LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Mama Fiza...wanita yang dicemburui

Kepada Mama Fiza, terima kasih kerana mengizinkan saya menulis entri ini. Walaupun beliau keberatan untuk mengizinkan.. Tetapi niat saya hanya satu, duhai sahabat yang tercinta..demi untuk melebar luaskan sesuatu kebaikan agar dapat dimanfaatkan oleh semua manusia..
Ini adalah hasil kebersamaan saya dengan Mama Fiza sepanjang satu minggu di Terengganu. ( Semoga selepas ini kita punyai lebih banyak masa untuk bersama2 supaya saya dapat menyedut segala aura positifmu )
Jujur saya katakan, ini adalah insan yang begitu hebat di zaman ini. Saya tidak pernah bertemu dengan manusia yang sebegini mulia. Mungkin anda pernah menemui yang lebih hebat dari ini, tetapi saya tidak. ( Semoga Allah merahmatinya dan keluarga juga kehidupannya )

Maafkan saya Mama fiza kerana menjadi pemerhati..=) 


geng KLS- Kumpulan Lemak Sokongan =)

Ini adalah apa yang telah Mama Fiza lakukan seharian..

1. Beliau akan menyapa sesiapa sahaja yang ditemuinya. dengan salam, senyuman dan ditambah lagi dengan sapaan mesra. Sesiapa pun mereka.. buruh kasar, pencuci tandas, pelayan di restoran, pengemas bilik dan boleh kata semuanya... apetah lagi insan2 yang dikenalinya.. Dia membawakan aura yang positif. Jadi, rata-rata orang yang berada di hotel tersebut mengenali Mama Fiza.

2. Beliau suka memanjangkan sedekah atau ada yang memanggilnya tips. Beliau akan memberikan lebih dari apa yang dipohon. Teringat kisah menaiki teksi bersama beliau. Mama Fiza akan memberikan duit lebih dari harga tambang sebenar. Kemudian apabila membuat bayaran di kaunter restoran, beliau juga akan melakukan hal yang sama.

3. Beliau akan mengutamakan orang yang memerlukan. Samada ibu mengandung,kanak-kanak ataupun orang kurang upaya. Ketika itu saya berasa untungnya menjadi ibu mengandung he3 *ambil kesempatan nampakkk* . Satu saat yang mengharukan saya adalah kejadian saya bersama Kirua, anak sulung Mama fiza . Kami bermain permainan UNO bersama. kemudian apabila hendak pulang ke bilik, Kirua sempat bersembang dengan saya lagi. ketika itu saya berdiri ( yelah sebab saya dah nak balik ).. apabila Kirua perasan saya sedang berdiri, dia berkata " Auntie, u`r pregnant women. Please have a seat ".. Bayangkan emosi anda ketika itu dimuliakan begitu oleh seorang kanak2 kecil. Dimanakah mereka mendapat begitu tinggi adab budi bahasa kalau bukan semuanya bermula dari ibu dan ayah * terharu*
Satu lagi kes ketika kami praktikal kaunseling di hospital. Mama fiza dengan kudratnya 4 kerat itu dan dibantu oleh sahabat yang mulia juga, Zilal..menolong ibu di wad bersalin untuk mandi, menukar lapik cadar yang sudah kotor. walaupun tindakan itu tidak disenangi oleh kakitangan hospital. apa yang pesakit ini katakan.. beliau takut untuk memohon bantuan dari kakitangan tersebut kerana akan dimarahi.

4. Mama fiza cukup kaya dengan budi bahasanya. Ya Allah, saya termalu sendiri. Beliau suka menaikkan harga diri orang lain dengan pujian. Jarang saya berjumpa dengan orang yang suka memuji sebegini. Ia amat memberikan sinar kebahgiaan buat orang yang dipuji.

5. Mama Fiza amat menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Ini satu lagi kes saya termalu sendiri.
Pada satu pagi, saya menghantar mesej kepadanya " Salam Mama fiza. nk join kami bfast x? "
Balasan yang saya terima " Wsalam my dearest Miss aqilah ;D selamat pagi, moga sentiasa dlm rahmatNya. Amin ~ terima kasih Cik Aqilah, saya sdg bersiap. Cik Aqilah & Cik Zilal makan2 dahulu ya."
*muka merah padam*

6. Mama Fiza tidak lokek berkongsi ilmu dengan sikap rendah diri yang tinggi. sehinggakan yang bertanya tentang ilmu keibubapaan adalah orang veteran, yang lebih makan garam dari Mama Fiza. tetapi mama fiza cukup meraikan mereka dengan cara yang sungguh berhikmah sekali. * saya perlu belajar teknik ini *

7. Mam fiza amat mengutamakan keluarga...suami dan anak2. beruntungnya sekiranya saya menjadi suami dan anak2nya. terasa dilayan seperti raja atau bidadari. 

8. Mama fiza sangat menjaga nama baik suaminya.. ohh syukurnya suami beliau. semua kebaikan yang dilakukan, dia akan katakan " ini pesan suami saya supaya buat begitu begini" atau " suami saya yang ajar supaya buat begini,begitu "


9. Mama fiza sekeluarga gigih dalam melakukan perkara amal jariah. Tidak pernah terlintas di hati saya bahawa akan ada sekelompok manusia (Mama fiza sekeluarga, bersama anak2 yang masih kecil itu) yang akan mengunjungi rumah anak yatim atau mana2 pusat perlindungan saban minggu, menyikat rambut kanak2 yang terbiar dengan kutu, membasuh tandas, mencuci longkang, menceriakan mereka2 yang selama ini sering disisihkan oleh masyarakat luar. *Mama fiza, saya yakin Allah sentiasa akan memuliakan Mama fiza dan keluarga atas kemuliaan anda memuliakan anak2 yatim*


Ini adalah apa yang telah saya dapati sepanjang 'berkepit' dengan Mama fiza... yang baik2 belaka. 

Apa yang berlaku kepada saya dan Zilal selepas kami pulang ke Kuala Lumpur..kami dibayangi oleh sikap Mama Fiza..tentunya ia akan kami rindui selalu. kerana kebaikan itu amat membahagiakan kami, mendorong kami supaya menjadi orang yang berbudi pekerti, tinggi nilai harga diri...

Buat Mama Fiza, rindu peluk cium untuk anda dan keluarga...



8 comments:

  1. sukanya saya baca ni.
    walaupun duduk jauh dengan mamafiza, dan tak berkesempatan berbual lama dengan mamafiza, saya sangat kagum dengannya dari jauh.
    paling menawan hati, dia menegur semua orang seolah2 sudah kenal lama...
    sungguh terpaut hati... beruntung dapat kenal dengan mamafiza...

    ReplyDelete
  2. mama fiza boleh jadi sumber inspirasi.. betul2 bagus la..sy baca pun dah rasa auranya..kalau jumpa, mesti lagi kuat.. :)

    ReplyDelete
  3. me tooo :D mengenali dia selama seminggu buat saya berfikir panjang.

    to fiza (sorry saya panggil fiza, mcm tak best lak panggil mamafiza :D ), saya juga memerhati anda dari jauh...

    ReplyDelete
  4. Sy x mengenali siapa Mama Fiza...tp budi pekerti dan sifat positif beliau yang kak Aqilah tulis dalam blog ni mmbuatkan sy sgt kagum dgn beliau...beliau antara manusia yg patut dicontohi akhlaknya...Thanks k.Aqilah krn sudi berkongsi..Jazakallahu khayran :)

    ReplyDelete
  5. alamak..sy tak kenal siapa itu MamaFiza..

    ReplyDelete
  6. membaca entri ini membuatkan aku menangis kerinduan.... + menyesali kerana hari2 terakhir baru dapat mengenali siapa mamafiza... semoga kalian sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah, wahai sahabat...
    *aqilah : kalau berkesempatan jumpa mama fiza, peluk cium utk mereka*

    ReplyDelete
  7. Setiap kali berjumpa beliau, terasa banyak sungguh mahu ditanyakan, dan banyak ilmu yang mahu dituntut. Untung Aqilah dapat banyak menghabiskan banyak masa bersamanya. Semakin kita mengenalinya, semakin banyak perkara yang kita dapat pelajari, semakin kita belajar erti mensyukuri, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. sy setuju dgn review awk, sy smpt seharian bersm mamafiza & selbhnya menerusi email, kt2nya buatkan kita bersemangat & rs dekattt shj dgn beliau. ;)

    ReplyDelete