LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Aiskrim susu ibu

gulp..gulp..apekah tajuk begini ada yek ??
meh saya cetuskan tajuk ini he3..sekadar perkongsian untuk semua apa yang telah saya dapat dari internet. nak tulis di blog ni supaya nanti saya dan anak-pinak saya boleh rujuk resepi aiskrim spesel ni di sini ngeh3


MOMSICLES
pernah dengar tak popsicles ? kita glamerkan nama momsicles plak sebab sumber aiskrim ni dari susu ibu he3


first step : beli acuan popsicles.
2nd step : cair kan ebm ( kalau ada banyak ebm yang nak dibuang tu ) atau guna ebm yang cair shj
3rd step : masukkan chocolate chip/chocolate rice dalam acuan terlebih dahulu
4th step : masukkan susu ibu tadi
5th step : bekukan....
* kalau nak buat momsicles perasa strawberi/mango/chocolate/apa sahaja perisa yang kita mahukan, campurkan perisa ke dalam susu ibu yang cair tadi.





mana nak beli acuan aiskrim ( ni hasil risikan di internet ) : 
1. Kedai kek
2. Brand Tupperware 
3. Kedai DAISO



BREATSMILK SMOOTHIES


bahan2 :
1/2 cawan susu ibu
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
4 cawan ais 
optional : perisa atau buah apa2 shj, pisang, mango,kiwi,strawberi
hiasan tambahan - choc rice, oreo, m&ms

cara2 :
1. masukkan susu ibu, esen vanilla, gula dan ais ke dalam blender
2. blend sehingga menjadi shake.
3. masukkan dalam bekas/bowl kemudian hias mengikut citarasa anda..


BREASTMILK ICE CREAM


bahan2 :
2 plastik yang ada zip-locked ( dua jenis saiz : satu besar, satu kecik )
1/2 cawan susu ibu ( boleh je kalau replace susu ibu dengan susu biasa )
1 1/2 - 2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 tray ice cubes
6 sudu besar garam
glove
**optional - choc chip, perisa syrup dsb

cara2 :
1. masukkan susu,esen vanilla, gula dan perisa tambahan ( kalau ada gunakan ) ke dalam plastik kecik.
2. masukkan ais dan garam ke dalam plastik besar
3. masukkan plastik kecik ke dalam plastik besar
4. pakai gloves
5. goncang sambil menari2 dan terkinja2 dengan plastik bag tu 7-10 minit. ha3 
6. setelah tu gunting bahagian bucu plastik kecik tadi
7. picitkannye ke dalam gelas @ bowl.
8. hias lah dengan sesuka hati - strawberi, choc chip, ceri..

TIPS : masa nak menggoncangkan plastik tu, pasang lagu chicken dance..pastu terkinjalah anda sepuas hati ha3


No comments:

Post a Comment