LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Oreo Ice Cream cake


sepatutnya untuk lebih menarik, di taburkan serbuk oreo di atas cake supaya lebih mengujakan..
tapi untuk makluman, biskut oreo yang di beli telah di ngap sebahagiannye oleh nama yang di rahsiakan ha3
jadi ini sahaja yang mampu dilaksanakan =)

ok..jom kongsi resepi yang amat payahhhhh ini he3

bahan2 :
1 bekas ice cream ( ikut perisa kegemaran anda..)
1-2 peket biskut oreo
1/4 cawan unsalted butter yang telah dicairkan
* pesanan : gunakan loyang yang berkunci dan boleh di angkat 'dinding'nye. 

cara2 nye :
1. hancurkan oreo. ( saya gunakan lesung batu untuk hancurkan disebabkan peralatan yang terhad )
2. butter yang telah di cairkan di gaul dengan serbuk oreo tadi. dan siram dalam loyang sebagai based cake
3. masukkan loyang itu ke dalam peti sejuk selama 10 min untuk mengeraskan butter tersebut.
4. pindahkan aiskrim ke dalam mangkuk/bekas yang besar. kemudian gaulkan aiskrim supaya menjadi sedikit cair.gaul dalam 5 minit.
5. keluarkan loyang yang berisi oreo tadi dari peti sejuk. masukkan aiskrim ke dalam loyang. sapu rata.
6. kemudian puan2 boleh hias mengikut citarasa puan2 ( guna biskut oreo, serbuk oreo, choclate rice atau apa shj yang boleh di terima akal he3 )
7. kemudian sejukkan dalam bahagian freezer selama 5jam.
8. apabila dah beku, dah boleh di potong untuk dinikmati =)

amacam??? senang ke payah ?? he3



1 comment: