LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Kak Wan...

saya kenal k.wan tidaklah lama sangat ( umur k.wan 28 tak silapnya.lagi senior dari saya ). baru 2 kali pertemuan saya mengenalinya.Taufik ( suaminya ) dan suami saya kenalan lama semasa di MRSM dahulu. sekali ziarahnya pada Hari Raya Tahun lepas, sekali lagi selepas bersalinkan Sakinah. K.wan dan suami yang sampai dahulu selepas kami keluar dari wad. memang dioarang teruja betul dengan kelahiran Sakinah. lagipun waktu tu, rumah mereka dgn rumah mak ( tym tu berpantang di rumah mak di Sg.buloh ) tidaklah jauh sangat.
orangnye memang lembut,ayu,tudungnya labuh,sedap mata memandang...agak pendiam. ciri2 muslimah akhir zaman tu memang adalah pada k.wan.
untung Taufik dapat K.wan.
k.wan mengajar di UiTM Puncak Alam. x silapnya mengajar fizik.
En.suami selalu juga berhubung dengan Taufik. jadi, dapatlah info yang k.wan dah mengandung. mmg excitedlah derang. due date nya bulan september.
masa syawal hari tu,ada juga ajak En.asben menziarah derang.tapi en.asben pun dah kepenatan, maka x sempat nak ke rumah derang. cadangnya nak ziarah selepas mereka dah dapat baby pertama ni.
hari selasa ( 13 september )..en.asben telefon.tym tu kami dah sampai di opis masing2. kata en.asben " taufik dah dapat anak perempuan...tapi......" berenti sekejap percakapannya.mengambil nafas.berdebar. " anak sakit ke ? anak meninggal ke ? anak x normal ke ? cekap betul otak berjalan.
sambung asben "...tapi isteri dia meninggal, anak selamat..." innaalillahi wa inna ilaihi raji'un....berita diketahui pun di laman facebook Taufik.
sedihnya....sayu hati...
saya terus berhubung dengan salah seorang pensyarah di UiTM Puncak Alam, Sister Fatimah( pensyarah di Fakulti Kejururawatan ). manalah tahu, dia ada dengar berita tentang kematian pensyarah UiTM baru-baru ni.
Sister Fatimah agak terkejut dengan berita ni apabila saya bertanya tentangnya. katanye, pensyarah ni mmg familiar namanye.kalau tak silap dia, pernah berkursus bersama.apepun, dia akan dapatkan info lebih lanjut lagi dari pihak UiTM.
beberapa hari kemudian, suami menghubungi Taufik..
nada kesedihan seorang yang bergelar suami..
pesannya yang terakhir buat suami saya..." tambun, jaga bini ko baik2..sayanglah isteri ko .." ikhlas dari hati seorang suami yang telah hilang sebahagian daripada kebahagiaan hidupnya.hilang tempat berbicara, tempat bermanja,tempat bergurau-senda..
esoknya, Sister Fatimah menghubungi saya..
" Aqilah, betullah. budak tu memang pernah berkursus dengan saya. dan pernah satu kumpulan dengan saya.Ya Allah..sedih betul akak..budaknya mmg baik, lembut"
dari risikan sister Fatimah, ceritanye begini..
K.wan warded di Hospital P sejak 15 Ramadhan lagi til 10 september. K.wan ada history fibroid, kurang darah. memang lama k.wan tinggal dalam wad.  ( Taufik kata sepanjang isterinya di wad, memang dia temankan berbuka, beraya... )
masa k.wan bersalin, keadaan uri dibawah. tapi still buat prosedur bersalin normal. jadi, berlaku pendarahan yang teruk sekali.k.wan sempat cium baby. kemudian k.wan dimasukkan ke operation theatre semula. ( Taufik kata masa ni, dia dah rasa 50-50 dah )..
akhirnya, doktor memaklumkan, isterinya tidak dapat diselamatkan...10.9.2011@7.45 mlm
 saya bertanya pd doktor lain, kalau uri bawah, boleh ke bersalin normal?
prosedur utk uri bawah adalah caesar..kalau normal, akan berlaku pendarahan yang teruk.
adakah ini suatu kecuaian ????
buat masa ini, Taufik masih menunggu laporan hospital untuk memanjangkan kes ini ke mahkamah.
Rata-rata doktor dan kawan saya yang mendengar cerita ini akan berkata " Hospital P memang dh banyak kes. mereka suka merawat VIP.orang awam ni, derang tak pandang lerr "
Paklang saya yang seorang doktor pun,sudah mempunyai 2 history buruk dengan hospital ni. 
buat masa ini, baby diletakkan dibawah jagaan keluarga k.wan di Rantau Panjang.
kata Taufik, dia tak boleh tengok baby.dia akan teringat arwah.emosinya akan terusik kembali...
" Ya Allah, kurniakanlah kekuatan & ketabahan buat Taufik dan anaknya..semoga mereka menjadi orang soleh yang sentiasa dekat padaMu"

untuk k.wan, mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk almarhumah Fauziah Wan.
Semoga syahidmu di medan ini, setara dengan syahidnye pahlawan fisabilillah..Itu janji Allah.

Berdasarkan hadits ‘Ubadah bin Shamit, "Rasulullah pernah menjenguk Abdullah bin Rawahah. (Dikatakan) Ia tidak bergeser dari tempat tidurnya. Rasulullah bersabda, "Tahukah kamu siapa orang-orang yang mati syahid di antara ummatku?" Ia menjawab, "Terbunuhnya seorang muslim (di jalan Allah) adalah syahid." Rasulullah menimpali, "Kalau begitu, orang yang mati syahid dari ummatku jumlahnya sangat sedikit! Seorang muslim yang mati di jalan Allah adalah syahid, mati karena tha'un adalah syahid, seorang wanita yang mati karena anak yang ia kandung (mati saat/setelah melahirkan/anaknya masih dalam kandungan-ed) adalah syahid, (anaknya itu kelak akan menarik(ibu)nya dengan tali pusarnya ke surga." (HR. Imam Ahmad dan selainnya)

..masih segar kenangan bersamamu, k.wan...



1 comment:

  1. menarik...tapi Taufik tidak memanggil saya "dot", dia panggil saya "tambun".
    kesalahan ejaan dalam karangan ini masih ada dan perlu diperbaiki.

    ReplyDelete