LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

makan soto

hari ni 1st time buat soto untuk encik asben yang sangat tergila2kan cik soto dan pak bakso..selalunyer beli kat gerai depan rumah. ni dah dapat resepi, kita buat jelah soto yerr..jimat belanja. dr breakfast, lunch, dinner..semuanye menu soto.makan sampai cirit ha3


ada bergedil star untuk puteri kita..sakinah
bergedil utk sakinah hanya ada kentang, daun sup, daging cincang,telur. tidak letak garam ye sebab dia budak kecik lagi. =)


nasi impit + bergedil+ ayam + meehun goreng+kicap

RESEPI SOTO

untuk ayam carik
1.  1 ekor ayam ( rebus kemudian dah siap rebus, carik2 kan )

untuk sup
1. bawang merah, bawang putih, halia ( di hiris/tumbuk kemudian tumis sampai naik bau )
2. air rebusan ayam ( masukkan apabila dah naik bau bhn tumis tadi. boleh juga ambil sedikit ayam rebus tadi untuk di letak dalam sup )
3. sup bunjut ADABI ( buka bunjut nye, ambil rempah tu dan tumbuk ). masukkan bahan ni selepas dah masukkan air rebusan ayam.
4. garam

untuk meehun goreng
1. guna suuhun atau bihun. kemudian gorengkan shj sampai jd macam keropok

untuk nasi himpit
1. ambil kampit nasi impit nona/adabi ke ( rebus je sampai jadi nasi impit )

untuk bergedil
1. kentang ( direbus sampai lembut. boleh letak sedikit garam. dah lembut nanti, lenyekkan shj )
2. daging cincang ramlee / daging cincang yg imported dr Australia - saya prefer daging cincang australian ni sebab nak masukkan dlm makanan sakinah. ( gaul rata dengan kentang lenyek tadi )
3. daun sup 
4. bawang ( cincang halus )
5. garam
6. serbuk lada sulah
gaulkan semua bahan dengan rata. kemudian buat lah bentuk2 yang disukai

7. 1biji telur ( pukul telur kemudian celupkan bergedil tadi dalam telur sebelum goreng dalam minyak )

untuk kicap
1. 20 bj cili api
2. setengah cawan kicap manis
3. 3-4 ulas bawang putih
blendkan semuanye...

Selamat mencuba dan menikmati SOTO !!

No comments:

Post a Comment