir tu diletakkan terus atas dada ibu. rasionalnya supaya baby kenal bau ibu, merangsang penghasilan susu ibu, baby terus menghisap payudara ibu..
apabila tiada skin-to-skin contact, itu yang rangsangan penghasilan susu ibu tu lambat sikit. tu yg ibu asyik merungut tiada susu.. sebab rangsangan tiada!
kemudian untuk ibu2 yang bersalin caesar, memang selalunya tidak diberikan bayi untuk disusukan sebab dikhuatiri menyukarkan si ibu. kalau hospital kerajaan, bersalin caesar apetah lagi normal..penyusuan susu ibu tidak terkecuali!
saya pernah personally tanya pd Doktor di swasta, kenapa tidak memohon untuk menjadi Hospital Rakan Bayi ..jawapannye, selalunya hospital swasta mengalami masalah ini sebab org yang dtg sini membayar perkhidmatan. jadi mereka mahukan layanan yang bagus. perkara2 yang menyusahkan mereka, mereka mmg tak suka dan tak mahu! 
tiba2 saya teringat kisah seorang kawan saya...
dia bersalin secara caesar, dan berjumpa dengan anaknya 2 hari kemudian. atas alasan dia nak berehat, x bersedia nk jumpa anak lagi. jadi setiap kali nurse datang maklumkan bahawa anaknya menangis, dia hanya jawab " please give her formula milk..i`m reallly tired!"
saya tetap berharap satu hari nanti semua hospital swasta akan mengikut jejak langkah hospital kerajaan dalam mengimplementasikan penyusuan susu ibu. sebab saya lihat, Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang sedang berusaha gigih ke arah mempromosikan penyusuan susu ibu untuk rakyat Malaysia.

Mastitis

selalunya tulisan yang saya sentuh adalah apa yang saya atau kawan2 saya lalui. sejak berkecimpung dalam dunia BF, saya telah menemukan pelbagai kisah dan masalah. yang benar2 membantu saya mendalami lagi ilmu BF ini. alhamdulillah..maaf ye,saya suka intro he3


Mastitis adalah kondisi dimana payudara kemerahan2, keradangan, kebengkakan, kesakitan..jadi untuk yang mengalaminya dinasihatkan berjumpa terus dengan doktor untuk rawatan.  kelewatan rawatan akan menyebabkan jangkitan dan nanah pada payudara dan akibatnya pembedahan perlu dilakukan. ( ngeri pula saya dengar..)



Macamana nak tahu tanda2 mastitis ?
1. ada bahagian2/keseluruhan payudara terasa mcm panas, sakit, bengkak, merah dan lembut. 
2. badan rasa letih, lemah, menggigil, selsema, 
3. rasa demam dengan suhu yang tinggi 38.3 darjah celcius ke atas. kalau demam ni selalu dikaitkan dengan respons badan terhadap jangkitan kuman yang ada di badan.
4. payudara rasa lebih sakit, dan demam lebih ketara. ( kalau bengkak biasa, kesakitan yang dilalui tidaklah semakin melarat )
5. mungkin boleh periksa beberapa perkara yang berlaku sebelum ini : puting luka, skip masa penyusuan/mengepam yang sangat lama




CARA MENGELAKKAN MASTITIS
1. menyusukan anak/ mengepam sekerap yang mungkin ( elakkan mengehadkan frekuensi atau masa penyusuan )
2. Sekiranya payudara sudah penuh, terus menyusukan anak (walaupun anak tidak memberi sebarang tanda2 bahawa mereka tengah lapar ) atau mengepam.
3. Rawat payudara yang bengkak dengan segera. ( susu yang tak mengalir keluar akan berkumpul dan menyebabkan saluran susu tersumbat
4. Elakkan tidur meniarap. kerana tekanan ke atas payudara juga dapat menyumbang kepada mastitis.
5. amalkan cara hidup yang sihat dan rehat yang mencukupi. ( stress adalah penyumbang kepada pelbagai masalah )


Kenapa ada ibu yang berulang kali mendapat mastitis ?
  • kerana terdapat kelemahan atau kesilapan dalam corak penyusuan. 
  • tidak kerap menyusukan anak
  • skip masa mengepam
  • penggunaan botol untuk mengurangkan penyusuan
  • sistem imunisasi si ibu yang lemah ( berkaitan dengan amalan cara hidup yang kurang sihat, kepenatan, stress 
Apabila ibu dah mula kena serang mastitis segera periksa jadual penyusuan atau jadual mengepam. ibu2 perlu beri perhatian serius terhadap penyusuan bayi. kalau selama ni pam 5jam sekali, maka selepas ini.dinasihatkan mengepam setiap 3jam sekali. susuilah anak anda sekerap mungkin.


Rawatan Mastitis ?
1. rehatkan diri dan minda ( jangan stress2 dear...ingatlah moment2 yang membahagiakan =)) dapatkan cuti supaya anda boleh rehat secukup2nya dari kerja2 yang membebankan. tapi tidak bercuti dari menyusukan anak! keadaan yang tenang dapat memperbetulkan sistem imunisasi badan.
2. tuam payudara dengan tuala suam dan tuala sejuk. (kesejukan mampu melegakan kesakitan. ke-suam-an membantu untuk perjalanan darah yang lebih lancar.) utk tuam sejuk, masukkan ais dlm plastik kemudian bungkus dengan kain tuala..
3. urut perlahan2 pada kawasan yang lembut untuk membetulkan peredaran darah, membuka saluran2 yang tersumbat dan menggerakkan tentera2 imun kita tu. ( cuba siram payudara dengan shower yang suam )
4.  kerap menyusukan bayi di payudara yang sakit itu. kalau sekiranya terlampau sakit sangat, beri baby minum pada payudara sebelah lagi. apabila susu dah mula keluar,alihkan ke payudara yang sakit tadi.  adalah amat penting mengosongkan payudara yang sedang keradangan. digalakkan bayi  menghisap di payudara tersebut kerana hisapan bayi lebih efisien untuk mengosongkan breast berbanding pam. tapi sekiranya baby tidak menyusu dengan baik, disyorkan pam atau perah guna tangan.
5. cuba pelbagaikan posisi menyusu anak supaya semua yang tersumbat dapat di 'clear' kan 
6. ambil ubat tahan sakit/demam yang tidak mengganggu kepada penyusuan ( cth ibuprofen @ acitamenophen )..sebab keadaan yang sakit sebenarnya mengganggu produksi susu dan pertahanan badan untuk melawat jangkitan.
7. minum air dengan banyak sebab apabila demam atau keradangan, kita memerlukan lebih banyak air.
8. amalkan pemakanan yang sihat
9. tidur tanpa 'bra' atau guna bra yang longgar supaya tidak menekan di bahagian yang sedang kesakitan.
10. Jangan hentikan penyusuan! kerana ia akan mengakibatkan keadaan lebih teruk dimana jangkitan payudara dan seterusnya bernanah dan akibatnya, pembedahan perlu dilakukan. Penyusuan bayi adalah kaedah paling baik untuk mastitis, engorgement
11. kemungkinan bayi taknak minum susu ibu sebabnye kandungan natrium yang tinggi dalam susu ( susu jadi masin!). keradangan menyebabkan kandungan natrium lebih tinggi. ada bayi yang tidak kisah dengan rasa ni, tp untuk bayi yang kesah... susukan bayi di payudara yang tidak bermasalah kemudian, tukar pula ke payudara yang sedang sakit. apabila keradangan dah surut, rasa susu akan kembali normal!


ADAKAH PERLU ANTIBIOTIK UNTUK MERAWATNYA?
kadang2 kesakitan atau keradangan yang dialami tidaklah sampai kepada jangkitan bakteria. itulah sebabnya, disyorkan sangat untuk dirawat dengan segera sebelum jadi lebih teruk (jangkitan bakteria). jadi apabila sakit tu, segera rujuk pada doktor ( dinasihatkan doktor yang ada ilmu BF ni. sbb doktor yang xde/kurang ilmu BF ni selalu bg nasihat yang bukan2 berkenaan BF )
kalau dalam istilah perubatan nya " better to treat mastitis earlier than later"
ibu yang lewat mendapatkan rawatan akan cenderung untuk meberhentikan penyusuan susu ibu serta-merta atau akan dijangkiti mastitis lagi di masa hadapan.

Kisah Perjalanan Hidup Saya (ibu Adam Darwisy)

Salam...
Saya  mulakan dari mula perkenalan dengan arwah suami ya...


berkenalan dengan arwah waktu kat universiti, bertembung kat Masjid Shah Alam, arwah di luar pagar waktu terawih dan saya seperti kenal terus menegur " kenapa tak masuk ? " jawapan arwah " maaf ya, saya bukan Islam tapi hati saya sangat sejuk dan tenang dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran..
Semakin rapat hanya kerana beliau ingin mendalami Islam dan memeluk Islam pada 20 Januari 2006 dengan nama Abdul ra`uf Calgary Abdullah ( bangsa iban beragama islam  )
Kami berkahwin pada 20.08.2008, mendapat tentangan hebat dari keluarga arwah kerana mereka menyalahkan saya, arwah memeluk Islam dan perkahwinan kami menyebabkan ibu arwah terus membuang arwah sebagai anak.
Saya hamil setahun kemudian tapi miscarriage pada 15 minggu dan hamil anak kedua ( Adam Darwisy ) pada tahun 2010.
Adam dilahirkan pada 03.12.2010 pada minggu 34 dengan berat 1.58kg. Adam warded NICU untuk 29  hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan sepanjang di hospital keluarga mertua langsung tidak menjenguk kami atau mengambil tahu tentang kami seolah2 kami tidak wujud.
Arwah suami amat menggalakkan bf walaupun saya memang tak mahu.. tapi suami berkeras kerana bagi dia kasih sayang ibu tergambar dalam setiap titisan air susu ibu ( seperti ibu arwah yang menyusukan beliau sampai umur 3 tahun ).
Hidup kami sangat bahagia sampai 1 hari Allah telah mengambil arwah kembali disebabkan kemalangan pada 7 Jun 2010. Sampai hari ini saya masih tak percaya arwah telah pergi meninggalkan saya dan Adam...
Saya terus berhenti kerja notis 24jam bawa Adam ke kampung saya di Taiping, Perak. Saya akui saya sangat lemah, tanggungjawab saya pada Adam saya abaikan, saya jadi tak terurus lepas arwah pergi. Namun satu2nya perkara yang tetap saya buat ialah MENYUSUKAN adam. saya ingat pesan arwah " abi nak anak abi cantik, pandai dan beriman kerana minum susu ibu..."
Rupanya psanan arwah itu banyak manfaatnya pada saya. Memang saya akui lepas arwah meninggal, saya banyak berkurung & menangis. tapi setiap kali menyusukan Adam, macam ada kekuatan yang disalurkan dari Adam pada saya..terasa dekat hai menusuk dan saya rasa kuat untuk terus tabah dan hadapi hidup ini.. even parents saya pun terkejut dengan perubahan saya bila saya cakap saya nak kerja semula.
Saya sendiri tak tahu nak menyusun kata atau nak mengungkap bahasa yang indah2 tapi itulah keajaiban kurniaan Allah melalui air susu ibu..
Saya harap cerita saya dapat memberi galakan dan semangat pada ibu2 yang lain kerana hikmah & anugerah Allah berikan ini bukan sekadar mengenyangkan..membesarkan malahan lebih dari ape yang dapat kita jangkaukan.. Subhanallah..


-Intan Nornie Sheika bt Sudin-