LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Part 3 : Penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya menurut perspektif Islam

...sambungan...


Ikon ibu terhebat didunia. 
Rasulullah SAW bersabda " Ada 4 orang wanita yang mana wanita ini adalah sebaik2 wanita. Mereka itu adalah Asiah bt Muhazim ( Isteri kepada Firaun ), Maryam binti Imran ( ibu kepada Nabi Isa AS ), Khadijah bt Khuwalid ( isteri kepada Rasulullah SAW ) dan Fatimah bt Muhammad ( Puteri bongsu Rasulullah SAW )."
Kalau kita tengok ye, apa persamaan di antara keempat2 wanita terhebat di dunia ini, adakah mereka menyokong penyusuan susu ibu ? 


Mari kita lihat satu persatu...


Asiah binti Muzahin
ketika mana Asiah berjumpa dengan seorang bayi yang duduk di dalam peti, dihanyutkan di dalam sungai. Ketika itu Asiah dan dayang2nya sedang bermain di tepi sungai itu, dia ternampak bayi ini, dia berasa sayang, jatuh hati pada kecomelan bayi ini. Maka apa yang Asiah buat, Asiah cuba nak susukan bayi ini. Tetapi bayi ini menolak semua susu ibu yang ada. Susu Asiah ditolak, susu dayang2 di tolak. Asiah cuba memanggil wanita terdekat yang baru melahirkan anak, tetapi tetap bayi ini menolak susu mereka. Dan akhirnya, Asiah offer siapa yang dapat menyusukan bayi ini dan bayi ini berhenti menangis, dia akan lantik wanita tersebut menjadi ibu susuan kepada bayi tersebut. Dan apa yang berlaku, ketika itu kakak Musa mendengar berita itu, lantas dia memanggil ibu Musa sendiri dan ibu Musa menyusukan Musa di istana Firaun. Subhanallah, hebatnya susunan Allah. Begitu hebatnya Asiah ini cuba memberikan susu yang terbaik buat Musa. Padahal boleh sahaja Asiah memberikan Musa susu lembu..susu lembu pun sudah wujud pada ketika itu. ataupun susu unta mahupun susu kambing. Tapi dia tidak terfikir untuk memberikan susu binatang kepada anak manusia. Dia cuba sedaya upaya untuk memberikan susu yang terbaik kepada anak itu. Itu jasa Asiah dalam penyusuan susu ibu. 


Yang kedua, Maryam binti Imran. 
Beliau berjasa besar bagi susu kepada Isa AS. Melahirkan di bawah pohon kurma dalam keadaan kesedihan sehingga dia berdoa " Ya Allah, matikanlah aku sebab sakitnya.." . tapi Allah berkata " jangan sedih ".
Ibu yang mengandung dan menyusu, sangat penting supaya tidak sedih dan menjaga emosi. Pujuk hati dengan banyakkan senyuman, tunjuk wajah yang berseri2.
Maryam ini banyak meminum kurma dan air kosong supaya beliau dapat menyusukan Isa AS. 


Dan yang ketiga, Khadijah binti Khuwailid.
Beliau menyusukan sendiri Fatimah dan anak2nya yang lain. Maka lahirlah anak2 yang hebat, berjasa besar dalam Islam.


Dan seterusnya, Fatimah binti Muhammad.
Beliau juga menyusukan anak2nya sendiri iaitu Al-Hassan dan Al-Hussein. 


Dan empat wanita ini dikatakan, empat wanita yang lebih agung dari segala bidadari dan mereka ini adalah sebaik2 wanita di dunia dan di akhirat. Sehinggakan Rasulullah SAW pernah melukis 4 garisan di atas tanah. Kemudian beliau bertanyakan kepada para sahabat " Tahukah kamu apa maksud garisan2 ini ?"
Maka jawab para sahabat " Hanya Allah dan Rasul sahaja yang lebih mengetahui "
Kata nabi " 4 garisan ini menggambarkan keempat2 wanita yang sebaik2 wanita di atas muka bumi dan di akhirat sana. Mereka ialah Asiah binti Muzahim, Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad " 
Ini ikon kita. Wanita yang diiktiraf  dan mendapat trofi takwa serta wanita yang menyokong penyusuan susu ibu. 


Testimoni hebat.
Kisah Aminah dan bayinya Muhammad. Aminah adalah ibu kepada Nabi Muhammad SAW. Bilamana lahirnya Muhammad ini, maka Aminah sendiri menyusukan bayi ini. Kemudian dia bimbang, anaknya tidak cukup susu, maka dia berikan kepada hamba Abu Jahal yang bernama Suwaibah Aslamiyah untuk menyusukan Muhammad. Dan bilamana dia merasakan anaknya memerlukan susu lagi, dia mencari Ummu Aiman. Dan ketika itu Kota Mekah dikunjungi ramai orang yang datang dari pelbagai pelusok dunia dan menyebabkan Kota Mekah senang dijangkiti penyakit. Dan bayi2 yang baru lahir senang meninggal  sebab virus mudah berjangkit. Maka apa yang Aminah buat, Aminah cuba dapatkan ibu susuan daripada tempat yang jauh iaitu dari Kampung Bani Saad. Maka Halimatus Saadiah menyusukan Muhammad. Bersungguh2 si Aminah ini mencari ibu susuan, kerana beliau amat sayangkan bayinya. Walaupun terpaksa berjauhan dengan anaknya selama 2 tahun, tempoh yang lama, Aminah tetap mahukan yang terbaik buat si anak dan terpaksa korbankan rasa hati dia.


Dan yang kedua, kisah Ummu Salamah. Beliau merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW. Satu ketika, pembantu Ummu Salamah hendak keluar rumah bagi menguruskan sesuatu urusan di luar rumah. Kebetulan pembantu rumah ini mempunyai seorang bayi yang masih kecil. Jadi dia tinggalkan bayinya kepada Ummu Salamah. Tanpa disengajakan si ibu ini mempunyai masalah dengan urusannya dan membuatkan dia lambat balik. Maka si anak kecil ini sudah mula menangis mahukan susu. Ummu Salamah kasihan melihat bayi ini. Apa yang Ummu Salamah buat, dia ambil bayi ini dan letakkan di payudaranya. Sebenarnya Ummu Salamah sekadar nak menghiburkan bayi ini, tetapi kerana ada kesan psikologi yang kuat ketika itu ( perasaan kasih dan sayangnya pada bayi itu ), Allah izinkan ..Ummu Salamah yang tua itu.. tiba2 keluar susu dari payudara Ummu Salamah sehinggakan bayi itu kenyang sementara bayi itu menunggu ibunya pulang. 
Dan kajian sains membuktikan, kesan psikologi yang terlalu kuat oleh seorang ibu untuk menyusukan bayinya, dia akan  berjaya menyusukan anaknya itu sepenuhnya. Jadi tiada alasan untuk wanita yang bekerja, wanita yang sibuk ke untuk menyusukan anak. Nak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. 


Susu ibu bukan sahaja rahmat untuk bayi malah rahmat buat ibu juga.
Dalam hadith2 ada menyebut bahawa setiap tegukan dari susu ibu itu, Allah memberikan satu kebaikan. Setiap titik susu yang di telan bayi. Bayangkan bayi yang meneguk susu ibu, dari awal kelahirannya sehingga umurnya 2 tahun. sudah berapa titis yang masuk ke dalam perutnya. betapa banyaknya nilai ganjaran kebaikan yang telah dikira Allah buat si ibu itu. 


Betapa Islam mementingkan susu ibu 
Islam menyatakan bahawa harus kita mengambil ibu susuan untuk menyusukan anak kita atau membeli susu dari ibu2 yang mempunyai susu yang lebih. Namun ia bukanlah mengambil susu dari bank susu yang kita tak tahu siapa pemiliknya. 
Ulama muktabar, Yusuf Al-Qardawi memuji kewujudan bank susu kerana ia adalah suatu amalan kebajikan untuk kemaslahatan ummah. Tetapi susu yang disumbangkan perlulah diketahui siapa pemberi dan penerimanya. Bukan mengambil susu tanpa mengetahui siapa pemberi dan penerima.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment