anak saya suka sangat mengombeng/bergayut sampai luka nipple saya. saya nak bagi dia puting ok ke ?
baby2 comel kita dilahirkan dengan kesungguhan untuk menghisap. sebab ada di antara anak2 kita ni, memang menghisap jari sejak dr dalam perut ibunya ( saya belum ada pengalaman melihat sakinah menghisap jari dlm perut ) baby ni tak semestinya menghisap sebab nak makan/minum, mereka menghisap sebab mereka nak legakan diri mereka.puting ini hanya sebagai -peacemaker ( pelega ). sungguhpun begitu, tiada yang dapat memuaskan mereka selain breast si ibu. tak caya tengok anak2 kita bila dpt breast ibunya. matanya lalok je.layann habisss dia he3
sebab kenapa kita perlu elakkan puting ( lebih2 lagi di awal2 kelahirannya sebab pada waktu ini baby tengah nak belajar untuk melekap & menghisap pada breast )
1. Puting adalah nipple tiruan
gerak-gerik menghisap puting dan menghisap breast adalah berlainan. itu yang anak2 keliru puting.
2. bayi yang diberikan puting sebagai menggantikan penyusuan akan mengakibatkan masalah berat badan ( berat tak naik )
3. tanpa rangsangan dari hisapan bayi, penghasilan susu akan jadi tidak teratur. hisapan bayi yang terakhir pd breast ibu sebenarnya membentuk penghasilan susu yang baru.
4. kajian yang dibuat dalam jurnal perubatan Paediatrik menunjukkan ibu yang memperkenalkan puting pada 6 minggu pertama kelahirannya, akan menyumbang kepada pemberhentian pemberian susu ibu.
Alternatif kepada puting tiruan ???
dicadangkan baby di berikan jari kita yang bersih untuk dihisap ( kalau nipple sakit )
atau...
selesakan kondisi anak kita melalui aktiviti bersamanya - baby-walking, letakkan baby di dalam sling bag, tepuk2 manja di bahagian belakang anak atau buat skin-to-skin contact dgn daddy nye.
set dalam minda kita bahwa TIADA KURANGNYA PADA HUMAN-PACIFIER ( breast si ibu ). kita mahukan anak2 kita belaja mencari keselesaan melalui orang, bukan menerusi plastik! Tabiat menghisap ini akan berkurang dari masa ke masa. jangan risau ye ibu-ibu... dalam pada itu, NIKMATILAH SAAT2 ANAK BERADA DALAM DAKAPAN & MENGHISAP BREAST KITA... saat itu tak mungkin berulang kembali dan kita pasti merindui saat2 itu...jom kita ENJOY!!! ( trademark cerita PUTERI ) he3
sumber : Dr.Sears
No comments:
Post a Comment