LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Popia Sardin, Classic Potato Salad & Mc'flurry



saya buat sardin mayo banyak2 dan kemudian simpan dalam peti untuk di sapu pada roti bila2 masa kelaparan. jadi, tak payah beli sardin mayonis yang dah siap dalam tin tu. dahla mahal, sikit pula tu. tak puas makan hu3
untuk buat sardin tu...


INTI SARDIN MAYONIS
1 tin sardin
3/4 buah lemon ( ambil jus perahannya sahaja )
garam
serbuk lada sulah 
mayonis


hancurkan sardin, kemudian masukkal jus perahan lemon dan akhirnya tambahkan garam dan serbuk lada sulah sesedap rasa. campurkan pula mayonis 3 sudu besar atau lebih mengikut selera. saya letak banyak sebab suami saya sukakan mayonis =)
dah siap untuk disapu pada roti dan selebihnya simpan dalam bekas tertutup dan masukkan dalam peti sejuk.


POPIA SARDIN
bahan2 : 
kulit popia
1 biji telur
gunakan sardin mayonis yang kita dah buat tadi


cara2 :
letakkan sardin mayo di atas kulit popia, kemudian gulung macam popia. 
untuk melekatkan bahagian hujung popia, sapukan telur sedikit kemudian lekatkan.
goreng di dalam minyak panas.
bila dah popia dah masak, boleh dihidangkan


CLASSIC POTATO SALAD
3-4 biji kentang ( di rebus sampai lembut )
1-2biji bawang merah di racik halus
1 batang carrot di hiris halus
3 sudu besar mayonis
serbuk lada sulah dan garam
* pilihan : letakkan serbuk daun basil untuk menaikkan bau


cara2 :
rebus kentang terlebih dahulu sehingga lembut.
masukkan ke dalam mangkuk dan lenyekkan kentang.
masukkan carrot dan bawang merah, gaul dengan sekata.
kemudian diikuti dengan mayonis, garam dan serbuk lada sulah.
kalau menggunakan daun basil, tabur serbuk daun tersebut di pada salad tadi.
siap di hidang ( boleh dimakan begitu shj atau makan dengan chicken chop )


MC'FLURRY
bahan2
m&m 
3-4 scoop aiskrim vanila
3 cawan susu uht 


cara2 :
blend semua bahan di atas sehingga hancur. kemudian boleh dihidangkan..
rasanye, macam di Mc'D he3

Nasi Goreng Cina

saya telah mencuba resepi dari Chef Kamarul.perghhh memang terasa macam di kedai..

 
menu sarapan pagi : nasi goreng cina + telur mata kerbau
* bekalan suami isteri dan anak ke pejabat dan rumah nenek*

Bahan2 ( sajian 3 orang ) :
3-4 mangkuk nasi putih + garam+serbuk lada sulah ( gaul nasi sejuk dengan garam dan serbuk lada sulah ikut kuantiti nasi.biar nasi ada rasa masin2 sikit )
3 ulas bawang putih dia hiris
udang harimau 5-6 ekor
isi ayam yang di potong dadu
3-4 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil minyak bijan
sayur campur
3 biji telur

Cara2 :
1. panaskan kuali dengan minyak kemudian tumiskan bawang putih sehingga naik bau
2. masukkan udang dan ayam. 
3. bila ayam dan udang dah masak, masukkan sos tiram.
4. masukkan sayur campur
5. masukkan nasi yang dah di gaul dengan garam dan lada sulah tadi
6. kemudian gaul nasi tadi dengan  minyak bijan. gaul sampai rata baru tutup api
7. siap untuk dihidang bersama telur mata.

Simple Sauteed Salmon

ini adalah percubaan pertama saya memasak salmon. sebabnya rumah saya tidak pernah dimasuki salmon hu3
semasa masak, asben kata " bau dia..perghhh menyengat! "
bila dah mula makan " ini memang sedap. ada masin, ada masam. cicah dengan sos BBQ lagi sedap! "


jadi nak kongsi resepi yang amat mudah..



menu petang : salmon sauteed with triffle


Bahan2 :
salmon 
3 ulas bawang putih ( dihiris)
1 batang serai ( dihiris )
3/4 lemon
garam
serbuk lada sulah 
daun basil ( brand mc`cormick ada daun basil yang dah hancur )


Cara2 :
1. sapukan salmon dengan  garam + serbuk lada sulah
2. panaskan minyak zaitun di dalam kuali leper/frying pan. tumis bawang putih sampai naik bau
3. masukkan hirisan serai. 
4. apabila dah naik bau, masukkan salmon tadi. susun cantik2 dalam kuali leper. 
5. perah lamon ke dalam kuali. 
6. tabur daun basil di atas salmon.
7. bila salmon dah masak, balikkan bahagian bawah pula. masak salmon ni x payah garing2 mahupun hangit. masak half-cooked shj.
6. siap dihidang bersama sos BBQ...