Tonsilitis

4 hari sakinah demam.
hari kedua demam, sakinah dah mula refused makanan dan minuman. minum susu pun sikit je.
asyik mengemam mulut je.bila bukak mulut je, air liur keluar bertali-tali.dah mcm gam UHU plak tengok he3.
saya gunakan ubat bontot untuk menurunkan demam sakinah.dalam pada masa tu, saya lap badan dia setiap 1-2 jam. saya kerap mandikan dia. kemudian biarkan dia tak berbaju.supaya cepat turun panasnya.
(2 hari cuti kecemasan nih. hu3 cuti tahunan pun tinggal lagi 4 hari..uwaa..)
malam tadi bawak sakinah ke Klinik Bahiah. Dr.Bahiah kata, sakinah kena tonsilitis.

sedikit sebanyak ttg tonsilitis
tonsilitis ni adalah jangkitan pada tonsil. tonsil ni merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi badan. fungsi dia untuk melawan kuman yang nak menyerang hidung, tekak dan sinuses.
ia disebabkan oleh virus @ bakteria. bakteria yang famous dgn tonsilitis adalah streptococus. ia boleh berjangkit melalui batuk, bersin atau sentuhan.
simptomnya :
- demam, sakit telinga, sakit kepala
- hilang selera makan( sebab akan sakit apabila nak menelan )
- susah nak tidur, bernafas,bercakap
- penat ( sebab tak cukup rehat )
- sakit perut, muntah

untuk sakinah doktor sarankan bagi benda2 yang sejuk. sebab itu melegakan dia.
bagi buah2 yang sejuk, jus buah sejuk, aiskrim, dadih..
jadi saya cuba bagi EBM yang aiskrim..sakinah sukeee =)
doktor bagi juga antibiotik, oral aid.


jus buah yang sejuk amat melegakan..sodapnyerr...


aiskrim susu ibu pun enakk untuk anak yang sakit tonsilitis


dadih susu ibu ..credit to http://norlizaothman.blogspot.com


buah2an sejuk

No comments:

Post a Comment