LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Fettuchini Bolognaise

kebiasaannye orang guna spagheti tapi rumah saya tiada spagheti.jadi saya gunakan apa pasta yang ada di rumah saya. ingatkan susah sangat nak buat, tp paling simple, ni lah masakannya.saya rasa,pagi2 senang nak masak untuk buat bekal sarapan ke pejabat. ( pendapat saya lerr he3 )



fettuchini bolognaise yang telah saya sediakan untuk bekalan suami ke pejabat


bahan2 :
spagheti
ayam tanpa tulang ( potong dadu ) / ayam salami ( hiris panjang2 )
garam, serbuk lada hitam
2 biji kuning telur
3/4 cawan Parmesan ( dihiris halus )
olive oil
4 sudu besar krim ( yg ni saya tertinggal utk di letakkan )
daun parsley ( di cincang halus ) atau serbuk Mc'Cormick Parsley


Cara2 :
1. rebus spagheti. masukkan sedikit garam dan minyak. dah siap rebus, toskan spagheti.
2. masukkan telur, krim, cheese, black pepper,garam ke dalam satu mangkuk dan kacau sehingga sebati.
3. dalam periuk lain, masukan sedikit olive oil. goreng ayam/ayam salami.
4. selepas daging dah masak, masukkan spagheti yang telah di tos. kemudian masukkan campuran telur tadi ke dalam periuk. gaul dengan spagheti sampai sebatian telur tu masak.
5. masukkan serbuk daun parsley.
siap dihidang. selera kami, suka makan dengan sos cili=)

No comments:

Post a Comment