LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Penyusuan semasa Mengandung


*menyusukan Sakinah semasa kandungan berusia 2 bulan*


Ramai yang bertanya apabila saya melakukan penyusuan semasa mengandung. Kerana dalam masyarakat kita, situasi ni kurang popular. Jadi sukalah disini saya kongsikan ilmu2 berkaitan penyusuan semasa mengandung ini.


" bolehkah ibu yang mengandung menyusukan anak ?
ia kan boleh merbahayakan anak.
nanti anak tak cukup zat. "

Semuanya terpulang pada si ibu dan kondisi ibu itu sendiri. Adalah lebih baik kita membuat sesuatu keputusan setelah kita mengetahui sedalam-dalamnya sesuatu isu. Jadi kita tidaklah membuat keputusan membuta-tuli atau sekadar mengikut kata-kata orang. 

Disebabkan keadaan 'menyusukan anak semasa mengandung' sangat janggal di Malaysia, maka kuranglah galakan yang akan diterima dari orang sekeliling. Ibubapa, mertua, keluarga, rakan taulan,jiran tetangga ( ini juga pengalaman saya..he3 tapi saya suka pengalaman ini kerana ia menguatkan saya. Saya adalah pelapis mereka. Jadi selepas ini saya akan menjadi anggota keluarga dan anggota masyarakat yang lebih menyokong isu ini ). Ini kerana mereka-mereka ini prihatin dengan kita ( bersangka baik ok =) ). Mereka bimbang ia bakal memberi risiko kepada bayi dalam kandungan. Tetapi sesungguhnya, tiada hasil kajian yang menunjukkan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi kesan KEKURANGAN NUTRIEN pada bayi dalam kandungan. 
Berapa banyak ibu yang mengandung dan tidak terlibat dalam penyusuan anak semasa mengandung, melahirkan anak yang kurang nutrien ? Jadi justifikasinya disini, penyusuan semasa mengandung itu bukanlah punca kepada permasalahan nutrien bagi bayi dalam kandungan. Puncanya adalah pemakanan ibu itu sendiri. Cara mana si ibu melalui kehidupan yang sihat.

La Leche League International (LLLI) ada menyebut didalam buku BREASTFEEDING ANSWER BOOK, 3rd Edition.
" Walaupun terdapat kontraksi semasa mengandung, itulah adalah perkara normal didalam tempoh mengandung.. Kontraksi ni juga boleh berlaku semasa aktiviti seksual/intim bersama pasangan, yang mana kebanyakan pasangan melakukannya semasa mengandung "
" Buat masa ini, tiada garis panduan spesifik yang menyatakan bahawa penyusuan semasa mengandung dapat memberi risiko pada bayi "

Apa yang diperlukan oleh ibu2 yang mengandung ini adalah REHAT YANG MENCUKUPI. dan apabila ibu itu mengandung dan dalam masa yang sama menyusukan anak, maka REHAT YANG EKSTRA diperlukan. Di sarankan, menyusukanlah anak secara berbaring kerana ia dapat merehatkan diri si ibu. 

Adakala ibu akan berhadapan dengan puting yang sangat sensitif semasa mengandung. Ia akan membuatkan ibu kurang selesa apabila hendak menyusukan anak. Jadi untuk ini, memerlukan ketahanan mental yang kuat. Perlu dipelajari teknik2 pernafasan yang mana ia sangat membantu ibu2 menghadapi stress dikala menyusukan anak.  Sekiranya mempunyai anak yang menyusu badan itu sudah besar ( maksudnya, kalau anak sudah boleh memahami perkataan ), pesanlah kepada si anak supaya menyusu baik2 dan sekejap sahaja.

Ibu yang menyusukan anak semasa mengandung akan mendapati berlaku penyusutan kepada penghasilan susunya. Juga perubahan rasa pada susu. ( Susu akan menjadi masin kerana kewujudan placenta ) Ya, itu normal! Sebab berlaku perubahan atau gangguan pada hormon ibu tersebut. Sekiranya anak yang menyusu itu di tahap BAYI, maka perlulah dipantau berat badannya supaya dia mendapat keperluan makanan yang mencukupi.  

Sekiranya anda bercadang untuk menghentikan penyusuan apabila disahkan mengandung, si ibu perlulah melakukannya proses 'wean-off' secara beransur2. Bukan mendadak. Kerana ia memberi kesan psikologi kepada anak. Teknik yang disarankan adalah " don`t offer, don`t refuse ". Apabila anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu, tawarkanlah pada dia snek yang berkhasiat atau alihkan perhatian dia tentang penyusuan. Pastikan ibu memberikan PERHATIAN SEPENUHNYA pada anak dengan memeluk dan menciumnya supaya mereka tidak merasa seperti disisihkan atau di abaikan. Tetapi perlu diingat juga, untuk menghentikan penyusuan pada kanak-kanak bukanlah satu kerja yang mudah., meneruskan penyusuan lebih mudah daripada hendak menghentikan =) ( ada orang kata, mudah sahaja. letak arang atau garam atau sirap atau kopi di puting. habis cerita! tapi, wahai ibu..selamilah perasaan kecil si anak. kerana kita menghormati perasaannya, insyallah anak juga nanti akan menghormati perasaan kita )

Tepuk dada, tanyalah hati anda..=)

sumber : La Leche League Leader

2 comments:

  1. salam kak...

    saya nak share sesuatu...
    saya sorg BF mom...anak dah berusia 1thn 7 bulan...
    dan saya disahkan hamil..sekarang 10weeks++...
    niat hati mmg nak teruskan BF..dan insyallah tandem nursing for kids nnt...
    tp.. saya ade history 2x cser...
    anak first lahir 2010, 2nd 2011.. and now masuk ke-3..konfirm cser jugak...
    last month pegi checkup.. saya ada infom doc yg saya still bf anak saya...
    dan doc nasihat saya supaya stop bf....sbb bimbang..bile kite bf, akan berlaku kontraksi...bila baby start bergerak dalam rahim + kontraksi penyusuan, risiko akn terjadi rahim pecah...
    saya jadi risau dan bimbang...
    so. nak tanya.. apa pendapat akak.. mungkin nasihat...pandangan...
    sebab saya cube juga nk cerai susu anak.. tp sungguh berat rasanya.. sebab anak pon dah jadi penyusu tegar...

    terima kasih...

    ReplyDelete
  2. info yang menarik... saya sebelum ni pernah tertanya-tanya, tak merbahaya ke, kalau menyusu semasa ibu sedang hamil? tapi, nampaknya, saya yang terlebih risau kot.. hehee.

    ReplyDelete