Beliau adalah Aini wardiah, pramugari MAS. Ibu kepada Ariff Ziyad yang sekarang sudah menjangkau 1 tahun.
Perjalanan penyusuan susu ibu untuk wanita ini sungguh mencabar dengan kerjaya seorang pramugari. Namun ia biasa lakukan demi Ziyad tersayang...
tengoklah si bijak, Ziyad ni..mesti dia nak ikut juga ibunya...
kadang2 berat hati nak tinggalkan anak di rumah pengasuh, padahal opis dekat shj. tapi ibu muda ini, meninggalkan anaknya beribu batu untuk tempoh yang berhari2 dan kadang2 mencecah minggu.. hu3 sedihnya saya...
Perjalanan BF ibu ini sungguh mencabar. Anda bayangkan tugas pramugari yang selalu terpaksa meninggalkan keluarga beribu batu. Ya Allah.
Aini dan suaminya mempunyai rumah di KL. Tetapi Ziyad ni dihantar ke Penang, rumah ibubapa Aini. Ziyad dijaga sepenuhnya oleh keluarga Aini.. Jadi kurang sedikitlah kegalauan di hati bila ahli keluarga yang menjaga anak ni kan...
Anda bayangkan..
Apabila selesai tugas sebagai pramugari, Aini akan mendapat cuti. Kemudian, dia akan segera pulang ke Penang bagi melepaskan rindu didadanya untuk Ziyad tercinta. Cuti pula tak tentu. ada rezeki, dapatlah 5 hari. Bayangkanlah, si anak ini..walaupun jarang bertemu, bermain, berpeluk, mencium ibunya, dia tetap kenal siapa ibunya. kerana susu ibu itu penghubungnya. Ziyad akan berlari untuk terkam ibunya.. tak berlari, merangkak..
Habis tempoh 5 hari, si ibu akan berlepas pulang ke KL. Suami Aini pesan, jangan dibawa Ziyad tu ke airport. takut nanti dia menangis. Bukan setakat anak, ibu pun menangis. Tapi atuknya memujuk si ibu dan ayah supaya bawa jugaklah si Ziyad ni. Nanti dia lama tak jumpa ibu dan ayahnya. Jadi, sepanjang dalam perjalanan ke airport, Ziyad ni melekap je dalam dakapan ibu dan Aini menyusukan anaknya walaupun suami menghalang ( sebab Ziyad ni, kalau dah minum susu, dia dapat tenaga baru. nanti terus dia berjaga he3..cutenye ). Tapi kalau saya di tempat Aini juga, saya akan lakukan perkara yang sama. Lama pulak nanti dia nak dapat direct feeding tu sebab ibu dah tiada disisi. Mungkin Ziyad dapat merasakan bahawa dia bakal ditinggalkan lagi..
Jadi bila dah sampai airport, cepat2 Aini dan suami bergegas pergi. sebab taknak nanti menangis depan anak dan taknak tengok anak menangis di depannya. yang si Ziyad pula terpinga2 sebab tiba2 mak ayah dia pergi. T_T
Bayangkanlah adakalanya tidak bertemu dengan Ziyad 2minggu. Aduhh tak terbayangnya saya...
Apabila berjauhan dengan si anak, si ibu tetap gigih melaksanakan tugasnya. walaupun ia amat mencabar buatnya. Jadi si ibu terpaksa memerah sepanjang hari sebab tiada anak disisi untuk direct feeding. Hendak memerah/mengepam di atas flight, sungguh mencabar. Sebab airlines ni memang tidak menyokong BF. jadi, nak excuse untuk mengepam, tidaklah semudah yang disangka. Semua crew perlu bersiap siaga selalu kerana semua penumpang diletakkan dibawah tangungjawab mereka ( Kalau terjadi kebakaran, orang sakit jantung, orang pengsan, orang nak bersalin di dalam kapal terbang, semua tanggungjawab derang. nampak tugas pramugari ni macam glamer. tapi hakikanya..... ) Apabila penumpang sudah berehat, sudah tidur atau lena, waktu nilah masa yang digunakan si ibu untuk memerah/mengepam susu. Si ibu pula tiada tempat lain untuk melaksanakan tugasnya melainkan di dalam tandas. No Choice..adakala bila keadaan terdesak, terpaksa melakukannya di tempat begini walaupun jauh di lubuk hati nak mendapatkan tempat yang lebih bersih dan selesa. Kita tawakallah shj.
Si ibu pernah hendak memerah/mengepam di kala kapal terbang melalui Lautan Hindi. Masa tengah bersiap untuk membuat projek tu, kapal terbang bergegar. Sebab cuaca yang buruk dan angin Lautan Hindi yang kuat. Panik si ibu dibuatnya. Tengah nak buat projek, dah mcm nak gempa bumi. Kemudian Kapten dah arahkan semua crew balik semula ke tempat masing2. Tak jadilah misinya tadi.
Penerbangan ini tidak menentu. Kadang2 membuatkan mereka jadi zombie. nak menghadap jet lag lagi. pagi di Malaysia, petang sudah di Maldives. Kemudian terbang semula ke Malaysia.
Sehingga satu tahap, apabila si ibu sampai di rumah/penginapan, tersenguk2 mengepam. sambil tertidur. Walaupun mata dah terlampau berat, badan dan super penat, namun si ibu tak pernah lupa hak si anak di Penang sana. Kemudian, tidur pun bukanlah boleh lama2. sebab kalau tak mengepam susu 3 atau 4 jam sekali, mau keras breast dibuatnya akibat penuh. Again..dengan kemamaian, mengepam lah lagi.
Ada masa, si ibu ini..breakfast di KL, lunch di Kota Kinabalu, dinner di Kuching. Ke sana-sini badan melayang hu3
Kemudian menjalankan tugas sebagai crew di kala musim cuti sekolah, ohh sangatlah penuh seat dalam flight. lagi banyak passenger, lagi banyak tangunggjawab yang perlu dipikul. hingga ke satu situasi, si ibu tak sempat nak makan apetah lagi untuk mengepam. kerana terlampau sibuk berjam2. engorge dibuatnya.. pada waktu itu, dia terasa, sukarnya pramugari utk berjaya dlm BF. tapi dia masih belum berputus asa.
Saya bertanya pada si ibu, kenapa memilih untuk BF anak sedangkan tugas begitu mencabar ?
Jawapannya, cuba bayangkan, anak saya hanya mempunyai masa yang amat terhad bersama ibunya . dia sentiasa bersama penjaga dia. Apekah kalau saya tidak menyusukan dia, dia akan kenal siapa saya ? Susu saya sahaja nilah yang menghubungkan diantara saya dan anak walaupun saya tidak bersamanya..
Anda tahu apa yang berlaku pada saya di depan skrin ini ???
Menitik air mata saya... Anda begitu mulia, duhai ibu.
keadaan terpaksa apabila cooler bag sudah penuh dengan stok. gunakan apa yang ada supaya susu ini dapat bertahan sementara waktu. kreatifnya si ibu...
stok buat Ziyad tersayang...
yang ni stok susu yang diperah semasa bertugas. Dibungkus2 untuk dibawa balik ke Penang.
kaedah si ibu nak mengekalkan suhu susu beku. gunakan ice pack kecik.
kejayaan si ibu melaksanakan misinya untuk Ziyad sayang
awwww aqilah tQ so much terharu sgt2 ada org nk tulis pasal kisah sya pokok pangkalnya hendak seribu daya xnk seribu dalih ameen Allah S.W.T masih kekalkn rezeki areef zyad..
ReplyDeletewow hebatnya awk aimal leh add fb sy suka nk bce pasal awk
DeleteGreat mom ♥(^.^) bole add fb awak... Teringin nak berkenalanm..
Deletecerita ini sungguh mahal. jadi pada saya ia perlu dikongsi supaya semua mempunyai semangat begini. bukan semua org mampu lakukan.
ReplyDeletetahniah sis =)
ya Allah gigihnya dia....bila jauh dengan anak dia gigih mengepam...semoga saya lebih bersemangat mengepam lepas ni....amin...
ReplyDeletekepada ibu Areef, tahniah... gigihnya berusaha utk anak tersayang. teringat saya bila saya outstation g India. itu dah jadi alasan utk saya, susahlah.. x sempatlah... x der peti ais lah.... bila baca kisah ibu Areef ni, saya rasa rugi plak. betul kata ibu Areef - hendak seribu daya, x nak seribu dalih....
ReplyDelete:)
kagum dgn pengorbanan ibu areff...semoga bertambah murah rezeki si anak.....:)
ReplyDeleteTerharu + kagum + cam menitik air mata..semoga Allah permudahkan si ibu ini untuk menyusukan anaknyer yg tercinta itu...sob sob..tisu plzzzz
ReplyDeleteSubhanallah.... U really inspiring me.... sy yg keje office hour ni pun kdg2 mengeluh,mengelat nak pam.... :) jeles btl bila bc kisah mommy ni...
ReplyDeletekagummmmmnye...kuasa Allah mgeratkan hbgan mak dan anak..
ReplyDeleteSubhanallah...terharu giler pas baca enrty akak..ni yg buat bersemangat nak bf bb sampai 2 tahun..moga Allah permudahkan urusan ibu tersebut dan semua ibu yg bf..
ReplyDeletesgt kagummmm.. taniah.. cik mama pun yg sntiasa jumpa anaktak sehebat cam tu... Taniah..!!!
ReplyDeletealhamdulillah, congrats n go go caiyok ibu ariff ziyad!
ReplyDeleteTahniah puan Aqilah di atas penulisan entry ini.. Sampaikan salam & tahniah utk ibu Ariff Ziyad!!
ReplyDeleteTahniah..teruskan usaha..amat kagum..menitik jgk air mata..
ReplyDeletetahniah , sy sungguh kagum ibu ziyad dgn semangat yang ada.- siti zarina
ReplyDelete(T_T) huhu...sungguh semangat walaupun byk cabaran..sgt kagumm.. :)
ReplyDeleteso inspired bc ni...rs sgt bangga ngan ibu ni...wont stop bf my baby...
ReplyDeleteMohon share kisah yg sgt2 berharga ini... :) mg menjadi inspirasi kpd semua ibu di luar sana...
ReplyDeletesubhanallah, very inspiring..thanks for sharing this amazing story.
ReplyDeletesy C & P ye..will give credit to u..:( tq!
ReplyDeletenk nangis jugakkkk
ReplyDeleteMULIANYA HATI IBU...SMOGA PERJALANAN ANDA DIPERMUDAHKAN OLEH MAHA PENCIPTA ..AMIN...ANDA IBU YG SGT HEBAT OK
ReplyDeleteIbu sanggup buat apa-apa untuk anak kan... Gigih betul, apa sahaja halangan boleh di atasi jika ibu betul-betul positive kalau nak breastfeed, dan rezeki anak dia pun banyak, sebab banyak betul susu ibu dia.
ReplyDeletesyabas utk ibu ini di atas kegigihannya sy tumpang gembira
ReplyDeleteSangat kagum dengan kesungguhan ibu Ariff Ziyad.. Semoga kisah ini jadi perangsang dan contoh untuk kaum2 ibu yang lain.
ReplyDeleteas salam. sis, nk share ye.
ReplyDeletesalam..nk share jugak!!hebat nya si Ibu..SuperIbu lah..terbaek!!moga Ziyad ingt jasa ibunya!!
ReplyDeletejadila suriruma sepenuh masa...kn senang.bab cari rezeki serah je kt suami..he...he...itupun kira pengorbanan tu...
ReplyDeleteSpeechless..sgt kagum dgn semangat ibu ni. Semoga kisah ni dpr beri pengajaran dan menaikkan semangat buat ibu² yg nak BF anak. Nak seribu daya kan.
ReplyDeleteNak minta izin C&P ☺☺
kagum dgn semanagt ibu ini.... semoga sy dapat kekuatan u terus menyusukan anak.... baby dah 1thn 5 blh. full BF... syukur dgn rezekimu ya ALLAH.
ReplyDeletesaya share cerita ni ye..dulu masa baru2 nyusukan anak kisah ni mmg jadi sumber inspirasi saya..skang saya cari balik nak bakar semangat ibu2 kt luar sana pulak..yg asal sy baca dh lupa kat mn..tqvm ye..
ReplyDelete