LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Hukum penerimaan darah dari Non-Muslim


seronok dapat jumpa buku ini masa cuti di Singapura..sangat terkezut sebab orang saya sbg rakyat Malaysia pun xpernah terserempak dgn buku ni, org Singapore yang berjaya memiliki..ni memang bikin jealous!! alhamdulillah, akhirnye, dapat juga memilikinya..saya AMAT MENGESYORKAN semua orang muslim di Malaysia ni memilikinya sebab kitakan berada dlm masyarakat majmuk 1Malaysia...

jadi, suka saya kongsikan apa yang telah saya dapat dari Ust.Nidzam ini...

TOPIK : PENERIMAAN ORGAN/DARAH DARI NON-MUSLIM
Hukum penerimaan organ adalah HARUS.
ada sebilangan orang yang mempertikaikan penerimaan organ dari non-muslim kerana mereka berpegang bahawa non-muslim itu najis. begitu juga anggapan tidak harus bagi muslim yang menerima darah dari non-muslim kerana darah itu terhasil dari makanan haram bagi muslim seperti bangkai & daging khinzir.
sebenarnya, asas kefahaman ini adalah demi menjaga kemaslahatan agama seorang muslim mak AMAT TIDAK TEPAT jika menghukumkan penerimaan ini adalah HARAM..
alasannye...
1. Kenajisan bukan pada organ
non-muslim dianggap najis dlm Al-Quran. namun ia bukanlah kenajisan pada organ tetapi FAHAMAN IKTIKAD yang tidak sama dengan akidah Islam shj.
2. STATUS MUSLIM/NON-MUSLIM BUKAN TERLETAK PADA DARAH
darah dan organ bukanlah bersifat muslim atau non-muslim.organ badan hanya satu bahagian daripada keseluruhan diri danjiwa manusia.

adakah DARAH NON-MUSLIM itu SUCI sedangkan mereka makan makanan haram pada pandangan muslim ?
TIDAK HARAM nenerima darah dari non-muslim kerana beberapa pertimbangan :
1. darah yang keluar dari tubuh badan adalah najis
darah yang keluar dari badan x kira muslim atau non-muslim adalah najis & membatalkan solat ( contoh: darah pada pakaian )
2. proses istihalah
konsep istihalah : darah yang terhasil sudah melalui proses yang menukar makanan asal. maksudnya, yang diterima masuk ke dalam badan adalah darah  ( walaupun darah tu terhasil dari daging khinzir ), bukanlah daging khinzir itu sendiri.
3. entiti yang berbeza
darah dan makanan adalah entiti yang berbeza walaupun ada kesan-kesannya. dan satu lagi, bukanlah setiap masa non-muslim itu memakan daging khinzir sahaja. mereka juga makan nasi, sayur, buah,ikan,ayam dll.
4. tiada riwayat menjurus kepada pengharaman penerimaan darah non-muslim
memang ada riwayat yang mengatakan setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, nerakalah tempatnya. tapi riwayat ini tidak menunjukkan pengharaman penerimaan darah non-muslim. riwayat ini menjurus kepada aktiviti manusia yang mendapatkan makanan daripada hasil yang haram (berjudi, berzina, mencuri ). ia berkisar persoalan dosa dan pahala.
5. keperluan darurat kesihatan
darah adalah komponen paling utama untuk manusia. tanpa darah, manusia akan mati. jadi sepatutnya, kita mementingkan KUALITI DARAH tersebut. sebab darah boleh menjadi punca jangkitan penyakit ( cth : HIV ). kalau darah ada kuman HIV, walaupun dia adalah muslim, hukum penerimaan darah itu tetap tidak DIBENARKAN.

NOTA : 
jadi pandangan peribadi saya, konsep penerimaan darah dan organ adalah sama sahaja dengan konsep penerimaan susu dari non-muslim. jangan biarkan sikap prejudis kita kepada mereka, menyebabkan kita hilang keadilan dalam menghukum..wallahualam


No comments:

Post a Comment