LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Tak perlu air masak untuk mereka!!



memang sudah menjadi adat kebiasaan orang-orang kita untuk meminum air masak selepas beraktiviti ( termasuk makan, bersukan, bersyarah dsbnya )
hal ini juga terbawa-bawa kepada bayi kecil dimana ibubapa atau ahli keluarga atau pengasuh memberikan air masak kepada mereka.
sebenarnya si kecil yang berumur 6bulan ke bawah ini tidak memerlukan nestum, bubur hatta air masak pun untuk tekak dan perut mereka. yang diperlukan hanyalah susu ibu.
ini kerana pemberian air masak mengundang bahaya kepada mereka.


KESAN AIR MASAK KEPADA BAYI ??
1. bayi akan rasa cepat kenyang kerana air masak telah memenuhkan ruang perutnya dan ini akan menyebabkan bayi mula enggan menyusu. akibatnya, tumbesaran bayi terganggu dimana badannya tidak cukup nutrien untuk perkembangan tubuh yang sihat.
2. air masak akan menyebabkan tubuh badan bayi kurang menyerap nutrien yang diperlukan oleh tubuhnya. ini kerana sifat air sebagai agen penyingkir. jadi ia akan membawa kepada ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh bayi ( Air masak membuatkan bayi banyak membuang air kecil )


kehadiran air dalam susu formula adalah 80%. maka penggunaan susu formula berbahaya pada umur bayi bawah 6 bulan.


KETAHUILAH KEAJAIBAN SUSU IBU
komposisi susu ibu berubah-ubah : 
pada hari panas ( tengahari ), susu ibu lebih cair kerana ia diperlukan anak untuk menghilangkan dahaga.
pada malam hari, susu ibu lebih pekat berbanding hari panas untuk mengenyangkan bayi.
subahanallah..cantik sungguh ciptaan Allah..sebaik-baik ciptaan, sesempurna kejadian...
Jadi susu ibu adalah makanan dan minuman terbaik dan terlengkap untuk bayi bawah 6 bulan.


sumber rujukan : Jabatan Kesihatan WPKL, homemade baby food recipes



No comments:

Post a Comment