LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

SURAT DARI ANAK BUAT IBU...





ibuku tersayang,
Terima kasih kerana melahirkanku ke dunia ini. Aku bahagia mendengar suaramu, merasai kehangatan dakapanmu, keselesaan perlindungan yang kau berikan. Benarkan aku bersamamu sepanjang masa supaya aku dapat menyusu susumu pada bila-bila masa aku menangis.






Yang aku perlukan hanyalah kolostrummu ibu. semasa menyusu, kau berikakanku kehangatan, keselamatan, makanan dan minuman. aku tidak perlukan air atau nestum. aku juga tidak memerlukan tambahan susu formula. semakin banyak kau menyusuiku dengan susumu, semakin banyaklah ia mengalir untukku.


harap kau bersabar sekiranya aku masih belum dapat menyusu dengan baik. memang aku perlukan masa untuk menyusu dengan sempurna. susumu memberikan permulaan yang terbaik untukku menerokai dunia yang luas ini. jika kau berasa tidak selesa, mintalah bantuan jururawat  atau Kaunselor Laktasi. mereka akan membantumu meletakkan tubuh kecil ini pada kedudukan yang baik didadamu. tidak perlu kau melihat jam untuk mengetahui masa menyusu yang seterusnya atau berapa lama sudah aku menyusu.


semakin banyak kau memberikan susu, aku akan terus terlindung daripada jangkitan, sakit jantung, kencing manis, ekzema dan lelah. ia juga membantu perkembangan rahang dan otakku. ibu, aku mahu membesar dengan kuat, bijak dan sihat.


SUSU IBU SENTIASA MENJADI YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU.


** petikan dari Buku Ibu & Anak,Edisi Khas sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2001

No comments:

Post a Comment