cara merawat bayi demam


tuam kepala sakinah dgn tuala bsh




hari ini sakinah demam lagi. malam semalam pun dia demam. tp bila siang, dia ok je. bila bwk pergi klinik, suhunya 36.6 oc. mlm tadi demam nye dtg semula. bila check, suhu dia 38.9 o C. Terus bawak ke Al-Islam Specialist, Kg.Baru.
kali ni doc check, suhu dia 39oC. jadi, doktor masukkan ubat bontot dan bagi ubat demam, ubat batuk ( sebab tekak dia merah sikit ) dan vitamin.


ketika melalui kondisi anak demam ni, mak bapak mmg kena berkorban. kena mengelap bdn anak selalu.
untuk menurunkan panas bdn anak, ikuti langkah ni :
1. pantau suhu anak ( berjaga-jaga apabila suhu >37 darjah celcius )
2. pastikan bilik tidak terlalu panas.
3. tanggalkan bajunya 
4. lapik tempat tidur anak dgn kain tuala @ tikar getah bayi
5. lap badannya dengan air suam menggunakan span. ( lap muka, leher dan tangan anak )
6. biarkan kulit dia kering sendiri.
7. ulangi mengelap badan anak setiap setengah jam.
8. terus pantau suhu ( jika suhu msh melebihi 38 darjah celcius, rujuk pd doktor )


semoga sakinah cepat sembuh. semoga malam ni sakinah dah tak demam...

1 comment: