Soalan : Adakah selamat untuk ibu yang menghidap Hepatitis untuk menyusukan anak ?
Jawapan :
Hepatitis ada 5 jenis- Hep.A,Hep.B,Hep.C,Hep.D,Hep.E
Hep.A & Hep.E
punca jangkitan adalah terdedah dengan najis, makanan @ air yang tercemar dengan virus Hep.A/Hep.E
virus ini aktif dlm stool ( najis ) orang yang terjangkit.
jadi pencegahan kepada penyakit ini adalah amalan sanitasi yang sempurna ( basuh tangan,bekalan air yang bersih,elakkan makan kerang mentah )
jadi, ia tidak mempunyai kaitan dengan cecair & susu dari breast.
Hep.B & Hep.D
virus Hep.B & Hep.D ada dalam darah,cecair darah,cecair alat kelamin.
jangkitan berlaku apabila orang sihat melakukan hubungan seks atau berkongsi jarum dengan orang yang sudah terjangkit dengan Hep.B.
jadi, ia tidak mempunyai kaitan dengan susu dari breast NAMUN ibu yang menyusukan perlu mengelakkan dari menyusu bayi ketika puting luka & berdarah ( cracked & bleeding nipples )
untuk bayi yang lahir dari ibu Hep.B, digalakkan untuk mengambil vaksin sebanyak 3 dos ( selepas lahir, 2 bulan dan 6 bulan )
Hep.C
jangkitan melalui darah yang terjangkit dengan virus Hep.C.
jadi, ia tidak mempunyai kaitan dengan susu dari breast NAMUN ibu
yang menyusukan perlu mengelakkan dari menyusu bayi ketika puting luka
& berdarah ( cracked & bleeding nipples)
walaubagaimanapun,ibu2 dinasihatkan merujuk terlebih dahulu kepada doktor perubatan untuk maklumat yang lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment