Kali ini, nasib saya pula melaluinya, dengan cubaan pertama. ekperimen pertama.
Susu untuk Sakinah yang diterbangkan dari Labuan. untuk makluman, susu ini dihantar oleh ibu susuan Sakinah yang juga kakak ipar saya.
Soalan cepuk emas : kenapa Sakinah perlu ibu susuan ?
Jawapan cepuk diri sendiri : sebab ibunya sudah kekontangan stok susu
Kakak ipar menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
( nota tepi : pos malaysia tidak menginsurankan barangan makanan. jadi apa2 hal kena tanggung sendiri ).
Berat muatan yang dihantar adalah 11 kg. kosnya pula dari Labuan ke KL RM128.00. Saya tidak merasakan ia satu pembaziran wang ringgit saya sebab susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak saya. Kalau orang berkata, adalah lebih baik RM128 tu beli susu formula,lagi senang.. tak payah bersusah payah nak bungkus itu ini, kemudian ke pejabat pos. tapi untuk saya, its a journey. saya akan cuba sedaya upaya saya memberikan yang terbaik selagi hayat dikandung badan.
Sambung cerita...
Ada 40 pek susu yang dihantar dengan pelbagai jenis amaunnya... ia sangat2 bermakna untuk saya dan paling penting sekali Sakinah.
Pihak Pos Laju akan memasukkan konsaimen ni dalam plastik. sebab declare pada slip pos laju tu 'Frozen Food'. Jadi mereka akan ambil langkah berjaga2 begini.
kakak ipar membalut polistrin dengan suratkhabar yang sangat banyak. kemudian di seal penutupnya
ni keadaan dalam polistrin. di bahagian atas diletakkan tuala bagi memerangkap suhu di dalam bekas.
subhanallah. ais masih berketul2 walaupun sudah 30 jam berada dalam polistrin ni.
ramuan ais : air + garam = ais garam
keadaan susu masih beku. cair 10%
yg ni susu dah cair. terdapat 10 pek susu yg cair sepenuhnya dan cair 50%. kebanyakannya yang mengalami pencairan ni disebabkan ia berada di tepi kotak, dan ais pula tidak banyak di bahagian tepi kotak. selepas ni kena ambil tindakan dengan meletakkan ais di tepi polistrin.
saya hanya mampu menggunaka sebanyak 3 pek sahaja susu cair dan selebihnya yg cair itu saya tandakan dan bekukan semula. saya akan gunapakai dalam tempoh seminggu ini. walaupun nutriennya sudah berkurangan tapi ia masih boleh digunakan.
ais yang masih berketul2. dicadangkan untuk menggunakan ais bagi melakukan pengeposan susu, lebih baik buat ais sendiri. ais tiub yang dijual di kedai, mudah cair.
kalau boleh, guna ais kering. lebih tahan. tapi di Labuan susah nak cari ais kering.
susu ini di bungkus2 pada jam 12.00 tengahari, 18/4/2012 kemudian terus dihantar ke pejabat pos.
kemudian susu tiba di tangan kami jam 6.15 petang, 19/4/2012. lebih kurang 30 jam susu2 ini berada dalam polistrin.
nota : kurier TA-Q-Bin mempunyai perkhidmatan penghantaran frozen food. tetapi liputannya tidak meluas di Malaysia. hanya kawasan tertentu sahaja.
good info!!
ReplyDeleteTenks..mmbantu saya..
ReplyDeleteSalam sis.. Air biasa + garam tu ada sukatan tak?
ReplyDelete