LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Cheese tart ohh cheese tart...

Saya terjebak dengan cheese tart sejak saya berkahwin dengan suami saya. Seorang peminat cheese yang tegar.. dan sekarang Sakinah juga mengikut jejak langkah. Keju cheesedale tu mereka berdua boleh habiskan sekejap sahaja dengan meratahnya.. Pantang ada keju tu dalam peti ais. Yang si bapak dok mengulang ke peti ais. Yang si kecik pula, tak pandai lagi buka peti ais sendiri, maka dia akan tepuk-tepuk peti ais supaya dibuka. Bila dah buka, cepat je tangan dia mencapai keju..Sabar jelahhh Sakinah dan Abu Khawlah ni...

Saya pula akan membeli cheese tart hampir setiap hari di kedai bakeri depan rumah. Kalau dah beli tu, saya akan borong sampai 5 biji sebab cheese tart yang dijual bersaiz besar, harga pula RM2.40 seketul...

Lama-lama, bila saya dah tak tahan dengan kegilaan ini, saya pun mula berjinak-jinak membuat cheese tart sendiri. Tambahan pula, mak mertua telah memberikan saya ovennya. Bertambah-tambahlah kegilaan mak yong yang dah mengandung 8 bulan ini. Sungguh tak sedar diri ha3

Kerja pertama yang saya buat adalah membakar kulit cheese tart ( shell tart ). Saya pulun buat banyak-banyak. Punyalah tamak hu3 
Tapi agak menderita membakar shell tart ini kerana saya hanya beli acuan tart berkenaan hanya 21 biji sahaja. Sungguh penat nak menyiapkan sampai 100 biji. Boleh tidur kat tepi oven gamaknya ha3
Lepas tu bila dah ada kelapangan lagi, baru saya mula isi kulit tart tu dengan cheese... waaduuuhhh...Pengsan!!
Makan memang puas gila!
Lepastu saya kongsi dengan semua ahli keluarga sendiri dan keluarga suami...
Tuu diaa....
Mereka pun melahap macam saya. sekejap sahaja licinn!! Ini sudah kes berat! 


Sesi Bakaran yang pertama : Ada perisa blueberry, strawberi dan kiwi.
Sesi seterusnya ada tambahan perisa oreo dan coklat ( maaf tak sempat nak ambil gambar sebab dah licin )

Dan yang tak di sangka-sangka, ada pula yang menempah..Terkejut mak yong. Maka dengan saratan kandungan ini, mak yong layankan sahaja. Yang tak tahan tu, si adik minta berguru pulak sebab dia nak buat bisnes cheese tart. Sabar jelahh ha3 Di sebabkan Mak Yong dah memborong beli cheese Phildaphelia 2kg masa awal-awal dulu. Kang kalau dah bersalin, siapa pula nak mengerjakan cream cheese tu nanti. Jadi kita pulunnn...ha3

Nota : Teringat pesan ibu saya yang dahulunya seorang `pasterist` dan `bakerist`.
Mak saya pesan, biarlah untung x seberapa tp kita buat makanan dengan kadar yang paling baik bersama bahan2 yang terbaik juga hati yang bersih. 
Apa yang sedap kita makan, begitu juga kita perlu buat untuk orang lain makan.
Jangan sesekali main 'cilok2' dlm menjual makanan. 
* semasa saya membuat makanan, sheikh Al-Sudais menemani saya dengan bacaan Al-Qurannya...mudah2an berkat semuanya.

2 comments:

  1. Asssalamualaikum wbt buat bonda anggun Cik Aqilah yang sungguh berdedikasi ^_^ Moga sentiasa sihat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, Amin~

    Tahniah kerana gigih usaha yg terbaik buat keluargamu *pelukan rindu* :D Selepas Cik Aqilah tamat sesi berpantang nanti, kami disini (branch BBB), ingin tempah cheese tart ini. Sungguh menggiurkan! Boleh ya? Harap sudi terima tempahan.

    Mohon jaga kesihatan dirimu dgn baik Cik Aqilah. Sampaikan salam sayang buat si kecilmu Sakinah *cubit pipi*. Terima kasih~


    Tulus ikhlas,
    mamafiza >_<
    LittleKittle.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt buat sahabat yang sentiasa di rindui dan di ingati...
    Semoga Mamafiza dan keluarga sihat juga...
    Sungguh rindu dengan kalian...
    Demi mamafiza, saya sanggup lakukan..anda kan mentor, sahabat saya..
    Tiada masalah..=)
    Mamafiza juga jaga kesihatan. Anda itu terlalu aktif orangnya.
    Mudah2an kita dapat bertemu nanti...
    Jaga diri...
    Salam kasih dan sayang buatmu...

    ReplyDelete