LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Teguran dari seorang sahabat

Minggu lepas saya telah menghadiri Program Penyusuan yang dianjurkan oleh pihak MIZAN di Alamanda Putrajaya, hari Ahad jam 10 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Walau sunyi di blog, namun semangat perjuangan penyusuan tetap utuh ^_^
Bertemu sahabat-sahabat lama, Cik Zilal Saari, Cik Dayang, Dr.Harlina Siraj, Cik Irma Hasmie, Cik Wardina, Cik Sharifah Aleeya dan sahabat-sahabat yang baru dikenali..

Sebelum beredar, saya sempat berbual mesra sebentar dengan Cik Dayang.
Ditegurnya blog saya yang sudah lama bersawang, tidak dikemaskini huhu
Terharu juga sebab rupanya masih ada yang menjenguk-jenguk blog usang ini, seperti tiada bertuan...
Alangkah bertuahnya jika saya dapat mengemaskini blog setiap hari...
Hanya status di mukabuku sahaja yang aktif. Itupun kadang-kadang tidak berjenguk sehari dua. Kadang tu jenguk pun sepintas lalu, melihat-lihat intipati penting, dek kerana hambatan tugas yang padat.

Kalau boleh nak mohon Allah tambah lagi 24jam sehari menjadi 36 jam sehari huhu.. tapi tak mungkin kan.
jadi pada yang rindu-rinduan pada tuan tanah blog ini ( perasan yang melampau ), saya kongsikan aktiviti-aktiviti saya selama menyepi dari blog ini...


barisan model memperagakan baju muslimah mesra penyusuan susu ibu


Di antara ahli panel forum..
Cik Wardina ketika ini menjadi bidan terjun kerana Cik Irma Hasmie yang merupakan salah seorang panel belum tiba.
Masing-masing membicarakan pengalaman penyusuan ( breastfeeding).
Pengalaman Cik Sh.Aleeya menyusukan anak kembarnya sangat mengujakan.
Begitu juga pengalaman CIk Wardina yang telah menyusukan 3 orang anak-anaknya.


Baru tiba ahli panel yang di tunggu, Cik Irma Hasmie dan suami. Turut dibawa adalah si comel Farhan =)


Dia sungguh manis dan jelita apabila berhijab

saya akan cuba mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin..
salam Ramadhan kareem =)


BAHAGIA DAN TENANG...

Alhamdulillah rezeki saya dapat berbicara bersama Prof.Dr Muhaya pagi ini. alhamdulillah ya Allah atas rezeki ulung ini^_^

" Saya seorang kakitangan kerajaan dan membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah serta menjaga 2 orang anak. tetapi keluarga menghalang. Suami saya seorang yang sangat menyokong keputusan saya. saya amat berasa bahagia dan tenang sekali menjadi surirumah. cuma saya ingin mohon pandangan prof bagaimana ingin mendepani situasi saya ini "

Prof Muhaya " tahniah pada puan kerana membuat pilihan yang terbaik untuk keluarga. Subhanallah, puan merasa cukup bahagia dan tenang sekali dengan apa yang puan lakukan. tidak semua orang mendapat kebahagian dan ketenangan di dalam hidupnya. alhamdulillah kerana puan merasainya. orang yang bahagia dan berjaya adalah dia buat apa yg mereka suka. orang yang bahagia adalah orang yang akan berjaya. dan orang bebas adalah orang yang bebas dari penghargaan dan cercaan orang. orang2 inilah yang akan berjaya. jika ada yang mengkritik apa yang puan lakukan, senyumlah pada mereka. dan katakanlah, tolong doakan buat saya ya "

hati berbunga2, rasa tenang dan bahagia yang amat mendalam...
* kalau boleh dirakam kata2 prof ini, saya rakam dah. bagi orang lain dengar 

Kelas Tartlet

Alhamdulillah segala puji bagi Allah diatas kurniaan rezekiNya..
Selesai sudah kelas tartlet bagi sesi April.
Tahniah buat pelajar-pelajar saya yang tak menang tangan melayani tempahan sekarang.
Semoga kalian akan terus sukses di bidang bisnes ini.



kak mazlina dari Batu Caves bersama hasil sentuhannya
wanita yang sungguh berbudi luhur, gigih semangatnya^_^



cik adilah dan kak norhawati.
wanita2 yang peramah dan tinggi nilai2 keluhurannya^_^


kak asma dari Pahang.
sahabat seperjuangan yang sungguh saya kagumi ilmunya ^_^

* kepada yang berminat untuk sertai kelas baking, boleh sms saya atau mesej saya di facebook =)