komen kurang ajar ini kita ambil sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan breastfeeding ini. lagi2 buat ibu yang pekerjaannya 'berat'- contohnya karier berkaitan pesawat atau ship`s boiler room.
untuk tentera2 wanita, ada satu buku yang boleh dicadangkan kepada anda sebagai sumber inspirasi untuk sukses dlm penyusuan susu ibu ini. Roche-Paull, bekas mekanik pesawat tentera laut yang kini sudah menjadi kaunselor laktasi telah menulis buku "Breastfeeding in Combat Boots : A Survival Guide to Successful Breastfeeding While Serving in Militiary "
Beliau kembali bertugas di Oceana Naval Air Station selepas bersalin dan mendapat tuduhan daripada kakitangan wanita bahawa beliau mencuri tulang di masa kerja.
kata mereka "susu formula pun ok untuk baby. kami pun susukan anak2 kami dengan susu formula. ok je "
Roche berjaya menyusukan anaknya selama setahun dan kemudian meninggalkan Navy setelah itu sebagai respons kepada komen bosnya kepadanya.
Kadang2 apabila beliau hendak pergi mengepam, kawan2 sejawat akan menyuruhnya menghabiskan kerja dahulu. untuk berkata TIDAK kepada mereka seakan-akan kita tidak mahu membantu mereka. ia amat menyukarkan beliau sendiri dan adakalanya menimbulkan rasa bersalah padanya.
kemudian dia mengingatkan dirinya tentang kata2 wanita beruniform lain "bagaimana keadaan perokok yang sentiasa ingin memenuhi keperluan diri mereka untuk merokok tanpa memikirkan tentang tugasan rakan yang lain?"mereka sedikit pun tak mempedulikan kerja2 yang belum selesai..asalkan mereka dapat merokok!
Pada bulan Julai, dia mengalami sedikit kesukaran apabila terpaksa ke California untuk mlaksanakan misi di sana selama 3 minggu. jadi dia membekalkan susu buat anak perempuannya sepanjang ketiadaannya dan beliau akan mengepam susu dan membawa balik stok susu tersebut. dan anak perempuannya berjaya di susukan sepenuhnya dengan susu ibu selama 8 bulan.
Amber Wilson, seorang jururawat di Portsmouth Naval Medical Centre. kadar kelahiran bayi di sana adalah 350 bayi/bulan. jadi ia akan membuatkan Wilson berasa bersalah untuk mengambil masa yang lama untuk berehat. jadi ia membuat multitasking. sambil makan-mengepam!
memetik kata2 Rochell-Paull : "Moms need to know they can do this. I want them to know it is possible.
sumber : http://hamptonroads.com/2010/10/military-moms-theres-extra-duty-breastfeeding
No comments:
Post a Comment