LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Part 1 : Penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya menurut perspektif Islam

Bismillahirrahmanirrahim..
Saya mohon maaf byk2 kerana rakaman video ceramah oleh Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin x dapat saya  kongsikan disini memandangkan terdapat kekurangan semasa rakaman tersebut. Namun begitu saya akan kongsikan ceramah beliau dalam bentuk penulisan. Semoga ia bermanfaat buat kita semua...


*********************************************
Wanita mempunyai status yang tersendiri. Sebab itu di dalam Islam, ibu yang menyusu, ibu yang melahirkan, ibu yang mengandungkan di puji didalam Al-Quran, dipuji di dalam hadith dengan pujian yang sangat hebat, sangat melambung2.
Subhanallah, subhanallah..
Jadi kita bertuah menjadi wanita, bertuah menjadi isteri, bertuah menjadi ibu, bertuah menjadi nenek & lelaki2 yang berada di dalam majlis ini, lelaki yang kita perlu tabik kerana mereka adalah golongan yang dipuji oleh Rasulullah sebagai
" Lelaki yang mengambil berat urusan wanita, mereka itulah lelaki mulia "
Subhanallah, Subhanallah.


Rasulullah berkata ' Lelaki yang menghinakan wanita adalah lelaki yang hina' . Begitu sekali Islam mengangkat darjat & kemuliaan seorang wanita. Jadi, jangan sesekali kita masih simpan minda yang telah di programkan oleh musuh2 Islam yang mengatakan tugas menyusukan, mengandungkan, melahirkan satu tugas yang menghinakan wanita.
Islam meletakkan satu kemuliaan, satu penghapus dosa ( kaffarah )..umpama bayi yang dilahirkan semula. Kita lalui sakitnya bersalin, bersusah-payah untuk menyusukan bayi kita.


Mari kita lihat pegangan Islam terhadap wanita bekerjaya. Hukum wanita bekerjaya adalah harus ( dibolehkan ). Bukannya haram. Walaupun kedudukan asal wanita itu adalah didalam rumah suaminya, mendidik anak, menguruskan rumahtangga, tetapi untuk keluar bekerja harus hukumnya, di bolehkan, tak berdosa asalkan wanita itu jelas tugas utamanya iaitu memberikan yang terbaik untuk keluarga. Itu tugas utama wanita. Mendidik generasi. Asalkan wanita itu menjaga adab & batasan. Keluar bekerja dengan amanah  & kepercayaan suami, maka tak bolehlah untuk bermain kayu tiga, curang. Allah Maha Melihat.


Dan jika kita tengok dalam sejarah Islam, kita ada Khadijah, contoh usahawan yang hebat peringkat antarabangsa. Kita ada Zainab bt Jahsyi. Kepakaran Zainab ini adalah dalam menyamak kulit. Bila dia samak kulit, jual di pasar, beliau mempunyai sumber kewangannya tersendiri. Dan dia boleh bersedekah, memberi sumbangan berbanding isteri2 Rasulullah yang lain. Itu kelebihannya. Sehinggakan Zainab diberi gelaran special dari Rasulullah iaitu ' Si Panjang Tangan'. Kalau dalam masyarakat kita, panjang tangan ni kuat mencuri tetapi dalam masyarakat Arab, panjang tangan maksudnya wanita yang kuat sumbangannya.
Itu specialnya wanita yang bekerjaya. dan seterusnya kita ada Asma' bt Abu Bakr. Asma' bt Abu Bakr Al-Siddiq ini tugasnya membawa bijian kurma dari kebun suaminya ke suatu tempat dengan jarak yang agak jauh. dan dia terpaksa keluar dari rumahnya. Itulah kerjaya Asma'.


Dan seterusnya, banyak lagi contoh.Seperti di zaman Umar, beliau melantik seorang wanita untuk menjadi Menteri Pemasaran. bukan jawatan yang kecil2 sahaja. wanita kalau ada kepimpinan boleh jadi ketua organisasi, Adun, terlibat dengan politik. Tiada masalah, dibolehkan, dalam batasan harus.
Islam meraikan kebolehan individu yang berbeza. Wanita yang mampu mengangkat senjata walaupun ia bertentangan dengan fitrah wanita yang lembut ..tapi kalau ada kemampuan, dibenarkan untuk mereka menjadi polis, askar..di bolehkan. Sebab itulah didalam sejarah Islam, kita mempunyai Khawlah Al-Azwar. Seorang wanita yang meluncur dengan kencang di medan perang dan menebas musuh satu persatu.Sebab dia seorang mujahidah yang kuat. Sesungguhnya Islam meraikan kebolehan yang berbeza2.


Orang kata duit bukan segala2nya, tetapi hari ini segala2nya perlukan duit.
Kita tengok Kerjaya..nak mulakan bisnes, perlu ke tak perlu kan duit ?
Perlu duit untuk modal.
Kita nak buat simpanan, sudah tentu perlukan duit.
kita nak buat yang terbaik untuk keluarga, perlukan duit.
kita nak berikan sumbangan, dah tentu perlukan duit.
Nak guna untuk pendidikan, untuk kemajuan diri. pergi kem itu ini untuk mengasah 'skill' kita, perlukan duit.
nak menjaga kesihatan diri kita, nak jumpa ' dentist'  dan sebagainya perlukan duit.
Nak kebahgiaan rumahtangga, perlukan duit. Untuk hiasan dalaman rumah supaya rumah kita cantik, nak ada perabut sedikit untuk kesenangan keluarga kita, perlukan duit.
Dalam agama kita sendiri, nak solat perlu tak duit ? Sudah tentu..untuk membeli pakaian yang menutup aurat.
Nak puasa, perlu tak duit ? Perlu duit untuk membeli makanan untuk berbuka dan bersahur.
Pergi haji, perlu tak duit ? Dah tentu, nak beli tiket kapal terbang.
Nak bayar zakat, perlu ke tak perlu duit ? Dah tentu sangat perlu.
Memang nak atau tidak, dalam kehidupan kita, kita memang perlukan duit. 
Kita raikan dan muliakan wanita bekerjaya ini walaupun sebenarnya wanita ini boleh memilih untuk duduk di rumah. Tetapi kita melihat kepada maslahat umum, keperluan dunia hari ini, maka Islam meraikan wanita yang bekerjaya. 


Tugas utama seorang wanita yang saya sebutkan tadi adalah MENDIDIK GENERASI.
Al-Hafiz Ibrahim, seorang ulama' berkata " wanita ini ibarat sekolah. Kalau kita persiapkan sekolah ini, ibarat kita mempersiapkan satu generasi yang hebat di masa depan."
Sebab anak2, mula2 dia celik mata, dia lihat wajah ibunya, senyuman ibunya dahulu. Itulah guru pertama mereka.
Dan mendidik generasi, termasuklah memberi segala yang terbaik untuk keluarganya. 


Jangan kita biarkan anak kita kehilangan ibu.
Dunia ini boleh bahagia kalau tiada arkitek wanita, jurutera wanita.
Tapi dunia takkan sesekali bahagia jika tiada ibu.



Apabila kita keluar bekerjaya, kita anggap bahawa kita berkorban untuk keluarga kita. Hakikat yang sebenarnya, anak2 kita sekarang ini sedang berkorban. Sepatutnya mereka dapat pelukan kita, mereka dapat susu yang terbaik dari kita, mereka dapat masa yang banyak bersama kita,  tapi mereka terpaksa berkorban. Mak ayah mereka ada keperluan, perlu sumbang kepada masyarakat. Semua anak berkorban di rumah.
Tanda terima kasih kepada pengorbanan anak kita, kita kena beri segala yang terbaik untuk dia.
Apabila kita pulang kerja, walaupun agaknya kita stress dengan tekanan di opis. Kawan2 suka mengumpat, bos selalu garang. jadi cara kita nak balas jasa anak kita tu, yang berkorban masa itu, kita kena HADIAHKAN SENYUMAN. senyum ' in trouble' ini satu ubat, satu terapi yang sangat hebat untuk lapangkan jiwa kita yang sedang stress. Dan kita cuba bagi susu yang terbaik. Sebab takkan sama, pembantu yang menjaga anak kita dengan mak yang jaga. Pembantu jaga, dia buat perkara yang memudahkan dia. Apabila dia nampak anak tu menangis kuat sangat, dia bagi anak2 tu ubat selsema supaya cepat tidur. Malam nanti, mak letih, asyik tengok anak jaga sahaja. sebab di siang hari, anak sudah banyak tidur.
Pembantu ni kadang2 ( bukan semua pembantu ye ), bila anak2 ini susah untuk makan, mereka akan bagi anak2 dengan makanan ringan, supaya anak itu kenyang sedikit walaupun makanan itu tidak berkhasiat. Sebab mereka menjaga anak2 bukan sebab cinta, bukan sebab nak tengok anak tu mempunyai masa depan yang hebat ke. Mereka fikir benda yang singkat, benda yang boleh dapat duit. Sebab itu ibu2 perlu bagi yang terbaik, susu yang terbaik. Pastikan anak2 dapat yang terbaik. 


Bersambung....

No comments:

Post a Comment