LamanUtamaOrganizerMamaBank ArtikelProduk

Perjalanan Penyusuan buat Khawlah Sakinah

Saya terjebak dengan dunia penyusuan susu ibu sejak Khawlah Sakinah lahir, iaitu pada 13 November 2010. Sejak dari itu, saya tidak menoleh kebelakang lagi. Saya perteguhkan keazaman saya. Ketika itu, saya fikir perjalanan penyusuan susu ibu itu MACAM SENANG. sebab orang2 dulu boleh je buat tanpa pergi ke kelas, tanpa ada Kaunselor Laktasi dan sebagainya. lepastu saya tengok orang selalu kongsi cerita best2 tentang BF ni. saya tengok best sangatttt.
Tapi apabila saya mengharungi perjalanan ini, nampaknya ia satu perjalanan yang penuh cerita pahit-masam-manis nya. Itulah sebabnya, penyusuan susu ibu ini digelar sebagai satu 'ART' atau kata melayunya, SENI. Ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah. Ada masa semangat menggunung tinggi, ada masa emosi terganggu...


Saya lalui pelbagai rintangan sepanjang penyusuan Sakinah. Diantaranya....


1. Sakinah telah diberikan susu formula oleh pihak hospital seawal satu hari dilahirkan.


2. Sakinah suka tidur, jadi dia kurang menyusu direct. Lagipun dia telah mengalami 'nipple confuse' akibat pendedahan kepada puting botol di awal kelahirannya.


3. Penyusutan bekalan susu yang saya perah daripada 2oz kepada 1-2 sudu sahaja akibat daripada pemberian 'Gripe water' 3x sehari. Ini adalah saranan daripada jururawat apabila Sakinah selalu kembung perut.


4. Saya didatangi haid sejurus selepas darah nifas saya kering. Darah nifas saya kering harini, esok petang saya sudah didatangi haid. dan haid  setia mendatangi setiap bulan, tak pernah miss. Jadi setiap kali datang period, saya akan melalui fasa gangguan hormon selama 2-3 minggu dan menyebabkan susu saya akan menyusut selama tempoh tersebut. Dari 20oz/hari ( sesi mengepam 4x di pejabat ) kepada 10-15oz/hari. Bayangkan saya melalui fenomena ini setiap bulan.


5. Stok susu yang berada dalam deep freezer mencair akibat daripada kecuaian diri sendiri yang tidak menutup pintu freezer dengan rapat.


6. Mengalami masalah gangguan eletrik akibat daripada kecuaian diri sendiri juga yang terlupa nak membayar bil letrik. Jadi terpaksa memunggah susu dan masukkan ke dalam polistrin


7. Mengharungi kerjaya sebagai Inspektor Kesihatan yang banyak kerja di luar pejabat, terlibat dengan pelbagai operasi penguatkuasaan, bekerja sampai malam, bekerja di hujung minggu, memberi ceramah kepada orang awam. Kemudian kerjaya yang di monopoli 80% lelaki.


8. Mengandung ketika Sakinah berumur 1tahun 1bulan sehingga memerlukan ibu susuan dan Sakinah berjaya mempunyai 3 orang ibu susuan.


saya cerita ini semua supaya ibu2 lain terus bersemangat waja dan membara untuk menyusukan anak walaupun bermacam2 liku2 yang perlu dilalui. Sebab ramai ibu2 yang mengadu masalah itu ini kepada saya sehingga mereka hilang semangat.. 


Ibu....Sekali kita sudah melangkah ke hadapan, jangan sesekali berundur dari medan perjuangan!! Teruskan berjuang, teruskan mencari kekuatan... sesungguhnya bukanlah bererti sebuah perjuangan itu tanpa keperitan dan kesusahan. Hadapi dengan tenang dan sabar..... 


Sebuah memoir...


 
 

deep freezer yang dipenuhi dengan stok yang dikumpul semasa cuti berpantang selama 2 bulan.


deep freezer yang dibeli..waktu ini menggunakan duit simpanan KWSP. ( full use of the money he3 )


pam pertama yang saya gunakan adalah Spectra 3..TERBAIKKK!! sesuai untuk ibu2 bekerjaya sebab ia boleh buat double pumping, jadi menjimatkan masa. harga pun ekonomi...


berpindah kepada medela fs selepas melalui kekangan2 dan keperluan kepada mobile pump apabila bergelar Inspektor Kesihatan ini. kali ini menggadaikan barang emas demi untuk Sakinah.


memerah susu di meja sahaja dengan keadaan ruang pejabat yang terbuka. no partition, no cubicles =)

    

saya pakai shawl sahaja. Satff saya ni suka bertanya pasal BF walaupun masih bujang. 
( waktu ni guna medela fs )


tudung besar juga boleh cover upacara megepam =)
( waktu ni guna spectra 3 )


Ketika teruja nak membeli avent manual akibat daripada teracun daripada testimoni kawan. sungguh2 Avent  Manual ini sangat best dan sangat berguna untuk saya yang banyak kerja di luar.


perbezaan di antara penggunaan spectra 3 dan avent manual. 
Hasil dari avent manual lebih masyukk kerana avent manual ada cushion massager berbanding spectra 3.


di kala susu masih meriah. sesi pertama sahaja sudah dapat sebanyak ini.


di kala susu merudum apabila cik P menjelma




mengepam semasa ada taklimat di dewan.


mengepam semasa sesi latihan bersama ahli kumpulan untuk Konvensyen KIK Peringkat DBKL.

 
 

bermarmet (kiri ) / mengepam (kanan) semasa dalam mesyuarat wabak denggi yang berjam2 lamanya.


menambahkan ilmu BF dengan menghadiri Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 20jam.
guna duit KWSP juga untuk menyertai kursus yang berharga RM300 ini.


untuk kawan2, TERUSKAN PERJUANGAN..walau siapapun kita, kita tetap seorang ibu...
Gud luck n all da best..muahhh...









3 comments: