LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Pengambilan ubat untuk ibu2 menyusukan

ni soalan lazim yang selalu saya terima, yang selalu saya ternampak di forum. jadi saya pun telah menggeledah ( fuhh!! dahsyat ayat ha3) mini perpustakaan Jabatan Kesihatan tempat saya  kerja. jadi suka untuk saya kongsikan ilmu ini..

Ibu dilarang menyusukan bayi jika mengambil ubat-ubat di bawah :
1. ubat anti-kanser
2. ubat yang mengandngi radioaktif
3. Ubat psikiatrik dan anti kekejangan
4. pengambilan dadah jenis barbiturat & diazepam
5. Sulfonamides
6. Dapsone
7. Sulfamethoxazole+trimethoprin (cotrimoxazole)
8. sulfadoxine+pyrimethamine (Fansidar)
9. antibiotik - cloramphenicol, tetracyclines, metronidazole & quinolone ( spt Ciprofloxacin )

kalau ubat2 ini, penyusuan masih boleh diteruskan dan ia selamat pd dos biasa
1. Analgesik : pengabilan singkat parasitamol, asid asetilsalisalik,ibuprofen, dos sekali-sekala morfin & pethidine
2. Antibiotik : Penisilin, klozasilin, 'erythromycin' dan ubat2an berkaitan
3. Antihistamin, antasid, digozin, insulin, bronkodilator, kortikosteroid, antihelmintik, klorokuin, antitubekular, antileprotik & antihipertensif

Tips meminimumkan kesan ubatan2an ketika menyusukan bayi 
- elak menyusukan bayi ketika kepekatan ubat di tahap paling tinggi
- jika ubat2an memberi kesan sampingan perlu diambil, berhenti menyusukan bayi untuk sementara waktu dan sambung semula kemudian 
- elak guna ubat sedatif semasa sakit hendak bersalin dan ketika bersalin.
jika penyusuan tetap juga diteruskan, kesannya baby tidak cergas dan mengantuk atau sangap ( bak kata Johorian =) )

sumber : Sentuhan Kasih, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, Utusan Publications & Distributor SB, 2006

No comments:

Post a Comment