LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

proses penghasilan susu

mari kita kenali bagaimana proses penghasilan susu tu berlaku. supaya kita ni tidak lah di tipu bulat2 oleh orang lain.
susu yang terhasil daripada breast bukanlah bergantung pada saiz breast dan jenis puting ye.harap maklum.( dulu saya pernah sentuh isu ini  di sini )..
kata orang.." badan kecik,breast kecik, maka susunye mmg banyak..org gemuk, breast besar, susu sikit"
kasihan saya kalau saya jadi orang gemuk.. aduhai...sedihnye saya..
saiz breast tu sebenarnye tergantung kepada komposisi lemak didalamnye.
Breastfeeding ni adalah proses demand-n-supply
kerap kita menyusukan anak atau mengepam, banyaklah susu yang akan terhasil.
jadi siapa kata makin kerap pam, susu akan susut..itulah adalah MITOS shj.




jom kita kaji anatomi breast kita...



nipple dan areola ni akan berubah saiz ( membesar ) sepanjang mengandung. sebab ia membantu anak kita utk 'shoot' nanti
bijik2 kt areola tu dipanggil 'Montgomery gland' ( adik saya panggil bijik2 tu ketuat ! ha3 mau gelak sampai terkencing ). tugas MG ni, menghasilkan minyak asli ( dlm minyak tu ada enzim yang dpt bunuh bakteria ) yang berfungsi untuk membersihkan, melicinkan dan melindungi puting sepanjang kita mengandung dan menyusukan anak.
jadi untuk mengekalkan minyak asli, cuci breast kita dengan air sahaja. penggunaan sabun, losyen akan menghapuskan minyak asli tadi.

jangan korang tak tau...
setiap puting ada 15-20 lubang untuk mengeluarkan susu. 

apabila bayi menyusu, rahang dan lidah bayi tadi akan menekan bahagian areola dan puting untuk menghisap dan menyebabkan susu keluar dan mengalir terus ke dalam mulut bayi.

LET DOWN REFLEX (LDR)

bagaimana tubuh kita merespon pada hisapan bayi ?
hisapan bayi akan meransang saraf2 yang ada dikawasan areola & puting.  rangsangan inilah yang membawa mesej pada kelenjar pituitari di otak kita supaya merembeskan hormon oksitosin & prolaktin.

bagaimana breast kita merespons pada hisapan bayi ?
prolaktin akan memberi isyarat kepada alveoli untuk menukarkan nutrien dalam darah spt gula dan protein kepada susu.
oksitoksin pula akan menyebabkan sel2 di kawasan alveoli terangsang (meregang) dan berlaku pengeluaran susu oleh' milk duct'
bila LDR dah berlaku...
  • bayi akan mula menghisap-menelan ( sebab susu dah keluar)
  • susu meleleh pada breast sebelah
  • rasa rahim mcm kejang ( ni masa awal2 slps bersalin. sebabnye, pengecutan rahim berlaku)
  • rasa dahaga

LDR jugak boleh berlaku tanpa disengaja
- bila teringat bayi kita
- bila terdengar tangisan bayi kita/ bayi orang lain
- apabila masa menyusu tiba
- apabila kita terangsang

untuk memberhentikan pengaliran susu dikala LDR tanpa sengaja ini, buat tangan mcm berpeluk tubuh, letak tangan atas nipple. kemudian tekan pada bahagian nipple samapi susu berhenti.
atau cara lain, pakai nursing pad.

GANGGUAN LDR

1. gangguan emosi -sedih,marah, tension, takut, risau
2. letih
3. posisi yang tidak betul ketika penyusuan
4. bayi menyusu terlalu singkat
5. sakit pada breast ( puting luka / kesakitan slps bersalin )
6. pembengkakan breast


KEADAAN YANG MEMBANTU LDR
1. cari tempat yang aman dari gangguan
2. pasang muzik yang sentimental
3. tarik nafas 4-5kali sebelum menyusu/mengepam



RENOVATION


HEBAHAN AWAM

blog saya sedang mengalami proses renovation. jadi sebarang ke'sepah'an dan kecelaruan di blog saya buat masa ini, dimohon bebanyak kemaafan..

nota kaki : tak sabar nak tengok hasil my lovely designer, Pn. Rubina Yunal

ibu bf seorang askar dan jururawat

"moo..moo "itulah bahan persendaan sesetengah pihak apabila melihat seorang wanita yang baru menyelesaikan tugas rutinnya mengepam. 
komen kurang ajar ini kita ambil sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan breastfeeding ini.  lagi2 buat ibu yang pekerjaannya 'berat'- contohnya karier berkaitan pesawat atau ship`s boiler room.
untuk tentera2 wanita, ada satu buku yang boleh dicadangkan kepada anda sebagai sumber inspirasi untuk sukses dlm penyusuan susu ibu ini. Roche-Paull, bekas mekanik pesawat tentera laut yang kini sudah menjadi kaunselor laktasi telah menulis buku "Breastfeeding in Combat Boots : A Survival Guide to Successful Breastfeeding While Serving in Militiary "
Roche-Paull merupakan ibu kepada 3 orang anak yang bekerja di bidang yang dikelilingi oleh rakan sejawat yang tidak memahami tentang keperluannya untuk mengambil masa selama 20 minit, 3 kali sehari untuk mengepam. dia merupakan wanita pertama yang bekerja di atas kapal perang pada tahun 1990. anak pertama beliau lahir pada tahun 1996.
Beliau kembali bertugas di Oceana Naval Air Station selepas bersalin dan mendapat tuduhan daripada kakitangan wanita bahawa beliau mencuri tulang di masa kerja.
kata mereka "susu formula pun ok untuk baby. kami pun susukan anak2 kami dengan susu formula. ok je "
Roche berjaya menyusukan anaknya selama setahun dan kemudian meninggalkan Navy setelah itu sebagai respons kepada komen bosnya kepadanya.


Tonia Devine, tentera yang bertugas bersama Strike Fighter Squadron 106 di Oceana. dia di tugaskan mengendalikan bom dan masa bekerja sangat panjang. namun begitu, dia tidak malu untuk memohon kelepasan beberapa waktu untuk mengepam. rakan sejawatnya yang lelaki selalu menyindirnya. namun jawapan darinya untuk mereka "membiarkan payudara penuh dengan susu dan tidak mengepamnya ibarat mengambil Viagra tetapi tidak ada peluang untuk menyelesaikan tugas itu " ia menyakitkan, dan cara yang terbaik untuk ibu itu adalah menyusukan anak atau mengepam.
Kadang2 apabila beliau hendak pergi mengepam, kawan2 sejawat akan menyuruhnya menghabiskan kerja dahulu. untuk berkata TIDAK kepada mereka seakan-akan kita tidak mahu membantu mereka. ia amat menyukarkan beliau sendiri dan adakalanya menimbulkan rasa bersalah padanya.
kemudian dia mengingatkan dirinya tentang kata2 wanita beruniform lain "bagaimana keadaan perokok yang sentiasa ingin memenuhi keperluan diri mereka untuk merokok tanpa memikirkan tentang tugasan rakan yang lain?"mereka sedikit pun tak mempedulikan kerja2 yang belum selesai..asalkan mereka dapat merokok!
Pada bulan Julai, dia mengalami sedikit kesukaran apabila terpaksa ke California untuk mlaksanakan misi di sana selama 3 minggu. jadi dia membekalkan susu buat anak perempuannya sepanjang ketiadaannya dan beliau akan mengepam susu dan membawa balik stok susu tersebut. dan anak perempuannya berjaya di susukan sepenuhnya dengan susu ibu selama 8 bulan.
Amber Wilson, seorang jururawat di Portsmouth Naval Medical Centre. kadar kelahiran bayi di sana adalah 350 bayi/bulan. jadi ia akan membuatkan Wilson berasa bersalah untuk mengambil masa yang lama untuk berehat. jadi ia membuat multitasking. sambil makan-mengepam!
memetik kata2 Rochell-Paull : "Moms need to know they can do this. I want them to know it is possible.


sumber : http://hamptonroads.com/2010/10/military-moms-theres-extra-duty-breastfeeding

Aiskrim susu ibu

gulp..gulp..apekah tajuk begini ada yek ??
meh saya cetuskan tajuk ini he3..sekadar perkongsian untuk semua apa yang telah saya dapat dari internet. nak tulis di blog ni supaya nanti saya dan anak-pinak saya boleh rujuk resepi aiskrim spesel ni di sini ngeh3


MOMSICLES
pernah dengar tak popsicles ? kita glamerkan nama momsicles plak sebab sumber aiskrim ni dari susu ibu he3


first step : beli acuan popsicles.
2nd step : cair kan ebm ( kalau ada banyak ebm yang nak dibuang tu ) atau guna ebm yang cair shj
3rd step : masukkan chocolate chip/chocolate rice dalam acuan terlebih dahulu
4th step : masukkan susu ibu tadi
5th step : bekukan....
* kalau nak buat momsicles perasa strawberi/mango/chocolate/apa sahaja perisa yang kita mahukan, campurkan perisa ke dalam susu ibu yang cair tadi.





mana nak beli acuan aiskrim ( ni hasil risikan di internet ) : 
1. Kedai kek
2. Brand Tupperware 
3. Kedai DAISO



BREATSMILK SMOOTHIES


bahan2 :
1/2 cawan susu ibu
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
4 cawan ais 
optional : perisa atau buah apa2 shj, pisang, mango,kiwi,strawberi
hiasan tambahan - choc rice, oreo, m&ms

cara2 :
1. masukkan susu ibu, esen vanilla, gula dan ais ke dalam blender
2. blend sehingga menjadi shake.
3. masukkan dalam bekas/bowl kemudian hias mengikut citarasa anda..


BREASTMILK ICE CREAM


bahan2 :
2 plastik yang ada zip-locked ( dua jenis saiz : satu besar, satu kecik )
1/2 cawan susu ibu ( boleh je kalau replace susu ibu dengan susu biasa )
1 1/2 - 2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 tray ice cubes
6 sudu besar garam
glove
**optional - choc chip, perisa syrup dsb

cara2 :
1. masukkan susu,esen vanilla, gula dan perisa tambahan ( kalau ada gunakan ) ke dalam plastik kecik.
2. masukkan ais dan garam ke dalam plastik besar
3. masukkan plastik kecik ke dalam plastik besar
4. pakai gloves
5. goncang sambil menari2 dan terkinja2 dengan plastik bag tu 7-10 minit. ha3 
6. setelah tu gunting bahagian bucu plastik kecik tadi
7. picitkannye ke dalam gelas @ bowl.
8. hias lah dengan sesuka hati - strawberi, choc chip, ceri..

TIPS : masa nak menggoncangkan plastik tu, pasang lagu chicken dance..pastu terkinjalah anda sepuas hati ha3


Tonsilitis

4 hari sakinah demam.
hari kedua demam, sakinah dah mula refused makanan dan minuman. minum susu pun sikit je.
asyik mengemam mulut je.bila bukak mulut je, air liur keluar bertali-tali.dah mcm gam UHU plak tengok he3.
saya gunakan ubat bontot untuk menurunkan demam sakinah.dalam pada masa tu, saya lap badan dia setiap 1-2 jam. saya kerap mandikan dia. kemudian biarkan dia tak berbaju.supaya cepat turun panasnya.
(2 hari cuti kecemasan nih. hu3 cuti tahunan pun tinggal lagi 4 hari..uwaa..)
malam tadi bawak sakinah ke Klinik Bahiah. Dr.Bahiah kata, sakinah kena tonsilitis.

sedikit sebanyak ttg tonsilitis
tonsilitis ni adalah jangkitan pada tonsil. tonsil ni merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi badan. fungsi dia untuk melawan kuman yang nak menyerang hidung, tekak dan sinuses.
ia disebabkan oleh virus @ bakteria. bakteria yang famous dgn tonsilitis adalah streptococus. ia boleh berjangkit melalui batuk, bersin atau sentuhan.
simptomnya :
- demam, sakit telinga, sakit kepala
- hilang selera makan( sebab akan sakit apabila nak menelan )
- susah nak tidur, bernafas,bercakap
- penat ( sebab tak cukup rehat )
- sakit perut, muntah

untuk sakinah doktor sarankan bagi benda2 yang sejuk. sebab itu melegakan dia.
bagi buah2 yang sejuk, jus buah sejuk, aiskrim, dadih..
jadi saya cuba bagi EBM yang aiskrim..sakinah sukeee =)
doktor bagi juga antibiotik, oral aid.


jus buah yang sejuk amat melegakan..sodapnyerr...


aiskrim susu ibu pun enakk untuk anak yang sakit tonsilitis


dadih susu ibu ..credit to http://norlizaothman.blogspot.com


buah2an sejuk

UPDATE : Sakinah di masukkan wad

saya terpaksa bercuti dari memblogging untuk 2 hari kerana menguruskan sakinah di wad.
sakinah warded pd 22/9 sehingga 24/9.
actually sakinah dah demam since hari selasa (20/9) lagi. saya cuma bagi dia ubat bontot dan lap badannye 1-2jam sekali.
pada hari ke-3 demam, sakinah mula taknak makan & minum. bila bawa ke klinik, doktor kata tonsilitis ( baca di sini tentang tonsilitis ) .lepas dpt consultation dari doktor2 di opis suami, saya pun bawak sakinah terus ke Ampang Puteri untuk warded. bimbang dia dehydrated plak sebab tak makan & minum. yeay, kami warded!! ( ayat psiko beb )
Dr.Lim, PAED specialist kata tekak dia ada nanah sikit dan mild bronkitis infection..waduhhh..itu sebab dia x mau makan. 2 hari kitorang berdua berkampung kat sana. asal celik je, tengok dinding..siling..lantai..katil..almari..bilik air..tv..( x cukup psiko kah begini uwaaa ). nak bersiar2, menziarah wad ke wad ( ceh, ada hati nk menyibuk kt bilik orang..x reti maluu doww !), berjalan2 ke lobi beli jajan..MEMANG TAK DAPEK ye! sebab sakinah on drip. walaupun tv ada, tp jujur la saya kata..x reti tgk tv. sebab rumah saya mmg takde tv hu3




apabila sakinah suka merentap dripnyer


kesudahan kepada rentap-merentap..dah berdarah.pening nak tengok oii

  

nebulizer..untuk mencairkan kahak sakinah.sebab dia ada mild bronkitis infection


ini tanggungjawab saya apabila sakinah tidak mahu minum susu disebabkan tonsilitis





Kak Wan...

saya kenal k.wan tidaklah lama sangat ( umur k.wan 28 tak silapnya.lagi senior dari saya ). baru 2 kali pertemuan saya mengenalinya.Taufik ( suaminya ) dan suami saya kenalan lama semasa di MRSM dahulu. sekali ziarahnya pada Hari Raya Tahun lepas, sekali lagi selepas bersalinkan Sakinah. K.wan dan suami yang sampai dahulu selepas kami keluar dari wad. memang dioarang teruja betul dengan kelahiran Sakinah. lagipun waktu tu, rumah mereka dgn rumah mak ( tym tu berpantang di rumah mak di Sg.buloh ) tidaklah jauh sangat.
orangnye memang lembut,ayu,tudungnya labuh,sedap mata memandang...agak pendiam. ciri2 muslimah akhir zaman tu memang adalah pada k.wan.
untung Taufik dapat K.wan.
k.wan mengajar di UiTM Puncak Alam. x silapnya mengajar fizik.
En.suami selalu juga berhubung dengan Taufik. jadi, dapatlah info yang k.wan dah mengandung. mmg excitedlah derang. due date nya bulan september.
masa syawal hari tu,ada juga ajak En.asben menziarah derang.tapi en.asben pun dah kepenatan, maka x sempat nak ke rumah derang. cadangnya nak ziarah selepas mereka dah dapat baby pertama ni.
hari selasa ( 13 september )..en.asben telefon.tym tu kami dah sampai di opis masing2. kata en.asben " taufik dah dapat anak perempuan...tapi......" berenti sekejap percakapannya.mengambil nafas.berdebar. " anak sakit ke ? anak meninggal ke ? anak x normal ke ? cekap betul otak berjalan.
sambung asben "...tapi isteri dia meninggal, anak selamat..." innaalillahi wa inna ilaihi raji'un....berita diketahui pun di laman facebook Taufik.
sedihnya....sayu hati...
saya terus berhubung dengan salah seorang pensyarah di UiTM Puncak Alam, Sister Fatimah( pensyarah di Fakulti Kejururawatan ). manalah tahu, dia ada dengar berita tentang kematian pensyarah UiTM baru-baru ni.
Sister Fatimah agak terkejut dengan berita ni apabila saya bertanya tentangnya. katanye, pensyarah ni mmg familiar namanye.kalau tak silap dia, pernah berkursus bersama.apepun, dia akan dapatkan info lebih lanjut lagi dari pihak UiTM.
beberapa hari kemudian, suami menghubungi Taufik..
nada kesedihan seorang yang bergelar suami..
pesannya yang terakhir buat suami saya..." tambun, jaga bini ko baik2..sayanglah isteri ko .." ikhlas dari hati seorang suami yang telah hilang sebahagian daripada kebahagiaan hidupnya.hilang tempat berbicara, tempat bermanja,tempat bergurau-senda..
esoknya, Sister Fatimah menghubungi saya..
" Aqilah, betullah. budak tu memang pernah berkursus dengan saya. dan pernah satu kumpulan dengan saya.Ya Allah..sedih betul akak..budaknya mmg baik, lembut"
dari risikan sister Fatimah, ceritanye begini..
K.wan warded di Hospital P sejak 15 Ramadhan lagi til 10 september. K.wan ada history fibroid, kurang darah. memang lama k.wan tinggal dalam wad.  ( Taufik kata sepanjang isterinya di wad, memang dia temankan berbuka, beraya... )
masa k.wan bersalin, keadaan uri dibawah. tapi still buat prosedur bersalin normal. jadi, berlaku pendarahan yang teruk sekali.k.wan sempat cium baby. kemudian k.wan dimasukkan ke operation theatre semula. ( Taufik kata masa ni, dia dah rasa 50-50 dah )..
akhirnya, doktor memaklumkan, isterinya tidak dapat diselamatkan...10.9.2011@7.45 mlm
 saya bertanya pd doktor lain, kalau uri bawah, boleh ke bersalin normal?
prosedur utk uri bawah adalah caesar..kalau normal, akan berlaku pendarahan yang teruk.
adakah ini suatu kecuaian ????
buat masa ini, Taufik masih menunggu laporan hospital untuk memanjangkan kes ini ke mahkamah.
Rata-rata doktor dan kawan saya yang mendengar cerita ini akan berkata " Hospital P memang dh banyak kes. mereka suka merawat VIP.orang awam ni, derang tak pandang lerr "
Paklang saya yang seorang doktor pun,sudah mempunyai 2 history buruk dengan hospital ni. 
buat masa ini, baby diletakkan dibawah jagaan keluarga k.wan di Rantau Panjang.
kata Taufik, dia tak boleh tengok baby.dia akan teringat arwah.emosinya akan terusik kembali...
" Ya Allah, kurniakanlah kekuatan & ketabahan buat Taufik dan anaknya..semoga mereka menjadi orang soleh yang sentiasa dekat padaMu"

untuk k.wan, mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk almarhumah Fauziah Wan.
Semoga syahidmu di medan ini, setara dengan syahidnye pahlawan fisabilillah..Itu janji Allah.

Berdasarkan hadits â€ËœUbadah bin Shamit, "Rasulullah pernah menjenguk Abdullah bin Rawahah. (Dikatakan) Ia tidak bergeser dari tempat tidurnya. Rasulullah bersabda, "Tahukah kamu siapa orang-orang yang mati syahid di antara ummatku?" Ia menjawab, "Terbunuhnya seorang muslim (di jalan Allah) adalah syahid." Rasulullah menimpali, "Kalau begitu, orang yang mati syahid dari ummatku jumlahnya sangat sedikit! Seorang muslim yang mati di jalan Allah adalah syahid, mati karena tha'un adalah syahid, seorang wanita yang mati karena anak yang ia kandung (mati saat/setelah melahirkan/anaknya masih dalam kandungan-ed) adalah syahid, (anaknya itu kelak akan menarik(ibu)nya dengan tali pusarnya ke surga." (HR. Imam Ahmad dan selainnya)

..masih segar kenangan bersamamu, k.wan...



Hepatitis mommies & breastfeeding

Soalan : Adakah selamat untuk ibu yang menghidap Hepatitis untuk menyusukan anak ?

Jawapan : 
Hepatitis ada 5 jenis- Hep.A,Hep.B,Hep.C,Hep.D,Hep.E
Hep.A & Hep.E
punca jangkitan adalah terdedah dengan najis, makanan @ air yang tercemar dengan virus Hep.A/Hep.E
virus ini aktif dlm stool ( najis ) orang yang terjangkit.
jadi pencegahan kepada penyakit ini adalah amalan sanitasi yang sempurna ( basuh tangan,bekalan air yang bersih,elakkan makan kerang mentah )
jadi, ia tidak mempunyai kaitan dengan cecair & susu dari breast.
Hep.B  & Hep.D
virus Hep.B & Hep.D ada dalam darah,cecair darah,cecair alat kelamin.
jangkitan berlaku apabila orang sihat melakukan hubungan seks atau berkongsi jarum dengan orang yang sudah terjangkit dengan Hep.B.
jadi, ia tidak mempunyai kaitan dengan susu dari breast NAMUN ibu yang menyusukan perlu mengelakkan dari menyusu bayi ketika puting luka & berdarah ( cracked & bleeding nipples )
untuk bayi yang lahir dari ibu Hep.B, digalakkan untuk mengambil vaksin sebanyak 3 dos ( selepas lahir, 2 bulan dan 6 bulan )
Hep.C
jangkitan melalui darah yang terjangkit dengan virus Hep.C.
jadi, ia tidak mempunyai kaitan dengan susu dari breast NAMUN ibu yang menyusukan perlu mengelakkan dari menyusu bayi ketika puting luka & berdarah ( cracked & bleeding nipples)

walaubagaimanapun,ibu2 dinasihatkan merujuk terlebih dahulu kepada doktor perubatan untuk maklumat yang lebih lanjut.

satu minggu menyepi...

salam semua...
mohon maaf atas kelengangan entry baru..sebab saya agak sibuk mutakhir ini...uwaa..
Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) peringkat DBKL sudah hampir..keje edit-mengedit buku & power point persembaahan kumpulan semuanya dilambakkan dekat saya...sebab sayalah orang muda yang derang harapkan untuk buat keje2 IT ni..uwaaa...mau nangis sebab inilah sesi saya yang berhempas pulas..
kemudiannya, berita gembira buat saya...I DAPAT BOS BARU!! tapi tak tahu berapa lama bos Siti Muharramah tu akan ada dgn kami.sebab bos lama tidak mau berganjak dari kerusi empokkss nye..walau apepun, ketibaan Pn.Siti tetap diraikan dgn karpet merah gituwww..sebab orang muda memang banyak idea baru. yang paling mem-bunga-kan hati saya, dia suruh saya buatkan kertas kerja Penyusuan Susu Ibu utk staf DBKL..walaupun nyawa dah rasa mcm nyawa ikan ( sebab sibuk dgn KIK ),saya tetap usahakan untuk menyiapkan kertas kerja Laktasi ini secepat mungkin. nak kejar kelulusan Pengarah yang amat menyokong penuh penyusuan susu ibu ini ( pengarah saya,Dr.Salleh akan bersara Disember ini.Pengarah baru x pasti lagi sokong ke x tentang laktasi ini )..kadang2 rasa mahu mintakk NYAWA!! mintak NYAWA!! mintak OKSIGEN!! helpp...



2-in-1 tasks..


tapi saya sukaaa...sebab keje2 ni dibawah keje2 yang saya suka...


aktiviti kami minggu lepas...



sesi mengangkut susu ibu & sakinah ke Sg.buloh..













sesi sakinah di taman-memijak rumput ciptaan Allah. for the 1st tym, dia geli dgn rumput dan sakinah tak berganjak dari tempat dia.

Hukum penerimaan darah dari Non-Muslim


seronok dapat jumpa buku ini masa cuti di Singapura..sangat terkezut sebab orang saya sbg rakyat Malaysia pun xpernah terserempak dgn buku ni, org Singapore yang berjaya memiliki..ni memang bikin jealous!! alhamdulillah, akhirnye, dapat juga memilikinya..saya AMAT MENGESYORKAN semua orang muslim di Malaysia ni memilikinya sebab kitakan berada dlm masyarakat majmuk 1Malaysia...

jadi, suka saya kongsikan apa yang telah saya dapat dari Ust.Nidzam ini...

TOPIK : PENERIMAAN ORGAN/DARAH DARI NON-MUSLIM
Hukum penerimaan organ adalah HARUS.
ada sebilangan orang yang mempertikaikan penerimaan organ dari non-muslim kerana mereka berpegang bahawa non-muslim itu najis. begitu juga anggapan tidak harus bagi muslim yang menerima darah dari non-muslim kerana darah itu terhasil dari makanan haram bagi muslim seperti bangkai & daging khinzir.
sebenarnya, asas kefahaman ini adalah demi menjaga kemaslahatan agama seorang muslim mak AMAT TIDAK TEPAT jika menghukumkan penerimaan ini adalah HARAM..
alasannye...
1. Kenajisan bukan pada organ
non-muslim dianggap najis dlm Al-Quran. namun ia bukanlah kenajisan pada organ tetapi FAHAMAN IKTIKAD yang tidak sama dengan akidah Islam shj.
2. STATUS MUSLIM/NON-MUSLIM BUKAN TERLETAK PADA DARAH
darah dan organ bukanlah bersifat muslim atau non-muslim.organ badan hanya satu bahagian daripada keseluruhan diri danjiwa manusia.

adakah DARAH NON-MUSLIM itu SUCI sedangkan mereka makan makanan haram pada pandangan muslim ?
TIDAK HARAM nenerima darah dari non-muslim kerana beberapa pertimbangan :
1. darah yang keluar dari tubuh badan adalah najis
darah yang keluar dari badan x kira muslim atau non-muslim adalah najis & membatalkan solat ( contoh: darah pada pakaian )
2. proses istihalah
konsep istihalah : darah yang terhasil sudah melalui proses yang menukar makanan asal. maksudnya, yang diterima masuk ke dalam badan adalah darah  ( walaupun darah tu terhasil dari daging khinzir ), bukanlah daging khinzir itu sendiri.
3. entiti yang berbeza
darah dan makanan adalah entiti yang berbeza walaupun ada kesan-kesannya. dan satu lagi, bukanlah setiap masa non-muslim itu memakan daging khinzir sahaja. mereka juga makan nasi, sayur, buah,ikan,ayam dll.
4. tiada riwayat menjurus kepada pengharaman penerimaan darah non-muslim
memang ada riwayat yang mengatakan setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, nerakalah tempatnya. tapi riwayat ini tidak menunjukkan pengharaman penerimaan darah non-muslim. riwayat ini menjurus kepada aktiviti manusia yang mendapatkan makanan daripada hasil yang haram (berjudi, berzina, mencuri ). ia berkisar persoalan dosa dan pahala.
5. keperluan darurat kesihatan
darah adalah komponen paling utama untuk manusia. tanpa darah, manusia akan mati. jadi sepatutnya, kita mementingkan KUALITI DARAH tersebut. sebab darah boleh menjadi punca jangkitan penyakit ( cth : HIV ). kalau darah ada kuman HIV, walaupun dia adalah muslim, hukum penerimaan darah itu tetap tidak DIBENARKAN.

NOTA : 
jadi pandangan peribadi saya, konsep penerimaan darah dan organ adalah sama sahaja dengan konsep penerimaan susu dari non-muslim. jangan biarkan sikap prejudis kita kepada mereka, menyebabkan kita hilang keadilan dalam menghukum..wallahualam


Sweet sour Syawal

macam2 kisah masam-manis saya di Syawal ini.


manisnye....
dapat beraya...
dapat jumpa blk suami selepas 10 hari kitorang terpisah...
dapat kenal pilot ATM wanita...
cuti raya panjang sampai 7 september...
sakinah dah pandai tunjuk sana-sini, dah pandai cium orang...
sakinah dpt duit raya ( tumpang kemewahan anak ni ha3)...


masamnye..
pening kepala carik BS baru...
sebulan kena berulang-alik sg.buloh-kl... 
adik ipar sakit... ( semoga cepat sembuh dekya )
setiap hari kena tadah telinga dengar orang membebel... ( berkerak telinga dibuatnye ha3 )
dan
..................................................... ( yang ini biarr saya simpan sendiri. ohh hati wanita ini..T_T )
terima kasih kpd yang menyokong dan memapah di saat saya jatuh tersepuk. doa kalian adalah kebahagiaan buat saya...
** tiba2 merindui k.zira & k.yana...T_T



BF mommies : pilot ATM wanita

teruja lg nak kongsi kisah seorang pilot ATM wanita..
kepada Siti Suraida Mazlan, blog entry ni saya tuliskan khas untuk anda kerana saya amat mengkagumi perjuangan anda...


alkisahnye..
sebenarnya, kami tak pernah kenal, x pernah bersua muka, apetah lg berbual bicara berdepan mata mahupun bertepuk tampar  he3
tapi dunia maya ini tetap menghubungkan kita kan...kan..
dan dunia BF nilah yang menyatupadukan silaturrahim kita.
selama ni berhubung kerana milk storage bag je he3


tapi, tiba-tiba dpt pula panggilan telefon dr beliau. orangnye nampak brutal dlm uniform, tp bile dengar suara, auuww lembutnyerr.. tak sangkaaaa...ngeh3
mendengarkan kesedihannya mengenangkan EBM dlm freezer yang 300++ pack sudah cair ( kemungkinan ada mslh bekalan elektrik sepanjang bercuti raya ), baby refused botol ( padahal sebelum ni, ok je..ni lg 2 minggu nk masuk keje, kemudian hub stesen Kuching-Subang. adakala perlu berjauhan dgn si anak ), susu dh mula berkurang.... tipulah kalau saya katakan saya hanya kasihan shj, kerana saya pernah melaluinya..saya turut berempati dgn anda...T_T


jangan sedih2 mama Myra..
ujian Tuhan memang sentiasa menduga.. tapi kentalkan jiwa ( sekental jiwa tentera ), hadapi dengan ketabahan, kekuatan dan kesabaran..kita bangkit!!! ( nyanyi sikit lagu patriotik..he3 )
inilah wanita pertama dlm hidup saya yang saya pernah jumpa. TENTERA-WANITA-IBU-FULLY BF!!


tak dapat  nak gambarkan betapa kagum, jakun, hormat, tabik ( ape lg words yg sesuai ni ?? ) saya dengan SITI SURAIDA... kalau boleh nak jumpa, nak dengar kisah perjuangannya, nak ambil semangat tenteranye.. mesti berkajang2 kertas kan... =)
dugaan menjadi tentera wanita yang berjaya menyusukan anak, memang getir tp tak bermakna kita tak boleh buatkan ??? orang sekeliling yang tidak menyokong penyusuan susu ibu. yelah, mereka belum terbuka mata lg tentang dunia BF ini. jadi dgn semangat Siti Suraida, semoga ia menjadi titik tolak sumber inspirasi buat tentera wanita lain mahupun tentera lelaki untuk mengerti dunia BF kita ini. jangan kesalkan dengan kehadiran kita dikalangan mereka, kerana Allah telah memilih kita untuk mendidik mereka...
Tentera - anda gagah menjaga negara, semoga gagah juga menjaga keluarga !! saya sayangi anda.... muahhhhh.....



bersama kapten siti suraida di Program Seni Penyusuan Susu Ibu DBKL. 
salah seorang daripada 'presentor' yang dijemput khas..

aktiviti di minggu aidilfitri


dua beradik pakai baju kurung sama..dah penat, tido atas sofa je..
@ SU, sg buloh


kuak lentang sakinah


nuha tido sopan je



dia ingat, dia comel buat mulut macam ni. mentang2 bibir seksi. kang pintal buat sangkut baju, baru taw..
@ sungkai, perak


menyusukan nuha sbb ibunya sibuk buat keje..


pengalaman tandem. 


sakinah mesti nak bau mamanyer juga bila mau tido...perut, kaki,tangan..mana2 yg sempat


tym ni sakinah terjaga dr tido. then dia nampak mamanye tgh buat keje di laptop di tepi katil, terus dia mengensot dlm keadaan mamai. terus lentok atas lengan mamanyer.

makan soto

hari ni 1st time buat soto untuk encik asben yang sangat tergila2kan cik soto dan pak bakso..selalunyer beli kat gerai depan rumah. ni dah dapat resepi, kita buat jelah soto yerr..jimat belanja. dr breakfast, lunch, dinner..semuanye menu soto.makan sampai cirit ha3


ada bergedil star untuk puteri kita..sakinah
bergedil utk sakinah hanya ada kentang, daun sup, daging cincang,telur. tidak letak garam ye sebab dia budak kecik lagi. =)


nasi impit + bergedil+ ayam + meehun goreng+kicap

RESEPI SOTO

untuk ayam carik
1.  1 ekor ayam ( rebus kemudian dah siap rebus, carik2 kan )

untuk sup
1. bawang merah, bawang putih, halia ( di hiris/tumbuk kemudian tumis sampai naik bau )
2. air rebusan ayam ( masukkan apabila dah naik bau bhn tumis tadi. boleh juga ambil sedikit ayam rebus tadi untuk di letak dalam sup )
3. sup bunjut ADABI ( buka bunjut nye, ambil rempah tu dan tumbuk ). masukkan bahan ni selepas dah masukkan air rebusan ayam.
4. garam

untuk meehun goreng
1. guna suuhun atau bihun. kemudian gorengkan shj sampai jd macam keropok

untuk nasi himpit
1. ambil kampit nasi impit nona/adabi ke ( rebus je sampai jadi nasi impit )

untuk bergedil
1. kentang ( direbus sampai lembut. boleh letak sedikit garam. dah lembut nanti, lenyekkan shj )
2. daging cincang ramlee / daging cincang yg imported dr Australia - saya prefer daging cincang australian ni sebab nak masukkan dlm makanan sakinah. ( gaul rata dengan kentang lenyek tadi )
3. daun sup 
4. bawang ( cincang halus )
5. garam
6. serbuk lada sulah
gaulkan semua bahan dengan rata. kemudian buat lah bentuk2 yang disukai

7. 1biji telur ( pukul telur kemudian celupkan bergedil tadi dalam telur sebelum goreng dalam minyak )

untuk kicap
1. 20 bj cili api
2. setengah cawan kicap manis
3. 3-4 ulas bawang putih
blendkan semuanye...

Selamat mencuba dan menikmati SOTO !!

Pupuk minat anak perempuan menjadi surirumah berjaya

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN buat semua...


setelah bersawang blog ini, saya kembali mem'bersih'kannye kembali dengan post2 yang segar ( sesegar rendang ayam ha3...nak juga tuu kaitkan dgn suasana raya )
untuk beberapa hari, terputus hubungan sekejap dgn dunia luar sbb balik kampung..
kampung tu mmg payah benar nak carik siarannye..siaran telepon, siaran internet. org panggil tempat jin bertendang hu3 ( x baik berkata begitu..ape hina sangat ke spesis jin ni sampai bg perumpamaan begitu ha3 )
dlm kepala otak, mcm2 nk tulis di blog. nantikanlah kehandalan mokcik cleaner ni membersihkan habuk dan sawang di blog ni ha3
sekarang ni saya tgh memasang angan2 supaya sakinah jadi seorang perempuan melayu terakhir...wah2..nak bersaing dgn normala shamsudin pulak hahahahahaha
bukan ape...saya ni perempuan yg memang tak reti memasak. x reti juga menjahit. kalau bab kemas2 rumah tu, xde lah setanding eric. family saya gelar saya ni orang 5S- sepah,serabai,serabut,semak,sengal..terokk nyerr status itu.mcm bagussss sgt jer korang, kan?!!! ( baca dlm intonasi yang plg garang!! )
tapi saya tgh pelan2 kayuh la ni nk jd perempuan ke-10 melayu terakhir ha3
saya ni jd malas nk memasak sbb dr kecik mak tak bagi masuk dapur. mak takut kitorang main api. lagi satu mak suruh kitorang belajar je..( tp x pandai2 juga aku ni ha3)
jadi, untuk sakinah saya nak pasang strategi supaya sejarah saya tidak berulang kembali....





kitchen playset


microwave 


mesin jahit





mesin basuh & seterika

tengah cari ayat paling class untuk memujuk sang suami supaya belanja ini untuk sakinah. biar sakinah dapat berjinak2 dengan dunia kewanitaan =)

inilah part of natural parenting..kita bawa anak2 bersama ibubapa dalam mengendalikan rumahtangga. supaya anak2 dapat memikul tanggungjawab itu nanti dengan sebaik mungkin.
chayokk for ummu sakinah dan abu khawlah!!!