... Sambungan..
Kita tengok ye, Al-Quran menyebut2 tentang penyusuan susu ibu kerana takde yang Al-Quran sebut secara spesifik melainkan perkara itu sangat2 penting. Biasanya dalam Al-Quran ini, disebutkan sesuatu perkara itu dengan kaedah yang umum. Tapi ada ' certain2' perkara, yang Al-Quran sebut secara spesifik. Dan subhanallah, kita tengok ye.perkara2 yang Al-Quran sebut secara spesifik ialah tentang MENYUSUKAN ANAK2. Allah SAW berfirman, " Hendaklah para ibu yang menyusukan anaknya selama 2 tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya." Ini yang terbaik.
Dan Al-Quran sebut, Surah Luqman, ayat 14 " Dan kami wajibkan manusia berbuat kepada kedua2 ibubapanya. Ibunya telah mengandungkan dia, menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal kandungan hingga ke akhir menyusu, dan tempoh menyusu adalah dalam masa 2 tahun. Oleh yang demikian, bersyukurlah kalian kpd kedua ibubapa. "
Hadirin dan hadirat sekelian,
sebab apa Islam memuliakan seorang ibu ?
Sebab kesusahan seorang ibu ..melahirkan dan menyusukan..
Bilamana kita rasa malas nak menyusukan, seolah2 kita nak mencampakkan kemuliaan kita yang dipuji Allah dalam Al-Quran. Al-Quran puji kita sebab kita menyusukan.Tiba2 kita malas nak menyusukan. Layak ke tak layak nanti kita mendapat pujian Allah? Dan nanti kalau anak kita itu tidak memuliakan kita sebagai seorang mak, tidak menghormati kita, jangan terkejut ye. Sebab semasa mereka kecil, kita tak memuliakan hak yang patut mereka dapat. Anak itu amanah yang sangat berharga. Sepatutnya, bila anak itu lahir sahaja, kita sebagai ibu nak raikan dia sebab dia adalah amanah yang sangat penting. Bagi susu yang terbaik buat si anak. Kerana ia sangat berpengaruh kepada perkembangannya, emosinya, perkembangan mindanya,penyakit2 tidak akan datang iaitu kita mencegah awal penyakit2 itu apabila kita menyusukan. Tengok2 kita memilih untuk tidak mahu memberikan susu ibu. Malang sekali ye..
Kalau boleh, kita nak muliakan diri kita dengan kemuliaan yang telah Allah berikan dalam Al-Quran iaitu melahirkan dan menyusukan.
Hadirin hadirat yang saya muliakan,
Walaupun mungkin bersusah-payah sedikit dari sudut masa kita, simpanan kita..kita rasa susah. ambil masa semua itu..Jangan risau, kalau kita bagi masa kita untuk bagi yang terbaik untuk seseorang, Allah gantikan sesuatu yang jauh lebih baik. Setengah orang taknak menyusu sebab apa ? .. sebab memakan masa tapi akhirnya, anak dia asyik sakit, anaknya tidak cerdas, lagi ambil masa dia untuk menjaga anak2nya., bawa ke hospital, membayar yuran tuisyen untuk anak dia sebab anak dia lembab sikit dalam pelajaran. Kitatengok ye, bila kita tak bagi masa untuk Allah, masa yang terbaik untuk anak, Allah akan bagi balasan 'Cost & Effect' nya begitu.
Saya mempunyai seorang kawan yang kesian sangat.. Beliau tidak memberi susu ibu kepada anaknya. Anaknya itu akhirnya selalu diserang penyakit demam panas yang kuat., kena masuk hospital, masuk wad. Dan masa dia memang banyak sangat dihabiskan untuk menjaga anak dia. Dia kata, cukuplah setakat ini. Kalau dia diamanahkan ada anak lagi selepas ini, dia akan menyusukan anaknya sepenuhnya.
Dan takpe kita bersusah payah sekarang. Kalau kita tengok orang2 yang hebat, orang2 yang berjaya, biasanya pada masa akan datang mereka akan berbangga dengan kisah kesusahan mereka pada masa lalu.
tak kisahlah siapa dia. contohnya seorang chef yang hebat, Chef Sabri. berbangga dengan kesusahannya pada masa lalu. Perlu bangun jam 4 pagi setiap hari untuk membantu ibunya membuat nasi lemak. Begitu juga kita sebagai ibu, ada cita2 untuk mempunyai generasi masa depan yang hebat, anak2 yang terbilang, kita cuba tengok, apa kesusahan yang perlu kita bayar pada hari ini.
Kata pepatah " PAY NOW PLAY LATER ".. bayar sekarang dengan kesusahan, yakinlah kesusahan kita ini akan dinilai tinggi di sisi Allah. Bukan sekadar di akhirat, di dunia ini juga pun kita dah boleh melihat kesan yang baik daripada Allah.
Seterusnya,
Apa yang kita berikan untuk anak kita ?
Kita beri yang terbaik, insyallah kita akan dapat yangterbaik di masa depan.
Al-Imam Shafie berkata " Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung samada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan "
HAdirin hadirat yang saya muliakan..
Saya mempunyai seorang pembantu rumah dan sekarang pembantu rumah itu telah pun kembali ke rumahnya sebab dia sakit. Ketika dia menjadi pembantu rumah di rumah saya sekejap, dia ada berkongsi cerita tentang masa kecilnya dahulu. Dia kata, dia orang yang susah sangat, mak dia bagi dia susu pekat manis yang dicampur dengan air. Bayangkan susu pekat manis yang dibeli di kedai, kemudian di bancuh dan diberi kepada bayi. dan akibatnya, dalam usia 20tahun sekarang ini, dia menghidap pelbagai jenis penyakit. Dan dia sangat lembab untuk menerima pelajaran, nak mengaji payah, nak membaca payah. dan dia terpaksa balik kerana dia tidak larat, tidak mampu untuk membuat kerja kerana sakit darah tingginya, sakit rabun dn macam2 penyakit. kesian dekat dia...
Sebab itu kita jangan ambil mudah ye untuk anak2 kita teruskan hidup, nak jadi insan hebat, insan cemerlang, perlu bantuan dari mak yang hebat dulu. mak yang ada wawasan jauh, pandang jauh.
Seterusnya,
semua yang terbaik ada dalam susu ibu. Kita tengok ye iklan2 susu sintetik ini. ada menyatakan DHA, AA dan sebagainya. hakikatnya semua ini memang terkandung dalam susu ibu. Malah kandungan yang ada dalam susu ibu itu jauh lebih baik daripada susu sintetik ini.
Dan susu ibu itu memahami segala keperluan bayi. Adanya kolustrum, antibodi, sel darah putih yang tinggi. Dan seorang ibu itu yang memahami keperlulan anaknya akan bermula dengan memberikan keperluan yang terbaik buat si anak., keperluan biologi anaknya ketika kecil. Kesian bayi kecil jika kita tidak memberi susu ibu. Apabila dia tidak diberikan susu ibu, dan diberi pula susu yang payah hendak dihadam, perutnya bukan main sakit lagi. Dan ibunya yang memberikan benda itu kepadanya. Sungguhpun si ibu mampu memberi sesuatu yang lebih baik dari itu.
Specialnya susu ibu ini mempunyai ubat penenang yang semulajadi. Kalau anak meragam, apabila bagi dekat puting susu ibu, insyallah anak akan lebih tenang.
Inikah yang kita mahukan ?
anak yang mendoakan semasa kita di alam barzakh, anak yang boleh berjasa, tidak menderhaka kepada mak ayahnya..Kalau kita beri yang terbaik, insyallah kita akan dapat yang terbaik.
Ataupun kita mahukan anak yang begini...
kalau kita dekati remaja2 ini, kebanyakan mereka ini akan menyalahkan mak ayah mereka. Mak ayah dia sibuk, mak ayah dia tiada masa untuk dia, mak ayah dia fokus kepada kerjaya, mak ayah dia tidak memberi yang terbaik untuk dia, mak ayah dia tak faham dia, macam2 alasan yang mereka bagi.
Kita ini kalau hendak kita buktikan yang kita memahami anak2, maka dari kecil lagi kita kena faham keperluan dia dan berikan yang terbaik untuk mereka.
bersambung ke PART 3...
terbaeekk..congrate
ReplyDelete