LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Simple Sauteed Salmon

ini adalah percubaan pertama saya memasak salmon. sebabnya rumah saya tidak pernah dimasuki salmon hu3
semasa masak, asben kata " bau dia..perghhh menyengat! "
bila dah mula makan " ini memang sedap. ada masin, ada masam. cicah dengan sos BBQ lagi sedap! "


jadi nak kongsi resepi yang amat mudah..



menu petang : salmon sauteed with triffle


Bahan2 :
salmon 
3 ulas bawang putih ( dihiris)
1 batang serai ( dihiris )
3/4 lemon
garam
serbuk lada sulah 
daun basil ( brand mc`cormick ada daun basil yang dah hancur )


Cara2 :
1. sapukan salmon dengan  garam + serbuk lada sulah
2. panaskan minyak zaitun di dalam kuali leper/frying pan. tumis bawang putih sampai naik bau
3. masukkan hirisan serai. 
4. apabila dah naik bau, masukkan salmon tadi. susun cantik2 dalam kuali leper. 
5. perah lamon ke dalam kuali. 
6. tabur daun basil di atas salmon.
7. bila salmon dah masak, balikkan bahagian bawah pula. masak salmon ni x payah garing2 mahupun hangit. masak half-cooked shj.
6. siap dihidang bersama sos BBQ...

No comments:

Post a Comment