LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Ar-Radha`ah ( Penyusuan )



Teringat kenangan masa belajar Pendidikan Al-Quran & Sunnah (PQS) dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) masa f5 dulu. Bila ustazah ajar, dengar tak dengar je.
sekali orang tanya saya, "surah apa yang ada menyebut tentang penyusuan "
gulppp.... ( dah lupa lah..aiseh. baru menyesal tak dengar penerangan ustazah dulu )
jadi saya buka semula buku...



وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُوْدِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَنْ تَسْتَرْضِعُوْا أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُمْ مَا آتَيْتُمْ بِالْمَعْرُوْفِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ


“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban bagi ayah untuk memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf . Tidaklah satu jiwa dibebani kecuali sekadar kemampuannya. Janganlah seorang ibu mengalami kemudlaratan karena anaknya [1] , demikian pula seorang ayah [2]. Dan pewaris anak itu pun memiliki kewajiban yang sama.[3] Apabila keduanya (ayah dan ibu) ingin menyapih si anak sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan dengan musyawarah , maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kalian ingin anak-anak kalian disusukan oleh orang (wanita) lain maka tidak ada dosa bagi kalian apabila kalian memberikan pembayaran dengan cara yang ma’ruf. Bertakwalah kalian kepada Allah, ketahuilah bahwasanya Allah Maha Melihat terhadap apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 233)

[1] Kemudharatan yang diderita sang ibu bisa dengan mencegahnya untuk menyusui anaknya atau si ibu tidak diberikan haknya berupa nafkah dan pakaian atau upah menyusui. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, 3/110, Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 104)
[2] Dengan si ibu menolak untuk menyusui anaknya karena ingin memudharatkan sang ayah atau ia menuntut tambahan dari apa yang wajib diberikan kepadanya. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, 3/110)
[3] Bila ayah si anak telah meninggal sementara anak itu tidak memiliki harta, maka ahli waris anaklah yang menanggung kewajiban seperti kewajiban sang ayah dengan memberi nafkah dan pakaian kepada ibu yang menyusui. (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.104)[4] Bila si anak disusui oleh wanita selain ibunya


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu dan hanya kepada-Allah kembalimu.” (Luqman: 14)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan….” (Al-Ahqaf: 15)


Apa yang dimaksudkan dengan "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan" ?

Dalam tempoh 2 tahun usia anak, susu ibu merupakan makanan terpenting dan utama buat anak-anak. dan kalau merujuk kepada Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, makanan tambahan perlu diberikan mulai umur 6 bulan. ini menunjukkan bahwa susu ibu masih lagi sebagai prioriti utama walaupun makanan tambahan sudah diberikan kepada bayi.         
Setelah usia dua tahun, air susu ibu bukan lagi sumber makanan bagi si anak namun ia telah berpindah  kepada makanan yang lain. Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah berkata: “Apabila seorang anak yang menyusu telah sempurna usianya dua tahun maka bererti telah sempurna penyusuannya. Setelah itu jadilah air susu kedudukannya seperti makanan yang lainnya sehingga penyusuan setelah dua tahun tidak teranggap dalam masalah kemahraman.”[4] (Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 104)

Penyusuan anak adalah fitrah yang telah Allah jadikan buat ibu dan anak tersebut.  kerana Allah lebih mengetahui apa yang tebaik buat si anak dan si ibu. 
Allah telah menunjukkan kita jalan lain sekiranya si ibu tidak mampu menyusukan anak mereka sendiri iaitu dengan ibu susuan. betapa Allah ingin menekankan bahawa susu ibu adalah makanan keperluan dan terpenting buat si bayi. alternatifnya memang ada dan tercatat dalam Kalam Mulia, Alquranul Karim. Terpulang pada kita untuk merenung dan memikirkan ayat tersebut dengan mata hati yang bersih dan jernih... wallahualam

Moby Wrap

sekarang ni saya dah TER-kena demam mobi wrap. ini angkara tengok membe pakai mobi wrap, terus berkenan..nak beli yang original punyer, fikir 2,3 kali. 
hmm...jadi saya dengan dengan mengguna pakai idea inovasi kawan saya ni ( K.erma & Sakinah H..Terima kasih byk2 my dear!  ). di samping itu saya juga cuba cari sumbernya di internet. alhamdulillah saya dapat apa saya nak!! jadi dengan gumbiranya saya nak berkongsi moby wrap saya he3 




masih comot ikatan saya sebab orang baru berjinak2 dgn moby wrap. satu lg, kain ini agak panjang untuk saya yang pinggang kerengga nih ( hah?!! kerengga ke pinggang serangga ha3 )

saya pergi ke kedai kain Jepun ( jauh tuu cari kain untuk moby wrap nih ha3 ).
pastu pilih material yang jenis stretchable ( ada 2 jenis kat situ. lycra @ knit jersey ). disebabkan jersey tu agak panas dan harga pum RM3/meter, saya pun x yakin nak ambil kain tu. jadi saya pilih dari jenis lycra. agak mahal sikit tapi masih berbaloi =)
saya ambil 5 meter untuk kain bidang 60 inci.
part yang leceh adalah nak memotong kain tadi kepada 3 bahagian/3 keping..duhaiii..5 meter..ruang tamu rumah pun tak sampai 5 meter hu3
nasib baik tak sempat berpeluh nak memotong. kalau berpeluh, tentu nak kenakan caj peluh pulak ha3


ni kain yang saya beli ( dark purple & dark brown )
jadi dapat 6 keping untuk kedua2 warna. 
tak sangka ramai pula yang sudi berkongsi kain ini dgn saya..
terima kasih kerana membeli ye =)

nanti kita bercerita lagi tentang pemakaian moby wrap ye.... =)

Tak perlu air masak untuk mereka!!



memang sudah menjadi adat kebiasaan orang-orang kita untuk meminum air masak selepas beraktiviti ( termasuk makan, bersukan, bersyarah dsbnya )
hal ini juga terbawa-bawa kepada bayi kecil dimana ibubapa atau ahli keluarga atau pengasuh memberikan air masak kepada mereka.
sebenarnya si kecil yang berumur 6bulan ke bawah ini tidak memerlukan nestum, bubur hatta air masak pun untuk tekak dan perut mereka. yang diperlukan hanyalah susu ibu.
ini kerana pemberian air masak mengundang bahaya kepada mereka.


KESAN AIR MASAK KEPADA BAYI ??
1. bayi akan rasa cepat kenyang kerana air masak telah memenuhkan ruang perutnya dan ini akan menyebabkan bayi mula enggan menyusu. akibatnya, tumbesaran bayi terganggu dimana badannya tidak cukup nutrien untuk perkembangan tubuh yang sihat.
2. air masak akan menyebabkan tubuh badan bayi kurang menyerap nutrien yang diperlukan oleh tubuhnya. ini kerana sifat air sebagai agen penyingkir. jadi ia akan membawa kepada ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh bayi ( Air masak membuatkan bayi banyak membuang air kecil )


kehadiran air dalam susu formula adalah 80%. maka penggunaan susu formula berbahaya pada umur bayi bawah 6 bulan.


KETAHUILAH KEAJAIBAN SUSU IBU
komposisi susu ibu berubah-ubah : 
pada hari panas ( tengahari ), susu ibu lebih cair kerana ia diperlukan anak untuk menghilangkan dahaga.
pada malam hari, susu ibu lebih pekat berbanding hari panas untuk mengenyangkan bayi.
subahanallah..cantik sungguh ciptaan Allah..sebaik-baik ciptaan, sesempurna kejadian...
Jadi susu ibu adalah makanan dan minuman terbaik dan terlengkap untuk bayi bawah 6 bulan.


sumber rujukan : Jabatan Kesihatan WPKL, homemade baby food recipes



Pengambilan ubat untuk ibu2 menyusukan

ni soalan lazim yang selalu saya terima, yang selalu saya ternampak di forum. jadi saya pun telah menggeledah ( fuhh!! dahsyat ayat ha3) mini perpustakaan Jabatan Kesihatan tempat saya  kerja. jadi suka untuk saya kongsikan ilmu ini..

Ibu dilarang menyusukan bayi jika mengambil ubat-ubat di bawah :
1. ubat anti-kanser
2. ubat yang mengandngi radioaktif
3. Ubat psikiatrik dan anti kekejangan
4. pengambilan dadah jenis barbiturat & diazepam
5. Sulfonamides
6. Dapsone
7. Sulfamethoxazole+trimethoprin (cotrimoxazole)
8. sulfadoxine+pyrimethamine (Fansidar)
9. antibiotik - cloramphenicol, tetracyclines, metronidazole & quinolone ( spt Ciprofloxacin )

kalau ubat2 ini, penyusuan masih boleh diteruskan dan ia selamat pd dos biasa
1. Analgesik : pengabilan singkat parasitamol, asid asetilsalisalik,ibuprofen, dos sekali-sekala morfin & pethidine
2. Antibiotik : Penisilin, klozasilin, 'erythromycin' dan ubat2an berkaitan
3. Antihistamin, antasid, digozin, insulin, bronkodilator, kortikosteroid, antihelmintik, klorokuin, antitubekular, antileprotik & antihipertensif

Tips meminimumkan kesan ubatan2an ketika menyusukan bayi 
- elak menyusukan bayi ketika kepekatan ubat di tahap paling tinggi
- jika ubat2an memberi kesan sampingan perlu diambil, berhenti menyusukan bayi untuk sementara waktu dan sambung semula kemudian 
- elak guna ubat sedatif semasa sakit hendak bersalin dan ketika bersalin.
jika penyusuan tetap juga diteruskan, kesannya baby tidak cergas dan mengantuk atau sangap ( bak kata Johorian =) )

sumber : Sentuhan Kasih, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, Utusan Publications & Distributor SB, 2006

PUTING TIRUAN ( PACIFIERS )


anak saya suka sangat mengombeng/bergayut sampai luka nipple saya. saya nak bagi dia puting ok ke ?
baby2 comel kita dilahirkan dengan kesungguhan untuk menghisap. sebab ada di antara anak2 kita ni, memang menghisap jari sejak dr dalam perut ibunya ( saya belum ada pengalaman melihat sakinah menghisap jari dlm perut ) baby ni tak semestinya menghisap sebab nak makan/minum, mereka menghisap sebab mereka nak legakan diri mereka.puting ini hanya sebagai -peacemaker ( pelega ). sungguhpun begitu, tiada yang dapat memuaskan mereka selain breast si ibu. tak caya tengok anak2 kita bila dpt breast ibunya. matanya lalok je.layann habisss dia he3
sebab kenapa kita perlu elakkan puting ( lebih2 lagi di awal2 kelahirannya sebab pada waktu ini baby tengah nak belajar untuk melekap & menghisap pada breast )
1. Puting adalah nipple tiruan 
  gerak-gerik menghisap puting dan menghisap breast adalah berlainan. itu yang anak2 keliru puting.
2. bayi yang diberikan puting sebagai menggantikan penyusuan akan mengakibatkan masalah  berat badan ( berat tak naik )
3. tanpa rangsangan dari hisapan bayi, penghasilan susu akan jadi tidak teratur. hisapan bayi yang terakhir pd breast ibu sebenarnya membentuk penghasilan susu yang baru.
4. kajian yang dibuat dalam jurnal perubatan Paediatrik menunjukkan ibu yang memperkenalkan puting pada 6 minggu pertama kelahirannya, akan menyumbang kepada pemberhentian pemberian susu ibu.
Alternatif kepada puting tiruan ???
dicadangkan baby di berikan jari kita yang bersih untuk dihisap ( kalau nipple sakit )
atau...
selesakan kondisi anak kita melalui aktiviti bersamanya - baby-walking, letakkan baby di dalam sling bag, tepuk2 manja di bahagian belakang anak atau buat skin-to-skin contact dgn daddy nye.
set dalam minda kita bahwa TIADA KURANGNYA PADA HUMAN-PACIFIER ( breast si ibu ). kita mahukan anak2 kita belaja mencari keselesaan melalui orang, bukan menerusi plastik! Tabiat menghisap ini akan berkurang dari masa ke masa. jangan risau ye ibu-ibu... dalam pada itu, NIKMATILAH SAAT2 ANAK BERADA DALAM DAKAPAN  & MENGHISAP BREAST KITA... saat itu tak mungkin berulang kembali dan kita pasti merindui saat2 itu...jom kita ENJOY!!! ( trademark cerita PUTERI ) he3
sumber : Dr.Sears

Nursing wear

apabila kita decide nak breastfeed, mulalah kepala berpusing-pusing mencari bajet untuk beli baju nursing, tshirt nursing, baju dlm nursing..kalau nak kira kos nya, mmglah terasa kosongnya poket nanti hu3
baju nursing bukannya murah. lepastu nak kena beli banyak-banyak. kita ni bukan semua mampu kan...kan..=)
jadi saya nk kongsi tips untuk penjimatan membeli nursing wear.


1. beli nursing intimate wear.




ni dr autumnz collection. harganya dlm RM25-RM35..
kalau beli yg ni 3 helai pun dh cukup. then boleh guna pakai dgn baju2 yang x nursing. bila kita kena angkat baju kita utk bf, inner ni msh blh cover aurat kita ( dari menampakkan perut ). di bahagian dada inner ni, ada bukaan utk memudahkan bf.

2. beli baju blouse biasa yang ada butang depan



kebiasaannya baju yg tlh dikategorikan sbg NURSING WEAR, harganya akan 'naik' sikit. klu blouse biasa/ kemeja wanita ( butang dpn ) harganya msh affordable berbanding nursing wear. lg 1, kdg2 blouse2 ni cantik dgn corak2nya. 
tp apepun semuanya bergantung pd bajet seseorang.
saya ketengahkan idea ini sbb ada diantara ibu yg merungut utk bf sbb byk kos utk membeli baju.
hrp dpt membantu kalian...

cara merawat bayi demam


tuam kepala sakinah dgn tuala bsh




hari ini sakinah demam lagi. malam semalam pun dia demam. tp bila siang, dia ok je. bila bwk pergi klinik, suhunya 36.6 oc. mlm tadi demam nye dtg semula. bila check, suhu dia 38.9 o C. Terus bawak ke Al-Islam Specialist, Kg.Baru.
kali ni doc check, suhu dia 39oC. jadi, doktor masukkan ubat bontot dan bagi ubat demam, ubat batuk ( sebab tekak dia merah sikit ) dan vitamin.


ketika melalui kondisi anak demam ni, mak bapak mmg kena berkorban. kena mengelap bdn anak selalu.
untuk menurunkan panas bdn anak, ikuti langkah ni :
1. pantau suhu anak ( berjaga-jaga apabila suhu >37 darjah celcius )
2. pastikan bilik tidak terlalu panas.
3. tanggalkan bajunya 
4. lapik tempat tidur anak dgn kain tuala @ tikar getah bayi
5. lap badannya dengan air suam menggunakan span. ( lap muka, leher dan tangan anak )
6. biarkan kulit dia kering sendiri.
7. ulangi mengelap badan anak setiap setengah jam.
8. terus pantau suhu ( jika suhu msh melebihi 38 darjah celcius, rujuk pd doktor )


semoga sakinah cepat sembuh. semoga malam ni sakinah dah tak demam...

ke taman bersama anak

hari ini ayah cha ( cha :anak buah dan mentor sakinah.) pergi ambil kereta baru ( yeay..yob dpt kete baru ye he3)..cha nk ikut ayah dia tp ayah dia tak bagi sebab susah nak bawak. cha pun melalakkkkkk.... (owh saya tak boleh dengar tangisan anak begitu.saya simpati)
saya pun bawak kedua2 anak saya ke taman permainan demi memujuk kesedihan yg melanda hati si kecil.


she`s so adorable and clever girl...


cha x dapat nak bergelongsor sebab gelongsor tgh basah..( baru selesai hujan lebat)


dia mmg suka dgn lensa


si kecik ni xdapat nk menjejak tanah. nanti lain masa kita bawak kanvas @ tikar besar, kinah merangkak lah sepuas hati di taman ye =)

ekor mata sakinah x lepas dr melihat gelagat mentor nye..


ni pun budak yg 'sensitif' dgn lensa..


tengok betapa comel dan pandainye dia bergaya.. 



inilah kesayangan mama..semoga menjadi anak2 yg solehah.


dia seorang anak yg gigih..cha gigih menaiki tangga.biar lambat, asal tiba, asal dia belajar menaiki tangga, asal dia belajar untuk gigih berusaha..

pelajaran untuk cha dan sakinah :
saya mengajarkan mereka dengan benda2 sekelilingnya yang ada di teman.
POKOK, LANGIT, BATU, DAUN.
dapat idea batu sebab cha tersepak batu. 
cha memang budak cerdik. dia boleh sebut semula benda2 tersebut wpun pelat. dan dia juga boleh tunjuk benda2 tersebut apabila disebut. is it brilliant right ???
u`re brilliant n clever girl. mama always pray for u girl..

ajarkan anak kita dengan perkataan baru. 
jangan letih untuk mendidik anak. kenalkan anak dgn alam sekeliling ciptaan Allah.

kenali cik B kita

suka saya untuk berkongsi tentang kepelbagaian bentuk dan jenis cik B dan nipple. Allah jadikan manusia penuh kepelbagaian/variasi.
dan untuk makluman ibu2, apa jua bentuknya...nasi lemak 50 sen ke, nasi berlauk RM7 ke, buat tembikai ke ( ni istilah2 yang org bagi.bukan saya ye he3) , SEMUA IBU MAMPU MENYUSUKAN ANAK MEREKA
teringat saya kata seorang penceramah " zalimlah Allah itu jika dia menjadikan ibu yang melahirkan anak itu tanpa susu. kerana ia bukan fitrah dan sunnatullah. "
 cuma saya akui, masing2 mempunyai kesukaran masing2. Tapi NAK atau TAKNAK sahaja.




sumber : google images


jenis2 nipple dan cik B.manakah kita punya ?? ( shhh, jawab dlm hati je ye he3 )

FLAT NIPPLES 
nipple ni boleh berubah juga semasa kita mengandung. ( keajaiban Allah..subhanallah ). waktu mengandung kita x perlu bersusah payah nak buat mcm2 trhdp nipple kita. dulu masa mengandung saya pun ada terikut petua yg org turun temurunkan pd saya. suruh tarik2 masa mandi lah..tym ni xde ilmu lg ttg BF. dan attend course Bf baru taw..hu3
kadang2 kita je perasan sendiri  je yg dgn flat nipple kita ni baby xboleh nak hisap ( andaian ibu je ni...) tp bila suap kt baby, pandai je di suck..( pandainye baby...)


INVERTED NIPPLES
tidak jadi masalah sangat sebab baby perlu latch pd breast bukan pd nipple
buat skin to skin contact dgn baby (ibu dan anak menyentuh kulit satu sama lain di bahagian dada ibu ). then biarkan anak tu explore breast ibu dan dia akan ngap!! he3 

LONG / BIG NIPPLES
kalau jenis ni memang kena usaha lebih sedikit. tapi jgn risau. apa yg kita USAHAKAN PASTI BERHASIL, insyallah... *hug for diz types of mommies*
bila nipple panjang/besar, susah sikit baby nak masukkan breast ke dlm mulut. baby ni seakan menghisap nipple je ( hisap nipple mmg x keluar susu )
kaedah yang diperlukan : 
1. posisi yang sesuai dan selesa untuk bayi & ibu
2. kalau xdpt juga nak susukan begini, ibu kena express (perah/pam) susu. bagi baby minum tru cawan. ( ohh mulia nya hati ibu yang sanggup bersusah payah utk ini. memang syurga buatmu oh,ibu...) dr masa ke masa, mulut baby akan membesar dan pd masa tu kita boleh offer utk hisap susu secara direct.


SORE NIPPLES
masalah ni selalu berlaku sebab anak menghisap susu dgn cara yang kurang betul. dan kemungkinan juga disebabkan jangkitan kuman (candida) dr mulut anak ke nipple ibu. 
cara nak atasi : perbetulkan semula cara menyusukan bayi ( posisi dan cara perlekapan)
sore nipples  boleh dirawat dgn menyapukan susu kita pd kwsn nipple. ( lebih alami =) )
rujuk pd doktor utk merawat jangkitan kuman di mulut anak.


sumber : google images


sumber : google images

1. sapukan susu ibu pd nipples setiap kali slps menyusukan anak.
2. tuam breast & nipple dgn tuala suam utk mempercepatkan Let Down.
3. keluarkan nipple dr mulut baby yg dah tidur dgn sopan ( jgn rentap ye ! )
amaran : jgn basuh nipple dgn sabun sbb ia akan menyingkirkan 'natural oils' pd nipple.


JANGAN SESEKALI MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ( alasannya, nk bg breast rehat )
JANGAN HADKAN KEKERAPAN DAN MASA PENYUSUAN 
JANGAN LETAK APA2 UBAT PD NIPPLE (alasan supaya cepat sembuh )
TAK PERLU MENGGUNAKAN NIPPLE SHIELD


IDEA PENYIMPANAN SUSU IBU

ini cara saya nak untuk simpan stok EBM..



masa awal2 guna bekas dadih & botol..
kemudian tukar method.
alasan : 1. ruang DF yang terhad.
2. nak jimat belanja beli botol banyak2



tukar kepada penggunaan plastik ni
sejak supplier dah migrate ke oversea, dah susah nak dapat barang.


kali ini guna plastik YHAB 
beli kat onebabyworld
dah seal, seang nak baringkan EBM ni..



nilah sealer yang saya guna untuk seal plastik YHAB.
saya gemar men'flat'kan EBM saya.sebab boleh susun tegak2 mcm buku. nampak kemas sikit.
saya beli kat kedai Serbaneka Mr.DIY, Salak Selatan. 
harga RM 23 ( siap bg harga lg..ngeh3 )

mari membentuk anak2 yang soleh dari ibubapa yang soleh...

tangan saya di wajibkan untuk terus cari dan menggeledah tentang Islamic Parenting.
saya bukan ibu yang hebat tapi saya mahu MENJADI IBU YANG HEBAT.
itu cita2 saya. tak mengapa x kesampaian asal saya pernah bercita2 tentangnya. daripada kita tidak pernah bercita2 dengannya.

pencarian hari ini, suka dan amat teruja untuk saya kongsikan dan simpan dlm khazanah berharga dlm blog ini untuk dijadikan rujukan saya dan suami juga panduan buat ibubapa yang lain.

anda ingin anak anda mendampingi Quran ?
anda ingin anak anda akrab dengan Quran ?
anda ingin anak anda menjadi Quran bergerak ?

catatannya ada di sini http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/.... blog yang amat mengkagumkan jiwa saya..

SURAT DARI ANAK BUAT IBU...





ibuku tersayang,
Terima kasih kerana melahirkanku ke dunia ini. Aku bahagia mendengar suaramu, merasai kehangatan dakapanmu, keselesaan perlindungan yang kau berikan. Benarkan aku bersamamu sepanjang masa supaya aku dapat menyusu susumu pada bila-bila masa aku menangis.






Yang aku perlukan hanyalah kolostrummu ibu. semasa menyusu, kau berikakanku kehangatan, keselamatan, makanan dan minuman. aku tidak perlukan air atau nestum. aku juga tidak memerlukan tambahan susu formula. semakin banyak kau menyusuiku dengan susumu, semakin banyaklah ia mengalir untukku.


harap kau bersabar sekiranya aku masih belum dapat menyusu dengan baik. memang aku perlukan masa untuk menyusu dengan sempurna. susumu memberikan permulaan yang terbaik untukku menerokai dunia yang luas ini. jika kau berasa tidak selesa, mintalah bantuan jururawat  atau Kaunselor Laktasi. mereka akan membantumu meletakkan tubuh kecil ini pada kedudukan yang baik didadamu. tidak perlu kau melihat jam untuk mengetahui masa menyusu yang seterusnya atau berapa lama sudah aku menyusu.


semakin banyak kau memberikan susu, aku akan terus terlindung daripada jangkitan, sakit jantung, kencing manis, ekzema dan lelah. ia juga membantu perkembangan rahang dan otakku. ibu, aku mahu membesar dengan kuat, bijak dan sihat.


SUSU IBU SENTIASA MENJADI YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU.


** petikan dari Buku Ibu & Anak,Edisi Khas sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2001

Ramadhan bulan tarbiyah

wah, kalau datang mood menulis dan masa pun ada kelapangan, x berenti nak menulis ( sehari sampai 3-4 entry )..mabuk blog ni ha3
saja nak bercerita..sebab saya tahu kekasih hati saya yg 'malam' ( istilah yang saya gunakan bila mengusik inchik asben sbb dia hitam manis ha3 ) itu, suka membaca tulisan saya.
en.asben banyak cakapnye, bernas juga kata2nya..tapi sayang..
dia bilang pada saya " dia x pandai menulis "
saya ni yang xpandai berkata2, x pandai berbicara..( erkkk betul ke nih? mcm tipu ayat ini ha3 ), tp saya suka menulis. mulut saya dipindahkan ke jari dah ni hua3
back to the topics...
sekadar nak bercerita Ramadhan kali ke-3 dgn en.zaidee.
ramadhan 1st-pengalaman keguguran kandungan pertama
ramadhan 2nd-pengalaman mengandungkan sakinah
ramadhan 3rd-pengalaman menyusukan sakinah & perubahan kami.
apa yg best ramadhan 3rd ni..
suami ckp azam dia, xnak beli mknn di bazar ramadhan
azam isteri , xnak marah2,xnak bercakap yg x elok2 spjg Ramadhan ( paksa si dia setuju jugak dgn perjanjian ni ha3 )
hari pertama, kecundang jugak. yelah kitorang ni spesis garang2 ha3 ( garang taw ai ni..kui3 )
puasa kedua...alhamdulillah berjaya.
puasa ketiga..allahuakbar..berjaya juga.
si dia yg garang tu mcm x pandai dh nk marah2.
si isteri yang cengi ( betul ke eja cmni, org utagha?? )ni mcm muslimah akhir zaman je ( konon lah tu..ayat x logik again ha3 )
saya suka bila suami begini..
dulu bila suami tanya " sayang sayang abang tak "..saya cukup malas nk jawab.sbb kdg2 dia ni menggeramkan saya..grrr..apa yg saya jwb " insyallah kot.tanyalah esok ye" ( patutlah hari2 tanya.sebab saya asyik suruh dia tanya esok ha3 )
tapi sejak situasi jd mcmni..saya nak jawab seikhlas hati..i love you very much la,my dear.
sekarang dia dh pandai menguruskan kain baju kotor.
dia dh pandai nk sukat sabun basuh baju.
dia dah pandai bangun awal.
dia dah pandai x sambung tido lps alarm hpnyer berbunyi jam 4.30pagi.
x lupa juga, dia dh pandai vacum rumah, bersihkan kipas angin ( kitorg x guna penyapu, guna vacum machine.isshh moden betul )
to my bed-partner, my life-partner...
perubahan ini amat mengharukan isterimu..
amat membahagiakan isterimu..


setiap pagi, dia akan peluk dan cium anak isterinya. dia bgtau, penceramah motivasi kata..kalau kita peluk isteri selalu, panjang umurnya.
kemudian dia tambah " abang nk panjang umur..boleh kawin lagi "
yang ini saya rasa nk bg singa peluk dan baham dia.



dia memang suka tido..



ni lah mamat romeo yang menjadi madu juga hempedu buat saya.
dialah pahitnye, dia jugalah manisnye..

2 my husband, blk rumah ni tolong buat
BASUH PINGGAN, CUCI DAPUR, KEMAS RUMAH, MOP RUMAH, KEMAS KATIL, LIPAT BAJU, MEMASAK, SIDAI KAIN 
( ini sudaa lebay ye ha3 )

ANA UHIBBUKKA FILLAH YA ZAUJI....

Islamic Parenting

apa beza islamic parenting dan natural parenting ??
dari hasil pembacaan saya, natural parenting itu terbit dari islamic parenting yang telah diajarkan oleh Islam buat umatnya. kemudian ia telah diakui oleh penyelidik Barat dan mereka menyesuaikan nama Islamic Parenting dengan Natural Parenting. 

suka saya untuk men-copy paste kata2 dari seorang pendakwah indonesia Ibu Izzatul Jannah. saya terjemahkan ke bahasa ibunda kita ye. moga kerahmatan ke atas beliau di atas perkongsian ilmu yang diberikan...



" keluarga kita adalah sebuah sekolah, tempat untuk menimba ILMU dan CINTA, juga tempat untuk belajar untuk menebarkan cinta antara satu sama lain. dalam mendidik anak, masing2 mempunyai cara yang berbeza kerana anak2 mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri, jadi tidak sesekali kita perlu samakan cara didikan itu. tapi dalam mendidik anak ini, kita tentu akan berdepan dengan trial n error berkali2.
mendidik anak adalah pekerjaan HATI. 
sarana saya, duhai ibubapa...bersihkanlah dan perbaikilah hatimu sentiasa dalam proses mendidik anak2 kita. hati yang bersih lagi ikhlas sahaja akan membuahkan hasil yang 'BERSIH' juga ( ini ayat saya ye =) )


ibubapa yang perlu mencorakkan kain putih ini ..


point2 dari ibu Izzatul Jannah yang dapat kita (para ibubapa/calon ibubapa ) dapat tunaikan dlm mendidik anak :
1. menyedari bahawa anak adalah salah satu pintu syurga buat kita (  sebab anak2 di bawah tanggungjawab kita untuk kita corakkan mereka. kalau soleh mereka, tersenyumlah kita duhai ibu ayah.. )
2.menyedari bahawa anak2 berhak ke atas CINTA dan KASIH SAYANG kita.
3. Menyedari bahawa tingkahlaku kita sentiasa menjadi cerminan buat mereka. ( Ya Allah, lindungilah kami dari semua perbuatan2 yang mungkar )
Surah As-Shaff: 2-3 : Ketika kita menyarankan sesuatu tapi diri kita tidak mengerjakan, maka sangat besar kemurkaan Allah pada kita...
betapa banyaknya, kita suruh anak buat..tapi kita tidak pun berbuat.
kita suruh anak jangan berbohong, tapi kita juga yang berbohong padanya.
kita suruh anak makan duduk, tapi kita juga yang makan berjalan 
Kita suruh anak tidak meninggikan suara, tapi kita yang lebih2 menjerit apabila berkata.
( Astagfirullah...kadang2 saya pun bersikap begini..aku insaf apabila tringat surah As-Saff ini. nak pegang ayat ni sampai bila2 )
cara untuk melaksanakan 3 point di atas..sesungguhnya ia memerlukan panduan iman dan keikhlasan. kerana dari iman, timbulah sebuah kesedaran.
4. mendidik anak mengikut peringkat
    0-7 tahun  : mengASUH, meLAYANi,meCINTAI dangan CINTA setulus hati,   jadikan ia RAJA/PERMAISURI
    7-14 tahun : Ajari ke DISIPLIN, BATASAN dengan komunikasi yang berkesan
   14-21 tahun : jadikan dia TEMAN DISKUSI 
   21 tahun ke atas : percayakannya untuk MENGAMBIL KEPUTUSAN
kalau kita dah berikan didikan, tarbiyah yang cukup dan optimal, insyallah anak kita bijak dlm membuat keputusan.
5. lakukan aktiviti rutin bersama2 dengan anak, seperti : 
     - main bersama
     - saling bertukar doa
     - cerita, share pengalaman,mendengar luahan rasa anak sebelum tidur 
     - belajar bersama
     - punya buku harian bersama
6. Kebersamaan membuahkan CINTA dan KEPERCAYAAN
akhirnya, soalan yang dilontarkan...
a) apakah kita menjdai orang pertama yang menjdai teman curahan hatinya ( tempat untuk mengadu rahsia hatinya )
b) apakah kita sudah cukup tahu tentang seluruh perkembangan diri anak2 kita ( psikologinya, fizikalnya, perkembangan otaknya )
c) apakah dia dengan secara terbukanya mengungkapkan kekesalan hatinya pada kita?
CINTA dapat menumbuhkan. dengan cinta kita dapat saling menerima satu sama lain seadanya, fahami keadaan anak dengan kata2nya, di waktu anak hilang motivasi diri, kita yang perlu bangkitkan kembali.