LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

BF Journey : working time...

Kembali bertugas selepas 60 hari bercuti... uwaaa...rindunya saat mengulit anak,mengulit mimpi indah sewaktu pantang..
dah kena mula beraksi sbg Inspektor Kesihatan sekarang. 8.00 pagi - 5.00 petang..
kadang2 overtime sampai 9.oo malam..

Seronok juga bekerja beb! keje mengepam jelah..setiap 2jam. tegar betul spesis nih ha3
Kalau dulu ( masa di opis lama, surau sblh meja je ), kejap2 lari dalam surau. opismate pun dah sedia maklum.
Tapi sekarang, di opis baru ( surau jauh)..pam di meja je lah. wah seronoknya. I LIKE!! ha3 sambil mengepam, dapat buat keje yang bos bagi.
Kalau ada tugasan keluar, MK kendong jelah beg yang gedabak tuh. sampai ada yang tegur
" rajinnya bawak kamera ke hulu-hilir"
" sejak bila ko jadi cameraman nih"
ha3 cooler bag MK besar mcm beg kamera...
MK akan pam dimana sahaja, hatta dalam kenderaan rasmi jabatan, di tempat ceramah ( tugas MK bagi ceramah kpd masyarakat ), semasa mesyuarat jabatan berlangsung pon boleh jad!. Memang pastikan pam mengikut jadual. Pernah sekali dua ter'miss'..yelah, 2 jam tu sekejap je. pandang  kiri pukul 8.00 pagi..sekali toleh kanan dah masuk pukul 10.00 pagi ha3 lebih kurang lah perumpamaannye.betapa nak di ceritakan cepatnya masa berlalu ha3
Tempat baru pula ni, Seksyen Mobilasi Masyarakat & Promosi Kesihatan ( perghh... mcm mantoppp je bunyi ha3 ). warga SMMPK mmg sokong bf sepenuhnya. again..I LIKE!!!


EBM dalam botol akan digunakan untuk esok hari manakala yang dalam plastik akan disimpan didalam freezer untuk dijadikan stok bulanan 


Mengepam di surau Jaya Jusco Maluri.. berusaha menolak cabinet tu untuk cari plug point ..=)


Ketika Mesyuarat Jabatan sedang berlangsung, pam guna Avent manual. doktor yang duduk sebelah pun x perasan MK tengah buat projek mega ha3


Mengepam di meja paling bestt!!! I LIKE !!


Gaya pengepam amatur ha3 tepi tu, bilik bos besar je..


Ni lah beg kamera yang dikatakan itu.. gedabaksss kan..=)


Saat ini, dah tiada beg besar, mesin besar..fs dah menggantikan tempat S3


mengepam di dalam  van jabatan...duduk di seat belakang sekali supaya jemaah van x terganggu ha3


tengah pam semasa jaga booth di Program Gerak Tempur bersama Menteri Wilayah


Mengepam di meja- wpun bunyi fs bising..'ada aku kesah' ha3



Prinsip yang wajib di pegang : MORE DEMAND, MORE SUPPLY !!

Usaha tangga kejayaan. 
Bak kata Dato` Dr. Fadzilah Kamsah.." untuk berjaya, lebih mudah daripada gagal" ( i copy ye dato` he3 )

9 comments:

  1. best3..aqilah dh ada blog..nanti kalo senang jenguk blog ida tau..http://airielsjourney.blogspot.com ...

    ReplyDelete
  2. salam,
    saya nk tanya,
    mcm mana u uruskan part2 breastpump yg nk kene cuci & sterilize after each use?
    mcm susah je if pump kt tmpt2 awam macam shopping complex tu sbb everytime lepas gune nk kene cuci & sterilize..
    ke u ade cara tersendiri?
    boleh share tak?

    ReplyDelete
  3. saya hanya mencuci pam saya hanya di rumah...tips nye adlh, slps mengepam masukkan segala aksesori pam tu dlm cooler bag. suhu yg sejuk tidak menyebabkan pembiakan bakteria.mcm kita letak susu dlm cooler bag. jd x perlu basuh setiap kali di gunakan
    kalau dahulu saya guna 2 cooler bag. satu utk isi susu dan satu lagi utk isi pam yang diguna.
    tp skrg saya beli cooler bag autumnz yg besar.muat nak masukkan susu dan pam sekali.
    balik rumah baru cuci semuanya...

    ReplyDelete
  4. boleh refer kat sini ceritanya..
    http://baitulmuslimzaidee.blogspot.com/2011/07/apa-dlm-beg-saya.html

    ReplyDelete
  5. respect la dgn awk!mmg xde sbb tuk kita xleh pam kt opis..ms pejabat!

    ReplyDelete
  6. betul.tanggungjawab dengan majikan,tanggungjawab utk anak juga tidak boleh diabaikan...

    ReplyDelete
  7. maaf, nak bertanya.. mcm mane u guna pam Avent manual mase di pejabat org sebelah x perasan? bkn ke manual kena pam? x berapa paham sis....blh tlong terangkan :)

    ReplyDelete
  8. asslamualaikum kepada saudari yang bertanya..
    kalau menggunakan pam avent manual, hanya menggunakan satu tangan sahaja. yang tangan sebelah lagi tu menulis. jadi orang sebelah memang tak perasan bahasanya kita sedang mengepam. sebab selalunya tangan yang berada di atas meja adalah tangan untuk menulis. tangan yang satu lagi tu, kadang2 orang sorok dibawah untuk menaip sms dsbnya =)
    jangan lupa untuk berponcho=)

    ReplyDelete
  9. salute2x..;)..b'kobar2 plak nk mengepam..hehe

    ReplyDelete